Alhamdulillah, sudah masuk minggu kedua saya belajar di UiTM, dan saya sudah dapat ‘adapt’ dengan kehidupan sebgai mahaisiwa disini. Setiap aturan Allah itu, ada hikmah disebaliknya dan kitalah yang sewajarnya menimbang baik buruk sesuatu perkara itu.
Hujung minggu lepas saya tidak dapat balik kerumah. Rancangnya ingin menyiapkan semua dokumen berkenaan permohonan PTPTN yang telah diluluskan. Namun, kami perlu menghadiri Modul khas bagi pelajar diploma. Modul ini hanya dibuat di UiTM sahaja, dan tidak dibuat di mana-mana university awam. Modul yang bagi saya amat bagus terutamanya kepada pelajar-pelajar MELAYU ini.
Modul tersebut melatih siswa dan siswi UiTM untuk lebih menonjolkan diri dan membuang rasa malu (rasa malu yang bertempat). Kami diberi peluang untuk bercakap, memberi pendapat serta berkongsi idea berkenaan dengan beberapa masalah. Apa yang cukup menyentuh hati saya dalam modul tersebut adalah Part berkenaan dengan penghayatan kepada islam (tajuk sebenarnya lain, saya lupa). Pada mulanya dalam sesi awal ceramah yang diberikan oleh seorang ustaz, saya agak tidak berminat sangat dengan topic yang dibincangkan kerana banyak lawak dan mungkin boleh saya katakan sedikit kelucahan. Tapi part akhir itu cukup menyentuh, bagaimana Ustaz tadi menyeru agar siswa-siswi tidak meninggalkan solat dan mengajak untuk bersolat di Pusat Islam.
Alhamdulillah, waktu maghrib, Pusat islam dipenuhi siswa. (siswi solat di surau kolej kerana jauh dari pusat islam). Kebanyakkannya pelajar part 1. Sebelum solat maghrib, ustaz sempat memberi tazkirah yang cukup menusuk dikalbu.. sehingga saya menitiskan air mata..oh.. inilah merupakan tazkirah sebelum solat paling panjang saya pernah dengar. Usai solat, ustaz member tazkirah berkenaan pentingnya solat dan sebagainya. Ustaz juga menyeru agar setiap siswa yang berada di kolej berdekatan Pusat Islam agar turut solat berjemaah dalam setiap waktu terutamanya solat subuh.
Keesokan paginya, saya bangun seperti biasa, usai solat tahajjud, saya berjalan ke pusat islam. Suasana masih macam sebelumnya, sejuk dan agak suram kerana kelihatan hanya seorang dua sahaja yang berjalan ke Pusat islam. Kami bersolat subuh berimamkan ustaz semalam. Tidak sampai pun 10 siswa yang bersolat subuh di pusat islam. Pada hemat saya, mungkin muncul juga sedikit kekecewaan dalam diri ustaz tersebut. Beliau sanggup tidak pulang ke rumahnya di rantau panjang untuk bersolat subuh di Pusat Islam bagi melihat anak didik turut serta solat subuh bersamanya di Pusat Islam. Takpe la ustaz, moga Allah mencucuri rahmat kepada ustaz atas usaha ustaz itu. Dan subuh di Pusat Islam dilalui suram dengan bilangan jemaah yang seramai itu. Moga Allah membuka hati2 pelajar-pelajar disini dan moga Allah member kekuatan kepada diriku untuk mengajak meraka-mereka ini mengimarahkan rumah Allah..ameen insyaAllah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan