Travelog seorang hamba-1

14 November 2009

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Alhamdulillah..Allah masih berikan kepadaku peluang untuk terus bernyawa..melihat, menilai dan mentafsir alam ciptaanNya yang Maha Hebat ini..subahanallah..segala puji-pujian itu, sama-sama kita kembalikan kepada sang Pencipta alam..

Sudah hampir seminggu saya merancang untuk ke kedah.. alhamdulillah, pg tadi, Allah izinkan saya memulakan perjalanan. Saya bangun awal pagi untuk bersolat tahjud dan hajat, moga Allah selamatkan dan permudahkan urusan perjalanan saya pada hari ini. Tujuannya adalah ingin menghantar pulang motorsikal yang saya pinjam daripada abang saya yang sekarang bekerja di Alor star, kedah. Moga-moga motosikal yang dipinjamkan oleh abg saya tu, memberikan kembali pulangan pahala kepadanya kerana banyak digunakan utuk tujuan dakwah insyaAllah..

Alhamdulillah, perjalanan pagi tadi berjalan lancar dengan izin Allah s.w.t.. dan saya selamat sampai di kepala batas.singgah di rumah seorang ikhwah, dan insyaAllah saya akan sambung kembali perjalanan ke Alor star pagi esok yang mungkin mengambil masa 1 jam lagi.

Kali ini, saya hanya ber'jaulah' seorang diri, menunggang motor Honda Wave 100 bernombor plat KCD 5***, meluncur 90-100 KM/jam menelusuri lebuhraya Utara selatan. MP3 menjadi peneman sepanjang perjalanan. Memperdengarkan alunan nasyid yang begitu menyentuh jiwa yg banyak berdosa ini, mengingatkan saya yang banyak melakukan khilaf dan lalai ini kepada Allah s.w.t.. seperti biasa, saya terusakan sesi muhasabah diri kerana masa inilah antara masa yang paling saya sukai untuk bermuhasabah. Saya pandang ke kiri dan kanan, memerhatikan alam ciptaan Allah s.w.t. terdetik dihati beberapa ayat dalam kitab suci yang paling saya sayangi.



190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;
191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. Ali-Imran ayat 190-191
Subahanallah..hati ini memuji-muji kebesaran Allah..kagum dan takjub melihat bukit-bukit dan gunung-gunung yang tersergam kukuh mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Terdetik juga dihatiku..bagaimana bisa sebuah bukit dan gunung yang sebegitu kukuh ini hancur berkecai sekiranya ianya memegang sesuatu amanah seperti diperkatakan oleh Allah s.w.t dalam Quran

72. Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan.-Al-Ahzab ayat 72

Maha suci Allah, sungguh berat sesuatu amanah itu untuk dipikul. Namun, masih ramai orang yang bermain-main dengan amanah. Amanah digunakan untuk mendapat keuntungan dunia, amanah diabaikan dek kepentingan diri. Moga saya tidak tergolong dalam golongan yang bermain-main dengan amanah walaupun terkadang saya juga tidak mampu menjalankan amanah dengan baik, lebih-lebih lagi amanah dalam satu-satu posisi saff dakwah..astagfirullah...

Perjalanan diteruskan, memerhati sawah yang terbentang menghijau, menghiasi jalanan sehingga ke ufuk timur dan barat. Indah dan mendamaikan. Sejuk mata memandang, subahanallah, indah sungguh alam ciptaan Mu, alam ditadabur dengan penuh rasa syukur. Sesampainya di exit ke jambatan Pulai pinang, kelihatan banyak bagunan-bangunan. kenderaan juga penuh sesak. saya memberhentikan motosikal, meter tolok minyak hampir melepasi garisan merah E menandakan minyak sudah hendak habis. Nasib baik bawa minyak 'spare' dalam botol, xpayah nk pg cari stesen minyak.

Usai mengisi minyak, saya meneruskan perjanalan sehingga sampai di exit Kepala batas. saya Terus menyelusuri exit highway dan terus menuju dimasjid berdekatan. Saya dah berjanji dengan amir untuk mengambil saya kerumah dia bekerja sekarang, Andalus Islamic media. Singgah sehari sekadar untuk bertemu dengan ikhwah, sambil merapatkan ukhuwah. InysaAllah, perjalanan diteruskan pagi esok ke Alor star..


Rehlah jalinan kasih sayang

02 November 2009

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, semalam, saya dan kawan-kawan (ikhwah-ikhwah) berpergian ke Teluk Nipah di pulau pangkor.. program rehlah pada kali ini yang diberi nama Rehlah Jalinan kasih sayang cukup terpaku di hati.. kami berkumpul di sebuah surau di tronoh pada sebelah malam sabtu untuk satu pengisian berkenaan dengan persediaan-persediaan menghadapi final exam oleh seorang lecturer UTP yang juga sedang mengambil master dalam bidang Petroleum engineering di UTP. Pengisian yang bagus, berinformasi dan penuh dengan gelak ketawa bilamana pengisi menceritakan bagaimana pelajar-pelajar yang ambik master ni menghadapi final exam mereka..usai pengisian, hampir semua diantara kami singgah ke restoran mamak kegemaran di tronoh..usai 'supper', kami pun pulang ke surau dan tidur..

Tepat jam 4.15 pagi, kami semua bangun untk bersolat tahjud, hajat, taubat dan sebagainya lagi..alhamdulilah.. solat malam memberikan ketenangan hakiki kepada jiwa-jiwa yang inginkan cintaNya.. Selepas solat subuh, kami mula bertolak ke Lumut untuk menaiki feri ke pulau pangkor.

sepanjang perjalanan, beberapa masalah kecil berlaku. alahmdulillah, ianya dapat diselesaikan dengan izin Allah s.w.t. Kami sampai disana agak terlewat daripada tentatif. Namun begitu, kami sempat bersarapan dahulu di tempat letak kenderaan dalam kawasan masjid di Jeti lumut..usai sarapan, kami terus bergerak ke jeti utk ke pulau pangkor dan seterusnya menaiki teksi van utk ke teluk nipah. Biarlah gamabr2 dibawah sahaja menceritakan segala-galanya..^_^


Marwan mengisi angin dalam tayar

Amir, datang jauh dari penang

Atas ferry Mesra ape tah..

Atas ferry juga

Zuber, ditanam dalam salah satu game

Syafiq pula ditanam (tanam serentak dengan zubair)

Memasak dipulau setelah penat ber'snorkeling'


Istana kumpulan orange

Istana kumpulan Hitam

Snorkeling di sebuah pulau kecil

Peserta di'iqob' setelah kalah..huhu

Ikhwah-ikhwah yang ku sayangi dan cintai

Bangunan manusia, top of the world..haha..kami menang!! o_0

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan baik sekali..syukran wa jazakumullah kepada ikhwah-ikhwahku sekalian.. salah satu program yang cukup best dengan temanya 'santai tapi bahaya'..memang bahaya..sepanjang program ini, setiap kumpulan diberikan barang amanah dan seorang dalam group kami diminta untuk menjaga barang amanah tersebut..namu begitu, kedua-dua kumpulan tidak berjaya menjaga amanahnya dengan baik sehingga dua serigala hensem iaitu saya dan roomate saya berjaya mencuri barang amanah daripada group lawan masing-masing (mmg kami diamahkan oleh urusetia utk mencuri barang amanah tersebut..hehe)..Apa-apa poun, program kali ini berjaya merapatkan ukhuwah antara kami dengan izin Allah s.w.t dan kami cukup enjoy dan relax memandangkan minggu depan adalah minggu final exam.. doakan agar kami terus tsabat dalam jalan dakwah ini dan juga sukses dalam pelajaran masing-masing..wallahualam.. moga Allah memberkati usaha kami mencari redhanya.

Friendster dan kawan-kawan

23 Oktober 2009

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Segala puji dan puja sama-sama kita sembahkan kepada Rabb yang Maha Agung, yakni Allah s.w.t. selawat dan salam kita sama-sama ucapkan kepada Idola umat islam iauitu Muhammad bin Abdullah, Rasullulah s.a.w yang mulia kerana dengan berkat perjuangan baginda, kita dapat merasai nikman Islam dan Iman..

seperti yang kita sedia maklum, laman-laman sosial seperti facebook, friendster, Hi-5, Myspace, n etc lagi adalah amat popular dikalangan remaja..tidak kurang juga pelajar-pelajar sekolah rendah juga telah mula mempunyai akaun dalam laman-laman sosial ini. tidak kurang juga golongan-golongan emas yang mungkin ingin mencari kenalan lama yang telah terpisah ribuan hari..


sempat juga bebrapa hari lepas, 'mebelek-belek' senarai kenalan saya di laman sosial Friendster..hajatnya nk bertanya khabar dgn kawan-kawan disekolah dahulu.. ye la kan, dah beberapa tahun berpisah, ingin juga menyambung kembali silaturahim.. tapi, hampa dan sedih..
kerana apa? kerana melihat kelakuan-kelakuan serta gamabr-gambar kawan-kawan saya dalam laman sosial mereka..



Ya Allah, geli pon ada, jijik pon ada.. somehow, kelu xterkata.. melihat gambar-gambar mereka sedang perposing dengan awek-awek @ pakwe-pakwe mereka.. Hati ini cuba la juga berprasangka baik kan..mungkin adk2..atau mungkin bini meraka..tp yg sedih bila ditajuk album itu ada sesetengahnya terpapar 'gambar awek aku'..


Ye..kawan-kawan saya sudah hilang rasa malu mereka..sedih ketika melihat gambar-gambar mereka berpelukan 'bahagia' dengan pasangan masing-masing.. ada yang menyandar kepalanya ke bahu pasangan, ada yang berpegangan tangan, ada juga yang meletakkan muka mereka dekat antara satu sama lain..malu rasanya nak terangkan disini, tp itu la hakikatnya.. mana hilangnya maruah mereka? kemana hilangnya jati diri mereka? mana hilangnya pendidikan islam yang diajar semasa di maktab (MRSM) dahulu? Xmalukah dengan ibu bapa? xmalukah dengan guru-guru? xmalukah dengan kawan-kawan lain? dan yang lebih serius, xmalukah kamu kepada Allah?

" Alah, ko tu sibuk je..dengki la tu xde awek..tah-tah gay.." mungkin ini antara perkara yg bermain diminda mereka apabila ditegur...
Maaf..saya menegur bukan saya dengki xde awek..bukan saya dengki awek korang cun..cuma saya ingin nasihati anda agar berkelakuan lebih sopan, lebih mature dan ingatkan Allah dalam melakukan sesuatu perkara.. saya bukanlah manusia yang sempurna untuk nasihatkan kamu, cuma saya berusaha untuk menjadi yang terbaik..

Wahai kawan-kawanku sekalian saya inigin anda menghayati satu ayat Quran dalam surah An-Nur ayat 30 (utk lelaki) dan 31 (utk prempuan)

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."-30

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."-31
Begitulah apa yang diperkatakan oleh Allah s.w.t..jelas dan terang maksudnya.. pandangan sahaja perlu ditahan kepada bukan muhrim, apatah lagi berpeluk-pelukan..

Ada 2 hadith yang ingin saya nyatakan disini berkenaan bersentuhan dengan bukan muhrim
hadithnya berbunyi seperti ini..

1-Jika lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bersentuh antara satu sama lain dengan sengaja, maka ianya lebih teruk daripada MENYENTUH BABI!!!

2-Lebih baik menusuk besi yang panas kedada daripada bersentuhan antara lelaki dan perempuan dengan sengaja..

kedua-dua hadith adalah hadith sahih (minta untuk cek balik)

Nah..sanggupkah kamu menyentuh BABI? sanggupkah kamu menusuk BESI YANG PANAS kedadamu? biasanya orang melayu ni cukup sensitif dengan isu BABI..tp kurang sensitif pula dengan dosa yang lebih besar daripada menyentuh babi!!

wahai kawan-kawanku sekalian, sama-samalah kita muhasabah diri sendiri.. tinggal lah perbuatan yang dilarang itu..dan tinggallah juga apa2 yang tidak bermanfaat kepad kita..kerana orang muslim tidak melakukan perkara-perkara yang tidak bermanfaat buat diri mereka..
Jauh disudut hati, saya mahukan kita semua dapat berubah.. raihlah cinta Allah dahulu sebelum meraih cinta manusia kerana cinta Manusia akan sampai dengan automatiknya bilamana cinta Allah menapaki tangga yang pertama di hati kita.

wallahualam..sekadar perkongisan daripada seorang insan yang lemah..

Hari ini..Genap

07 Oktober 2009

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam ukhuwahfillah..

Alhamdulillah wa syukur lillah kerana masa diberikan kepanjangan umur untuk terus beribadat dan patuh kepada Allah s.w.t.. sesungguhnya, Allah itu la yang maha hidup lagi perkasa.. masih teringat lagi beberapa potong ayat Al-Quran yang masih terngiang2 dalam ingatan saya semasa menjalani training ESQ beberapa hari yang lepas..ayat yang menerangkan tentang kekuasaan Allah s.w.t

"Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman? "-Al-anbiya' ayat 30

"Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilauan) minyak, maka nikmat tuhanmu yang manakah kamu dustakan?"- Ar-Rahman ayat 37-38


Subahanallah.. maha benar Allah yang menciptakan segala isi langit dan bumi.. namun mengapa kita masih ingkar kepadanya? mengapa kita masih mampu melakukan maksiat kepadanya? mengapa kita masih sombong kepadanya? mengapa kita masih berbuat dosa sedangkan kita mengetahui Allah itu dekat dengan kita, bahkan lagi dekat dengan urah merih kita? Astagfirullah.. sama-sama beristighfar..muhasabah diri dalam rangka memperbaiki diri untuk menjadi seorang muslim yang betul2 betul beriman kepada Allah s.w.t..

Alhamdulillah juga..hari ini genap saya berusia 20 tahun.. sudah 20 tahun saya hidup.. panjangnya usia seseorang itu masih belum boleh menjamin dirinya akan masuk ke syurga mahupun neraka.. apa yang diukur oleh Allah s.w.t di akhirat kelak, adalah betapa bertaqwanya seseorang itu kepada Allah s.w.t.. terkadang saya juga seringkali berfikir? bisakah aku masuk syurga? cukupkah dengan solat yang aku lakukan? cukupkah aku berbakti kepada ibubapa? cukupkah aku berbuat untuk Islam? cukupkah aku memenuhi hak2 diriku sebagai seorang Muslim kepada orang2 disekelilingku? ditambah lagi dengan dosa2 yang telah diriku lakukan?
Ya Rabbi, masih belum mampu aku menghidu bau syurgaMu dengan amal-amal + dosa-dosa ku ini..apatah lagi melangkah masuk ketempat yang sangat diimpi-impikan oleh semua orang, bahkan orang kafir juga! di akhirat kelak.. mohon petunjukMu ya Allah..

Ramai yang wish besday saya hari ini..di facebook, di forum, SMS.. dan tidak kurang juga bertanya " macam mana sambutan besday nanti"..saya hanya tergelak kecil.. oh..sebelum tu terima kasih kepada sahabat-sahabat saya atas ucapan itu.. saya bukan lah mengharapkan sambutan hari jadi itu dibuat, atau mengharapkan hadiah-hadiah yang bagus-bagus. Tidak, tidak sama sekali.. cukuplah doa-doa kalian..doa-doa agar saya menjadi hamba Allah yang beriman, hamba Allah yang bertaqwa, hamba Allah yang mampu membawa Islam dan dakwah dengan sebaik-baiknya.. itu yang saya harapkan..cukup saja doa itu..tidak perlulah sesuatu dalam bentuk material..

Saya masih ingat lagi, 2 tahun lepas..dan pada tarikh yang sama..saya mula tersentuh dengan tarbiyah.. dan inilah saya anggap antara hadiah yang paling bermakna Allah berikan kepada saya semasa hari jadi saya..(sesunggunya Allah itu maha pemurah dan selalu membrikan yang terbaik buat hambaNya).. pada tarikh inilah saya mula bersemangat untuk melakukan kerja-kerja islam.. sungguh, ianya satu kenangan yang amat manis buat diri saya.. Walaupun dalam tempoh 2 tahun yang singkat ini, berbagai-bagai cabaran dan perubahan yang berlaku kepada diri saya dan insyaAllah saya akan hadapinya dengan penuh kesabaran..bagaimana mungkin saya ingin masuk ke syurga seandainya tidak diuji kan?
"Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta." Al-Ankabut ayat 2-3

"Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)." Al Baqarah ayat 214
Begitulah hakikat kita sebagai seorang hamba Allah..kita akan senantiasa diuji.. apa yang penting, optimis dengan segala ujian itu dan mohonlah doa dengan sebanyak-banyaknya agar kita beroleh rahmat dan petunjuk daripadaNya..
wallahuam..

p/s: Tolong doakan untuk diri saya ^_^



Mereka dan kita

03 September 2009

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Situasi satu
Bobot dan come’ berjalan kearah moto LC 135 miliknya. Moto di’start’, mereka berdua kemudianya menunggang moto tersebut. Lancar moto tersebut membelah jalan yang makin sesak dengan pelajar-pelajar yang baru tamat kuliah, menuju ke bilik masing-masing. Ada juga ke kedai untuk mebeli juadah berbuka puasa. Moto bobot terus meluncur laju keluar daripada kawasan university. 5 minit kemudian, mereke sampai ke sebuah kawasan, penuh dengan khemah, penuh dengan orang ramai-bersesak sesak, penuh dengan bau-bauan yang menyelerakan, apatah lagi ketika sedang berpuasa. Warna-warni makanan begitu menyilaukan mata mereka berdua. Perut berderu2 bunyinya. Mereka tangkas berjalan menuju ke kawasan tersebut. Mereka berjalan dari satu khemah ke satu khemah, satu gerai ke satu gerai. Menilik setiap juadah yang siap dibungkus di atas meja. Ada ayam panggangn, nasi kebuli, nasi minyak, kuih talam, kuih seri muka, kuih lompat tikam, murtabak rusa, arnab, ayam, kancil lembu… air soya+cincau, air jagung, juss langit, ice blended.. “Argh..banyaknya makanan, ape yang aku nk makan untuk berbuaka puasa nanti? Banyak sangat pilihan… borong semua la” bisik hati come’. Lantas dia membeli semua makanan yang berkenan dihatinya. Selepas hampir sejam shopping di bazaar ramadhan, mereka kemudianya ke tempat letak kenderaan. Di tangan masing-masing, terggantung palastik2 makanan yang penuh berisi makanan-sehingga penuh jari mereka dengan plastic tersebut. Tiada jari yang kosong. (nasib baik jari kaki xbleh guna)..mereka berjalan terhuyung hayang ke motosikal LC yang ‘power’ itu. Ketika hendak menaiki moto, mereka hampir-hampir sahaja terbalik kerana terlalu banyak makanan yang dibeli… seusai berbuka puasa, makanan2 yang lebih tadi masih terlonggok di dalam bilik. Hanya 2 bungkus nasi, 2 bungkus air dan 1 bungkus kuih sahaja yang mampu dihabiskan. Itu pun dalam keadaan terpaksa. Oleh kerana perut terlalu penuh, come’ bersolat maghrib beberapa minit sebelum azan ishyak berkumandang. Malangnya, bobot tertidur sehingga waktu bersahur dan terus mengqada’ solat maghribnya-tanpa rasa bersalah sedikit pun…
Situasi 2
Rahim dan Arham berjalan terhuyung-hayang dicelah-celah bangunan yang runtuh. Kelihatan luka masih berbalut dikaki rahim akibat daripada bom kimia yang terkena pada kaki kanannya. Semua jari kaki kanannya hancur dan terpaksa dibuang. Namun, ramadhan masih mampu dialauinya dengan penuh tekad dan sabar. Mereka berdua menarik-narik, mencari-cari sesuatu dicelahan runtuhan bangunan. Bau bangkai menusuk-nusuk masuk kehidung mereka berdua. Ada bangkai ayam, kucing dan tidak kurang juga manusia yang masih dalam proses pengebumian. Rahim terjumpa sehelai selimut tebal, lantas dia mengambilnya dan megoyakkan kepada 2. Satu diberikan kepada sahabatnya, Arham dan satu lagi diselimutkan kebadanya. Suhu dan cuaca ketika itu amat sejuk. Mereka meneruskan pencarian, mencari-cari sisa-sisa makanan untuk berbuka nanti. “saudaraku, apa ye yang kita nak makan untuk berbuka puasa nanti? Semuanya sudah musnah..tiada apa-apa yang tinggal.” Suara Arham kepada rahim dalam keadaan penat. “ Sabar la saudaraku, insyaAllah, ada la tu makanan..yakinlah bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah” balas Rahim. Arham diam membisu, terus mencari-cari makanan di celah-celah sisa bangunan yang hancur. Hampir sejam mereka mencari, akhirnya mereka terjumpa sebungkus roti-hampir berkulat, tetapi masih boleh dimakan. Mereka mengucapkan syukur lantas sujud syukur menyembah Allah, diatas celahan-celahan bangunan yang runtuh. Mereka kemudianya berlari-lari menuju ke khemah perteduhan, disana ada 10 orang lagi yang sedang menunggu mereka pulang membawa makanan…..Semua duduk dalam bulatan, menunggu masuknya waktu berbuka. Apabila tiba waktu berbuka, mereka membahagi-bahagikan roti tersebut. Walaupon rasanya kurang sedap, namun, digagahi juga untuk makan bagi mendapatkan tenaga demi meneruskan perjuangan sebagai seorang mujahid di bumi palestin. Usai berbuka, mereka solat secara berjemaah. Penuh khyusuk dan tawadduk. Hanya kepada Allah mereka berserah diri.

Beginilah situasi yang mungkin saja berlaku kepada diri kita mahupun manusia-manusia yang berada dekat dengan kita.. satu dialog yang sama tetapi situasi yang berbeza. Terkadang, kita kurang munsyukuri nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7
7. Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras".
Oleh yang demikian, sama-samalah kita perbanyakkan syukur lebih-lebih lagi di bulan puasa ini. Jadikan bulan ini bulan yang penuh magfirah dan barokah buat kita semua. Ingat! Kurangkan Juadah, tingkatkan Ibadah

 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Control System Engineer di sebuah Syarikat Minyak dan Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts