Langkahanku Untuk-Mu

27 Mei 2008

Langkahan demi langkahan,
Aku aturkan dalam layaran hidupku,
Meneliti penjuru tapak yang dampak agung,
Melangkah megah di bumi-Mu tuhan,
Laksana pahlawan yang gagah,
Mendabik dada, lagaknya agah,

Namun langkahanku pincang,
Perilakuku songsang,
Imanku gersang,
Hanyut dalam keramaian,
Lalai dalam ketandusan,
Jiwa yang penuh kehampaan,

Dunia yang melalaikan ini,
Seringkali langkah dicemari,
Dosa dan nista memenuhi hati,
Langkahan yang diatur pincang kembali,
KepadaMu Tuhan aku berserah diri,

Ku cuba titipkan jiwaku dalam ayatMu,
Ku cuba langkahi dengan hatiku,
Ku cuba menggapai CintaMu,
Mencari sisa Iman termampu,
Merubah corak langkah gerakanku,

Pencarian langkahan ku tak pernah jemu,
Cubaan dan dugaan seringkali kutemu,
Dihiasi bisikan syaitan dan hawa nafsu,
Menghalangi jalan yang menjadi penentu,
Namun, pilihan ku hanyalah Dia yang satu,

Apabila aku tersedar dari lamunan duniawi,
Lantas ku corakkan pentas lakonan ini,
Dengan langkahan pejuang Ilahi,
Melangkah menerobos hati jiwa insani,
Mengagungkan zat yang di Imani,


Dan pasti langkah itu tidakkan terhenti,
Sehingga ke akhir nanti,
Berbekalkan risalah yang suci,
Akan aku gegarkan nanti,
Hati dan jiwa yang dipengaruhi,
Kemaksiatan yang digilai,

Ku pohon pertolongan-Mu ya Allah,
Perkukuhkanlah langkahan ku,
Tegarkanlah langkahan itu,
Langkahan Menyeru kepada Mu
Agar langkahan itu kan bertemu,
Di Syurga-Mu yang tiada jemu.

Buatmu wahai pejuang Allah,
Teruskanlah langkahanmu,
Langkahan penegakan yang haq,
Dan langkahan menghancurkan yang batil,
Agar agama Islam dicintai,
Terus bersemadi disetiap inci
Hati suci nurani.


p/s: Pernah tersiar dalam Risman Edisi 2

Tiada ulasan:

 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Control System Engineer di sebuah Syarikat Minyak dan Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts