DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MEGASIHANI
Alhamdulillah, maha suci Allah yang telah mengizinkan kita untuk terus bernafas dalam setiap relung ruang waktu yang semakin mengecil. Mengurniakan berbagai limpahan nikmat dan rahmat yang tak terkutang..subahanallah..
Alhamdulillah, kerana diberikan peluang untuk mencoret sedikit di blog ini. kekngan waktu, kerja-kerja universiti (assingmnet), mini project, simulation dan sebaginya membuatkan blog ini sdiit berhabuk.. Baiklah, dalam entry ini, hanya ingin membuat pencerahan berkenaan dengan montaj/klip video berkenaan dengan ghawzul fikr yang saya buat tempoh hari.
Alhamdulillah, dalam pertandingan tersebut, dengan izin Allah s.w.t, saya mendapat tempat pertama. Tetapi sebenarnya itu bukanlah tujuan utama montaj itu diciptakan. Yang paling penting, mesej yang hendak disampai dalam montaj berkenaan sampai kepada orang-orang lain. setelah diumumkan tempat pertama, montaj itu ditayangkan dihadapan hampir semua pelajar UiTM kelantan yang menghadiri majlis solat hajat perdana akhir tahun. Hampir semuanya rasa 'tertusuk' bilamana sampai ke part 'Facebook Vs. Al-Quran dan 'Bola vs. Solat'
ketika sedang kusyuk menonton, handphone bergetar menandakan mesej masuk..beberapa mesej yang kebanyakannya dari classmate saya mengucapkan tahniah. Cuma ada satu mesej yang menarik perhatian saya.
"Hilmi, bukan ke awak pon ada facebook?"
saya tersenyum seraya membalas mesej tersebut.
Kedengaran seoalah-olah memiliki facebook itu adalah sesuatu yang salah. mungkin sesetengah orang kurang faham. Dalam montaj video tersebut, tiada satu pun perkataan saya yang mengharamkan facebook. Begitu juga dengan bola. Apa yang saya cuba sampaikan disini adalah begitu ramai orang yang mementingkan facebook daripada solat diawal waktu, begitu ramai orang lebih banyak menghabiskan masa bermain game2, menjawab quiz2 di facebook berbanding menghadap, membaca dan mentaddabur Al-Quran. Daripada pemerhatian saya, kebanyakan orang lebih-lebih lagi kawan-kawan disekeliling saya lebih leka bermain facebook sehinggakan nak habis waktu solat, barulah terkocoh-kocoh, mematuk-matuk tikar solat mengejar waktu yang hampir habis, sehinggakan terkadang azan waktu yang lain sudah kedengaran tetapi 'mereka' ini masih dalam solat waktu sebelumnya.
Dan satu penjelasan disini, memang saya juga mempunyai profile facebook. Dan saya cuba gunakannya sebaik yang mungkin. tujuannya, merapatkan ukhuwah dengan ikhwah-ikhwah di seluruh malaysia memandangkan saya keseorangan disini. Minta nasihat dan bergurau senda difacebook sudah cukup membuatkan hati saya gembira bertemu dengan orang-orang yang ingin sama-sama menjaga iman walaupun di alam maya. keduanya, facebook juga saya gunakan untuk berdakwah. Lebih-lebih lagi kepada kawan-kawan di sekeliling. Terkadang nasihat dan teguran itu sukar diungkap tetapi mudah untuk 'ditaip dan dipostkan' di profile kawan-kawan saya. Dan ianya sedikti sebanyak memberi kesan kepada mereka. Tetapi ingat, janganlah sampai masa anda dihabiskan dihadapan facebook sehingga berjam-jam lamanya.
Terserahlah kepada anda semua bagaimana mahu menilainya. Masing-masing dikurniakan oleh Allah s.w.t untuk menginpretasi sesuatu itu sesuai dengan tahap pemikiran dan iman masing-masing. Segala yang baik itu datangnya daipada Allah yang diilhamkan kepada saya dan yang buruk itu juga datangnya daripada Allah, cuma disandarkan kepada saya untuk membedakan antara sang Khalid dengan hambaNya yang lemah ini.
wallahualam..
p/s: Hukum berkenaan facebook ini, mungkin boleh bertanya 'Ustaz Google'. Lebih spesifik lagi, di lamanweb ustaz zaharudin.net..
Nasihat ini juga ditujukan kepada diri sendiri..hhuhu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan