Ekspedisi berakit (bhg. 1-pulau buluh)

18 Jun 2009

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

2 minggu lepas, saya berpeluang untuk mengikuti satu program yang dianjurkan oleh syarikat motivasi Purebase Training Center. Program ini khas untuk facilitator2 syarikat. Seramai 50 orang peserta telah terpilih untuk menyertai program ini. Program tahunan yang diadakan pada kali ke-5 ini berlangsung selama 4 hari 3 malam ni Tasik Raban, Lenggong.



Ni la tasik raban kat lenggong tu..

Apa yang saya mahu ceritakan disini adalah berkenaan dengan ekspedisi berakit yang saya sertai. Ianya memang satu pengalaman yang amat-amat manis dan berharga. Kami semua bukan hanya sekadar berakit, tetapi dapat mempelajari berbagai-bagai perkara baru dan menghayati alam ciptaan Allah yang Maha Kuasa seperti yang difirmankan dalama surah Ali-Imran ayat 190-191

190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;

191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.

Subahanallah…

Sebelum berakit, mestilah perlu ada rakitnya dahulu kan?!. kami dibahagikan dalam 10 kumpulan dimana setiap kumpulan mempunyai 5 orang ahli. Kami diberi masa selama hampir separuh hari untuk menyiapkan rakit. rakit yang terbina hanya daripada buluh itu dibina di sebuah pulau di tasik raban, pulau yang dipenuhi dengan buluh-buluh. Ketika ini, kesabaran dan ketekunan kami diuji. Ye la..semua peserta adalah pelajar universiti yang mengambil course engineering, medic, biology, dan sebagainya, mana biasa mengerat buluh (harap-harap xde la peserta yang xkenal buluh ye). Bermacam-macam gaya keratan yang ditunjukkan, ada dengan parang, gergaji dan sebagainya. Dan antara part yang paling susah adalah menarik buluh keluar daripada rumpunya. Memang susah dan memerelukan tenaga beberapa orang. Namun begitu, apa yang paling saya banggakan ada juga daripada ahli kumpulan2 lain yang saling tolong menolong untuk menarik keluar buluh itu daripada rumpunya..alhamdulillah..ikatan ukhuwah yang kukuh antara kami semua meghindarkan sikap pentingkan diri dan persengketaan


Lebih kurang macam ni la rumpun buluh tu, tapi lagi besar

Maka setelah itu, rakit pon dibina. Pembinaan rakit juga perlu ada cara dan skillnya. Cara susunan buluh juga akan mempengaruhi daya apungan didalam air. Semakin rapat jarak antara buluh semakin tinggi daya keapungan buluh tersebut dalam air (cewah, berhipotesis pulak). Seandainya ikatanya longgar dan salah, maka ketika berakit nanti, akan bercerai berai la rakit tersebut dan kita pula yang akan dirakiti oleh buluh. Daripada hal ni, kita boleh ambil ibrah seperti dalam Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 103

“ Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.”

Subahanallah, begitu indah sekali ayat yang diturunkan Allah ni, dan banyak sekali kita dapat adaptasi intipati dalam ayat tersebut dalam kehidupan kita agar kita menjadi orang islam yang Berjaya didunia dan akhirat.


Gambar hiasan: lbih kurang macam ni la rakit kami (tiada perempuan dalam program kami ye)

Usai membuat rakit, kami diberi masa untuk memasak dan makan. Makanan tengahari itu hanya berlaukkan ikan sardine dan telur (makanan orang bujang la katakan). Walaupun itu sahaja lauknya, namun kami makan dengan begitu berselera sekali dalam talam bersama-sama dengan minuman special-“sky juice tasik raban” (air tasik mentah2 sudey..hehe)

Dalam keadaan penat, kami beramai-ramai saling tolong-menolong menurunkan rakit. rakit kumpulan saya adalah antara yang besar (namun begitu..ceritanya akan dismbung dalam part 2). Kami diminta oleh pihak urusetia untuk menguji rakit kumpulan masing2. Untuk memeriahkan lagi sesi ujian itu, urusetia mengadakan pertandingan. 7 rakit yang pertama sampai akan memenangi pengayuh extra (maklumlah, pengayuh rakit kami hanya dibuat dengan menggunakan bulu je) yang dibuat drp kayu-spesel punya.

Kemudian bermula la perlumbaan itu..ada 3 check point. Kayuhan grup saya agak slow la tp dengan izin Allah, kami dapat juga tempat ke-7, kumpulan terakhir yang memenangi pengayuh extra…waktu itu dah masuk waktu asar dan kami tak payah sembahyang….ye la, tak payah la..err..tak payah la nk tuka pakaian dulu @ mandi2 dulu sbb pakaian kami xkotor dek najis, jadi sah la sembahyangnya insyaAllah..huhu..selepas solat jamak takhir itu (kami semua musafir ditasik raban), urusetia membawa kami pulang ke base camp untuk aktiviti seterusnya.. kami biarkan rakit2 tersebut terikat di pokok2 di pulau buluh..berendam semalaman..ala, biarkan rakit tu ‘water confidence’ dulu sebelum perjalanan yang panjang keesokan harinya..

(bersambung part 2..)

Tiada ulasan:

 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Control System Engineer di sebuah Syarikat Minyak dan Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts