DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Assalamualaikum w.b.t buat ikhwah wal akhwat dan juga rakan-rakan yang senantiasa berada dalam keteguhan iman. Alhamdulillah, segala puji dan puja sama-sama kita rafakkan sepenuh hati dan ikhlas kehadrat Allah s.w.t kerna sehingga kini, Dia masih lagi menyempurnakan berbagai nikmat kepada kita semua, lebih-lebih lagi nikmat Iman dan Islam yang insyaAllah masih tergengam utuh dalam hati kita.
Sudah agak lama saya tak mengupdate blog ini. walaupun sebelum ini, saya sudah merancangnya beberapa kali atas beberapa faktor. Salah satunya 'down'nya iman. dan saya tidak akan menulis andaikata iman saya berada ditahap minimum kerna satu-satu penulisan itu, biarlah mempunyai 'ruh' agar dapat menyentuh hati dan memberi manfaat kepada insan-insan yang masih merasakan pentingnya iman dalam diri mereka. Biasa la, bilamana berada keseorangan, jauh daripada orang-orang yang ingin agar imanya sentiasa terjaga, sudah pasti agak sukar untuk menjaga iman itu, dan pastinya Allahlah tempat kita bergantung. Namun akibat kelemahan dan kelalaian diri ini, tekadang menyebabkan tersungkur ditengah jalan. Tetapi yang penting, janganlah terus membiarkan keadaan seperti itu, seorang dai'e itu harus bangkit dan terus melangkah. Jangan sesekali pernah mengalah.
Faktor keduanya, keadaan kesihatan yang kurang baik. Moga ujian kesihatan itu biasa menjadi salah satu kafarah kepada dosa yang diri ini pernah lakukan dan moga Allah mempertingkatkan lagi iman dan taqwa dalam diri ini. Memang tiada 'mood' untuk menulis dalam keadaan sakit..
InsyaAllah, saya akan cuba terus mengupdate blog ini. sekarang sudah masuk minggu kedua peperiksaan dan 3 paper sudah diselesaikan. Hanya tinggal 3 paper saje lagi iaitu programming, math linear algebra dan computer organisation. Mohon doa agar Allah permudahkan segalanya dan memberikan result exam yang baik. Hujung minggu ini juga saya akan ke KL untuk membentangkan database yang saya bina untuk kegunaan KRIM (kelab remaja ISMA) di seluruh cawangan di malaysia. Mohon doa juga agar Allah mempermudahkan segala urusan walaupun terpaksa rushing pulang ke machang pada malam 6 november ini kerana ada paper final exam programming. petang 7 nov tersebut. Moga-moga semua amal yang kita lakukan ini hanyalah semata-mata untuk mendapat keredhoan Allah s.w.t semata tanpa mengharapkan balasan dan pujian daripada manusia.. selamat beramal buat semua. Kepada ikhwah wal akhwat yang sedaang menghadapi final exam, maa taufiq wannajah fil imtihan. moga-moga exam kita ini tidak memberikan fitnah kepada dakwah dan moga dakwah semakin gencar!!! Takbir!!!.. hehe..bersemangat pula walaupon kurang sihat..
ceria-ceria selalu ye ^_^v wallahualam...
p/s: tidak kesabaran ingin ke KL, menemui ikhwah-ikhwahku tercinta..kangen baget sama antum semua.
pembentangan itu hanyalah sampingan sahaja. Yang penting sekali ingin berjumpa dengan orang-orang yang beriman dan bersekepala..hehehe..
pembentangan itu hanyalah sampingan sahaja. Yang penting sekali ingin berjumpa dengan orang-orang yang beriman dan bersekepala..hehehe..
11 ulasan:
InsyaAllah ya akh...
Moga dipermudahkan urusannya ^^
salam akh..
fuiyoooo..moga suksess..hehhe..
t singgh a melaka..hahaha
ibnu Jamaluddin : ameen insyaAllah..\
Amin Baek punye: ops..tertambah..hehe
ape yg fuiyoooooooooo tuh? ameen insyaAllah..erk, singgah melaka? hehe, teringin nk p tp kene rushing balik la..7 nov petang ada paper lak..doakan ana ye~~~ ^_^
cacatan?
the correct is "catatan"..:)
hehe
bintu sazali: opss..huhu..jazakillahu khoir.. xperasan plak.. tergelak sorg2 plak tgk balik..huhu
Mantap database!
Terubat rindu ana juga berjumpa antum akhi. Maaf tak dapat spend masa lama bersama antum.
Jangan lupa,sejauh mana jasad ini berada,hati kita tetap akan terus dekat terikat satu.
Jaga diri dan iman akhi~
krim pusat lagi mantap akh..hehe
alhamdulillah..berjumpa dengan antum n ikhwah2 lain pon mengubati rindu ana..huhu..walaupon sekejap tp bermakna.. insyaAllah akh..moga sama2 terus istiqomah dan tsabat..
p/s: xpuas rasanya bersama2 dengan ikhwah2..hehe
programming tu antum ambil jawa or c++ or ect ?
biasa soalan programming byk tanya ttg coding simple dan full coding. jd kene byk buat latihan di komputer dan biasakan tulis atas kertas. Dia tak boleh baca buku je, confirm xdpt jawab nanti.
full coding memerlukan kita hafal dari huruf pertama hingga huruf terakhir coding yg sepatutnya digunakan untuk masalah yg diberi. silap eja coding, maka eror akan tetap dikira wlwpun atas kertas. rajin2 praktis atas kertas ye if jawabnye atas kertas.
good luck.
ops.. java bukan jawa.
@ummu uswah: sem ni ana ambk (dan juga sem lepas) ana ambk C++..dan sem ni advance C++ la..sem depan baru start balaja JAVA..alhamdulillah.. Allah permudahkan kefahaman.. a'ah..programming mmg kene banyak blajar praktis dlm komnputer..kalo x, mmg xbleh buat.. satu agi kene fikir secara kreatif utk solve satu2 masalah.. jazakillahu khoir..
p/s: kirimkan salam ana pada zauj anti..lama xjumpe walaupon ana pon dikelantan skarang~~
insyaAllah. zauj ana guna no lama.
bermula dari sekarang, student u kene fikir nak kerja apa lps grad, kuasai sebanyak mana skill yang boleh utk pasaran kerja selepas grad. jgn rasa cukup dgn apa yg kita bljr kat kelas je.
dunia study jauh bezanya dgn dunia kerja. itulah hakikat kehidupan.
Catat Ulasan