Hari Ihtifal tadika PINTAS

24 November 2009

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Alhamdulillah wa syukurlillah kerana masih diberi kekuatan dan kesempatan kepada kita untuk sama-sama bernafas, serta meneruskan perjuangan hidup sebagai hamba Allah s.w.t di atas muka bumi milikNya ini. Subahanallah..

Pada hari sabtu yang lepas, tadika PINTAS atau nama penuhnya tadika pintar anak soleh telah mengadakan hari ihtifalnya kali yang ke-2. Alhamdulillah, program berjalan dengan baik sekali dengan izin Allah s.w.t, serta hasil usaha teacher-teacher tadika, bantuan ikhwah wal akhwat serta kerjasama daripada Ibubapa serta adik2 tadika pintas sendiri. Tadika PINTAS ini telah dibuka sejak 2 tahun yang lalu dan ini merupakan generasi Rabbani ke-2 lahir daripada tadika ini sesuai dengan motto tadika PINTAS iaitu Speeding toward Rabbani Generation. Program bermula pada awal pagi lagi. Taklimat diberikan kepada semua urusetia ikhwah wal akhwat pada jam 8 pagi usai bersarapan. Ramai juga ikhwah wal akhwat yang hadir untuk membantu melancarkan perjalanan program. Walaupun program ini dilihat kecil sahaja, namun, ia tetap meriah dengan suasana anak-anak pintas yang comel-comel dan ‘nakal’ itu. Ini merupakan program tadika pertama yang pernah saya sertai setelah keluar daripada Tadika Pasti kira-kira 14 tahun dahulu..walaupun hanya menjadi salah seorang AJK membantu technician dan cameraman, ia tetap seronok dan menghiburkan apabila melihat adik-adik pintas membuat persembahan. Gambar-gambar dibawah menceritakan hampir semuanya..



Pelajar Tadika Pintas yang 'grad' memasuki dewan

Tilawah Al-Quran oleh pelajar tadika pintas (Adk Ar-Rayyan)

Ibu bapa yang hadir



Pementasan Muzikal drama-Sumayyah


Pementasa drama-keluarga sumayyah diseksa

Choral Speaking

Rehearsal Hari Ihtifal-sehari sebelum


Ibu bapa melihat hasil kreativiti anak-anak mereka di bahagian pameran

Subahanallah...apa2 pon, hari ihtifal ni cukup menarik dan menghiburkan apabila melihat telatah anak-anak pintas membuat persembahan mereka. Tahniah kepada semua yang terlibat. Moga Tadika pintas terus maju di masa akan datang, melahirkan lebih ramai lagi Anak-anak yang soleh2..wallhualam

p/s: dialog diatas hanyalah rekaan semata-mata..huhu..ape2 pon, teacher2 PINTAS memang garang-garang..eii..takutnyer..haha

Link Ke tadika PINTAS

1 ulasan:

hisyam_mujahid berkata...

dahsyat tul. wat persembahan kisah nabi rupanya. persembahan yang 'luar biasa'. klu suruh ana pun belum tentu bleh wat (sapa la yang nak suruh ana kan.)

tahniah utk graduan pintas yang hebat2 dan berbakat belaka. tahniah jugak utk para guru mereka. barakallahu fikum.

 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Control System Engineer di sebuah Syarikat Minyak dan Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts