Bermusafir-pengalaman dan kepuasan

05 April 2009

Assalamualikum w.b.t

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Alhamdulillah, segala puji bagi Rabb yang menciptakan segala kebaikan, nikmat di dunia buat hamba-hambaNya. segala sembah sujud dan syukur hanya kepada Allah. Selawat dan salam keatas junjungan besar, Qudwah wa uswah pautan semua umat Islam hingga ke akhir zaman, Muhammad Bin Abdullah, Rasullulah s.a.w yang kita selalu ingat-ingat dalam selawat yang menitir dibibir..

untuk post kali ini, suka skali ana ingin berkongsi pengalaman2 ana dalam bermusafir @ berjaulah di seluruh pelusuk malaysia...alhamdulillah, setiap negeri di malaysia, ana pernah singgahi (walaupun sekejap-kecuali di borneo-harap2 dpt pg juga suatu hari nanti).. sesungguhnya, pengalaman bermusafir banyak mengajar ana..bak kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan (macam tu la bunyi dia..xingat ayat tu).. semenjak bergiat dalam jalan dakwah ni, hampir setiap minggu ana akan bermusafir samada untuk ke program, meeting atau membuat halaqah..apa yg ana nk cite disini, bukanlah tujuan ana bermusafir tetapi peristiwa2 menarik semasa bermusafir...

biasanya ana akan bermusafir dengan sahabat2 seperjuangan. samada menaiki bas, kereta mahupun motosikal.. tapi antara kenderaan yang ana suka adalah bermusafir dengan motosikal (walaupun ianya agak berbahaya jika dibawa laju2 dan sudah banyak sahabt2 ana eksiden)... kenapa ye? haha..mungkin setiap orang ada perspepsi sendiri.. bg ana, ketika menaiki moto la antara masa yang paling sesuai (mungkin org lain leh try jgk) untuk bermuhasabah diri sehingga mampu mengalirkan air mata. err..bukan kerana masuk habuk @ angin tetapi mengenagkan dosa2 yang dilakukan ataupun terlalu takjub melihat alam sekeliling ciptaan Allah lantas mengenagkan diri yang amat kerdil, lemah dan hina ini..(at least dapt top up iman sebelum mengisi halaqah).. dan kalo naik bas pun sama..tp dalam bas ni biasanya time balik ke rumah la..jrg sangat ke program naik bas, biasa naik keta..

semasa bermusafir ni la berbagai2 peristiwa menarik yang berlaku..kadang2 dpt tgk orang eksiden, dapat lihat pemandangan yang cantik dan dapt juga berukhuwah..teringat kata-kata seorang sahabat di zaman Rasullulah s.a.w (xingat sapa, tp kalo xsilap ana Umar Bin Khattab), antara cara untuk merapatkan ukhuwah adalah makan bersama, tidur bersama dan bermusafir bersama..

kalo bejaulah bersama2 dalam kereta dengan sahabat2 seperjuangan memang best..masa ni la kita dapat sharing bersama2..part yang ana suka bile menyanyikan lagu nasyid..haha..mesti bleh tgk gaya2 masing2..dalam kereta juga la sharing masalah..dapt sharing bermacam2 pengalaman berdakwah..juga dapat sharing kesusahan dan kesakitan bersama bile eksinden (nauzubillah..ahlamulillah, ana belum pernah eksiden lagi dan moga dijauhkan).. benarla..semasa bermusafir lah kita dapat mengenal seseorang itu dengan lebih rapat dan jelas lagi..duit minyak sama-sama tanggung dan pembelanjaan 'junk food' supaya xmengantuk juga dishare2..

Ni pengalaman bersama-sama dengan sahabt seperjuangan..time dalam bas plak.,scene lain plak boleh tgk..dalam bas juga la kita boleh perangai umat kita sakrang..ada yang couple, berpeluk2 sambil melakukan maksiat..kalo ikutkan nk hentam je..tp xde kemampuan iman..time yg crucial masa solat subuh (ana biasa travel malam n akan sampai pg).. dalam bas tu, bleh tgk la beberapa kerap je orang yang turun solat subuh..agak sedih la..ramai yg masih tido walaupun ana yakin pemandu bas dah menjerit memberitahu utk solat subuh..agak sedih la melihatkan keadaan tersebut..erm..

tp apa2 pun..selalula bermusafir sbb ketika bermusafirlah, doa kita mustajab..semasa bermusafirlah kebergantungak diri kita kepada Allah akan meningkat, dan semasa bermussafirlah kita dapat berukhuwah..sbb kita bukan hanya mendapat pengalaman bahkan mendapat kepuasan hati, jiwa dan iman kita seandainya kita bermusafir untuk mencari redha Allah serta ikhlas berbuat kerananya..mungkin setakat tu je..wallahualam..

p/s: semasa ana menulis post ni, ana sedang bermusafir menghadiri satu prog..

Tiada ulasan:

 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Control System Engineer di sebuah Syarikat Minyak dan Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts