DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Angin bertiup lembut kemuka, udara petang yang nyaman dan mendamaikan. Mememang sesuai untuk saya bermuhasabah diri. Petang itu, saya menunggang (baca: merempit) motorsikal daripada university ke rumah, setelah usai menyelesaikan urusan pinjaman PTPTN. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun menghadapai sedikit masalah. Hikmahnya, banyakkan bersabar dan beristigfar, insyaAllah, tentunya Allah sebagai tempat memohon pertolongan. “Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah Dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) Dengan bersabar dan Dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar” Al-Baqarah ayat 153
Kebiasaannya, saya gemar bermuhasabah ketika dalam berjaulah (bermusafir), terasa diri ini begitu lemah dan kerdil di sisi Allah s.w.t, ketika bermusafirlah kita seringkali menyerahkan diri kepada Allah, memohon agar Allah permudahkan dan memberi keselamatan ketika dalam perjalanan. Sebelum memulakan setiap perjalanan, saya akan membaca doa naik kenderaan dan membaca ayat kursi 3 kali serta berdoa. Alhamdulillah, setakat ini, belum ada kemalangan berlaku dengan izin Allah. Kalau hampir-hampir itu ada la semasa saya dalam perjalanan membuat halaqah di teluk Intan dahulu.
Motor dipandu perlahan, lebih kurang 100 km/h (oh, perlahan ke?). tiba-tiba muncul sebuah motor di depan saya. Astagfirullah.. ternampak ‘valley’ keputihan yang menjolok dan merodok2 mata. Saya yang ‘perasan’ lelaki melayu beriman terkahir mengalihkan pandangan. Ada orang kata “Jika terpandang buat kali pertama itu rezeki, tapi kalau pandang kedua dan seterusnya itu dosa”. Saya pun tak tahu atas dalil apa dia pakai. Kalau sudah terpandang kali pertama dan tak alih-alih dok tengok je ‘benda’ tu boleh dikira rezeki jugak ke? Rezeki yang merosakkan iman ada la..adoi..
Saya cuba untuk melihat kedepan tanpa memandang ke arah pasangan lelaki dan perempuan itu tadi, ye la, nantikan tak pasal-pasal pula saya yang accident. Oh, perasaan lebih meluat apabila terlihat (bukan melihat) meraka bemesra atas motor. Tangan si perempuan merayap-rayap di badan lelaki. Oh, saya cuba bersangka baik, mungkin suami isteri kot, suaminya penat, bawa motor, so dia urut la. Atau mungkin abang dia kot, ada semut gigit kat badan abang dia lepas panjat pokok kelapa tadi, so adik perempuannya itu tolong carikan semut tu dan buang, adik mithali la katakan.
Saya memecut motor modenas buruk (buruk pun abang saya baru beli tahun lepas-first hand lagi) saya memotorng pasangan tersebut yang menaiki motor LC135. Fuh, lega…tapi tak sampai seminit, motor LC tu melintas saya balik, masih dalam kondisi yang sama. ‘valley’ yang tak tertutup dan tangan yang merayap. Cis, kurang hajau.. potong balik. Mungkin tercabar kot, motor LC baru dilintasi motor modenas buruk. Saya cuba potong balik, tapi akhirnya pasangan tersebut masuk ke simpang di sebelah kiri. Kalau ikutkan mahu je saya pergi sebelah motor tu dan bagi satu ‘flying kick’. Namun, iman ini lemah, hanya mampu membenci dengan hati. Saya hanya mampu berdoa agar Allah membuka hati mereka, dan membimbing mereka kearah jalan yang benar, “Merosakkan mood aku nk bermuhasabah je”. Saya bermonolog dalam hati. Oh, perjalanan diteruskan sampai kerumah
Jadi moralnya, pesanan saya buat perempuan-perempuan yang cun-cun diluar sana, jagalah aurat, maruah dan kehormatan diri kalian. Ingatlah, kalian merupakan asset/harta yang paling beharga buat lelaki. Janganlah ditunjukkan liability tambahan kalian yang hanya layak dipertontonkan kepada lelaki yang bergelar suami. Janganlah disebabkan ‘liabiliti tambahan’ kalian itu merosakkan kaum lelaki yang lemah imannya (oh, termasuk diriku). Ingatlah wahai perempuan-perempuan (terutamanya yang akan menjadi isteiku-oh, siapakah itu?) diri kalian cukup beharga, kalianlah saham seorang lelaki untuk menempah satu sudut disyurga mahupun satu sudut dineraka, bersama-sama dengan kalian.wallahualam..
p/s: buat awek2 diluar sana, kalau nk membonceng motor tu, pakailah baju yang panjang melebihi paras punggung, kalau pakai jubah dan tudung labuh macam akhwat lagi bagus. Pakai stoking sekali, ingat tu! Kami juga tak mahu melihat betis anda yang penuh dengan bulu itu (oh, ada bulu ke? Saya pun xtahu)
kelas start kol 12 hari ini.. yeah.. usai dhuha, sambung tido ke? Study la wei, lusa test math, presentation adverb xbuat lagi..oh hari ini programming, benda yang aku minat.. pikul desktop ke kelas, berbaloikah?
12 ulasan:
info yang baik...
salam...kelakar sungguh ceritanya.tapi byk ibrahnya.moge cerita tersebut bermanfaat buat umat.
ujian yang dahsyat...
semoga terus kuat bermujahadah wahai akhi...
di utp pn xbrapa bnyk bezanya...
tanpa nama: wslm.. insyaAllah
Umairzulkefli: mana2 ade saje akh.. oh, teringat pulak, ana nyaris2 accident kat teluk intan tu naik 'buraq putih' antum la..hehe..
doakan moga ana terus kuat disini..
orang dok selalu kata tengok pompuan kali pertama rezeki, tu amek dari hadith riwayat at-tirmizi. terjemahannya lebih kurang camni;
"janganlah engkau menyusuli pandangan dengan pandangan. Kerana untukmu hanya yang pertama, dan yang kedua bukan untukmu."
orang salah faham. tertengok tu bukan rezeki, tapi adalah kesalahan yang dimaafkan sebab buat tak sengaja. tapi kalau tengok dengan syahwat, niat, tekad yang jitu dan usaha yang berterusan, memang tak dimaafkan.
wallahu a'lam.
p/s: ana dulu pun suka travel naik moto sorang2. tup..tup... dah hilang. ikhwah pun tensen. :)
oh..syukran wa jazakumullah akh hisyam.. ana pon penah dngr hadith ni..huh, statement tu la orng biasa guna..erm..
p/s: travel naik moto mmg best..bleh tgk keliling2, menyelit2 dan merempit..hehe..(kenapa ikhwah tense? erm..)
tensen la sebab ikhwah yang paling best dah blah
"tensen la sebab ikhwah yang paling best dah blah"..oh siapakah itu?
jazakallah ats nasht kamu....bagus!berhemah!terus masok hati.
to mrs.shafique : waiyyakum..sama2 memperingatkan
perkongsian yang klakar tapi tesirat..hmm menarik
Catat Ulasan