Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Salam mahabbah penuh kasih kerana Allah s.w.t. SUdah lama juga aku tidak update blog ini. Seminggu dua ini agak sibuk dengan urusan kemasukan ke UiTM. Urusan boring pendaftaran, medical check-up, PTPTN dan sebagainya menyebabkan kurang masa untuk update. Alhamdulillah, Allah berikan sedikit masa kepada aku hanya untuk mencoret sedikit pengalaman hidup.
3 tahun belajar di perak cukup banyak memberi pengalaman dan mengajarkan aku erti hidup. Bersama teman-teman yang inginkan Imannya terjaga dan mengejar matlamat hidup hanya kerana Allah s.w.t cukup membahagiakan. Namun, aturan Allah itu Maha hebat. Ujian diberikaNya untuk menguji tahap keimanan hambaNya, atau mungkin sahaja Allah ingin menghapuskan dosa-dosa hambaNya. Terserahlah kepada seseorang untuk menilai kerana Allah akan mengikut kepada persangkaan hambaNya. Semua itu haruslah ditempuhi dengan sabar dan optimis. Setiap aturan Allah itu ada hikmah disebaliknya. Bukankah Allah lebih mengetahui berbanding hambaNya yang lemah ini?
“… dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” [2:216]
Kegagalan yang lalu banyak mengajarkan aku, dan aku harus bangkit untuk menebus kegagalan yang lalu. Dan kini aku memulakan perjalanan hidup menjadi seorang pelajar diploma dalam jurusan Sains Komputer. Semua itu ketentuan daripada Allah s.w.t dan aku hanya mengikut kata hati dan aku yakin dengan apa yang Allah berikan. Ramai lagi yang mungkin mendapat ujian yang lebih berat daipada aku.
Kehidupan di UiTM mungkin banyak perbezaan dengan UTP. Ye la, UTP salah satu university ‘first class’ di Malaysia. Berbeda dengan uitm, university awam yang hampir 99% melayu, mendapat banyak subsidi daripada kerajaan pusat. Namun begitu, setiap university ada kelebihan dan kekuranganya masing-masing, bergantung kepada seseorang itulah untuk menyesuaikan dirinya. Bagi diriku, tiada masalah sangat untuk menyesuaikan diri dengan tempat baru. Alhamdulillah, dengan pemahaman islam, aku dapat menerimanya dengan hati yang terbuka dan redha.
Minggu orientasi
Minggu orientasi atau di UiTM, kami menggelarkanya minggu mesra siswa cukup menyesakkan jiwa. Bukannya apa, mutabaah tidak dapat dijaga dengan baik. hanya mampu membaca mathurat dan solat tahajjud sahaja. Itu pun dalam keadaan tergesa-gesa. Quran pula aku dapat curi-curi membacanya ketika sedang menunggu masuk waktu solat. Namun, dengan izin Allah, aku masih mampu menguatkan diri untuk menjaga iman walaupun penat dan lelah kerana selalu di ‘push’ oleh faci. Semuanya berjalan dengan baik kecuali ketika waktu makan bila mana lelaki dan perempuan bersesak-sesak dalam dewan makan serta terkejar-kejar dengan masa, tersentuh sana sini, cukup menyesakkan iman yang mahu dijaga. Juga ketika bersenam aerobic. Instructornya seorang wanita dan gaya-gaya aerobiknya tak perlu la aku ceritakan. Sesetengahnya cukup ‘gedik’ sehingga siswa-siswa bersorak-sorak melihat gaya ‘gediknya’ itu. Aku hanya mampu menggelengkan kepala sambil menundukkan pandangan..astagfirullah..
Belajar
Usai menghadapai minggu orientasi, bermulalah pula minggu belajar. Mujurlah blok akademik hanya berdekatan dengan kolej kediaman. tak perlu menaiki van seperti pelajar siswi. Setiap kali naik van berulang-alik ke kelas sudah habis 50 sen. Kalau sebulan tu sudah semestinya banyak. Lagipun belajar disini tidak seperti dahulu lagi. Tiada lagi biasiswa 500 sebulan. Hanya duit pinjaman PTPTN dan juga subsidi makanan 120 sebulan. Itupun jika permohonan Berjaya. Sudah agak lama juga aku tidak belajar dalam kelas. Semester ini, pelajar CS110 (Computer science) hanya 20 orang sahaja. 12 lelaki dan 8 perempuan. Cukup sedikit dan lecturer pun boleh focus. Mujurlah rakan-rakan perempuan sekelas aku tiada yang ‘gedik’, Cuma aku berasa agak jangal untuk bergaul dengan mereka. Setiap kali mereka bercakap dengan aku, aku hanya memandang kebawah. Tak tau la, mungkin dah terbiasa bercakap dengan akhwat mcm tu kot sebelum ni. Xde kekuatan untk memandang terus ke muka. Cuma sesekali aku hanya mampu menjeling.. mungkin benda ini pelik bagi sesetengah orang. Dan aku pun berasa pelik juga awalnya, tapi demi untuk menjaga secebis iman, aku perlu biasakan. Bukankan seorang lelaki yang beriman itu perlu menjaga pandangannya? “ Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” An-Nur ayat 30
Kini, aku hanya keseorangan dicelah-celah keramaian dan kerosakan. Kerosakan yang menjiwai hampir setiap pelajar disini, termasuk diriku. Namun kekuatan iman harus aku cari demi menyelamatkan diri dari sebarang kerosakan hati, yang menjadi punca keruntuhan moral insani. Dan tidak perlu aku ragui kerana sang penyelamat yang Maha berkuasa sedang memerhati serta menolong setiap jiwa yang mahu mencintaiNya dengan sepenuh hati. Dialah Allah yang Maha pemurah, Maha penyayang, Maha pengampun dan Maha sempurna dengan 99 asmaNya yang agung. Hanya kepadaNya aku berserah dan hanya kepadanya aku memohon pertolongan serta tempat aku bergantung. Moga Iman ini terus terjaga sehingga ke akhirnya..dan semoga aku, Berjaya menggapai apa yang aku cita-citakan ameen insyaAllah