Menulis dengan Hati

30 Ogos 2016

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Rasanya dah hampir 2 tahun sya tinggalkan blog ini tanpa apa-apa update. Cuba buat come back tapi nampaknya kurang berjaya. InsyaAllah, mungkin akan cuba buat come back lagi tahun ni? Hehe.

Sebenarnya semua orang boleh menulis dan bercerita. Apa-apa cerita sekali pun. Tapi biarlah setiap penulisan itu ada nilai tambah dan memberi kesan yang positif kepada orang-orang yang membacanya. Bagaimana penulisan mampu untuk menyentuh hati? Ianya bermula daripada diri penulis itu dahulu.

Seketul daging dalam diri kita iaitu raja kepada batang tubuh kita; Hati boleh diumpamakan seperti sebatang sungai. Sungai yang bersih dan jernih sudah pasti akan bisa mampu untuk mengairi kebun-kebun yang kelak akan tumbuh subur dan menghasilkan buah-buahan. Manakala sungai yang kering atau sungai yang kotor airnya pula akan bisa membinasakan kebun-kebun yang menghijau. 
Doa lah supaya Allah meneguhkan hati-hati kita...

Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik 
“Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

We Won Inaugural WIEF Social Entrepreneurship Challenge, Prize worth MYR 20,000

Under the coordination, close supervision and finance from the Malaysian Academy of SMEs & Entrepreneurship Development (MASMED), UiTM, The Community Herbs of UiTM was crowned as the overall champion of the inaugural WIEF Social Entrepreneurship Challenge 2014. Represented by four students from the Faculty of Computer and Mathematical Sciences, The Community Herbs emerged as the overall winner for the challenge and received RM20,000 after successfully pitched their idea for indigenous community in Kg Guntur, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Another team, Embun was announced as the winner for fishermen’s community of Kg. Belakang Kilang, Kuala Perlis, Perlis. Embun was represented by four students from the Faculty of Accountancy.
The first stage of WIEF Social Entrepreneurship Challenge 2014 started in July 2014 with the participation of 20 teams from various Public and Private Institutions of Higher Learning in Malaysia. Four teams from UiTM participated in the first challenge. Team Enactus UiTM, The Community Herbs of the Faculty of Computer and Mathematical Sciences, Embun and Infinite of the Faculty of Accountancy have advanced to the Bootcamp stage. 15 teams went through a 2-day Business Plan Bootcamp where the students were comprehensively trained to further develop their business plan and later submitted the refined business plans for evaluation by the appointed assessors.

The final stage of business pitching took place on 19th January 2015 with eight teams; Enactus Unimas, UCSI University, BumbleBee Sunway & Monash University, Embun UiTM, Eugeniaes University of Nottingham Malaysia, Enactus UiTM, The Community Herbs UiTM and Growth Putra Business School UPM presented and pitched their social enterprise ideas in front of a panel of 8 judges and sponsors by persuading and arguing their cause for their respective communities. Four teams namely UCSI University for community Kg. Kalangkaman, Pulau Banggi, Sabah; Embun, UiTM for community Kg. Belakang Kilang, Kuala Perlis, Perlis; The Community Herbs, UiTM for community Kg. Guntur, Kuala Pilah, Negeri Sembilan; and Growth of UPM for community Kg. Muara Tuang, Kota Samarahan, Sarawak received their well-deserved awards of RM10,000 each as well as opportunities for project incubation. The overall winner, The Community Herbs of UiTM for community Kg. Guntur, Kuala Pilah, Negeri Sembilan also received an additional RM10,000 and a Challenge Trophy. The winning was more meaningful for MASMED and UiTM as we not only dominated the competition but also defeated other prominent public and private universities in Malaysia and received a total of RM 30,000.

Me and my team: Overall winner


Other UiTM's Winning team. Team Embun

Liberalisme dan pluralisme, virus perosak jatidiri anak muda.

24 Februari 2014


Kira-kira seminggu yang lepas satu web portal berita telah memaparkan satu artikel yang bertajuk “Liberalisme, pluralisme anak muda semakin melebar” telah tersebar di laman social. Tertarik dengan tajuk, saya terus membuka link artikel untuk mengetahui apa yang cuba dibincangkan. Sedikit pun tidak memeranjatkan saya apabila kelihatan gambar dua orng tokoh anak muda yang tidak asing lagi menimbulkan berbagai kontroversi dalam kalangan mahasiswa beberapa tahun yang lepas. Sekarang mereka cuba pula untuk membawa idealogi-idealogi sesat yang kita sedia maklum bertentangan sekali dengan norma kehidupan dan syariat yang digariskan Islam. Kita juga maklum khalid ismath adalah penganut agama Syiah yang sememangnya terkeluar daripada landasan islam yang benar.

Sebelum menyentuh lebih jauh, apakah sebenarnya liberalisme dan pluralisme yang kononnya mendapat tempat dalam kalangan anak muda seperti yang dinyatakan oleh kedua-dua anak muda ini? Sudah banyak sebenarnya diperbincangkan sebelum ini hal-hal yang berkaitan dengan fahaman dan idealogi liberalisme dan pluralisme ini.

Secara ringkasnya golongan liberalisme dan pluralisme ini tidaklah menzahirkan diri mereka sebagai golongan yang menolak agama secara total tetapi berselindung disebalik satu idealogi atau gagasan yang mentafsir semula al-Quran, mengkaji semula agama, menila semula syariat dan hukum-hakam feqah. Golongan-golongan pro liberalisme ini menolak segala tafsiran-tafsiran berkaitan agama islam termasuk hal yang telah menjadi ijma’ ulama termasuk tafsiran daripada Rasullulah dan para sahabat serta ulama mujtahid kerana beranggapan tafsira-tafsiran seumpama ini adalah lama dan kolot serta tidak selari dengan perkembangan idealogi semasa sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan agama yang telah disabitkan dengan nas-nas syarak secara qat’ie. Seandainya hukum hakam itu tidak selari ataupun tidak menepati zaman, kemodenan, tanamdun global dan hak-hak manusia, hukum itu hendaklah seboleh-bolehnya ditolak secara total.

Sebenarnya, idealogi liberalism ini adalah lanjutan daripada fahaman modernisme islam yang telah muncul pada awal abad ke-19. Modernisme ini telah teracun dengan cara fikir barat yang berteraskan humanisme, sekularisme, rasionalisme dan liberalisme itu sendiri. Konsep-konsep ini sebenarnya refleksi kepada jiwa yang tidak beriman kerana kecewa dengan agama.

Ciri-ciri pemikiran islam liberal menurut khalif Muammar adalah seperti berikut:

1.       Pluralisme agama
2.       Penolakan terhadap syariah
3.       Rasionalisme dan sekularisme
4.       Penolakan terhadap autoriti keagamaan
5.       Kebebasan mentafsir teks-teks agama islam
6.       Tiada dakwaan kebenaran (faham relativisme).
7.       Mempromosikan nilai-nilai Barat.
8.       Pembebasan Wanita.
9.       Mendukung demokrasi liberal sepenuhnya.

Realitinya di Malaysia, fahaman-fahaman seumpama ini banyak dipelopori oleh ngo-ngo seperti Sisters in Islam (SIS), Islamic renaissance front (IRF), Institut kajian Dasar (IKD) dan lepak maqasid. Fahaman-fahaman seumpama ini yang berselindung disebalik hak asasi manusia, hak asasi rakyat, hak minority dan sebagainya menyebabkan ianya sukar dikesan oleh kebanyakan anak-anak muda dan mudah terjebak dengan kefahaman seumpama ini.. Lepak maqasid contohnya memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk melontarkan idea-idea dan fahaman-fahaman yang tersasar jauh dripada ruang lingkup syariat dan disiplin ilmu yang benar kerana hak dan kebebasan berfikir menggunakan logic akal semata-mata tanpa panduan wahyu. Natijahnya lahirlah pemuda-pemuda yang bebas berfikir sehingga ada sesetengahnya bercita-cita untuk melawan kuasa tuhan atau menjadi tuhan.  Bagi saya tidak pelik seandainya ada dikalangan anak-anak muda berkopiah/bertudung labuh, pelajar dari darul quran dan sebagainya mudah terjerumus dengan fahaman seperti ini, namun kesedaran haruslah disampaikan kepada mereka agar tidak tejebak lebih jauh lagi

Kebebasan beragama?
Menurut perlembagaan Malaysia, dalam perkara 11(4) ada menayatakan bahawa Undang-undang negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.

Mengikut undang-undang di Malaysia, menjadi satu kesalahan untuk agama-agama selain Islam menyebarkan fahaman mereka kepada penganut agama Islam, namun begitu, tidak lah menjadi kesalahan bagi penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran masing-masing. Kalau mengikut orang-orang yang berfahaman liberal, tidak adil lah agama lain tidak dibenarkan untuk menyebarkan agama mereka. Sepatutnya agama lain juga ada hak yang sama untuk menyebarkan agama mereka. Di negara-negara Kristian lain, mana ada mereka menyekat agama Islam disebarkan.

Bagi saya, itu hanyalah satu ‘statement’ yang melucukan. Tidakkan kita melihat dunia pada hari ini di mana umat islam ditindas di sana-sini. Tidak perlu pergi jauh sehingga ke palestin mahupun negara barat. Lihat sahaja bagaimana saudara-saudara islam kita di Rohingya, selatan Thailand dan tragedy ambun di Indonesia, bagaimana umat islam dibunuh dengan kejam oleh penganut-penganut ekstrimist agama Buddha dan Kristian. Bukan setakat dinafikan hak untuk mengamalkan ajaran islam, tetapi dihalau daripada tanah kelahiran sendiri. Masjid-masjid dibakar dan diruntuhkan. Terkini, pembunuhan umat islam di afrika selatan oleh penganut agama Kristian. Itu masih belum sentuh lagi isu pengharaman pemakaian tudung di perancis dan beberapa negara barat yang lain termasuk juga Malaysia yang sesetengah majikan beragama bukan Islam tidak membenarkan pemakaian tudung kepada pekerja da nada juga yang tidak membenarkan pekerja lelaki Muslim untuk solat Jumaat.

Murtad itu satu hak?
Murtad didefinisikan sebagai meninggalkan agama islam dan keluar daripadanya selepas menganutinya. Murtad merupakan satu kesalahan jenayah hudud yang besar dimana pelakunya boleh dikenakan hukuman bunuh. Daripada perspektif perundangan Islam, tidak ada kebebasan bagi orang yang telah mengaku dirinya Islam. Jika orng-orng yang murtad ini dibiarkan begitu sahaja, orang-orang ini akan menjejaskan maqasid syariah yang pertama iaitu memelihara agama. Manakan tidak dizaman Saidina Abu Bakar As-Siddiq, beliau dengan tegas telah memerangi golongan-golongan yang murtad selepas kewafatan Rasullulah s.a.w.

Namun begitu, seringkali ada sesetengah golongan liberal seperti Farouq Musa (IRF) dan Khalid Jaafar (IKD) seringkali menyalah tafsirkan ayat “la ikra hafiidin-tiada paksaan dalam beragama” sebagai hujah bagi membenarkan orang-orang Islam untuk murtad. Tidak ada paksaan di dalam memeluk islam itu bukanlah memberikan kebebasan untuk seseorng itu keluar daripada agama dan bebas bermain-main dengan agama. Ayat daripada surah Al-Baqarah ayat 256 itu sebenarnya ditujukan kepada orang-orang yang masih belum memeluk Islam bahawasanya tidak ada paksaan baginya untuk memeluk Islam. Namun begitu, setelah memeluk islam, orang Islam akan terikat dengan amaran dan peringan daripada Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 217 yang bermaksud
“Sesiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya lalu mati dalam kekufuran, maka merekalah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat. Dan merekalah ahli neraka yang kekal di dalamnya”
Apa yang kita faham daripada ayat ini, bagaimana menjadi hukuman yang amat berat bagi sesiapa yang murtad dan keluar daripada Islam. Penafsiran yang lari daripada konteks dan mengikut kefahaman aqal semata-mata seperti yang dilakukan oleh kedua-dua tokoh liberal inilah yang sebenarnya membawa kepada salah faham kepada ayat isu tiada paksaan dalam beragama..

Kembalikan jatidiri anak muda.
Golongan-golongan belia atau anak-anak muda ini seharusnya lebih aggresif dalam makna mengembalikan jatidiri dan menjaga diri daripada mudah untuk dipengaruhi oleh idealogi-idealogi yang bertentangan dengan Islam ini. Anak-anak muda seharusnya tidak terlalu ghairah untuk terpengaruh dengan gerakan-gerakan ataupun tokoh-tokoh yang tidak mempunyai agenda perjuangan yang jelas dalam memartabatkan agama Islam. Kaji dan fahamkan secara mendalam agenda yang ingin dibawa. Golongan belia juga dinasihatkan agar bersungguh-sungguh dalam bidang perundangan, falsafah dan syariah. Elemen-elemen ini penting bagi mewujudkan sisi sudut pandang yang sesuai degan neraca Islam dalam konteks negara Malaysia dan mampu untuk mebezakan atara perkara yang Haq dan perkara-perkara yang bhatil. Sebagai seorng mukmin yang beriman dan memahami bahawa Islam itu adalah yang tertinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam seharusnya merasa Izzah dengan Islam yang dianuti dan tidak meletakkan Islam setaraf dengan agama-agama lain. Jadi, dengan jelas idealogi liberalisme dan pluralisme ini akan mudah ditolak.


Degree in computer??

22 Oktober 2012

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



Assalamualaikum w.b.t.. salam sejahtera, salam 1 aqidah, salam 1 malay..errr.. Ok, insyaAllah, entry khas ini ditujukan khas buat adik-adik junior yang masih kepeningan untuk memilih kos apakah yang perlu diambil untuk sambung degree bulan 3 nanti.. Saya cuma memberikan sedikit guideline sahaja ada apa2 yang perlu mengikut apa yang saya tahu. (skema giler ayat)..hehe..

Berikut adalah guideline nya:

#1-Pilih Course yang diminati!
Ya, pilihan yang paling tepat adalah kursus yang diminati oleh diri sendiri.. bukan yang diminati oleh kawan, atau kawan kepada kawan, atau yang lebih membimbangkan awek sendiri atau awek kepada kawan.. Ingat pilih kursus yang kita sendiri MINAT. Itu akan lebih menjamin kesungguhan kita untuk belajar dimasa akan datang

#2 - Buat Research.
Fokus pada kursus yang kita nak ambik.. kemudian buatlah sedikit research berkenaan dengan kos yang diambil, bagaimana struktur akademiknya, peluang pekerjaan, gaji, pastu nilai-nilai diri yang perlu ada pada kita untuk pekerjaan tersebut. Cth mcm system analyst. Boleh tgk disini dan disini . Buatlah research sampai hati anda puas berkenaan dengan kos yang nak diambil

#3 - Masih blur lagi?
Tanyalah pendapat-pendapat abang-abang /kakak-kakak senior yang telah sambung ijazah. Timbang baik buruk dalam setiap apa yang diceritakan oleh mereka. *Jangan percaya sangat kat depa ni.. ada tokok tambah cerita nanti or cerita nak gebang2 je, tp..hehe.. dgn abg insyaAllah, xde nak gebang2.hihi.. ^_^..


#4 - Tanyalah Dia..
ehem, Dia tu bukan awek or sapa2.. tp tanyalah Dia yang menciptakan kita.. jika masih belum punyai jawapan yang solid untuk pilih kos apa, buatlah solat Hajat dan Istikharah.. moga-moga Allah berikan yang terbaik buat kita.. Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
"..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." [Al-Baqarah : 216]
tenangkan hati, jagan gopoh dalam membuat keputusan, mintalah pada Allah dengan sungguh-sungguh dan letakkan sepenuh tawakal padanya.. insyaAllah, Dia akan bagi yang terbaik buat kita.. yosh..

Jadi tu la sedikit perkongsian guidelinenya.. kalau hati dah tetap dan yakin dengan pilihan, jalan je insyaAllah.
*keputusan nanti xsemestinya dapat seperti yang kita mintak (sesetengahnya). ok, just do your best!

Bsc. Of Science (Hons) Information System Engineering..


Baiklah, abg akan fokus pada kos yang abg ambik sekarang.. dalam bahasa melayunya dia dipanggil Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) kejuruteraan Sistem Maklumat. Berkod CS226. Basically, kos ni berkaitan dengan Project management. Bagimana kita nak menguruskan pembangunan sesuatu projek berasakan sistem maklumat. Banyak fokus kepada process pembangunan sistem. Apa yang blajar time diploma dulu pun ada mcm SDLC (System Development Life Cycle) tp sangat2 detail dan lebih mendalam dengan bermacam-macam methodology.. Sem 1 ni banyak membaca je (semua subjek membaca) termasuklah subjek2 elektif mcm bel, technoprunureship-ENT600 (sory, xreti eja..haha).. banyak buat research, and presentation. Tiap2 sem mmg akan ada projek + presentation. Kna hilangkan rasa malu untuk menemu bual syarikat2.. banyak mengkaji business rule dalam company dan bagaimana sistem maklumat yang kita akan bina itu nanti akan menyelesaikan masalah sesebuah company. Perlu ada minat yang mendalam la dalam mengkaji dan memahami business rule dalam sesebuah company.. kerja nanti insyaAllah boleh jadi Project manager, System analyst, software engineer, System engineer or buka consultant sendiri dan lain2 (depend on rezeki yang Allah berikan). So, skarang ikhlaskan diri, belajar tu selain nak ilmu dan kerja best2 biarlah dapt redho Allah s.w.t semata-mata.. bila Allah redha, yang lain InsyaAllah akan mudah. ^_^..

Susah? Penat? Huh, belajar fitrahnya mcm tu. Perlu kesungguhan. time degree ni dah xsama macam diploma dulu. Boleh rileks2 lagi, assignment xbanyak.. banyak pun sempat kalau buat last-last minutes (mcm biasa je kan).. Degree ni hampir setiap Subjek ada projek. So kna pandai-pandai la arrange masa, buat schedule, praktikan skill life management mcm priority windows2 tah apa nama tu.. rajin2 la jumpa lecturer sbb lecturer xambi kesah pun ko datang ke x, hantar assignment ke x (kebanyakan la mcm tu)..

insyaAllah, tu la sedikit perkngsian ringkas abg senior yang bru dok kat part 3 ni.. ada 4 part lagi sebelum habis..huhu.. All the best utk adk2 semua.. I pray for your success.. may Allah help you to choose the best that really suite you, amin =)..wallahualam..

Tips Exam

09 Mac 2012

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, segala puji dan puja sama2 kita rafakkan pada Allah s.w.t kerana dengan izinnya, kita masih lagi mampu menghela nafas, menghirup udara untuk terus sujud dan beribadah pada Allah s.w.t.. selawat dan salam  keatas qudwah hasanah umat islam, Muhammad Bin Abdullah, Nabi dan Rasul yang paling kita cintai kerana semangat juang Baginda, kita sama2 dapat merasai nikmat IMAN dan ISLAM di muka bumi malaysia ni ^_^..

sblm meneruskan penulisan, sy ingin memohon ampun dan perlindungan darp Allah s.w.t darp perasaan riak, ujub dan taqabbur serta melindungi hati-hati kita darp berolak-balik kepada perkara maksiat. Semoga Allah melindungi hati-hati kita dengan nur hidayah daripada Nya..amin...Yeah!!!! semnagat..huhu..

Segala perkongsian dalam penulisan ini, adalah berdasarkan apa yang saya praktikkan hasil pembelajaran drp usrah/ceramah/daurah/seminar dan saya bukanlah seorang ustaz ataupun ulama' ataupun orang-orang alim.. saya hanya hamba Allah yg lemah dan hina, yang hanya mengharapkan redho, rahmat serta keampunan darp Allah s.w.t.. dan sekadar ingin melaksanakan tugasan sebagai seorng khalifah/daie/pendakwah diatas muka bumi Allah s.w.t ini =)..

Ok, saya mulakan perkongsian ni dengan sebuah hadith diriwayatkan dalam kitab sahih Imam Al-Bukhori dan Imam Muslim

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.

Hadith berkenaan dengan niat ini sangat popular. Ya, semua perkara perlu dimulakan dengan niat. Kalau niatnya betul, insyaAllah betullah tindakan nya dan begitulah sebaliknya.. perkara pertama yg perlu sama-sama kita muhasabah adalah niat dan juga matlamat kita, kerana niat yg benar akan memacu kearah matlamat yg betul. Contohnya kalau seseorng yg nak menikah dengan seorang wanita yg solehah, dia tak kan pergi cari di rumah2 urut atau rumah pelacuran.. betul x? lebih kurang mcm tu la... (nak menikah, kna minta tolong ustaz carikan..opss.. terbabas ke topic lain..ececece..huhu..

Tips #1, Betulkan niat dan matlamat.

Orait.. mula-mula, kita kna setkan matlamat jangka panjang dan juga matlamat jangka pendek.. Biasanya matlamat jangka panjang perlu tetap, dan matlamt jangka pendek mungkin akan berubah.. Ok, sapo buleh teko gapo matlamat jangka panjang? Ha, nikah? kijo sedap? mongek dengan awek cun? khatam quran? wak rumoh besar kat negeri miskin mcm kelate? haha.. semua salah.. Jawapannya adalah kemana yg kita akan tuju selepas kematian nanti dan semestinya setiap orng inginkan syurga kan? Jadi, kalau inginkan syurga, mestilah tindakan kita itu perlu selari dan selaran dengan kehendak syariat serta mampu merai redho Allah kan? haa.. jadi niatkan semua perkara yg kita buat itu kerana Allah s.w.t.. adapaun matlamat jangka masa pendek itu adalah apa yg kita nak di masa hadapan.. mcm kite katekan kereta besar, rumah besar, gaji  besar, bini solehah tu, kita nak laa.. namun harus diingat, semuanya perlu berlandaskan syariat!.

ok, usai tips satu, sy akan fokus pada tips utk menghadapi exam.. bila mula dah betul, baru kita bleh proceed kepada matlamat kita..betol x kawan2 (gaya ala2 steve dalam rancangan blues clues)

Tips #2 Restu Mak, abah dan juga pensyarah.

Sebelum memulakan peperiksaan, biasanya minta la maaf pada pensyarah-pensyarah dan juga minta agar mereka meredhokan ilmu2 yang telah dipelajari agar mudah kita gunakan untuk exam nanti.. ye la terkadang dalam kelas over bergurau dengan lecturer, takut mereka terasa atau konflik2 yg pernah kita timbulkan.. dan yg paling penting skali, ambk la peluang sekejap balik kerumah (untuk yg jarang balik kerumah sbb yg balik tiap2 minggu tu, mmg slalu dapt restu kan?).. minta mak dan ayah kita untuk sama-sama mendoakan kejayaan kita. Jangan balik nak mintak duit je.. pastu blanja gewe.. -_-".. der, jangan bikin malu kaum adam der..huhu (bg sapa2 yg gewe la)..

Gambar hiasan =)


Tips #3 - Persiapan untuk berperang

Ok memandangkan mundok telah ditutup untuk beli bedil dan senjata2 lain..kita pergi ke mudo osman utk beli 'kakah' alat tulis.. pastikan semua alatan lengkap sebelum exam mcam kite katekan pen, kertas, roba, kakuleter, dan sebaginya lengkap. Ni jugak bagi memudahkan kita untuk study nanti.. Xde la nak pegi pinjam-pinjam dengan kawan plak. Pastikan juga past sem final exam paper dicetak awal2 supaya mudah buat revision dan dapt predict trend soalan tu.. buat past2 sem dan chek jawapan dengan lecturer masing2 ok.. sy xnak menyentuh sangat perihal cara study yg paling baik dan masa study yang paling effective sebab saya yakin, masing-masing ada caranya yang tersendiri untuk mengulangkaji pelajaran..

bawok blakow la pensil warna, krayon, gorek untuk paper calculus  dan coding  C++ atau JAVA


Tips #4 Tidur awal

Biasanya pukul berapa anda tidur? Sy penah tgk kawan2 yg tidur lambat. Terkadang pukul 4,5 pagi xtidur lagi.. ada pun sesetengah nya, tak tidor-tidor sehiggalah usai paper yg diambilnya itu.. dan saranan saya, jangan la buat sebegitu sebab cara tersebut bukan setakat melemahkan fizikal anda, tetapi turut melemahkan minda.. ikutlah fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t agar kita beristirahat pada waktu malam..dan saya tidak pernah memaksa tubuh untuk stay up sebegitu rupa.. kalau rasa xlarat terus je tidur jangan dipaksa-paksa. Sbb kalau otak penah, tumpuan masa menjawa exam nanti akan terganggu dan kita xmampu untuk berfikir secara rasional (buka gilo la..huhu).. Sy penah cuba tidur seusai solat isyak, lebih kurang jam 10.30 malam..dan secara automatiknnya terbagun lebih kurang jam 4 pagi.. waktu tu, otak terasa sangat segar dan apa yg saya baca mudah ingat dan faham.





Tips #5 Bangun awal dan solat
"Wahai orang-orang yang berselimut (Muhammad)! Bangunlah untuk solat pada malam hari, kecuali sebagian kecil. " (Al-Muzzammil ayat 1-2)
" Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (BACAAN diwaktu itu) lebih BERKESAN" (Al-Muzzammil ayat 6)

Kalau dah tidurnya awal, bangun awal la der! beyeh?.. ok, bila tidur dah awal, make sure bangun pun awal. Waktu yg biasa sy amalkan adalah jam 5.00 - 5.15 pagi.. kunci jam dan setkan minda anda untuk bangun awal.. sebelum tidur, mohonlah doa pada Allah s.w.t supaya dipermudahkan bagun awal. Kalau dah bangun awal tu, luangkan sedikit masa untuk solat sunat tahhajud, taubat hajat dan witir. Masa ni adalah antara masa yg mana doa adalah mustajab. Mohonlah pada Allah s.w.t dengan sunguh2.. biar menangis2 takpe.. kalau xmampu nangis, buat2 nangis jgk.. insyaAllah, hati akan menjadi tenang dan lapang disaat air mata mengalir..T_T..sob3..huhu.. alhamdulillah, benda ini sy sentiasa lazimi membuatnya walaupun tidaklah mampu untuk buat 7 kali seminggu tp usahakan jgk agar mampu istiqamah ^_^ paling2 kurang pun 1-3 kali seminggu..

Tips #6 solat subuh berjemaah
"Dan dirikanlah pula solat subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan oleh malaikat" (Al-Isra' ayat 78)

Tahukah anda waktu solat yang paling sikit makmumnya adalah diwaktu subuh? fakta mengerikan ini terjadi dihampir semua masjid2 dan surau2..tidak terkecuali masjid belukar dan juga pusat islam uitm..betul x? Kenapa hal ini berlaku? Benda ini sangat2 la penting lebih2 lagi kepada orang2 yg mewakafkan diri mereka sebagai pejuang islam ataupun daie.. terkadang sya perhatikan ada sesetang orang yang apabila bercakap isu politik islam.. perghh... berdegung degang.. tp bila time subuh berjemaah dimasjid./surau. 0..huhu.. ape kes? Saya teringat kata-kata seorang pendeta yahudi dalam majalah yg saya mabaca ERAMUSLIM DIGEST.. majalah terbitan dari indonesia.. katanya "Mereka tidak takut dan yakin umat islam tidak akan mampu mengalahkan mereka sehingga mana jemaah solat subuh di masjid adalah menyamai jumlah jemaah ketika solat jumaat".. pergh.. jauh lagi tu, tp ini tidak mustahil kita dapat lakukannya..harus Yakin dan berusaha dan perlu mulakan dalam diri kita! ayuh!!

Why it's so hard

Tips #7 Tidak tidur selepas subuh

"Berpagi-pagilah kalian (memulakan aktiviti pada awal pagi) untuk mencari rezeki dan keperluan" Riwayat Al-Tabrani
Haa.. ni la perkara yg biasa kita lakukan..tak terkecuali sya kadang2..sebaik2 nya, lepas solat tu, luangkan sedikit masa untuk study, dan refresh balik apa yg dibaca semalam.. time otak segar2 ni la masuk apa yang dibaca.. kalau tips orang-orang tua dulu, kalau tidur selepas subuh ayam patuk rezeki tu.. malu la sket dengan ayam.. pagi2 diaorng dh bangun cari rezeki.. kita tidur plak.. -__-"



Tips #8 Solat Hajat sebelum ke dewan peperiksaan

Hal ni, ada saya komen dalam facebook saya.. alhamdulillah, memang setiap kali sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan, saya akan solat hajat dahulu.. mohon agar Allah permudahkan menjawab dan kuatkan ingatan serta memberi kefahaman.. lepas kita usaha, study bagai tu.. solat hajat adalah salah satu tawakkal dan juga doa saya pada Allah s.w.t dan saya tak pernah miss pun benda ni semenjak semester 1. Jangan lupa doakan juga pada kawan2 kita sbb bukan kita je nak berjaya, kalau boleh, kawan2 di sekeliling juga turut berjaya.. biasanya, kalau exam waktu pagi, saya lakukan juga solat sunat dhuha sbb dalam solat dhuha juga ada kaifiyatnya yg tersendiri..

Tips #9 Baca Quran

Salah satu perkara yg saya biasa lakukan sebelum mula study adalah dengan memaca quran.. tak perlu banyak, cukuplah sekadar seheli dua. kalau mampu habiskan satu juz lagi bagus (memakan masa lebih kurang 45 minit).. buat sekadar yg mampu sebab yg penting baca! Jangan la baca post2 facebook atau 9gags plak sblm study tu..Bacaan quran sebenarnya bleh membersihkan hati dan memberi ketenangan. Ilmu itu adalah cahaya. Macam mana cahaya nak masuk kalau hati gelap. Jadi, Quran berfungsi untuk membersihkan hati yang kotor dan apabila hati bersih dan tenang, kita akan boleh fokus belajar.

Tips #10 Solat berjemaah / awal waktu

Saat azan dilaungkan, apa perasaan kita? adakah feeling less atau xsenang duduk utk terus solat? semuanya bergantung pada sensetiviti iman kita. Terkadang kita terleka, mungkin terlalu kuat main facebook menelaah pelajaran sehingga terlupa bahawa waktu solat sudah hampir tamat.. sebaik-baiknya bagi siswa, pause dulu study dan majulah ke masjid/surau atau setidak-tidaknya, berjemaah dengan kawan-kawan sebilik sekiranya masjid/surau jauh. Bagi yg siswi, solatlah diawal waktu, pastinya ada barokah apa yg kita study dan insyaAllah, Allah akan permudahkan kita faham.. Jangan lupa untuk  berdoa ketika mana disujud terakhir tu =) * tips yg dipesan oleh akhi amin baek (best student kat UTP)..huhu

Tips #11 Belajar dan mengajarkan (Golongan Rabbani)
"Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya. "Surah  Ali-Imran ayat 79

Tips terakhir adalah... ajarilah sahabat2 anda yg kurang memahami.. cari ini adalah sangat berkesan kerana kita mampu untuk memahami apa yg kita belajar itu apabila kita mampu untuk mengajar orang lain. kerana dalam proses ini, akan berlaku proses perbincangan yg mana dalam masa yg sama, kita juga mungkin akan menerima input2 baru darp sahabat2 kita.. jadi berlumba-lumba lah menjadi orang2 yg lebih memahami. InsyaAllah kalau kita ikhlas mengajar sahabat2 kita, Allah akan menambah lagi ilmu2 kepada kita.. jangan sesekali menjadi orang2 yg kedekut ilmu. sebab itu terkadang, sya xkesah ada junior2 untuk tanyak soalan dan saya akan cuba membantu sedaya mungkin..selain dapt tologn kawan, dalam masa yg sama, ia jugak dapt rapatkan ukhuwah dengan sahabat2.. dan itulah saat yg paling best dan membahagiakan..haha..


Alhamdulillah..sekadar itu yg saya mampu nukilkan..moga perkongsian yg biasa-biasa dari hamba Allah yg lemah ini bisa membantu sahabat2 disekeliling saya..semoga kita tetap terus istiqamah melakukan perkara2/ibadah2 yg baik ini tidak hanya ketika study dan exam week sahaja, tetapi waktu2 yang lain juga sepanjang masa sehingga mati, dan saya doakan juga agar kita sama2 mampu memperoleh kejayaan seterusnya menjadi Muslim yang bermanfaat kepada Islam, bangsa dan agama.. wallahualam.. ^_^..

p/s: sebarang komen, persoalan dan perkongsian bolehlah dishare sama2 ^_^



Final Year, Final Semester...

21 Januari 2012

Asslamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. waktu masih berputar mengikut fitranya..dan saya, Allah masih berikan udara untuk dihirup, peluang untuk bertaubat kepadaNya, nafas yang dihela untuk mencari redhoNya dan salah satu nikmat yang paling best, adalah untuk tsbat diatas jalanNya.. =)

Pengkahiran tahun 2011.. sudah hampir 2 tahun berlalu.. semester kelima merupakan semester terakhir bagi pelajar diploma sains komputer di UiTM (yang mendapat CGPA 2.5 dan keatas pada semester 4 ^_^)..alhamdulillah, saya dapat melepasinya ketahap ini. semuanya dengan izin Allah s.w.t.. dan sahabat2 saya di universiti lama.. mereka sekarang ni akan menduduki peperiksaan akhir yang akan berlangsung dalam beberapa waktu lagi dan akan  menamatkan pengajian Ijazah mereka. saya doakan agar mereka juga turut berjaya insyaAllah.

2 tahun lalu, saya menjejakkan kaki ke UiTM. Meninggalkan kenangan-kenangan yang masih dirindui semasa belaja di UTP. sebuah universiti yang saya idamkan untk belajar semenjak saya di tingkatan 3. Allah kabulkan permintaan saya, namun, Dia ada perancangan yang lebih baik buat hambaNya ni. Walaupun terhambat 2 tahun kebelakang daripada kawan-kawan satu batch, alhamdulillah, Allah masih berikan semangat untuk terus belajar. kegagalan masa lalu tidak sedikit pun mematahkan semangat untuk mencipta kecemerlangan. Pada semester lepas juga, Allah izinkan saya mendapat anugerah pelajar tebaik akademik keseluruhan diploma sains komputer dan pada semester sebelumnya, pelajar terbaik kepimpinan keseluruhan diploma sains komputer. Allah tarik nikmat yg itu, Dia berikan yang lain.. dan Allah sesekali tidak pernah menzalimi hamba-hambanya.. Benarlah firman Allah s.w.t dalam surah An-Najm ayat 53 ayat 39
"Dan sesungguhnya, seseorang manusia itu tidak akan mendapat selain apa yang disusahakanya"

Apa yang penting sekali, jangan sesekali berputus harap. Teruskan berusaha hingga bukan hanya berjaya, tetapi Redho Allah juga dapat dikecapi.


"Janganlah Kamu berasa lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, sekiranya kamu beriman" Ali Imran ayat 139

Ayuh, terus bangkit! terus berusaha! jadi muslim dan mukmin yang hebat!!  Jangan pernah kalah dan berputus asa!!! Allah tidak akan melihat pada hasilnya, tapi pada USAHANYA!! ^_^

Wallahualam...

Isteri solehah

20 Januari 2012


Assalamualaikum….



Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….



Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..



Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.



Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.



Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.



Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”



Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke? Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya., dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.



Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya., dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…



Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.



Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.



Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.



Dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi.., risau saya mengerang kesakitan lagi.



Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan., dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huhu..



Sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.



Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.



Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.



Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.



”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…” Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.



Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.



Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.



Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..



Mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”



Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapkan dari saya….



Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."



Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…



Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….



Terima kasih ustaz….doakan saya……

Sumber: Facebook ustaz Sharipudin, YDP ISMA Kelantan

p/s: Ya Allah, moga suatu hari nanti, Engkau kurniakanlah seorang isteri seperti ini buatku ^_^.. menitis air mata kot baca cerita ni..huhu

Kembali =)

23 Disember 2011

Asslamualaikum .w.b.t..
sudah hampir 6 Bulan xupdate blog.. huhu.. insyaAllah, saya akan kembali untuk menulis.. cuma perlukan sedikit momentum Iman yang semakin menurun.. dalam usaha2 meningkatkan lagi tazkiyatun nafs dan tarbiyyah dzatiyyah..insyaAllah.. mohon doanya



Dimana pemuda?

11 Jun 2011

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Saya melangkah perlahan menaiki anak tangga. Langkah terhenti di depan pintu masjid. Kaki dilap supaya debu-debu yang terpaut pada kaki dihilangkan sebelum melangkah masuk ke rumah suci. Berjalan perlahan-lahan memasuki saf solat. Mata ditoleh kekanan dan kekiri. Wajah-wajah berusia, berkedut dan berkerut memenuhi saf. Bilangan saf? Tak usah ditanya. Anda sendiri boleh menekanya dengan tepat. Imam mengalunkan al-fatihah, lembut dan terkadang terbatuk-batuk. Mungkin usia senja membataskan kesempurnaan bacaan dengan lancar.

Usai solat, pandangan saya kembali tertoleh kekiri dan kekanan. Masih sama. Wajah-wajah berusia dengan urat-urat yang sudah tidak setegang dulu lagi, kedut-kedut muka yang menghiasi setiap inci wajah suci dan bersih. Hati ini tertanya-tanya... mana pemuda? Bukankah pemuda-pemuda yang masih gagah ini sepatutunya memenuhi saf-saf dimasjid? buakankah pemuda-pemuda ini yang sepatutnya menggantikan imam yang sudah berusia? bukankah pemuda-pemuda yang sepatutnya melaungkan azan dengan lantang di corong-corong speaker masjid? dimanakah pemuda-pemuda ini? dimana?

Hati ini hanya mampu diam. Persoalan-persoalan tadi hanya berlalu sepi, sesepi 97% saf-saf dimasjid. Namun seringkali saya persoalkan pada diri sendiri. Teringat sebelum melangkah keluar dari rumah sewa tadi. Sudah berbuih mulut mengajak pemuda-pemuda ke masjid. Sudah puas adegan sindir -menyindir dilakukan. Namun keadaanya masih sama. Ada yang bermain dota, online facebook, menonton movie, menghisap rokok sehingga asap berkepul-kepul keluar dri mulut tanda bangga menjadi seorang lelaki macho. Saya hanya diam. Berjalan sendirian dengan menaiki motor ke masjid. Apabila diam katanya tidak diajak ke masjid sekali. Tetapi bila diajak, "gi la dulu..pah aku sapa la" (engkau pegi dulu, nanti aku sampai). Aku hanya diam. Keseroangan ke rumah Allah yang suci..dan wajah-wajah pemuda itu tidak kelihatan melainkan pada hari jumaat. Entah sampai bila? aku hanya mampu berdoa dan cuba memberikan contoh yang terbaik~~

Makan di MAKM

15 April 2011

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Alhamdulillah, segala puji dan syukur sama2 kita rafakkan kepada Allah s.w.t kerna dengan izin daripadaNya, dapat kita menghirup secakir nikmat yang dikurniakan olehNya.

Pada malam 13 hari yang lepas, telah berlangsung sebuah majlis yang dinamakan Malam Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa UiTM cawangan kelantan yang bertempat di Hotel New Pasific, kalau di kelantan ni, ianya satu-satunya hotel yang bewarna pink ungu. Majlis tersebut adalah untuk meraikan para pelajar yang mendapat kecemerlangan dalam akademik (CGPA 3.5 and above) dan juga kepimpinan. Alhamdulillah, saya juga dijemput untuk ke majlis tersebut yang bertemakan baju batik..

Sepanjang program, tiada apa2 sangat yang menarik. Makananya biasa-biasa sahaja. Saya pun xtau la nak cakap sedap ke tidak.. biasa2 sahaja sebab saya makan je apa yang orang bagi.. Bersyukurlah dengan rezeki yang Allah berikan. Persembahan pada malam itu juga tidak menarik minat saya langsung. Hanya la beberapa orang menyanyi dan terkinja2 dihadapan sahaja. Nothing special orang kelantan sebut. Saya hanya fokus kepada santapan di depan mata saja. Apa orang2 beriman cakap, erk.. jagan pandangan.. ha.begitu la..

Ketika mula2 sampai, selepas mendaftar dan mendapat no meja, kami terus ke surau untuk solat maghrib. usai solat dan mendaftar, kami terus memasuki dewan dan menuju ke meja masing-masing. Saya berada di meja bernombor 15, antara meja dibahagian hadapan. Pelajar-pelajar yang tersenarai dalam pelajar yang akan menerima anugerah diletakkan di meja hadapan. Alhamdulillah, sya juga tercalon sebagai pelajar yang akan menerima anugerah kepimpinan. Namun, apa yang lebih memeranjatkan, saya juga tercalon sebagai antara 3 orang pelajar untuk anugerah pelajar terbaik keseluruhan Diploma UiTM kelantan.. Alhamdulillah, tidak terfikir dan terniat pula untuk mendapat pencapaian sebegitu. 

Alhamdulillah, pada malam itu, saya memenangi anugerah pelajar terbaik kepimpinan bagi diploma sains komputer walaupun tidak memenagi anugerah pelajar tebaik keseluruhan. Bagi saya itu sudah cukup kerana bukan itu tujuan utama saya belajar. Biarlah apa yang kita belajar dapat mampu mendekatkan diri kita pada Allah s.w.t, bisa membawa kebaikan kepada umat dan agama Islam dan lebih penting Allah redho, itu yang utama. Dan anugerah seumpama ini saya menganggapnya sebagai satu bonus sahaja. Majlis pada malam itu berakhir kira-kira jam 11.30 malam dan sampai di kampus machang pada jam 12.30.Setiap pemenang membawa pulang sebuah trofi dan RM100 dan bagi Anugerah terbaik keseluruhan Ijazah dan diploma mendapat RM500. Sesampai sahaja, terus sahaja mandi dan menyiapkan slide presentation menggunakan flash untuk pembentangan subjek multimedia keesoakan harinya. Dibawah sedikit perkongsian gambar pada malam tersebut. Wallahualam..


Pemenang Anugerah kepimpinan Course masing-masing. Dari kiri (YDP Persatuan Sains Komputer (SCiCO), YDP MPP, Ex-YDP INDYBS , YDP Jawatankuasa Perwakilan Non-Resident) ^_^

Pemenang-pemenang anugerah kecemerlangan akademik dan kepimpinan

Bersama salah seorang top-scorer diploma statistic

p/s: sekarang ini sudah melangkah ke minggu study week..sedikit bebanan assingment sudah lepas..fuh..lega.. mohon doa dari semua agar dipermudahkan oleh Allah s.w.t dalam ibadah, study dan final exam nanti insyaAllah..

Coretan dalam masa terluang

06 April 2011

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Alhamdulillah wa syukurlillah kerana kita masih lagi dikurniakan nikmat Iman dan Islam, diberikan kekutan untuk terus menjalani hidup sebagai seorang muslim. 

Syukur juga pada Allah s.w.t kerana memberi ruang dan sedikit masa untuk saya update blog ini yang sudah hampir 5 bulan tidak diupdate atas beberapa sebab. Seperti yang saya jangka juga bahawa semester ini merupakan semester yang sangat sibuk. Sibuk denga belajar, aktiviti persatuan dan juga aktiviti dakwah insyaAllah..

alhamdulillah, pg tadi usai solat tahjud dan subuh, terfikir nak update blog. Habis sahaja 1/2 juz' bacaan quran pagi ini, saya warm up laptop yang sememangnya jarang di shut down, hanya dalam mode sleep sahaja bagi mempercepatkan saya menggunakan laptop. Banyak pula kerja-kerja yang dirancang untuk disiapkan hari ini. Design, proposal assignment programming.. programming sistem.. mini project multimedia menggunakan flash, Dreamweaver, dan perisian2 lain.. meeting persatuan, proposal program sem depan. pembangunan website KRIM dan persatuan sains komputer (scico), database KRIM dan scico.. ditambah lagi beberapa test akan hadir diminggu2 terkahir ni cukup memenatkan. Terkadang tiada masa untuk berehat2.. masa yang senggang dipenuhi dengan menyiapkan assingment dan sebagainya. Sehingga terkadang terlupa untuk menyentuh Quran.. astagfirullah..

Sesibuk mana pun kita sebenarnya, janganlah sesekali lupa akan tanggungjawab kita pada Allah s.w.t. Solat berjemaah atau solat diawal waktu, bacaan quran, istigfar dan sebagainya. Terkadang dalam sibuk2 membuat kerja, kita lupa pada Allah s.w.t. Sudah semestinya apabila lupa pada Allah, akhlak kita juga akan berubah. Mudah berputus asa, cepat marah, kurang sabar dan sebagainya. Oleh yang demikian, ambil la sediki masa bermuhasabah diri, bersihkan semula segala niat2 yang tidak baik, sucikan hati-hati kita ini dengan bacaan Quran dan istigfar insyaAllah hati kita ini akan menjadi tenang. Bukankah Allah telah berfirman dalam Surah Ar-Rad ayat ke 28 mafhumNya

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram" [13:28]
Dan pesanan saya pada mahasiswa2 yang sedang menunggu beberapa minggu lagi sebelum menduduki exam.Tenang-tenangkan fikiran walaupun sibuk dengan pelbagai kerja dan tekanan. Serta banyak-banyaklah berdoa kerana hanya pada Allah s.w.t sahajalah tempat kita bergantung, tempat kita memohon pertolongan, tempat kita meluahkan masalah kita. InsyaAllah Allah akan membantu kita dan yakinlah dengan sepenuh hati. selamat beramal buat semua.


p/s: Ana amat-amat merindui ikhwah2 yang sudah lama xketemu. kalau on9 di facebook tu, msg2 la ana. Ana nak PM antum, tkut mengganggu antum je. ye la, masing2 kan sibuk dengan study, program dan sebagainya. Sekadar ingin medapatkan sedikit nasihat drp ikhwah2.. kawan2 ana kat sini xpenah memberi nasihat membina dan nasihat yang berteraskan iman. huhu~~ sedih T_T..hehe..

pada akhi Nukman, barakallahu lakuma.. moga Allah merahmati dan mempermudahkan segala urusan antum dalam pernikahan 1 Mei ni. InsyaAllah kalau xde masalah, ana akan hadirkan diri.. Ana Uhibukafilla ^_^..

Promosi Jirim

17 Disember 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI



Trailer Jirim 2010 by Ahmiez studio

Promosi terakhir program Jambori Remaja Muslim Nasional 2010. Ayuh remaja-remaja sekalian, tonjolkan potensi diri anda.. jom sertai JIRIM 2010 edisi ke-2 yang akan berlangsung pada 24-26 Disember ini (seminggu je lagi)..khas untuk pelajar berusia 15-17 tahun sahaja.. maklumat lanjut, sila layari www.jirim.net

Nak berjaya?

09 November 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan masa kepada saya untuk mengupdate blog ini. Pada masa ini, pasti ramai orang yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi di mana-mana university sedang bertungkus lumus belajar bagi menghadapi peperiksaan. Tidak kiralah samaada dah bermula atau akan bermula. Perpusatakaan sudah mula dibanjiri pelajar (mungkin juga air - di kedah dan perlis..huhu) bagi mengulang kaji pelajaran. Belum dikira lagi couple-couple yg bercanda mesra dengan pasangan masing-masing mengulangkaji maksiat yang sedang dibuat. Orang lain tengah sibuk mengulangkaji pelajaran, mereka sibuk mengulangkaji kononnya pelajaran juga. Pelajaran lain kot. Entahlah..opss, bersangka baik..bersangka baik..

Studyholic?

Owh..biasanya pharse2  “holic” ni memang sinonim dengan obses kepada sesuatu. Ada yang shopaholic, workaholic, alcoholic, dan tidak kurang juga air holic beng di kedai Nasi Rm2 depan UiTM kelantan yang sangat murah, RM1.20 segelas. Memang best. Tetapi disini saya ingin membahasakan berkenaan dengan “Studyholic” sahaja. Biasalah di musim exam, pelajar2 mula menunjukkan simptom-simptom studyholic yang cukup serius. Nota dan meja study yang berhabuk lebih kurang 1 sem mula dibersihkan. Jadual peperiksaan mula ditampal di soft board yg mana sebelum ini dihiasi muka-muka artis yg diminati. Tidak kurang juga yang menghiasinya dengan perempuan-perempuan seksi..astagfirullah. Kemudainya, bermulalah adegan studyholic. Masing-masing begitu serius mengulangkaji pelajaran. 5 minit kemudian, akan muncul pula simptom stydurholic (tidur) yang mana andaikata tidak mampu melawan, ianya akan menyerang 4-5 jam sehari bukan diwaktu biasa (waktu pagi atau petang biasanya). Namun, itu bukanlah sesuatu yang lebih parah. Apa yang lebih parah disini adalah mereka-mereka yang studyholic sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim iaitu solat!!!.

Daripada pemerhatian saya, ya memang ramai mahasiswa mahupun mahaisiwi seperti ini. Ramai yang mengabaikan solat. Ada yang terlalu ‘kuat’ study (kononnya) sehingga melewat-lewatkan sembahyang. Pernah kawan saya menceritakan ketika radio di masjid memulakan bacaan al-Quran sebelum masuk waktu solat seterusnya, mereka baru bersiap-siap untuk bersolat waktu tersebut. Ada juga yang study sehingga terlupa waktu solat sudah menghampiri waktu solat yang lain. Dan yang lebih teruk, ada juga yang meninggalkan solat terus… nauzubillahi minzalik..

Bagaimana mahu Berjaya macam tu?

Bukankah seruan-seruan menuju kepada kejayaan seringkali kita dengar saban hari? Seruan-seruan menuju kejayaan “Haiyya ala falah” yg bergema di corong-corong speaker menara masjid, laptop mahupun handphone kita? Sudah jelas, kuncinya adalah SOLAT itu sendiri. Allah s.w.t juga ada berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 158

“Wahai orang-orang yang beriman, mintalah PERTOLONGAN kepada ALLAH dengan sabar dan SOLAT. Sesungguhnya, Allah beserta (menolong) orang-orang yang sabar.” [2:158]

Jadi, bukankah jelas disitu, andaikata kita mahukan sesuatu, mintalah pada Allah, bukannya mengeluh kesah. Andaikata semasa kita belajar dan tidak memahami sesuatu pelajaran, mohonlah pada Allah agar diberi kefahaman, kesabaran dan kemudahan dalam belajar. Dan semasa menghadapi peperiksaan juga, mohonlah pada Allah agar diberi ingatan yang kuat agar apa yang sudah diulangkaji itu dapat dikeluarkan kembali. Banyakkan beristigfar dan berselawat agar fikiran jadi tenang dan bersih bagi menjawab soalan. Bukannya mengeluarkan kata-kata kesat menyumpah seranah diri sendiri kerana tidak melakukan persediaan yang cukup atau menyupah seranah pensyarah yang menyediakan soalan yang sukar.

Faktor kejayaan ada 3???

Saya masih ingat lagi semas belajar subjek “Health Safety and Environment” bab “Fire Harzard” dulu, bagaimana untuk Sesuatu pembakaran itu berlaku, perlu ada 3 elemen yang penting  iaitu “Fuel” (bahan bakar), “Oxygen” (oksigen) dan “Heat (ignition)” (Haba atau lainnya pemulaan pembakaran-api). Setiap elemen ini saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Andaikata salah satu tiada, maka pembakaran tidak akan dapat dialakukan. Ataupun andikata salah satu elemen tidak cukup, maka pembakaran tidak sempurna akan berlaku. Jadi, ketiga-tiga elemen ini perlu hadir serentak dalam kuantiti yang hampir sama.

Fire triangle

Begitulah juga kita sebagai mahasiswa/wi muslim. Untuk mendapat sesuatu kejayaan yang disertakan dengan keredhoan Allah s.w.t, perlu ada 3 elemen penting dalam penentu jalan menuju kejayaan. Elemen-elemen tersebut adalah Berusaha, berdoa, dan bertawakal. Ketiga-tiga perkara ini perlu hadir serentak dan dalam kuantiti yang sama agar kejayaan yang diperoleh bukanlah kejayaan sampah, tetapi kejayaan dengan diiringi keredhoan Allah s.w.t.

Success triangle

Allah s.w.t telah berfirman dalam surah An-Rad’ ayat 11 dan surah An-Najm ayat 39

 “….Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri….” [13:11]

“dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.” [53:39]

Dalam kedua-dua ayat diatas, perlu seseorang itu berusaha sekuat tenagannya dalam mengapai sesuatu pekerjaannya yang tidak bertentangan dengan syariat. Dalam konteks seorang mahasiswa/wi, perlu untuk kita berlajar bersungguh-sungguh selagimana ianya tidak melanggar syariat (meninggalkan/melewat-lewatkan solat, meniru dalam exam, bermaksiat sambil belajar (faham-faham sendiri la ye) dan sebagainya). Sesuatu kejayaan itu sudah pastinya tidak akan datang bergolek begitu sahaja, ianya memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit.

Seiring dengan berusaha, seseorang muslim itu juga perlu berdoa. Makna doa disini bukan hanya merangkumi permintaan (secara khusus) kepada Allah s.w.t sahaja, malah juga merangkumi ibadah-ibadah khusus dan ibadah-ibadah umum. Solat berjemaah dimasjid/solat awal waktu bagi perempuan, berinfak, berzikir, membaca Al-Quran dan sebaginya.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Naml ayat 62

“Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati (Nya).” [27:62].

Akhir sekali, bertwakal lah kepada Allah s.w.t. FirmanNya dalam surah At-Taubah ayat 51

“Katakanlah: "Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal."[9:51]

dan surah Al-Ankabut ayat 58-59

“Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi di dalam surga, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal, (yaitu) yang bersabar dan bertawakal kepada Tuhannya.” [29:58-59]

Setelah berusaha dan berdoa, maka bertawakkal lah kepada Allah s.w.t kerana hanya pada Dialah kita berserah diri dan bergantung harap. Hanya Allah s.w.t lah yang berhak memberi atau menangguhkan pemberian atau menggantikan dengan perkara yang lebih baik kepada kita kerana Dialah yang lebih mengetahui apa yang terbaik kepada diri kita ini.

“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [2:216]

Selamat menduduki peperiksaan untuk semua. Maa taufiq wannajah fil imtihan buat semua ikhwah wal akhwat, kawan-kawan dan semua pembaca blog ini. Ingat, peperiksaan ini hanyalah kecil sahaja jika dibandingkan dengan ‘peperiksaan’ kehidupan yang kita perlu hadapi sepanjang roh dikandung badan.. selamat beramal buat semua. Moga semuanya mendapat keredhoan dan pertolongan daripada Allah s.w.t senantiasa..
Wallahualam..
 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Control System Engineer di sebuah Syarikat Minyak dan Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts