Ziarah merupakan satu amalan yang amat dituntut oleh agama Islam. Merujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat (mukasurat 1518), ziarah bermaksud mengunjungi atau melawat. Ziarah secara umumnya dapat merapatkan ukuhwah antara sesama muslim. Namun begitu, amalan ini amat jarang berlaku pada zaman sekarang, lebih-lebih lagi di kawasan bandar yang majoriti penduduknya bekerja. Alasan mereka kerana kurang berziarah hanya satu, terlalu sibuk dengan urusan dunia semata-mata tanpa mengambil berat akan hal yang menimpa saudara se Islam mereka. Sikap seperti ini la perlu ditangkis oleh setiap muslim agar persaudaraan dan kecintaan sesama kita dapat sentiasa dipupuk. Firman Allah dalam surah Al-Hujraat “Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara..”[1]. Rasullulah s.a.w juga ada bersabda dalam sebuah hadith yang bermaksud “Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam yang lain maka ia bukanlah dari golongan mereka (Islam). Dalam hadith ini, sudah jelas menunjukkan bahawa ukhuwah dan mahabbah adalah amat penting dan salah satu cara untuk merapatkan ukhuwah dan mahabbah ini adalah dengan melakukan ziarah.
Sebelum melangkah dengan lebih lanjut dan terperinci tentang bagaimana ziarah berkesan dalam kehidupan masyarakat Islam, eloklah kita bincangkan dahulu beberapa bentuk ziarah yang telah di ajarkan oleh Rasullulah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud, “ Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam: jika bertemu memberi salam, jika tidak kelihatan maka cari tahulah, jika sakit, maka jenguklah, jika mengundang, maka penuhilah, jika bersin dan mengucapkan hamdalah maka jawablah (dengan mengucapkan ‘yarhamukallah’), dan jika meninggal dunia, maka hantarkanlah (ke permakaman)”[2]. Dalam hadith diatas, Rasullulah telah menganjurkan kita beberapa bentuk ziarah yang boleh diamalkan antaranya menziarahi orang yang sakit, berziarah ketika ada sesuatu majlis dan berziarah ketika ada kematian. Setiap bentuk ziarah mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam kehidupan orang islam.
Seperti yang telah kita sedia maklum, amalan berziarah ini dapat merapatkan ukhuwah dan mahabbah (rasa cinta) antara sesama mukmin. Disamping itu jika kita kaji dengan lebih terperinci, amalan ziarah juga dapat menginsafi diri kita. Contohnya, ketika melawat orang yang sakit, secara tidak langsung is akan memberi peringatan kepada kita bahawa kita tidaklah sentiasa sihat sepanjang masa. Rasullulah juga ada bersabda tentang kebaikan melawat orang yang sakit- “ Barang siapa menjeguk orang sakit atau mengunjungi saudaranya sesama muslim kerana Allah, maka malaikat akan berseru kepadanya, ‘Kamu dalam keadaan baik dan baik pula tempat tujuanmu, kamu pun akan ditempatkan di syurga”[3]. Begitu juga bila kita menziarahi ketika berlaku kematian dan mengiringi jenazah ke kubur. Hal ini akan mengingatkan kita bahawa ajal maut boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Kitalah yang perlu bersedia dengan bekalan-bekalan iman dan taqwa untuk kehidupan selepas mati. Kita perlulah mengambil pengajaran dan merenungkanya. Hal ini juga merupakan sunnah Rasullulah. Dari Abu Hurairah ra. Rasullulah s.a.w bersabda “ barang siapa menghadiri hingga mengsolatkannya, maka baginya pahala satu qirath. Barangsiapa menyaksikan hingga di makamkan, maka baginya dua qirath.” Seorang sahabat bertanya, ‘ Apakah qirath itu, wahai Rasulullah?” Rasullulah menjawab “ seperti dua gunung yang besar”.[4] Selain itu, ketika melakukan kedua-dua jenis ziarah ini, kita akan mendapat kesempatan untuk berkenal-kenalan dengan orang yang turut menziarahi orang yang sedang sakit atau orang yang meninggal tadi. Hal ini secara tidak langsung dapat menambahkan kenalan disamping mengikat tali ukhuwah dan mahabbah antara satu sama lain.
Sebagai seorang pelajar atau pekerja, kita seringkali terlupa akan tanggungjawab kita terhadap saudara muslim yang lain dek terlalu sibuk dengan pelajaran, pekerjaan, hal-hal dunia bahkan kerja dakwah juga kadangkala memerlukan pengorbanan masa. Oleh yang demikian, masa yang diperuntukan untuk saudara kita tersebut adalah singkat dan mungkin tiada masa langsung. Dengan itu, amalan ziarah ke rumah atau ke bilik saudara kita itu akan dapat menemukan hati-hati yang berjauhan dan sekaligus merapatkan mahabbah kerana Allah ta’ala. Selain itu, kejauhan dengan saudara muslim kita kadang-kadang akan menyebabkannya terleka dengan keindahan dunia dan tipu daya syaitan. Oleh itu, tugas kita lah untuk memberi nasihat dan membimbing saudara kita tersebut dan dengan ziarahlah kita berkesempatan untuk bertemu dengannya. Firman Allah dalam surah Al-Maidah “Bertolong-menolonglah kamu dalam urusan kebaikan dan jangan kamu bertolong-menolong dalam dosa dan permusuhan.”[5]
Undangan ke sesuatu majlis sering kali diabaikan oleh sesetengah masyarakat Islam. Perlu ditegaskan disini bahawa sekiranya kita diundang ke sesuatu majlis, adalah wajib kita menghadirinya sekiranya tiada alasan yang syari’e. Sesuai dengan sabda Rasullulah “Sesiapa yang tidak menghadiri undangan, dia telah menentang Allah dan Rasul-Nya”[6]. akan tetapi, perlu diingatkan juga bahawa majlis yang diundang itu mestilah berpatutan dengan syariaat Islam dan tidak berlaku sebarang perkara yang boleh menyebabkan kita lalai daripada mengigati Allah s.w.t serta bebas daripada sebarang kemaksiatan. Tidak kira lah undangan Majlis perkahwinan, majlis ‘reunion’, majlis bercukur dan sebagainya.
Sebagai seorang muslim yang mengamalkan ajaran Islam yang syumul, sudah semestinya setiap amalan itu perlu adanya adab dan tatasusila bagi menjaga kemashlahatan Islam. Ini adalah amat penting kerana ia mencerminkan keperibadian dan kesempurnan seseorang yang berpegang teguh dengan ajaran Islam yang suci ini. Sebelum datang untuk berziarah, seelok-eloknya, seseorang tersebut mestilah mendapatkan kebenaran daripada saudara muslim yang ingin diziarahinya. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah An-nur
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat.
Jika kamu tidak menemui seorangpun didalamnya, Maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. dan jika dikatakan kepadamu: "Kembali (saja)lah, Maka hendaklah kamu kembali. itu bersih bagimu dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Tidak ada dosa atasmu memasuki rumah yang tidak disediakan untuk didiami, yang di dalamnya ada keperluanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan.”[7]. Sebelum memasuki rumah atau bilik saudara muslim kita itu, kita diminta untuk memberi salam dan membunyikan loceng atau mengetuk pintu sebanyak tiga kali sahaja dan bukan secara berturut-turut tetapi secarang berselang. Ini bagi memastikan tuan rumah ada di rumah dan memebri sedikit ruang masa kerana mungkin si empunya rumah mempunyai kerja atau masalah. Begitu juga sekiranya si empunya rumah tidak membenarkan kita menziarahinya pada masa tersebut, perlulah kita pulang segera tanpa membantah dengan perkataan dan juga perbuatan. Tentunya si empunya rumah mempunyai masalah dan dia lebih mengetahui aurat rumahnya. Dan janganlah kita menyimpan prasangka atau dendam kepadanya.
Selain daripada itu, ketika berziarah juga, kita amat digalakkan untuk membawa buah tangan ataupun hadiah kepada orang yang diziarahi. Dengan memberi buah tangan atau hadiah, ia akan meningkatkan lagi mahabbah antara satu sama lain. Rasullululah ada bersabda dalam satu hadith yang bermaksud “ Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu akan menjadikan kalian saling mencintai”[8] Mengapa sebenarnya apabila memebri hadiah, rasa mahabbah antara satu sama lain akan bertambah? Hal ini adalah kerana orang yang diziarahi itu berasa dirinya dihargai dan disanyangi sekiranya pemberian atau hadiah itu adalah sesuatu yang ikhlas, yakni tiada unsur mengampu, rahsuah dan sebagainya.
Ketika berziarah, jagalah juga pandangan mata dan juga percakapan kita agar segala tingkah laku kita itu terjaga daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t seperti mengumpat dan mencaci. Ingatlah juga agar tidak berbicara dengan suara yang kuat atau kasar dikhuatiri akan menggangu isi rumah yang lain dan beredarlah daripada rumah saudara kita itu selepas beberapa ketika kerana mungkin dia mempunyai tugas yang lain atau perkara penting yang perlu dilakukan. Yang terakhir sekali, sebelum beredar pergi, ucaplah terima kasih kepada oarng yang diziarahi atas segala layanan baik yang diberikan. Bersalaman dan ucapkanlah kata-kata yang baik serta menggembirakan tuan rumah. Selain itu, jagalah rahsia rumah, tuan rumah atau isi rumah yang lain agar ikatan persaudaraan yang dijalin akan terus kekal mekar kerana Allah ta’ala dan segala permasalahan dapat dielakkan.
Secara konklusinya, memang jelaslah bahawa amalan ziarah dapat membawa kepada peningkatan tali ukhuwah dan mahabbah antara sesama mukmin. Oleh yang demikian, kita seharusnya meningkatkan lagi amalan ziarah-menziarahi bagi memperkukuhkan lagi tali cinta dan kesatuan yang dibina kerana Allah s.a.w ini. Janganlah biarkan amalan ini hanya hidup pada waktu-waktu yang tertentu seperti pada Hari Raya atau majlis kenduri sahaja. Jadikanlah amalan ziarah ini sebahagian daripada cara hidup kita dalam mencari redha dan cinta Illahi. Ingatlah juga, hanya dengan kesepaduan dan kesepakatan umat Islam sahaja lah yang dapat menangkis segala ancaman dan keganasan yang dilakukan oleh golongan kafir laknatullah dalam menghancurkan umat Islam. Wallahualam.
[1] Surah Al-Hujurat ayat ke 10 (49:10)
[2] Diriwayatkan oleh Imam Muslim
[3] Hadith Riwayat Muslim
[4] Muttafaqun ‘Alaih
[5] Surah Al Maidah Ayat ke 2 (5:2)
[6] Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah
[7] Surah An-Nur ayat ke 27-29 (24:27-29)
[8] Hadith Riwayat Malik dalam “ Al-Muwatha”

p/s: Assingnment cuti sem lepas..
2 ulasan:
kalau ada orang sakit.. kita kena ziarah lah kan...
to ijad-->betol2..tu salah satu Sunnah Rasullulah s.a.w..rasenyer, masa kita sekolah dulu ada belajar adab menziarahi orang sakit..
Catat Ulasan