Cuti dan Mutabaah

18 Jun 2009

Cuti, merupakan satu perkataan yang biasa kita dengar sejak dari sekolah tadika lagi sehingga la sekarang. Bermacam-macam jenis cuti yang kita tahu, cuti sekolah, cuti bersalin, cuti hari keputeraan sultan, ‘cuti’ sembahyang (bagi perempuan la), cuti-cuti Malaysia dsb. Namun dalam kamus cuti, tiada perkataan yang berbunyi ‘cuti berdakwah’ kerana ianya takkan pernah ada hentinya sehinggalah kita bercuti daripada bernafas dan pergi ‘bercuti’ pula ke alam barzakh. Namun begitu, saya bukan nak membahaskan berkenaan dengan cuti (walaupun saya sekarang sedang bercuti semester), tetapi mungkin boleh bercerita skit la berkenaan dengan cuti dan mindset ‘down’ bagi kader dakwah di IPT. Cuti di rumah dan down..haha..satu mindset yang selalu ditanam dan pesanan2 yang selalu dipesan oleh para murrobi/ah sebelum muttarabi/ah nya pulang bercuti dirumah.

Ye benar,. Alasannya, bila jauh daripada orang2 yang beriman, imannya akan goyah, down dan futur (nauzubillah himin zalik). saya tak menyangkalnya 1000%, sebab memang ada betulnya. Namun begitu, disebabkan mindset kita telah diputar sebegitu rupa oleh murrobi/ah menyebabkan kita menyerah kepada keadaan. Mengikut kembali norma-norma hidup pada zaman jahiliah dahulu. Membuat perkara-perkara laghra, Quran tidak terjaga, tahjjud terburai, subuh hancur, dhuha lingkup dsb..(nauzubillah). Stop for that!!! Cuba kita fikir-fikirkan balik dan renung-renungkan dan muhasabah balik..betul ke boleh jadi macam tu?

Sebanarnya tidak! Kenapa? Ha..ini la alasannya

1-bila cuti dirumah, ada banyak masa untuk baca Quran (xde meeting projek, assignment dsb)

2-boleh solat dimasjid, wirid lama2 dengan jemaah di masjid sbb kalo terus blah pon xbuat ape pon kan? (biasa kat university lepas je solat terus blah, kononnya perasan sibuk dengan kerja-kerja dakwah/assingmnet dsb-bukan semua ye, sesetengah je)

3-ada banyak masa untuk baca buku agama, dakwah, ruhiyyah, mangga..eh..

4-banyak masa untuk belajar agama. Ha, masa ni la kita cuba cari ceramah2 agama, atau kalo best lagi, belajar di pondok (macam kat Kelantan neh ada banyak pondok, pegi je mana-mana yang kamu suka-macam pilih makanan plak)

5-kat rumah xperlu ada meeting projek dengan perempuan, xde nampak perempuan yang seksi ketika lecture yang dok depan kita (sape suruh datang lecture lambat kan-ha-padan muka sbb susah nk jaga pandangan, datag la lambat lagi)

6-pikir2 la sendiri ye sbb situasi setiap orang berbeza-beza..

So bile dok rumah ni la masa yang kita ada untuk meningkatkan lagi prestasi mutabaah kita sebab halagan dan kekangan berkurang..kalo down pon at least kita boleh generate balik iman kita, hadir ke liqo' negeri, minta nasihat by call, sms dsb. Kalo nak dikira, gejala futur juga boleh berlaku di walaupun berada dalam lingkungan orang2 yang beriman. sebab ape? pendapat ana, satu, sebab kita berterusan melakukan maksiat, jauh daripada Allah dan kurang bertaubat. kalo mutabaah xjaga juga boleh jadi futur.. sama-sama lah kita muhasabahkan diri kita ni. so, ambil masa cuti ini mendakwahi keluarga kita...yuk!! gencarkan dakwah family [66:6]..semoga semua sukses ye!! salam mujahadah semua..

p/s: post ini adalah untuk peringatan kepada penulis sendiri!!! yuk..bersemangat!!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul tu sedara... duk rumah bkn alasan untk x jalankan mutaba'ah.. lagi senang sebenarnye.. (kalau betul2 ikhlas/kerana Allah)

Kalau buat sekadar nak selamat dari di iqob, haihh mmg susahler...

=) mudah - mudahan kita diberi peluang oleh Allah untuk terus menjaga mutaba'ah.. (",)

 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Control System Engineer di sebuah Syarikat Minyak dan Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts