Travelog seorang hamba-1

14 November 2009

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Alhamdulillah..Allah masih berikan kepadaku peluang untuk terus bernyawa..melihat, menilai dan mentafsir alam ciptaanNya yang Maha Hebat ini..subahanallah..segala puji-pujian itu, sama-sama kita kembalikan kepada sang Pencipta alam..

Sudah hampir seminggu saya merancang untuk ke kedah.. alhamdulillah, pg tadi, Allah izinkan saya memulakan perjalanan. Saya bangun awal pagi untuk bersolat tahjud dan hajat, moga Allah selamatkan dan permudahkan urusan perjalanan saya pada hari ini. Tujuannya adalah ingin menghantar pulang motorsikal yang saya pinjam daripada abang saya yang sekarang bekerja di Alor star, kedah. Moga-moga motosikal yang dipinjamkan oleh abg saya tu, memberikan kembali pulangan pahala kepadanya kerana banyak digunakan utuk tujuan dakwah insyaAllah..

Alhamdulillah, perjalanan pagi tadi berjalan lancar dengan izin Allah s.w.t.. dan saya selamat sampai di kepala batas.singgah di rumah seorang ikhwah, dan insyaAllah saya akan sambung kembali perjalanan ke Alor star pagi esok yang mungkin mengambil masa 1 jam lagi.

Kali ini, saya hanya ber'jaulah' seorang diri, menunggang motor Honda Wave 100 bernombor plat KCD 5***, meluncur 90-100 KM/jam menelusuri lebuhraya Utara selatan. MP3 menjadi peneman sepanjang perjalanan. Memperdengarkan alunan nasyid yang begitu menyentuh jiwa yg banyak berdosa ini, mengingatkan saya yang banyak melakukan khilaf dan lalai ini kepada Allah s.w.t.. seperti biasa, saya terusakan sesi muhasabah diri kerana masa inilah antara masa yang paling saya sukai untuk bermuhasabah. Saya pandang ke kiri dan kanan, memerhatikan alam ciptaan Allah s.w.t. terdetik dihati beberapa ayat dalam kitab suci yang paling saya sayangi.



190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;
191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. Ali-Imran ayat 190-191
Subahanallah..hati ini memuji-muji kebesaran Allah..kagum dan takjub melihat bukit-bukit dan gunung-gunung yang tersergam kukuh mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Terdetik juga dihatiku..bagaimana bisa sebuah bukit dan gunung yang sebegitu kukuh ini hancur berkecai sekiranya ianya memegang sesuatu amanah seperti diperkatakan oleh Allah s.w.t dalam Quran

72. Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan.-Al-Ahzab ayat 72

Maha suci Allah, sungguh berat sesuatu amanah itu untuk dipikul. Namun, masih ramai orang yang bermain-main dengan amanah. Amanah digunakan untuk mendapat keuntungan dunia, amanah diabaikan dek kepentingan diri. Moga saya tidak tergolong dalam golongan yang bermain-main dengan amanah walaupun terkadang saya juga tidak mampu menjalankan amanah dengan baik, lebih-lebih lagi amanah dalam satu-satu posisi saff dakwah..astagfirullah...

Perjalanan diteruskan, memerhati sawah yang terbentang menghijau, menghiasi jalanan sehingga ke ufuk timur dan barat. Indah dan mendamaikan. Sejuk mata memandang, subahanallah, indah sungguh alam ciptaan Mu, alam ditadabur dengan penuh rasa syukur. Sesampainya di exit ke jambatan Pulai pinang, kelihatan banyak bagunan-bangunan. kenderaan juga penuh sesak. saya memberhentikan motosikal, meter tolok minyak hampir melepasi garisan merah E menandakan minyak sudah hendak habis. Nasib baik bawa minyak 'spare' dalam botol, xpayah nk pg cari stesen minyak.

Usai mengisi minyak, saya meneruskan perjanalan sehingga sampai di exit Kepala batas. saya Terus menyelusuri exit highway dan terus menuju dimasjid berdekatan. Saya dah berjanji dengan amir untuk mengambil saya kerumah dia bekerja sekarang, Andalus Islamic media. Singgah sehari sekadar untuk bertemu dengan ikhwah, sambil merapatkan ukhuwah. InysaAllah, perjalanan diteruskan pagi esok ke Alor star..


Tiada ulasan:

 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Control System Engineer di sebuah Syarikat Minyak dan Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts