Kira-kira seminggu yang lepas satu web portal berita telah memaparkan satu artikel yang bertajuk “Liberalisme, pluralisme anak muda semakin melebar” telah tersebar di laman social. Tertarik dengan tajuk, saya terus membuka link artikel untuk mengetahui apa yang cuba dibincangkan. Sedikit pun tidak memeranjatkan saya apabila kelihatan gambar dua orng tokoh anak muda yang tidak asing lagi menimbulkan berbagai kontroversi dalam kalangan mahasiswa beberapa tahun yang lepas. Sekarang mereka cuba pula untuk membawa idealogi-idealogi sesat yang kita sedia maklum bertentangan sekali dengan norma kehidupan dan syariat yang digariskan Islam. Kita juga maklum khalid ismath adalah penganut agama Syiah yang sememangnya terkeluar daripada landasan islam yang benar.
Sebelum menyentuh lebih jauh, apakah
sebenarnya liberalisme dan pluralisme yang kononnya mendapat tempat dalam
kalangan anak muda seperti yang dinyatakan oleh kedua-dua anak muda ini? Sudah
banyak sebenarnya diperbincangkan sebelum ini hal-hal yang berkaitan dengan
fahaman dan idealogi liberalisme dan pluralisme ini.
Secara ringkasnya golongan
liberalisme dan pluralisme ini tidaklah menzahirkan diri mereka sebagai
golongan yang menolak agama secara total tetapi berselindung disebalik satu
idealogi atau gagasan yang mentafsir semula al-Quran, mengkaji semula agama,
menila semula syariat dan hukum-hakam feqah. Golongan-golongan pro liberalisme
ini menolak segala tafsiran-tafsiran berkaitan agama islam termasuk hal yang
telah menjadi ijma’ ulama termasuk tafsiran daripada Rasullulah dan para
sahabat serta ulama mujtahid kerana beranggapan tafsira-tafsiran seumpama ini
adalah lama dan kolot serta tidak selari dengan perkembangan idealogi semasa
sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan agama yang telah
disabitkan dengan nas-nas syarak secara qat’ie. Seandainya hukum hakam itu
tidak selari ataupun tidak menepati zaman, kemodenan, tanamdun global dan
hak-hak manusia, hukum itu hendaklah seboleh-bolehnya ditolak secara total.
Sebenarnya, idealogi liberalism
ini adalah lanjutan daripada fahaman modernisme islam yang telah muncul pada
awal abad ke-19. Modernisme ini telah teracun dengan cara fikir barat yang
berteraskan humanisme, sekularisme, rasionalisme dan liberalisme itu sendiri.
Konsep-konsep ini sebenarnya refleksi kepada jiwa yang tidak beriman kerana kecewa
dengan agama.
Ciri-ciri pemikiran islam liberal
menurut khalif Muammar adalah seperti berikut:
1. Pluralisme
agama
2. Penolakan
terhadap syariah
3. Rasionalisme
dan sekularisme
4. Penolakan
terhadap autoriti keagamaan
5. Kebebasan
mentafsir teks-teks agama islam
6. Tiada
dakwaan kebenaran (faham relativisme).
7. Mempromosikan
nilai-nilai Barat.
8. Pembebasan
Wanita.
9. Mendukung
demokrasi liberal sepenuhnya.
Realitinya di Malaysia,
fahaman-fahaman seumpama ini banyak dipelopori oleh ngo-ngo seperti Sisters in Islam
(SIS), Islamic renaissance front (IRF), Institut kajian Dasar (IKD) dan lepak
maqasid. Fahaman-fahaman seumpama ini yang berselindung disebalik hak asasi
manusia, hak asasi rakyat, hak minority dan sebagainya menyebabkan ianya sukar
dikesan oleh kebanyakan anak-anak muda dan mudah terjebak dengan kefahaman
seumpama ini.. Lepak maqasid contohnya memberi ruang kepada sesiapa sahaja
untuk melontarkan idea-idea dan fahaman-fahaman yang tersasar jauh dripada
ruang lingkup syariat dan disiplin ilmu yang benar kerana hak dan kebebasan
berfikir menggunakan logic akal semata-mata tanpa panduan wahyu. Natijahnya lahirlah
pemuda-pemuda yang bebas berfikir sehingga ada sesetengahnya bercita-cita untuk
melawan kuasa tuhan atau menjadi tuhan. Bagi
saya tidak pelik seandainya ada dikalangan anak-anak muda berkopiah/bertudung
labuh, pelajar dari darul quran dan sebagainya mudah terjerumus dengan fahaman
seperti ini, namun kesedaran haruslah disampaikan kepada mereka agar tidak
tejebak lebih jauh lagi
Kebebasan beragama?
Menurut perlembagaan Malaysia,
dalam perkara 11(4) ada menayatakan bahawa Undang-undang negeri dan mengenai
Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang
persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau
kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.
Mengikut undang-undang di Malaysia,
menjadi satu kesalahan untuk agama-agama selain Islam menyebarkan fahaman
mereka kepada penganut agama Islam, namun begitu, tidak lah menjadi kesalahan
bagi penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran masing-masing. Kalau mengikut
orang-orang yang berfahaman liberal, tidak adil lah agama lain tidak dibenarkan
untuk menyebarkan agama mereka. Sepatutnya agama lain juga ada hak yang sama
untuk menyebarkan agama mereka. Di negara-negara Kristian lain, mana ada mereka
menyekat agama Islam disebarkan.
Bagi saya, itu hanyalah satu ‘statement’
yang melucukan. Tidakkan kita melihat dunia pada hari ini di mana umat islam
ditindas di sana-sini. Tidak perlu pergi jauh sehingga ke palestin mahupun
negara barat. Lihat sahaja bagaimana saudara-saudara islam kita di Rohingya,
selatan Thailand dan tragedy ambun di Indonesia, bagaimana umat islam dibunuh
dengan kejam oleh penganut-penganut ekstrimist agama Buddha dan Kristian. Bukan
setakat dinafikan hak untuk mengamalkan ajaran islam, tetapi dihalau daripada
tanah kelahiran sendiri. Masjid-masjid dibakar dan diruntuhkan. Terkini,
pembunuhan umat islam di afrika selatan oleh penganut agama Kristian. Itu masih
belum sentuh lagi isu pengharaman pemakaian tudung di perancis dan beberapa
negara barat yang lain termasuk juga Malaysia yang sesetengah majikan beragama bukan
Islam tidak membenarkan pemakaian tudung kepada pekerja da nada juga yang tidak
membenarkan pekerja lelaki Muslim untuk solat Jumaat.
Murtad itu satu hak?
Murtad didefinisikan sebagai
meninggalkan agama islam dan keluar daripadanya selepas menganutinya. Murtad
merupakan satu kesalahan jenayah hudud yang besar dimana pelakunya boleh
dikenakan hukuman bunuh. Daripada perspektif perundangan Islam, tidak ada
kebebasan bagi orang yang telah mengaku dirinya Islam. Jika orng-orng yang
murtad ini dibiarkan begitu sahaja, orang-orang ini akan menjejaskan maqasid
syariah yang pertama iaitu memelihara agama. Manakan tidak dizaman Saidina Abu
Bakar As-Siddiq, beliau dengan tegas telah memerangi golongan-golongan yang
murtad selepas kewafatan Rasullulah s.a.w.
Namun begitu, seringkali ada
sesetengah golongan liberal seperti Farouq Musa (IRF) dan Khalid Jaafar (IKD) seringkali
menyalah tafsirkan ayat “la ikra hafiidin-tiada paksaan dalam beragama” sebagai
hujah bagi membenarkan orang-orang Islam untuk murtad. Tidak ada paksaan di
dalam memeluk islam itu bukanlah memberikan kebebasan untuk seseorng itu keluar
daripada agama dan bebas bermain-main dengan agama. Ayat daripada surah
Al-Baqarah ayat 256 itu sebenarnya ditujukan kepada orang-orang yang masih
belum memeluk Islam bahawasanya tidak ada paksaan baginya untuk memeluk Islam.
Namun begitu, setelah memeluk islam, orang Islam akan terikat dengan amaran dan
peringan daripada Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 217 yang bermaksud
“Sesiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya lalu mati dalam kekufuran, maka merekalah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat. Dan merekalah ahli neraka yang kekal di dalamnya”
Apa yang kita faham daripada ayat
ini, bagaimana menjadi hukuman yang amat berat bagi sesiapa yang murtad dan
keluar daripada Islam. Penafsiran yang lari daripada
konteks dan mengikut kefahaman aqal semata-mata seperti yang dilakukan oleh
kedua-dua tokoh liberal inilah yang sebenarnya membawa kepada salah faham
kepada ayat isu tiada paksaan dalam beragama..
Kembalikan jatidiri anak muda.
Golongan-golongan belia atau
anak-anak muda ini seharusnya lebih aggresif dalam makna mengembalikan jatidiri
dan menjaga diri daripada mudah untuk dipengaruhi oleh idealogi-idealogi yang
bertentangan dengan Islam ini. Anak-anak muda seharusnya tidak terlalu ghairah
untuk terpengaruh dengan gerakan-gerakan ataupun tokoh-tokoh yang tidak
mempunyai agenda perjuangan yang jelas dalam memartabatkan agama Islam. Kaji
dan fahamkan secara mendalam agenda yang ingin dibawa. Golongan belia juga
dinasihatkan agar bersungguh-sungguh dalam bidang perundangan, falsafah dan
syariah. Elemen-elemen ini penting bagi mewujudkan sisi sudut pandang yang
sesuai degan neraca Islam dalam konteks negara Malaysia dan mampu untuk
mebezakan atara perkara yang Haq dan perkara-perkara yang bhatil. Sebagai
seorng mukmin yang beriman dan memahami bahawa Islam itu adalah yang tertinggi
dan tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam seharusnya merasa Izzah dengan
Islam yang dianuti dan tidak meletakkan Islam setaraf dengan agama-agama lain.
Jadi, dengan jelas idealogi liberalisme dan pluralisme ini akan mudah ditolak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan