DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah wa syukurlillah kerna masih diberikan umur yang panjang, kesihatan yang baik untuk saya menruskan hidup, lebih-lebih lagi di bulan ramadhan yang mulia ini. saya juga mendoakan agar kalian juga senantiasa diberikan kesihatan dan kekuatan iman oleh Allah s.w.t insyaAllah.. Dengan izin Allah, sempat juga saya ambik sedikit masa untuk memgupdate blog ini yang saya tinggalkan tnpa posting terbaru hampir satu bulan..huhu, agak sibuk sedikit dengan test, pertandingan dan sebagainya, namun persiapan iman juga tidak lupa utk dititikberatkan..
semalam, saya dan kawan-kawan serumh berkesempatan untuk berjaulah ke beberapa tempat di kota bharu. Kami bertolak dirpada rumah sewa jam 11 pagi dan sampai ke destinasi yang pertama iaitu di pengkalan kubur yang bersempadan dengan thailand. kami sampai di sana kira-kira jam 12.30 dan terus ke masjid pengkalan kubur untuk menunaikan solat jumaat. usai solat, kami terus ke plaza membeli-belah di pengkalan kubor (plaza ke?).
antara barang-barang yang dijual di pengkalan kubor
saya hanya menemani kawan-kawan membeli jersi dan seluar..katanya untuk raya.. huhu.. biasalah.. saya seperti biasa, hanya window shopping sahaja, sekadar memenuhi ajakan kawan. selepas membeli belah di pengkalan kubur, kami terus bergerak ke KB mall. Tiba di KB mall, saya terus ke kedai buku popular. sekadar melihat-lihat buku disana. Namun, saya terbeli novel Bumi Cinta tulisan Habiburahman El-shirzy, novelist terkenal dengan novel-novel pembangun jiwa. haritu lagi saya bercadang untuk membelinya, namun baru tergerak untuk membelinya sebagai koleksi. dan saya cukupkan nilai RM30 dengan sebuah buku Doa Untuk Lelaki yang berharga RM4. selesai membeli buku, kami 'round-round' sekitar KB mall mencari barang-barang lain. dengan Izin Allah, saya terjumpa kawan sekolah dahulu, muadz yang sekarang ini menuntut di sebuah universiti di Rusia. sudah lama dia bercuti namun, Allah izinkan saya 'terjumpa' dengannya di sana. usai berwindow shopping buat kali kedua, kami bergerak ke Pasar siti Khadijah di bandaraya kot bharu.
adam, saya dan apih
Sebelum bersiar-siar, kami menunaikan solat asar terlebih dahulu di masjid bersebelahan dengan pasar. Kami kemudianya ke Pasar Buluh kubu untuk mencari sedikit juadah untuk dibawa berbuka dengan ikhwah-ikhwah ISMA di tadika mawaddah nanti. sebelum pembinaan KBTC (kota bharu trade centre), Pasar Buluh Kubu ini sebenarnya diadakan di Padang Bas. Kami bersesak-sesak di tengah orang ramai untuk membeli makanan. Awan dilangit begitu mendung dan titis-titis hujan mula membasahi orang ramai. selepas membeli, kami kemudianya bergegas ke kereta kerana hujan semakin lebat. Namun begitu, kami terkandas di pasar siti Khadijah selama kira-kira 30 minit menanti hujan reda utk menaiki kereta yang terletak agak jauh.
Selepas berjaya menaiki kereta walaupun dibahasi hujan, kami meneruskan perjalanan ke tadika mawaddah kota bharu untuk beretmu dengan ikhwah-ikhwah ISMA dan berbuka bersama mereka. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Berjumpa dengan ustaz Hadi dan sempat berbincang perihal dakwah di kelantan. Kami kemudiannya disajikan tazkirah perang Badr oleh seorang ustaz (terlupa namanya). Bila berada dalam lingkungan orang-orang yang beriman cukup terasa aura dan ketenangannya, berbeza bilamana bersama kawan-kawan biasa. Kami kemudianya berbuka dengan buah-buahan dan solat maghrib berjemaah. usai solat, kami menjamah sedikit nasi. Lauknya simple iaitu burung puyuh goreng dan gulai ayam bersama acar timun dan ikan kering goreng, tapi cukup menyelerakan. Selepas makan, kami kemudiannya bersurai dan saya beserta kawan-kawan bertolak pulang ke rumah sewa kami di machang.
Tazkirah badar yang disampaikan oleh ustaz sebelum berbuka
antara ikhwah-ikhwah yang hadir
kawan-kawan satu universiti
Alhamdulillah, walaupun kali ini berjaulah tidak bersama ikhwah-ikhwah, namun ada pengajaran-pengajaran yang saya perolehi. sesungguhnya, semua itu adalah tarbiah dan peringatan daripada Allah kepada diri saya dan juga rakan-rakan. begitulah sedikit coretan jaulah semalam. wallahualam..
p/s: Rindukan berbuka dengan ikhwah-ikhwah, bertadarus dengan ikhwah-ikhwah, bermabit dengan ikhwah-ikhwah.. huh, satu kenangan yang begitu menyeronokkan.. disini, semuanya saya lakukan bersendirian.. ^_^
11 ulasan:
salam akh..ajak je mad'u2 or ikhwah2 isma..mesti diorg nak punya.. mencari keberkatan di bulan ramadhan..insyaAllah..
wslm..erm..ana dah ajak akh..kat uitm ni ana sorg je ikhwah isma.. mungkin silap ana xajak diaorg dengan bersungguh2..
huhu,
kalau nak ana teman..
antum kenalah nikah ngan orang perak sini, atau orang n9 ke..haha
ataupun ana nikah orang kelantan?haha..
dah lama tak mabit ngan iftar sekali ngan anta..sob3~
hahaha...
zubair2..apa nak jadi..
takpun,nak lagi senang,mai a turun melaka..ramai ikhwah sini..keh3
zubair: motif nikah dengan orang perak @ n9? xnakkkk.. ana nk cari org kelantan jgk.. baru sekufu..hehe..(nanti nikah dengan org n9, kene buasir..opss)hehe..
amin:hehe..inysaAllah, kalo ada peluang pergi melakau..ramai ikhwah ek?..bagus2x..
p/s: rindu utk berprogram dgn antum sume..
Lemeq 'Q' di belakang...
huhu~
windu sama antum~
Mailah UTP leh jaulah2 ke masjid2 smbil berbuke puasa...
Pembukaan iftar surau taman maju, mgrib kt surau bandar univ, iftar bebetul kt msjid seri iskandar daerah perak tengah..
huhu~~
Doakan iman ana bertambah, taqwa meningkat dan separuh agama disempurnakan. (^_^)
umair 'R' dibelakang..kui3..
rindu sangat2 sama antum juga dan ikhwah2 yg lain.. kalo ana ada cukup duit ana dah terbang kesana..hehe.. rindu nk berbuka dgn ikhwah2.. suasana yang berbeza disini akh apabila sorg2..
kenangan berbuka di masjid2 yg tak dapat dilupakan..hehe
ameen insyaAllah..doakan ana juga agar diperkuatkan iman disini..
salam ramadhan..
ingatkan tajuk 'jauhilah kota bharu' ghitewww.. uhuhu
komen zubair x matang langsung..hehe..
camni cara matang..
oh akhi yang kurindui, sudah lama rasanya anda meninggalkan kami disini..
kami merindui anda teramatlah sangat..
begitu mendalam sekali..hehe
matang x?
apepun akh, dh lama x jumpe ntum lps mukhayyam ritu..huhu..
bila la leh jumpa?
Assalamualaikum wbt
Aisey, ikhwah2ku ini bermadah di comment ahmiez. Huhu
Buat bapak dan zubair, lek2 je. Gurauan orang bujangkan. Hehe
Pada lemeq,rindu la bila leh jumpa. InsyaAllah jauh dimata,hati sentiasa terikat bersama. Alhamdulillah nampak ada progress. Terus gencarkan dakwah di UiTM akhi.
Biar gegar macam antum buat di UTP dulu!
waalaikummusalam ya ikhwah2 ku..
hehe..ape2 la antum ni..
hehe..ana pon tersangat-sangat la rindu pada antum2 semua.. rasa nk terbang je pegi jumpe antum2 semua..hehe..
insyaAllah.. doakan agar Allah kuatkan iman n semangat ana kat cni.. antum paham2 la bile jauh dri suasana tarbiyyah, perlu kuat.. mohon sangat2 doa drp antum semua..
syafiq: matang ke? mcm la ana xkenal antum..kui3..
pencita dakwah: insyaAllah, ana doakan agar antum jga sembuh dengan sempurna dan dpt gencarkan kembali dakwah.. ameen..
Catat Ulasan