em..sebelum tu biar ana jelaskan dahulu tujuan ziarah kubur pada waktu malam ni..sebenarnya ia bertujuan untuk memuhasabah diri dan mengigatkan kita kepada kematian..(bkn buat benda2 kurafat seperti meminta no. ekor dan sebagainya)..
kami tiba di kubur tersebut lbh kurng 15 minit kemudian...keadaan di kubur tersebut sudah semestinya gelap tanpa disinari lampu jalan sekali pun..cuma, seorang sahabat ana yg membawa torchlight.. perasaan ana pada waktu itu agak seram..ye la, mentaliti kita telah disetkan dari kecil lagi bahawa kubur ni penuh dengan hantu walhal tempat itu la yang akan kita tuju suatu hari nanti dan itu semamangnya pasti...
kami telah memilih sebuah kubur (mungkin agak baru lagi) yang hanya mempunyai 2 buah batu nesan tanpa hiasan kotak batu...tanpa berlengah masa, ana terus membaca Al-Fatihah sebagai sedekah kepada arwah2 yang ditanam di kawasan tersebut...kemudian kami beristighfar sebanyak-banyaknya memohon keampunan Allah dari segala dosa..seterusnya seorang sahabat ana memberi tazkirah kepada kami semua..disaat itu, perasaan sedih menyelubungi jiwa..mengenagkan segala dosa dan maksiat yang telah dilakukan.. mana mungkin seorang manusia biasa dan hina seperti ana tidak melakukan dosa..dan sesungguhnya ampunan dan taubat kepada Allah sahajalah yang mampu menghapuskan dosa2 kita..
Dalam tazkirah yang agak panjang itu, sahabat ana menceritakan azab kubur. cuba bayangkan malam pertama kita di alam barzakh nanti? adakah ianya merupaka malam pertama yang indah sehingga dimasukkan ke syurga kelak atau malam pertama yang diazab oleh binatang dari kubur dan malaikat Munkar dan Nakir? dan bagaimana keadaan kita pabila berada di neraka? sahabat ana ada menceritakan tentang neraka SAQAR (pembakar kulit) seperti firman Allah dalam surah Al-Muddatstir ayat 26-30 "Aku akan massukkannya ke dalam neraka saqar. Tahukah kamu apa neraka saqar itu? saqar itu tidak meninggalkan dan tidak membiarkan. (neraka saqar) adalah pembakar kulit manusia. diatasnya ada sembilan belas (malaikat penjaga)"..subahanallah..betapa seksanya azab itu...
musahabah diri itu berlangsung selama lebih kurang 40 minit...selepas itu, kami terus pulang ke universiti. lbh kuran jam 2.30 pagi, kami sampai di asrama..
Alhamdullilah, dengan ziarah ke kubur itu, ana rasa tiada apa yang perlu ditakutkan..kenapa kita perlu takut sedangkan kita akan bersendirian disana..dalam keadaan gelap gelita..dan alhamdulillah juga, dengan ziarah itu cukup menginsafkan diri yang lemah dan hina ini daripada teus melakukan dosa... harap pada masa yang mendatang, aktiviti seperti ini dapat terus dilakukan agar kita selalu ingat akan kematian yang kita tidak tahu bila kunjung tibanya..cuma yang perlu kita lakukan adalah bersedia dengan segala bekal untuk akhirat sana..
wallahualam..
p/s: semoga dapat sama2 kita memuhasabah diri kita yang lemah dan hina ini..
-InsyaAllah next entry mungkin ana akan postkan tentang neraka dan syurga..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan