Travelog seorang hamba- 2

18 November 2009

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Alhamdulillah..saya selamat sampai di kepala batas. Singgah sebentar bertemu ikhwah tercinta yg bekerja sementara disana menanti panggilan daripada UiTM.. sempat juga saya bermalam sehari disana, sekadar memenuhi jemputan ikhwah dan menemaninya yg keseorangan. Haritu dia ajak juga saya bekerja bersamanya, namun, beberapa komitmen dakwah perlu saya siapkan di perak ni. Malam tersebut, amir belanja makan.. fuh, superb ar.. mee goreng udang + udang tepung. Memang best sbb xpernah makan. Alhamdulillah..rezeki Allah berikan. Jazakumullah ye akh..nanti ana belanja antum pula ^_^. Usai menghabiskan sesi makan, kami pulang kerumah. Amir plak membantu saya mengiklankan kamera yang saya nk jualkan. komisyen, saya akan bagi sket..haha.. bosan, saya mula surfing internet. Layan Facebook. melayan karenah ikhwah2 secara maya. haha.. subahanallah, saya cukup gembira sekali melayan ikhwah2 ni. walaupun secara maya, tp ukhuwah itu tetap terasa. Terutama skali ikhwah-ikhwah dari sabah. ikhwah yang jarang dan ada juga xpernah ketemu, hanya mengenali melalui blognya sahaja. Begitu indah sekali nikmat ukhuwah yang Allah berikan. Macam-macam perangai ikhwah ni, dan inilah yang menyuburkan nilai ukhuwah tu. Apa yang penting, kita seharusnya berlapang dada dalam menghadapi sikap sesetengah orang, dan kita tidak boleh agar sikap seseorang mesti sama dengan apa yang kita mahukan.

keesokan paginya, usai solat dhuha, saya terus bertolak ke Alor star, menunggang Honda Wave 100 KCD 5*** yang banyak berjasa tu. Meninggalkan amir dirumahnya. InysaAllah, dia pun akan menamatkan kerjanya disitu 2,3 hari lagi dan akan pulang ke Melaka. Sepanjang perjalanan, tiada apa yang menarik. Saya hanya melayan lagu-lagu 'Favorite' seperti damai bersamaMu nyanyian hadah Alwi, Negri yang terluka-Izzatul islam n beberapa lagi nasyid2 dari penyanyi kegemaran saya seperti Opick, Raihan, Shoutul Harakah n etc. Nasyid-nasyid yang cukup untuk mengingatkan saya selaku seorang hamba kepada Tuhan pencipta alam, Allah s.w.t. Perjalanan ke alor star tidak mengambil masa yang lama. kira-kira 1 jam lebih daripada kepala batas, pulau pinang. Sebelum keluar daripada Exit Alor star (U), sy ditahan polis, masa itu ada sekatan. Alhamdulillah, tiada apa yang berlaku. polis sekadar memeriksa IC, Lesen dan 'Roadtax' sahaja. Pejalanan diteruskan, masuk ke bandar alor star. Kelihatan Menara Alor star tersergam di tengah-tengah bandar. Menara ini boleh dilihat semasa berada di 'highway' lagi. Tak de la tinggi sangat, tp dalam alor star, barangkali menara inilah yang paling tinggi.Alhamdulillah, saya selamat sampai di rumah abang. Pada mulanya, saya ingin tunggu dia mnegambil saya di pejabat dia bekerja sebab saya tak tahu sangat jalan. Tapi saya tekad untuk mencari sendiri berpandukan ingatan saya yang pernah berjalan2 di sekitar bandar 2 kali sebelum ini bersama abang. Subahanallah, dengan izin Allah, saya berjaya.

Menara Alor Star, kedah.
2,3 hari tinggal disana, biasa-biasa sahaja. sekadar menemani abang saya, berbual-bual dengannya dan cuba untuk menasihatinya dalam beberapa perkara. Bab nikah pun ada, tp tak taulah..mungkin adiknya ni dulu kot yang akan nikah dulu..semasa ketiadaan abg saya bekerja, sempat juga layan cerita KCB (Ketika Cinta bertasbih). Cerita ni layaknya lagi bagus daripada Ayat-ayat cinta. Lebih terjaga. Mungkin dalam entri lain saya boleh ceritakan.

3 hari disana, saya bercadang untuk pulang. beberapa kerja dakwah perlu disiapkan. Pertama kali menaiki tren dari alor star pulang ke batu gajah. Perjalanan yang sangat panjang saya rasakan. Kebiasaannya, jika menaiki bas, ianya hanya mengambil masa kira-kira 3 jam sahaja, tetapi dengan train, ianya 3 kali ganda lebih lama. saya pulak, xperasan masa perjalanan. Saya bertolak jam 6 petang dan sampai di batu gajah jam 3 pagi, lebih kurang 9 jam. Bosan juga diatas train, mujurlah Al-Quran, Buku dan MP3 kesanyangan saya menjadi peneman. Bosan dengar MP3, buku yang saya layan, habis baca buku, saya baca Quran dan mentaddaburnya. begitula sehingga sampai. Cuba juga untuk tidur tetapi xlena. Sampainya disana, rumate saya sedang menunggu, bersama seorang lagi ikhwah yang kelihatan penat setelah pulang dari program dakwahnya. Moga kalian semua dirahmati Allah atas usaha dakwah kalian, sungguh, aku mencintaimu kerana Allah ya ikhwahku. Alhamdulillah, kami sampai diuniversiti. Alhamdulillah. lengkaplah jaulah seorang hambaNya.

Quran kesanyangan saya. sempat juga snap atas train

Maha suci Allah yang menciptakan seluruh alam, bumi langit dan seluruh isinya. Melalui jaulah tersebut, saya dapat merasakan iman ini bertambah. melihat kebesaran Allah s.w.t cukup untuk menaikkan iman. Ditambah lagi dengan berukhuwah dengan ikhwah. Subahanallah, terima kasih ya Allah atas nikmat kurniaan rahmatMu.. tiada terucap oleh kata-kata. Hanya padaMu aku berserah dan hanya padaMu sahajalah aku bertawakal. tunjukkanlah aku kejalanMu yang lurus, jalan yang diredhaiMu dan bukan jalan orang-orang yang dibenci olehMu ya Allah..ameen..

wallahualm

Tiada ulasan:

 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Control System Engineer di sebuah Syarikat Minyak dan Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts