Bersyukurlah kita seorang Muslim

19 Disember 2009

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Beberapa hari lepas, saya sempat menonton sebuan rancangan dokumentari bertajuk ‘About Asia’ di saluran National Geographic, Astro. Sesiapa yang mempunyai astro dirumah tu, gunakanlah ianya sebaik yang mungkin, jangan hanya asyik menonton movie sahaja atau Malam sehati berdansa je. Seelok-eloknya, pilihlah saluran rancangan yang baik untuk ditonton seperti Astro Oasis dan rancangan2 yang memberikan kita ilmu.
Rancangan About Asia tersebut mengisahkan berkenaan dengan orang-orang hindu dan kepercayaan mereka kepada sungai Ganges. Sungai yang paling suci bagi agama mereka. Namun begitu, sungai ganges yang terletak di India itu sedang mengalami krisis pencemaran yang teruk. Dijangka lebih kurang 30 tahun akan datang, sungai Ganges akan kering sepenuhnya. Hal ini adalah disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh penduduk disekitarnya.

Punca pencemaran

Sungai Ganges merupakan sungai paling mulia dalam agama hindu. Mengikut kepercayaan mereka, ianya ada kaitan dengan dewa baik iaitu dewa ganges. Kebanyakan aktiviti keagamaan diadakan disekitar sungai ganges. Daripada ritual sembahnyang, penyucian diri dan kematian, semuanya dilakukan disungai ganges.

Hal inilah yang menyebabkan berlakuknya pencemaran selain perkembangan pembangunan yang pesat disekitar sungai ini. Jika ada sesuatu ritual sembahyang, banyak ‘barang-barang’ ritual akan dihanyutkan disungai seperti kelapa, dauan-daunan dan sebaginya. Ianya dipercayai akan dewa sungai akan memberi berkah kepada sesiapa yang menghanyutkan barang-barang tersebut. Selain itu, sungai ganges juga digunakan untuk menyucikan diri serta menghanyutkan jasad penganut agama hindu. Mereka percaya bahawa sekiranya mayat mereka dihanyutkan di sungai ganges, roh akan menjadi aman dan akan menuju kesyurga. Selain itu, pembakaran mayat juga dilakukan di sungai ganges. Sebelum dibakar,mayat akan dicelup dalam sungai buat beberapa ketika, kemudia barulah dibakar. Abu mayat yang dibakar kemudiannya akan dihanyutkan ke sungai ganges. Begitulah aktiviti keagaaman mereka yang secara tidak langsungnya telah mencemarkan sungai ganges. Teringat saya satu firman Allah s.w.t
“Dan apa jua Yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa Yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan Yang salah dan berdosa)..” As-syuara ayat 30

Bersyukurlah kita ni orang islam.

Ya, bersyukurlah, saya dan anda sekalian adalah orang islam. Kenapa? Daripada apa yang saya ceritakan itu tadi, dapat disimpulkan bahawa:
-Apabila tibanya kematian, jasad kita sebagai seorang islam akan disemadikan dengan penuh adab sopan, sempurna dan menutup aib. Sehinggakan orang yang memandikan jasad seseorang muslim tidak dibenarkan mendedahkan aib si mati. Dan bagaimana pula cara jasad dikapankan dengan 7 lapisan bagi jenazah wanita dan 5 lapisan bagi jenazah lelaki, cukup untuk menutup aurat simati. Ditambah lagi dengan wangi-wangian kasturi dan kapur barus serta lebih lengkap lagi dengan solat jenazah dan iringan gerombolan kenalan dan keluarga ke kuburan yang disertakan doa. Begitu sempurna. Dan lebih sempurna lagi apabila 3 benda yang kita tinggalkan di dunia iaitu amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh mampu menjadi penyambung pahala walaupun kita telah meninggalkan dunia.

-Berbeda dengan ‘mereka’. Sudahlah jasad dicelup dengan air sungai ganges yang telah tercemar, kemudian dibakar pula ditempat yang kotor. Jika dilihatkan dalam rancangan tersebut, tempat pembakaran jasad mereka tidak ubah seperti tempat pembuangan sampah. Pembakaran pula ada pakejnya sendiri mengikut kemampuan waris simati. Di dunia sahaja, jasad mereka sudah dibakar dan pembakaran tersebut akan berterusan selama-lamanya. Tidak terhad didunia sahaja, malah akan berterusan di akhirat nanti, tiada henti! Oh, seksanya. Lebih kasihan melihatkan jasad yang dihanyutkan mengikut aliran sungai. Kebanyakannya adalah kanak-kanak dan ibu yang mengandung kerana mereka menganggap, kanak-kanak dna ibu mengandung adalah suci dan tiada dosa, lalu dihanyutkan ke sungai. Mungkin saja tempat persemadian mereka didalam perut ikan, di dasar sungai ataupun di tengah lautan. Ada juga yang tersangkut dan terdampar dipantai sehingga terkadang menampakkan aurat dan aib mereka sendiri. Bukankah itu satu kehinaan?

Dan kita sebagai umat islam, mahukan kita menjadi sehina itu? Jadi, mengapa kita masih berkelakuan seperti mereka? Bukankan melakukan apa yang dilarang oleh Allah itu termasuk dalam satu bentuk kekufuran kepada Allah? Dan adakah orang-orang yang beriman yang mengikut segala perintah Allah adalah sama dengan orang-orang yang kufur serta kafir? Ayuh, sama-sama kita renungkan.. jadikanlah Islam sebagai prinsip hidup yang paling utama. Firmanya “Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.” Al-Baqarah ayat 208
Wallahualam..
p/s: SALAM MAAL HIJRAH SEMUA :D

Tiada ulasan:

 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Control System Engineer di sebuah Syarikat Minyak dan Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts