Evaluasi semester: Semuanya sebab Allah

23 April 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal; (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka."

subahanallah, teramat indah sekali ungkapan bait-bait firman Allah s.w.t seperti yang dinukilkanNya dalam surah Ali-Imran ayat ke 190-191. Sungguh, ayat-ayat inilah yang seringkali terngiang-ngiang dalam kota fikiran dan senantiasa melekat dihatiku.

Sudah menjadi rutin buat diriku, setiap kali habis semester, aku akan mengevaluasi diri dan perjalanan hidup sepanjang semester. dan semester kali ini, ckup memberi kelainan dalam diriku, belajar di sebuah tempat yang baru, dalam lingkungan yang baru dan suasana persekitaran pemikiran-pemikiran yang baru, sudah tentu memberiku satu cabaran lebih-lebih lagi dari segi pembinaan iman. dan sesungguhnya, aku dapati dalam setiaa aturan perjalanan yang ditentukan oleh Allah itu, pasti ada hikmah disebaliknya. Dan ingin aku kongsikan dalam bait madah dibawah..

Aku tersenyum dan berfikir..
Terkadang, ada masanya, Allah uji kita dengan kegagalan,
agar suatu hari nanti, apabila Allah berikan kejayaan, kita tidak akan berasa riya' dan bangga,
dan akan senantiasa bersyukur denganNya,
kerna, kejayaan itu adalah hak milik Allah, begitu juga kegagalan yang diberikanNya.
Bagaikan sebuah pepatah melayu "Ular menyusur akar, takkan hilang bisanya.

Terkadang, ada masanya, Allah uji kita dengan kesusahan menjaga iman,
agar suatu hari nanti, kita akan mampu berfikir dan menilai, betapa bernilainya sebuah nilai keimanan.
kerna keimana itulah yang bisa membentuk dan memandu kita kearah kebaikan
dalam rangka mencari cinta dan redhaNya, melangkah mencari husnul Khatimah,

Terkadang, ada masanya Allah uji kita dengan kesukaran berukhuwah,
agar suatu hari nanti, apabila Allah berikan nikmat berukhuwah itu,
kita bisa memegangnya dengan kuat dan utuh,
laksana rantain tasbih yang tiada berhujung,
kerna nilai seorang ikhwah itu takkan sama harga sejongkokg emas.

dan terkadang, akan ada masanya Allah uji kita dengan nikmat tarbiyyah,
agar suatu hari nanti, apabila kita mentarbiyyah insan lain,
kita akan bisa merasai, betapa beruntungnya dikurniakan nikmat tarbiyyah,
kerna bukan semua orang dapat memahaminya, jauh sekali merasai nikmatnya..

Apa yang penting, bersangka baiklah dengan Allah s.w.t atas ujian yang diberikannya kerna demi Allah, aturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t tu teramat cantik dan indah sekali. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216:


"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."


Alhamdulillah, sekrang dalam meniti hari-hari stdy and exam week..mohon doa daripada semua agar dipermudahkan olehNya.. juga buat ikhwah-ikhwah dan akhwat-akhwat, jangan dibiarkan study menjadi fitnah kepada dakwahmu atas kegagalannya..Maa taufq wan najjah fil imtihan buat semua ikhwah wal akhwat yang disayangi kerana Allah, juga buat sahabat-sahabat ku.. moga Allah permudahkan urusan kalian semua ya..^_^ salam imtihan daripadaku..



p/s: currently tengah study account and programming.~~

Satu pencerahan



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MEGASIHANI

Alhamdulillah, maha suci Allah yang telah mengizinkan kita untuk terus bernafas dalam setiap relung ruang waktu yang semakin mengecil. Mengurniakan berbagai limpahan nikmat dan rahmat yang tak terkutang..subahanallah..

Alhamdulillah, kerana diberikan peluang untuk mencoret sedikit di blog ini. kekngan waktu, kerja-kerja universiti (assingmnet), mini project, simulation dan sebaginya membuatkan blog ini sdiit berhabuk.. Baiklah, dalam entry ini, hanya ingin membuat pencerahan berkenaan dengan montaj/klip video berkenaan dengan ghawzul fikr yang saya buat tempoh hari.

Alhamdulillah, dalam pertandingan tersebut, dengan izin Allah s.w.t, saya mendapat tempat pertama. Tetapi sebenarnya itu bukanlah tujuan utama montaj itu diciptakan. Yang paling penting, mesej yang hendak disampai dalam montaj berkenaan sampai kepada orang-orang lain. setelah diumumkan tempat pertama, montaj itu ditayangkan dihadapan hampir semua pelajar UiTM kelantan yang menghadiri majlis solat hajat perdana akhir tahun. Hampir semuanya rasa 'tertusuk' bilamana sampai ke part 'Facebook Vs. Al-Quran dan 'Bola vs. Solat'

ketika sedang kusyuk menonton, handphone bergetar menandakan mesej masuk..beberapa mesej yang kebanyakannya dari classmate saya mengucapkan tahniah. Cuma ada satu mesej yang menarik perhatian saya.

"Hilmi, bukan ke awak pon ada facebook?"

saya tersenyum seraya membalas mesej tersebut.
Kedengaran seoalah-olah memiliki facebook itu adalah sesuatu yang salah. mungkin sesetengah orang kurang faham. Dalam montaj video tersebut, tiada satu pun perkataan saya yang mengharamkan facebook. Begitu juga dengan bola. Apa yang saya cuba sampaikan disini adalah begitu ramai orang yang mementingkan facebook daripada solat diawal waktu, begitu ramai orang lebih banyak menghabiskan masa bermain game2, menjawab quiz2 di facebook berbanding menghadap, membaca dan mentaddabur Al-Quran. Daripada pemerhatian saya, kebanyakan orang lebih-lebih lagi kawan-kawan disekeliling saya lebih leka bermain facebook sehinggakan nak habis waktu solat, barulah terkocoh-kocoh, mematuk-matuk tikar solat mengejar waktu yang hampir habis, sehinggakan terkadang azan waktu yang lain sudah kedengaran tetapi 'mereka' ini masih dalam solat waktu sebelumnya.

Dan satu penjelasan disini, memang saya juga mempunyai profile facebook. Dan saya cuba gunakannya sebaik yang mungkin. tujuannya, merapatkan ukhuwah dengan ikhwah-ikhwah di seluruh malaysia memandangkan saya keseorangan disini. Minta nasihat dan bergurau senda difacebook sudah cukup membuatkan hati saya gembira bertemu dengan orang-orang yang ingin sama-sama menjaga iman  walaupun di alam maya. keduanya, facebook juga saya gunakan untuk berdakwah. Lebih-lebih lagi kepada kawan-kawan di sekeliling. Terkadang nasihat dan teguran itu sukar diungkap tetapi mudah untuk 'ditaip dan dipostkan' di profile kawan-kawan saya. Dan ianya sedikti sebanyak memberi kesan kepada mereka. Tetapi ingat, janganlah sampai masa anda dihabiskan dihadapan facebook sehingga berjam-jam lamanya.

Terserahlah kepada anda semua bagaimana mahu menilainya. Masing-masing dikurniakan oleh Allah s.w.t untuk menginpretasi sesuatu itu sesuai dengan tahap pemikiran dan iman masing-masing. Segala yang baik itu datangnya daipada Allah yang diilhamkan kepada saya dan yang buruk itu juga datangnya daripada Allah, cuma disandarkan kepada saya untuk membedakan antara sang Khalid dengan hambaNya yang lemah ini.
wallahualam..

p/s: Hukum berkenaan facebook ini, mungkin boleh bertanya 'Ustaz Google'. Lebih spesifik lagi, di lamanweb ustaz zaharudin.net..
Nasihat ini juga ditujukan kepada diri sendiri..hhuhu

Ghawzul Fikr ? ape yang kau kecohkan ni?

01 April 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

       Assalamualikum w.b.t kepada semua sahabat dan sahabiah, ikhwah wal akhwat sekalian. Moga hidup kalian senantiasa dirahmati dan disayangi oleh Allah s.w.t setiap saat, detik waktu dan ketika.. lama la plak rasanya diri ini xmenceloteh..tah la, time ada idea nak tulis, rasa malas plak..adei, ape nk jadi la..ape2 pun, hidup perlu diteruskan, tarbiyyah perlu di'chill'kan, kerana hidup ini perlu sentiasa dalam keadaan ditarbiyyah tidak kira hal-hal keduniaan mahupun keakhiratan..^_^v..

     Baiklah, post pada kali ini hanya nk share 1 video..berkenaan dengan Ghawzul fikr (tp saya eja ghwazul fikr-pilih la mana satu yang anda rasa betul..huhu)..video ni, saya produce sendiri menggunakan software cyberlink power director, windows movie maker dan sedikit editing gambar menggunaka photoshop cs3. Video ni adalah untuk dihantar ke pertandingan mereka montaj islamik yang dianjurkan oleh JPPIH (Jawatankuasa.....ISLAM HADHARI-saya sendiri xingat ape.. yang saya ingat adalah tulisan yang di'bold'kan tu..huhu) universiti saya sekarang ini..

   Video ini mengisahkan (macam cerita pulak rasanyer) berkenaan serangan pemikiran yang melanda umat kita sekarang ini..dalam video klip ini hanya sedikit sahaja daripada permasalahan yang berlaku dalam ' kalangan umat islam, sebernya masih banyak benda2 'ghwazul fikr' ini yang menyerang minda2 kita lebih2 zaman sekarang melalui TV, internet dan media elektronik yg lain (burung, surat-menyurat, mouse code dan s.o.s xdikira sebagai media elektronik-harap maklum).. baiklah, sebelum saya mula merapu dengan lebih panjang, apa kata kita lihat dahulu montaj ini...



amacam, ada terasa sesuatu yang menusuk hati dan kalbu? sebab saya pun terkadang rasa tercucuk juga (astagfirullah hal azim, sama-sama perbaiki apa yang kurang dan memohon pada Allah untuk perlindungan daripada hal-hal yang melalaikan..bukankan Dia yang maha melindungi?) apa-apa pun, syukur Alhamdulillah kepada Allah s.w.t kerana mengizinkan saya menyiapkan montaj ini..semuanya ilham yang baik2 itu datangnya daripada Allah s.w.t. proses penyiapan montaj ini pun berjalan dengan baik, thanks to my coursemate, Adam for sponsor me with the video editing software, ikhwah2 ku yang menyokong dari jauh serta kawan2ku sekeliling..love all of you very much just for the sake of Allah.. tujuan pembikinan montaj ini juga adalah bukan semata-mata untuk menang, tetapi untuk menyampaikan dakwah itu sendiri. dan metode dakwah itu berbagai, bukan hanya melalui usrah (walaupun itu sememangnya adalah nadi utama), sebaran risalah, ceramah2 umum dan sebaginya.. moga amal yang teramat kecil ini diterima oleh Allah s.w.t..^_^
wallahualam

p/s: afwan, post ini agak kurang matang sebab xdapat mood untuk menulis secara matang (-_-!)..dan ada banyak typo, (i have to use external keyboard with external screen, it's quit difficult since the keyboard is quite extraordinary ).. insyaAllah, dalam proses membuat montaj kedua pula yang bertajuk Jahiliyyah abad ke-21..mohon doa semua agar 'projek' (mcm la besar sangat) kedua ini dapat dijalankan

pada siapa-siapa yang ingin download video ini untuk kegunaan halaqah/usrah/program sekolah dan sebagainya, dipersilakan, tidak perlu meminta izin daripada saya dahulu ye..video ini dibuat untuk manfaat umum ^_^
 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Control System Engineer di sebuah Syarikat Minyak dan Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts