Makan di MAKM

15 April 2011

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Alhamdulillah, segala puji dan syukur sama2 kita rafakkan kepada Allah s.w.t kerna dengan izin daripadaNya, dapat kita menghirup secakir nikmat yang dikurniakan olehNya.

Pada malam 13 hari yang lepas, telah berlangsung sebuah majlis yang dinamakan Malam Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa UiTM cawangan kelantan yang bertempat di Hotel New Pasific, kalau di kelantan ni, ianya satu-satunya hotel yang bewarna pink ungu. Majlis tersebut adalah untuk meraikan para pelajar yang mendapat kecemerlangan dalam akademik (CGPA 3.5 and above) dan juga kepimpinan. Alhamdulillah, saya juga dijemput untuk ke majlis tersebut yang bertemakan baju batik..

Sepanjang program, tiada apa2 sangat yang menarik. Makananya biasa-biasa sahaja. Saya pun xtau la nak cakap sedap ke tidak.. biasa2 sahaja sebab saya makan je apa yang orang bagi.. Bersyukurlah dengan rezeki yang Allah berikan. Persembahan pada malam itu juga tidak menarik minat saya langsung. Hanya la beberapa orang menyanyi dan terkinja2 dihadapan sahaja. Nothing special orang kelantan sebut. Saya hanya fokus kepada santapan di depan mata saja. Apa orang2 beriman cakap, erk.. jagan pandangan.. ha.begitu la..

Ketika mula2 sampai, selepas mendaftar dan mendapat no meja, kami terus ke surau untuk solat maghrib. usai solat dan mendaftar, kami terus memasuki dewan dan menuju ke meja masing-masing. Saya berada di meja bernombor 15, antara meja dibahagian hadapan. Pelajar-pelajar yang tersenarai dalam pelajar yang akan menerima anugerah diletakkan di meja hadapan. Alhamdulillah, sya juga tercalon sebagai pelajar yang akan menerima anugerah kepimpinan. Namun, apa yang lebih memeranjatkan, saya juga tercalon sebagai antara 3 orang pelajar untuk anugerah pelajar terbaik keseluruhan Diploma UiTM kelantan.. Alhamdulillah, tidak terfikir dan terniat pula untuk mendapat pencapaian sebegitu. 

Alhamdulillah, pada malam itu, saya memenangi anugerah pelajar terbaik kepimpinan bagi diploma sains komputer walaupun tidak memenagi anugerah pelajar tebaik keseluruhan. Bagi saya itu sudah cukup kerana bukan itu tujuan utama saya belajar. Biarlah apa yang kita belajar dapat mampu mendekatkan diri kita pada Allah s.w.t, bisa membawa kebaikan kepada umat dan agama Islam dan lebih penting Allah redho, itu yang utama. Dan anugerah seumpama ini saya menganggapnya sebagai satu bonus sahaja. Majlis pada malam itu berakhir kira-kira jam 11.30 malam dan sampai di kampus machang pada jam 12.30.Setiap pemenang membawa pulang sebuah trofi dan RM100 dan bagi Anugerah terbaik keseluruhan Ijazah dan diploma mendapat RM500. Sesampai sahaja, terus sahaja mandi dan menyiapkan slide presentation menggunakan flash untuk pembentangan subjek multimedia keesoakan harinya. Dibawah sedikit perkongsian gambar pada malam tersebut. Wallahualam..


Pemenang Anugerah kepimpinan Course masing-masing. Dari kiri (YDP Persatuan Sains Komputer (SCiCO), YDP MPP, Ex-YDP INDYBS , YDP Jawatankuasa Perwakilan Non-Resident) ^_^

Pemenang-pemenang anugerah kecemerlangan akademik dan kepimpinan

Bersama salah seorang top-scorer diploma statistic

p/s: sekarang ini sudah melangkah ke minggu study week..sedikit bebanan assingment sudah lepas..fuh..lega.. mohon doa dari semua agar dipermudahkan oleh Allah s.w.t dalam ibadah, study dan final exam nanti insyaAllah..

Coretan dalam masa terluang

06 April 2011

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Alhamdulillah wa syukurlillah kerana kita masih lagi dikurniakan nikmat Iman dan Islam, diberikan kekutan untuk terus menjalani hidup sebagai seorang muslim. 

Syukur juga pada Allah s.w.t kerana memberi ruang dan sedikit masa untuk saya update blog ini yang sudah hampir 5 bulan tidak diupdate atas beberapa sebab. Seperti yang saya jangka juga bahawa semester ini merupakan semester yang sangat sibuk. Sibuk denga belajar, aktiviti persatuan dan juga aktiviti dakwah insyaAllah..

alhamdulillah, pg tadi usai solat tahjud dan subuh, terfikir nak update blog. Habis sahaja 1/2 juz' bacaan quran pagi ini, saya warm up laptop yang sememangnya jarang di shut down, hanya dalam mode sleep sahaja bagi mempercepatkan saya menggunakan laptop. Banyak pula kerja-kerja yang dirancang untuk disiapkan hari ini. Design, proposal assignment programming.. programming sistem.. mini project multimedia menggunakan flash, Dreamweaver, dan perisian2 lain.. meeting persatuan, proposal program sem depan. pembangunan website KRIM dan persatuan sains komputer (scico), database KRIM dan scico.. ditambah lagi beberapa test akan hadir diminggu2 terkahir ni cukup memenatkan. Terkadang tiada masa untuk berehat2.. masa yang senggang dipenuhi dengan menyiapkan assingment dan sebagainya. Sehingga terkadang terlupa untuk menyentuh Quran.. astagfirullah..

Sesibuk mana pun kita sebenarnya, janganlah sesekali lupa akan tanggungjawab kita pada Allah s.w.t. Solat berjemaah atau solat diawal waktu, bacaan quran, istigfar dan sebagainya. Terkadang dalam sibuk2 membuat kerja, kita lupa pada Allah s.w.t. Sudah semestinya apabila lupa pada Allah, akhlak kita juga akan berubah. Mudah berputus asa, cepat marah, kurang sabar dan sebagainya. Oleh yang demikian, ambil la sediki masa bermuhasabah diri, bersihkan semula segala niat2 yang tidak baik, sucikan hati-hati kita ini dengan bacaan Quran dan istigfar insyaAllah hati kita ini akan menjadi tenang. Bukankah Allah telah berfirman dalam Surah Ar-Rad ayat ke 28 mafhumNya

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram" [13:28]
Dan pesanan saya pada mahasiswa2 yang sedang menunggu beberapa minggu lagi sebelum menduduki exam.Tenang-tenangkan fikiran walaupun sibuk dengan pelbagai kerja dan tekanan. Serta banyak-banyaklah berdoa kerana hanya pada Allah s.w.t sahajalah tempat kita bergantung, tempat kita memohon pertolongan, tempat kita meluahkan masalah kita. InsyaAllah Allah akan membantu kita dan yakinlah dengan sepenuh hati. selamat beramal buat semua.


p/s: Ana amat-amat merindui ikhwah2 yang sudah lama xketemu. kalau on9 di facebook tu, msg2 la ana. Ana nak PM antum, tkut mengganggu antum je. ye la, masing2 kan sibuk dengan study, program dan sebagainya. Sekadar ingin medapatkan sedikit nasihat drp ikhwah2.. kawan2 ana kat sini xpenah memberi nasihat membina dan nasihat yang berteraskan iman. huhu~~ sedih T_T..hehe..

pada akhi Nukman, barakallahu lakuma.. moga Allah merahmati dan mempermudahkan segala urusan antum dalam pernikahan 1 Mei ni. InsyaAllah kalau xde masalah, ana akan hadirkan diri.. Ana Uhibukafilla ^_^..

Promosi Jirim

17 Disember 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI



Trailer Jirim 2010 by Ahmiez studio

Promosi terakhir program Jambori Remaja Muslim Nasional 2010. Ayuh remaja-remaja sekalian, tonjolkan potensi diri anda.. jom sertai JIRIM 2010 edisi ke-2 yang akan berlangsung pada 24-26 Disember ini (seminggu je lagi)..khas untuk pelajar berusia 15-17 tahun sahaja.. maklumat lanjut, sila layari www.jirim.net

Nak berjaya?

09 November 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan masa kepada saya untuk mengupdate blog ini. Pada masa ini, pasti ramai orang yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi di mana-mana university sedang bertungkus lumus belajar bagi menghadapi peperiksaan. Tidak kiralah samaada dah bermula atau akan bermula. Perpusatakaan sudah mula dibanjiri pelajar (mungkin juga air - di kedah dan perlis..huhu) bagi mengulang kaji pelajaran. Belum dikira lagi couple-couple yg bercanda mesra dengan pasangan masing-masing mengulangkaji maksiat yang sedang dibuat. Orang lain tengah sibuk mengulangkaji pelajaran, mereka sibuk mengulangkaji kononnya pelajaran juga. Pelajaran lain kot. Entahlah..opss, bersangka baik..bersangka baik..

Studyholic?

Owh..biasanya pharse2  “holic” ni memang sinonim dengan obses kepada sesuatu. Ada yang shopaholic, workaholic, alcoholic, dan tidak kurang juga air holic beng di kedai Nasi Rm2 depan UiTM kelantan yang sangat murah, RM1.20 segelas. Memang best. Tetapi disini saya ingin membahasakan berkenaan dengan “Studyholic” sahaja. Biasalah di musim exam, pelajar2 mula menunjukkan simptom-simptom studyholic yang cukup serius. Nota dan meja study yang berhabuk lebih kurang 1 sem mula dibersihkan. Jadual peperiksaan mula ditampal di soft board yg mana sebelum ini dihiasi muka-muka artis yg diminati. Tidak kurang juga yang menghiasinya dengan perempuan-perempuan seksi..astagfirullah. Kemudainya, bermulalah adegan studyholic. Masing-masing begitu serius mengulangkaji pelajaran. 5 minit kemudian, akan muncul pula simptom stydurholic (tidur) yang mana andaikata tidak mampu melawan, ianya akan menyerang 4-5 jam sehari bukan diwaktu biasa (waktu pagi atau petang biasanya). Namun, itu bukanlah sesuatu yang lebih parah. Apa yang lebih parah disini adalah mereka-mereka yang studyholic sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim iaitu solat!!!.

Daripada pemerhatian saya, ya memang ramai mahasiswa mahupun mahaisiwi seperti ini. Ramai yang mengabaikan solat. Ada yang terlalu ‘kuat’ study (kononnya) sehingga melewat-lewatkan sembahyang. Pernah kawan saya menceritakan ketika radio di masjid memulakan bacaan al-Quran sebelum masuk waktu solat seterusnya, mereka baru bersiap-siap untuk bersolat waktu tersebut. Ada juga yang study sehingga terlupa waktu solat sudah menghampiri waktu solat yang lain. Dan yang lebih teruk, ada juga yang meninggalkan solat terus… nauzubillahi minzalik..

Bagaimana mahu Berjaya macam tu?

Bukankah seruan-seruan menuju kepada kejayaan seringkali kita dengar saban hari? Seruan-seruan menuju kejayaan “Haiyya ala falah” yg bergema di corong-corong speaker menara masjid, laptop mahupun handphone kita? Sudah jelas, kuncinya adalah SOLAT itu sendiri. Allah s.w.t juga ada berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 158

“Wahai orang-orang yang beriman, mintalah PERTOLONGAN kepada ALLAH dengan sabar dan SOLAT. Sesungguhnya, Allah beserta (menolong) orang-orang yang sabar.” [2:158]

Jadi, bukankah jelas disitu, andaikata kita mahukan sesuatu, mintalah pada Allah, bukannya mengeluh kesah. Andaikata semasa kita belajar dan tidak memahami sesuatu pelajaran, mohonlah pada Allah agar diberi kefahaman, kesabaran dan kemudahan dalam belajar. Dan semasa menghadapi peperiksaan juga, mohonlah pada Allah agar diberi ingatan yang kuat agar apa yang sudah diulangkaji itu dapat dikeluarkan kembali. Banyakkan beristigfar dan berselawat agar fikiran jadi tenang dan bersih bagi menjawab soalan. Bukannya mengeluarkan kata-kata kesat menyumpah seranah diri sendiri kerana tidak melakukan persediaan yang cukup atau menyupah seranah pensyarah yang menyediakan soalan yang sukar.

Faktor kejayaan ada 3???

Saya masih ingat lagi semas belajar subjek “Health Safety and Environment” bab “Fire Harzard” dulu, bagaimana untuk Sesuatu pembakaran itu berlaku, perlu ada 3 elemen yang penting  iaitu “Fuel” (bahan bakar), “Oxygen” (oksigen) dan “Heat (ignition)” (Haba atau lainnya pemulaan pembakaran-api). Setiap elemen ini saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Andaikata salah satu tiada, maka pembakaran tidak akan dapat dialakukan. Ataupun andikata salah satu elemen tidak cukup, maka pembakaran tidak sempurna akan berlaku. Jadi, ketiga-tiga elemen ini perlu hadir serentak dalam kuantiti yang hampir sama.

Fire triangle

Begitulah juga kita sebagai mahasiswa/wi muslim. Untuk mendapat sesuatu kejayaan yang disertakan dengan keredhoan Allah s.w.t, perlu ada 3 elemen penting dalam penentu jalan menuju kejayaan. Elemen-elemen tersebut adalah Berusaha, berdoa, dan bertawakal. Ketiga-tiga perkara ini perlu hadir serentak dan dalam kuantiti yang sama agar kejayaan yang diperoleh bukanlah kejayaan sampah, tetapi kejayaan dengan diiringi keredhoan Allah s.w.t.

Success triangle

Allah s.w.t telah berfirman dalam surah An-Rad’ ayat 11 dan surah An-Najm ayat 39

 “….Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri….” [13:11]

“dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.” [53:39]

Dalam kedua-dua ayat diatas, perlu seseorang itu berusaha sekuat tenagannya dalam mengapai sesuatu pekerjaannya yang tidak bertentangan dengan syariat. Dalam konteks seorang mahasiswa/wi, perlu untuk kita berlajar bersungguh-sungguh selagimana ianya tidak melanggar syariat (meninggalkan/melewat-lewatkan solat, meniru dalam exam, bermaksiat sambil belajar (faham-faham sendiri la ye) dan sebagainya). Sesuatu kejayaan itu sudah pastinya tidak akan datang bergolek begitu sahaja, ianya memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit.

Seiring dengan berusaha, seseorang muslim itu juga perlu berdoa. Makna doa disini bukan hanya merangkumi permintaan (secara khusus) kepada Allah s.w.t sahaja, malah juga merangkumi ibadah-ibadah khusus dan ibadah-ibadah umum. Solat berjemaah dimasjid/solat awal waktu bagi perempuan, berinfak, berzikir, membaca Al-Quran dan sebaginya.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Naml ayat 62

“Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati (Nya).” [27:62].

Akhir sekali, bertwakal lah kepada Allah s.w.t. FirmanNya dalam surah At-Taubah ayat 51

“Katakanlah: "Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal."[9:51]

dan surah Al-Ankabut ayat 58-59

“Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi di dalam surga, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal, (yaitu) yang bersabar dan bertawakal kepada Tuhannya.” [29:58-59]

Setelah berusaha dan berdoa, maka bertawakkal lah kepada Allah s.w.t kerana hanya pada Dialah kita berserah diri dan bergantung harap. Hanya Allah s.w.t lah yang berhak memberi atau menangguhkan pemberian atau menggantikan dengan perkara yang lebih baik kepada kita kerana Dialah yang lebih mengetahui apa yang terbaik kepada diri kita ini.

“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [2:216]

Selamat menduduki peperiksaan untuk semua. Maa taufiq wannajah fil imtihan buat semua ikhwah wal akhwat, kawan-kawan dan semua pembaca blog ini. Ingat, peperiksaan ini hanyalah kecil sahaja jika dibandingkan dengan ‘peperiksaan’ kehidupan yang kita perlu hadapi sepanjang roh dikandung badan.. selamat beramal buat semua. Moga semuanya mendapat keredhoan dan pertolongan daripada Allah s.w.t senantiasa..
Wallahualam..

catatan ringkas...

02 November 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Assalamualaikum w.b.t buat ikhwah wal akhwat dan juga rakan-rakan yang senantiasa berada dalam keteguhan iman. Alhamdulillah, segala puji dan puja sama-sama kita rafakkan sepenuh hati dan ikhlas kehadrat Allah s.w.t kerna sehingga kini, Dia masih lagi menyempurnakan berbagai nikmat kepada kita semua, lebih-lebih lagi nikmat Iman dan Islam yang insyaAllah masih tergengam utuh dalam hati kita.

Sudah agak lama saya tak mengupdate blog ini. walaupun sebelum ini, saya sudah merancangnya beberapa kali atas beberapa faktor. Salah satunya 'down'nya iman. dan saya tidak akan menulis andaikata iman saya berada ditahap minimum kerna satu-satu penulisan itu, biarlah mempunyai 'ruh' agar dapat menyentuh hati dan memberi manfaat kepada insan-insan yang masih merasakan pentingnya iman dalam diri mereka. Biasa la, bilamana berada keseorangan, jauh daripada orang-orang yang ingin agar imanya sentiasa terjaga, sudah pasti agak sukar untuk menjaga iman itu, dan pastinya Allahlah tempat kita bergantung. Namun akibat kelemahan dan kelalaian diri ini, tekadang menyebabkan tersungkur ditengah jalan. Tetapi yang penting, janganlah terus membiarkan keadaan seperti itu, seorang dai'e itu harus bangkit dan terus melangkah. Jangan sesekali pernah mengalah.

Faktor keduanya, keadaan kesihatan yang kurang baik. Moga ujian kesihatan itu biasa menjadi salah satu kafarah kepada dosa yang diri ini pernah lakukan dan moga Allah mempertingkatkan lagi iman dan taqwa dalam diri ini. Memang tiada 'mood' untuk menulis dalam keadaan sakit..

InsyaAllah, saya akan cuba terus mengupdate blog ini. sekarang sudah masuk minggu kedua peperiksaan dan 3 paper sudah diselesaikan. Hanya tinggal 3 paper saje lagi iaitu programming, math linear algebra dan computer organisation. Mohon doa agar Allah permudahkan segalanya dan memberikan result exam yang baik. Hujung minggu ini juga saya akan ke KL untuk membentangkan database yang saya bina untuk kegunaan KRIM (kelab remaja ISMA) di seluruh cawangan di malaysia. Mohon doa juga agar Allah mempermudahkan segala urusan walaupun terpaksa rushing pulang ke machang pada malam 6 november ini kerana ada paper final exam programming. petang 7 nov tersebut. Moga-moga semua amal yang kita lakukan ini hanyalah semata-mata untuk mendapat keredhoan Allah s.w.t semata tanpa mengharapkan balasan dan pujian daripada manusia.. selamat beramal buat semua. Kepada ikhwah wal akhwat yang sedaang menghadapi final exam, maa taufiq wannajah fil imtihan. moga-moga exam kita ini tidak memberikan fitnah kepada dakwah dan moga dakwah semakin gencar!!! Takbir!!!.. hehe..bersemangat pula walaupon kurang sihat..

ceria-ceria selalu ye ^_^v wallahualam...

p/s: tidak kesabaran ingin ke KL, menemui ikhwah-ikhwahku tercinta..kangen baget sama antum semua.
pembentangan itu hanyalah sampingan sahaja. Yang penting sekali ingin berjumpa dengan orang-orang yang beriman dan bersekepala..hehehe..
 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Control System Engineer di sebuah Syarikat Minyak dan Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts