Evaluasi semester: Semuanya sebab Allah

23 April 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal; (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka."

subahanallah, teramat indah sekali ungkapan bait-bait firman Allah s.w.t seperti yang dinukilkanNya dalam surah Ali-Imran ayat ke 190-191. Sungguh, ayat-ayat inilah yang seringkali terngiang-ngiang dalam kota fikiran dan senantiasa melekat dihatiku.

Sudah menjadi rutin buat diriku, setiap kali habis semester, aku akan mengevaluasi diri dan perjalanan hidup sepanjang semester. dan semester kali ini, ckup memberi kelainan dalam diriku, belajar di sebuah tempat yang baru, dalam lingkungan yang baru dan suasana persekitaran pemikiran-pemikiran yang baru, sudah tentu memberiku satu cabaran lebih-lebih lagi dari segi pembinaan iman. dan sesungguhnya, aku dapati dalam setiaa aturan perjalanan yang ditentukan oleh Allah itu, pasti ada hikmah disebaliknya. Dan ingin aku kongsikan dalam bait madah dibawah..

Aku tersenyum dan berfikir..
Terkadang, ada masanya, Allah uji kita dengan kegagalan,
agar suatu hari nanti, apabila Allah berikan kejayaan, kita tidak akan berasa riya' dan bangga,
dan akan senantiasa bersyukur denganNya,
kerna, kejayaan itu adalah hak milik Allah, begitu juga kegagalan yang diberikanNya.
Bagaikan sebuah pepatah melayu "Ular menyusur akar, takkan hilang bisanya.

Terkadang, ada masanya, Allah uji kita dengan kesusahan menjaga iman,
agar suatu hari nanti, kita akan mampu berfikir dan menilai, betapa bernilainya sebuah nilai keimanan.
kerna keimana itulah yang bisa membentuk dan memandu kita kearah kebaikan
dalam rangka mencari cinta dan redhaNya, melangkah mencari husnul Khatimah,

Terkadang, ada masanya Allah uji kita dengan kesukaran berukhuwah,
agar suatu hari nanti, apabila Allah berikan nikmat berukhuwah itu,
kita bisa memegangnya dengan kuat dan utuh,
laksana rantain tasbih yang tiada berhujung,
kerna nilai seorang ikhwah itu takkan sama harga sejongkokg emas.

dan terkadang, akan ada masanya Allah uji kita dengan nikmat tarbiyyah,
agar suatu hari nanti, apabila kita mentarbiyyah insan lain,
kita akan bisa merasai, betapa beruntungnya dikurniakan nikmat tarbiyyah,
kerna bukan semua orang dapat memahaminya, jauh sekali merasai nikmatnya..

Apa yang penting, bersangka baiklah dengan Allah s.w.t atas ujian yang diberikannya kerna demi Allah, aturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t tu teramat cantik dan indah sekali. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216:


"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."


Alhamdulillah, sekrang dalam meniti hari-hari stdy and exam week..mohon doa daripada semua agar dipermudahkan olehNya.. juga buat ikhwah-ikhwah dan akhwat-akhwat, jangan dibiarkan study menjadi fitnah kepada dakwahmu atas kegagalannya..Maa taufq wan najjah fil imtihan buat semua ikhwah wal akhwat yang disayangi kerana Allah, juga buat sahabat-sahabat ku.. moga Allah permudahkan urusan kalian semua ya..^_^ salam imtihan daripadaku..



p/s: currently tengah study account and programming.~~

Satu pencerahan



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MEGASIHANI

Alhamdulillah, maha suci Allah yang telah mengizinkan kita untuk terus bernafas dalam setiap relung ruang waktu yang semakin mengecil. Mengurniakan berbagai limpahan nikmat dan rahmat yang tak terkutang..subahanallah..

Alhamdulillah, kerana diberikan peluang untuk mencoret sedikit di blog ini. kekngan waktu, kerja-kerja universiti (assingmnet), mini project, simulation dan sebaginya membuatkan blog ini sdiit berhabuk.. Baiklah, dalam entry ini, hanya ingin membuat pencerahan berkenaan dengan montaj/klip video berkenaan dengan ghawzul fikr yang saya buat tempoh hari.

Alhamdulillah, dalam pertandingan tersebut, dengan izin Allah s.w.t, saya mendapat tempat pertama. Tetapi sebenarnya itu bukanlah tujuan utama montaj itu diciptakan. Yang paling penting, mesej yang hendak disampai dalam montaj berkenaan sampai kepada orang-orang lain. setelah diumumkan tempat pertama, montaj itu ditayangkan dihadapan hampir semua pelajar UiTM kelantan yang menghadiri majlis solat hajat perdana akhir tahun. Hampir semuanya rasa 'tertusuk' bilamana sampai ke part 'Facebook Vs. Al-Quran dan 'Bola vs. Solat'

ketika sedang kusyuk menonton, handphone bergetar menandakan mesej masuk..beberapa mesej yang kebanyakannya dari classmate saya mengucapkan tahniah. Cuma ada satu mesej yang menarik perhatian saya.

"Hilmi, bukan ke awak pon ada facebook?"

saya tersenyum seraya membalas mesej tersebut.
Kedengaran seoalah-olah memiliki facebook itu adalah sesuatu yang salah. mungkin sesetengah orang kurang faham. Dalam montaj video tersebut, tiada satu pun perkataan saya yang mengharamkan facebook. Begitu juga dengan bola. Apa yang saya cuba sampaikan disini adalah begitu ramai orang yang mementingkan facebook daripada solat diawal waktu, begitu ramai orang lebih banyak menghabiskan masa bermain game2, menjawab quiz2 di facebook berbanding menghadap, membaca dan mentaddabur Al-Quran. Daripada pemerhatian saya, kebanyakan orang lebih-lebih lagi kawan-kawan disekeliling saya lebih leka bermain facebook sehinggakan nak habis waktu solat, barulah terkocoh-kocoh, mematuk-matuk tikar solat mengejar waktu yang hampir habis, sehinggakan terkadang azan waktu yang lain sudah kedengaran tetapi 'mereka' ini masih dalam solat waktu sebelumnya.

Dan satu penjelasan disini, memang saya juga mempunyai profile facebook. Dan saya cuba gunakannya sebaik yang mungkin. tujuannya, merapatkan ukhuwah dengan ikhwah-ikhwah di seluruh malaysia memandangkan saya keseorangan disini. Minta nasihat dan bergurau senda difacebook sudah cukup membuatkan hati saya gembira bertemu dengan orang-orang yang ingin sama-sama menjaga iman  walaupun di alam maya. keduanya, facebook juga saya gunakan untuk berdakwah. Lebih-lebih lagi kepada kawan-kawan di sekeliling. Terkadang nasihat dan teguran itu sukar diungkap tetapi mudah untuk 'ditaip dan dipostkan' di profile kawan-kawan saya. Dan ianya sedikti sebanyak memberi kesan kepada mereka. Tetapi ingat, janganlah sampai masa anda dihabiskan dihadapan facebook sehingga berjam-jam lamanya.

Terserahlah kepada anda semua bagaimana mahu menilainya. Masing-masing dikurniakan oleh Allah s.w.t untuk menginpretasi sesuatu itu sesuai dengan tahap pemikiran dan iman masing-masing. Segala yang baik itu datangnya daipada Allah yang diilhamkan kepada saya dan yang buruk itu juga datangnya daripada Allah, cuma disandarkan kepada saya untuk membedakan antara sang Khalid dengan hambaNya yang lemah ini.
wallahualam..

p/s: Hukum berkenaan facebook ini, mungkin boleh bertanya 'Ustaz Google'. Lebih spesifik lagi, di lamanweb ustaz zaharudin.net..
Nasihat ini juga ditujukan kepada diri sendiri..hhuhu

Ghawzul Fikr ? ape yang kau kecohkan ni?

01 April 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

       Assalamualikum w.b.t kepada semua sahabat dan sahabiah, ikhwah wal akhwat sekalian. Moga hidup kalian senantiasa dirahmati dan disayangi oleh Allah s.w.t setiap saat, detik waktu dan ketika.. lama la plak rasanya diri ini xmenceloteh..tah la, time ada idea nak tulis, rasa malas plak..adei, ape nk jadi la..ape2 pun, hidup perlu diteruskan, tarbiyyah perlu di'chill'kan, kerana hidup ini perlu sentiasa dalam keadaan ditarbiyyah tidak kira hal-hal keduniaan mahupun keakhiratan..^_^v..

     Baiklah, post pada kali ini hanya nk share 1 video..berkenaan dengan Ghawzul fikr (tp saya eja ghwazul fikr-pilih la mana satu yang anda rasa betul..huhu)..video ni, saya produce sendiri menggunakan software cyberlink power director, windows movie maker dan sedikit editing gambar menggunaka photoshop cs3. Video ni adalah untuk dihantar ke pertandingan mereka montaj islamik yang dianjurkan oleh JPPIH (Jawatankuasa.....ISLAM HADHARI-saya sendiri xingat ape.. yang saya ingat adalah tulisan yang di'bold'kan tu..huhu) universiti saya sekarang ini..

   Video ini mengisahkan (macam cerita pulak rasanyer) berkenaan serangan pemikiran yang melanda umat kita sekarang ini..dalam video klip ini hanya sedikit sahaja daripada permasalahan yang berlaku dalam ' kalangan umat islam, sebernya masih banyak benda2 'ghwazul fikr' ini yang menyerang minda2 kita lebih2 zaman sekarang melalui TV, internet dan media elektronik yg lain (burung, surat-menyurat, mouse code dan s.o.s xdikira sebagai media elektronik-harap maklum).. baiklah, sebelum saya mula merapu dengan lebih panjang, apa kata kita lihat dahulu montaj ini...



amacam, ada terasa sesuatu yang menusuk hati dan kalbu? sebab saya pun terkadang rasa tercucuk juga (astagfirullah hal azim, sama-sama perbaiki apa yang kurang dan memohon pada Allah untuk perlindungan daripada hal-hal yang melalaikan..bukankan Dia yang maha melindungi?) apa-apa pun, syukur Alhamdulillah kepada Allah s.w.t kerana mengizinkan saya menyiapkan montaj ini..semuanya ilham yang baik2 itu datangnya daripada Allah s.w.t. proses penyiapan montaj ini pun berjalan dengan baik, thanks to my coursemate, Adam for sponsor me with the video editing software, ikhwah2 ku yang menyokong dari jauh serta kawan2ku sekeliling..love all of you very much just for the sake of Allah.. tujuan pembikinan montaj ini juga adalah bukan semata-mata untuk menang, tetapi untuk menyampaikan dakwah itu sendiri. dan metode dakwah itu berbagai, bukan hanya melalui usrah (walaupun itu sememangnya adalah nadi utama), sebaran risalah, ceramah2 umum dan sebaginya.. moga amal yang teramat kecil ini diterima oleh Allah s.w.t..^_^
wallahualam

p/s: afwan, post ini agak kurang matang sebab xdapat mood untuk menulis secara matang (-_-!)..dan ada banyak typo, (i have to use external keyboard with external screen, it's quit difficult since the keyboard is quite extraordinary ).. insyaAllah, dalam proses membuat montaj kedua pula yang bertajuk Jahiliyyah abad ke-21..mohon doa semua agar 'projek' (mcm la besar sangat) kedua ini dapat dijalankan

pada siapa-siapa yang ingin download video ini untuk kegunaan halaqah/usrah/program sekolah dan sebagainya, dipersilakan, tidak perlu meminta izin daripada saya dahulu ye..video ini dibuat untuk manfaat umum ^_^

Kereta mewah?

03 Mac 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Assalamualaikum semua.. perghh.. lama sudah rasanya saya tak update blog ni... assingment2 perlu disiapkan dan pencarian kekuatan iman menyebabkan saya kurang meluangkan masa untuk update blog ini. Untuk ikhwah wal akhwat ku yang accident beberapa sela masa yang lepas, syafakallah ana ucapkan. Moga antum semua lebih tabah dan berhati-hati. Moga Allah memberkahi antum semua. ana tak mampu untuk menziarahi antum, hanya doa sahaja yang mampu ana utuskan dari seberang timur semenanjung malaysia ini. Ana uhibukafilla ya ikhwati..

Baiklah, dalam post kali ini, saya bukanlah nak mencoret bahan2 ilmiah dan seumpama dengannya.Straight to the point, beberapa minggu yang lepas, ustaz yang mengajar subjek CTU (fundamental of islamic religion) meminta saya mendesign kereta. katanya untuk dibuat slide pembentangan. ok, baiklah, sebelum saya menyatakan apa maksud kereta diatas, saya mohon pendapat anda semua untuk menintepretasikan maksud tersirat kereta tersebut. saya terigin sangat membaca komen2 daripada anda semua lebih-lebih lagi dari sudut pandang dakwah.. jadi, jika anda ada masa, luangkanlah sedikit untuk mengomen gambar kereta diatas. pandangan/komen/celoteh/karangan dan sebaginya bebas mengikut sudut pandang masing2. semuanya didahulukan dengan syuran jazakumullah..wallahualam..

p/s: oh, kepada ikhwah2 dan akhwat2 yang baru menikah, barakallah.. moga kalian semua memperoleh keluarga sakinah dan membina keluarga dakwah yang bahagia didunia dan diakhirat..mohon doa juga untuk diriku ini..huhu~~

'Monggek Awek'

07 Februari 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Angin bertiup lembut kemuka, udara petang yang nyaman dan mendamaikan. Mememang sesuai untuk saya bermuhasabah diri. Petang itu, saya menunggang (baca: merempit) motorsikal daripada university ke rumah, setelah usai menyelesaikan urusan pinjaman PTPTN. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun menghadapai sedikit masalah. Hikmahnya, banyakkan bersabar dan beristigfar, insyaAllah, tentunya Allah sebagai tempat memohon pertolongan. “Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah Dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) Dengan bersabar dan Dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar” Al-Baqarah ayat 153
Kebiasaannya, saya gemar bermuhasabah ketika dalam berjaulah (bermusafir), terasa diri ini begitu lemah dan kerdil di sisi Allah s.w.t, ketika bermusafirlah kita seringkali menyerahkan diri kepada Allah, memohon agar Allah permudahkan dan memberi keselamatan ketika dalam perjalanan. Sebelum memulakan setiap perjalanan, saya akan membaca doa naik kenderaan dan membaca ayat kursi 3 kali serta berdoa. Alhamdulillah, setakat ini, belum ada kemalangan berlaku dengan izin Allah. Kalau hampir-hampir itu ada la semasa saya dalam perjalanan membuat halaqah di teluk Intan dahulu.
Motor dipandu perlahan, lebih kurang 100 km/h (oh, perlahan ke?). tiba-tiba muncul sebuah motor di depan saya. Astagfirullah.. ternampak ‘valley’ keputihan yang menjolok dan merodok2 mata. Saya yang ‘perasan’ lelaki melayu beriman terkahir mengalihkan pandangan. Ada orang kata “Jika terpandang buat kali pertama itu rezeki, tapi kalau pandang kedua dan seterusnya itu dosa”. Saya pun tak tahu atas dalil apa dia pakai. Kalau sudah terpandang kali pertama dan tak alih-alih dok tengok je ‘benda’ tu boleh dikira rezeki jugak ke? Rezeki yang merosakkan iman ada la..adoi..
            Saya cuba untuk melihat kedepan tanpa memandang ke arah pasangan lelaki dan perempuan itu tadi, ye la, nantikan tak pasal-pasal pula saya yang accident. Oh, perasaan lebih meluat apabila terlihat (bukan melihat) meraka bemesra atas motor. Tangan si perempuan merayap-rayap di badan lelaki. Oh, saya cuba bersangka baik, mungkin suami isteri kot, suaminya penat, bawa motor, so dia urut la. Atau mungkin abang dia kot, ada semut gigit kat badan abang dia lepas panjat pokok kelapa tadi, so adik perempuannya itu tolong carikan semut tu dan buang, adik mithali la katakan.
            Saya memecut motor modenas buruk (buruk pun abang saya baru beli tahun lepas-first hand lagi) saya memotorng pasangan tersebut yang menaiki motor LC135. Fuh, lega…tapi tak sampai seminit, motor LC tu melintas saya balik, masih dalam kondisi yang sama. ‘valley’ yang tak tertutup dan tangan yang merayap. Cis, kurang hajau.. potong balik. Mungkin tercabar kot, motor LC baru dilintasi motor modenas buruk. Saya cuba potong balik, tapi akhirnya  pasangan tersebut masuk ke simpang di sebelah kiri. Kalau ikutkan mahu je saya pergi sebelah motor tu dan bagi satu ‘flying kick’. Namun, iman ini lemah, hanya mampu membenci dengan hati. Saya hanya mampu berdoa agar Allah membuka hati mereka, dan membimbing mereka kearah jalan yang benar, “Merosakkan mood aku nk bermuhasabah je”. Saya bermonolog dalam hati. Oh, perjalanan diteruskan sampai kerumah
Jadi moralnya, pesanan saya buat perempuan-perempuan yang cun-cun diluar sana, jagalah aurat, maruah dan kehormatan diri kalian. Ingatlah, kalian merupakan asset/harta yang paling beharga buat lelaki. Janganlah ditunjukkan liability tambahan kalian yang hanya layak dipertontonkan kepada lelaki yang bergelar suami. Janganlah disebabkan ‘liabiliti tambahan’ kalian itu merosakkan kaum lelaki yang lemah imannya (oh, termasuk diriku). Ingatlah wahai perempuan-perempuan (terutamanya yang akan menjadi isteiku-oh, siapakah itu?) diri kalian cukup beharga, kalianlah saham seorang lelaki untuk menempah satu sudut disyurga mahupun satu sudut dineraka, bersama-sama dengan kalian.wallahualam..
p/s: buat awek2 diluar sana, kalau nk membonceng motor tu, pakailah baju yang panjang melebihi paras punggung, kalau pakai jubah dan tudung labuh macam akhwat lagi bagus. Pakai stoking sekali, ingat tu! Kami juga tak mahu melihat betis anda yang penuh dengan bulu itu (oh, ada bulu ke? Saya pun xtahu)
kelas start kol 12 hari ini.. yeah.. usai dhuha, sambung tido ke? Study la wei, lusa test math, presentation adverb xbuat lagi..oh hari ini programming, benda yang aku minat.. pikul desktop ke kelas, berbaloikah?


 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Control System Engineer di sebuah Syarikat Minyak dan Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts