















DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Alhamdulillah wa syukurlillah kerana masih diberi kekuatan dan kesempatan kepada kita untuk sama-sama bernafas, serta meneruskan perjuangan hidup sebagai hamba Allah s.w.t di atas muka bumi milikNya ini. Subahanallah..
Pada hari sabtu yang lepas, tadika PINTAS atau nama penuhnya tadika pintar anak soleh telah mengadakan hari ihtifalnya kali yang ke-2. Alhamdulillah, program berjalan dengan baik sekali dengan izin Allah s.w.t, serta hasil usaha teacher-teacher tadika, bantuan ikhwah wal akhwat serta kerjasama daripada Ibubapa serta adik2 tadika pintas sendiri. Tadika PINTAS ini telah dibuka sejak 2 tahun yang lalu dan ini merupakan generasi Rabbani ke-2 lahir daripada tadika ini sesuai dengan motto tadika PINTAS iaitu Speeding toward Rabbani Generation. Program bermula pada awal pagi lagi. Taklimat diberikan kepada semua urusetia ikhwah wal akhwat pada jam 8 pagi usai bersarapan. Ramai juga ikhwah wal akhwat yang hadir untuk membantu melancarkan perjalanan program. Walaupun program ini dilihat kecil sahaja, namun, ia tetap meriah dengan suasana anak-anak pintas yang comel-comel dan ‘nakal’ itu. Ini merupakan program tadika pertama yang pernah saya sertai setelah keluar daripada Tadika Pasti kira-kira 14 tahun dahulu..walaupun hanya menjadi salah seorang AJK membantu technician dan cameraman, ia tetap seronok dan menghiburkan apabila melihat adik-adik pintas membuat persembahan. Gambar-gambar dibawah menceritakan hampir semuanya..





Alhamdulillah, saya dalam proses menyudahkan kerja-kerja Pra Penjana. program tahunan yang diadakan oleh Purebase Training center, sebuah syarikat motivasi terkenal di perak. Walaupun pada mulanya banyak berlaku masalah, namun, dengan izin Allah, semuanya kembali ok. Segala puji bagiMu ya Allah. Manusia hanya mampu merancang, namun Allah yang Maha Kuasa menentukannya.

Subahanallah..hati ini memuji-muji kebesaran Allah..kagum dan takjub melihat bukit-bukit dan gunung-gunung yang tersergam kukuh mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Terdetik juga dihatiku..bagaimana bisa sebuah bukit dan gunung yang sebegitu kukuh ini hancur berkecai sekiranya ianya memegang sesuatu amanah seperti diperkatakan oleh Allah s.w.t dalam Quran
190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. Ali-Imran ayat 190-191
