Wajarkan diri dengan kekuatan fizikal dan ruhiyah..

24 April 2009

Assalamualaikum w.b.t
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Alhamdulillah, Allah telah mengejutkan ana pg2 lagi..usai solat subuh, sempat melayari online newspaper..sebagai seorang pelajar dan juga daie, hal-ehwal semasa juga tidak boleh tidak ambil tahu juga..

Pagi ini insyaAllah ana akan bertolak ke satu program yang dianjurkan oleh syarikat motivasi terkenal Purebase Training Center. Kem yang dinamakan 'KEM WAJA DIRI' ini telah memasuki edisi yang kedua. kem ini khas untuk pelajar lepasan matrikulasi sebagai persediaan kepada mereka untuk menghadapi cabaran kehidupan di universiti. Maklumlah, hidup di matrikulasi adalah jauh berbeda dengan kehidupan IPT walaupun mungkin cara belajar adalah sama.

Ana ke kem sana bukanlah sebagai peserta atau facilitator tetapi sebagai urusetia yang mengendalikan media. (keje-keje shoot gambar dan video disamping membuat montaj untk program. Alhamdulillah, beberapa kerja persediaan untuk montaj telah disediakan awal-awal lagi supaya ketika di kem nanti, hanya shoot video dan edit je. mungkin bagi sesetengan orang melihat kerja ini simple dan mudah sahaja namun ia memerlukan kekuatan fizikal dan ruhiyah.

Yup..betul..xpercaya? sebnarnya bago org yang pebah mengahandle video cam ni mungkin faham.. terpaksa berkejar-kejar dengan peserta to shoot a good and nice video..hurm..mungkin orng lagi pakar lebih memahami (ana ni taraf begainner je)..kenapa kekuatan ruhiyah juga perlu? haa.. memang tugas ni amat berat sket.. seandainya kita tak pandai control disebabkan penat dsb, kemungkinan solat lewat, tak bangun tahjud, dhuha, mathurat dan sebagainya akan berlaku. kerana itu la ia juga memerlukan kekuatan ruhiyah. Alahmdulillah, pada program kali ini, pengarah prog memberi arahan agar kami di pihak urusetia mneghabiskan al-Quran sebanyak 3 juz sebelum program tamat dan ianya akan dipantau..bukan sekadar melengkapkan mutabaah sahaja tetapi agar memberi kekuatan kepada kami untuk terus ikhlas menguruskan program ini dengan sebaik yang mungkin. bagi ana, Al-Quran adalah treatment terbaik bagi menenagkan jiwa, menghilangkan stress dan dalam masa yang sama dapat menghilangkan penat..

Untuk itu, mohon doa daripada semua agar Allah mempermudahkan perjalanan program kali ini agar berjalan dengan baik dan lancar.. sesungguhnya, manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan..wallhualam..

Bakti sosial (Baksos) PBTC

22 April 2009

Assalamualikum w.b.t
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Alhamdulillah wa syukurlillah kerana masih dipanjangkan umur, diberikan ruang kesihatan dan masa bagiku untuk terus menjalankan amanah serta tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah, pencinta dakwah, seorang anak, pelajar dan sebagainya lagi. 

Untuk post kali ni, ana just nk menceritakan sedikit program hujung minggu yg lalu. Program ini dianjurkan oleh sebuat syarikat motivasi terkenal iaitu Purebase Training center. Program yang dinamakan BAKSOS (singkatan daripada BAKti SOSial) ini diadakan di Kampung Sg. Kroh, Perak. Program ini disertai oleh mahasiswa-mahasiwa daripada universiti. Objektif bagi program ini adalah mahasiswa-masyarakat selain merapatkan ukhuwah diantara peserta selaku ahli kepada syarikat motivasi tersebut.

Pada program kali ini, beberapa aktiviti dijalankan antaranya bengkel solat untuk pelajar sekolah rendah, ceramah, ziarah kerumah, gotong-royong dan sebagainya.

banner program

Antara Peserta yang menjayakan program ini

Bengkel solat untuk pelajar sekolah rendah

Jamuan makan selepas ceramah

Alhamdulillah, pengurusan program tersebut berjalan dengan baik walaupun beberapa masalah timbul. diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan untuk masa mendatang. wallahualam

sedikit info berkenaan dengan Purebase Training Center
-Syarikat motivasi yang menjalankan program motivasi, kem waja diri, Hufaz dan bakti sosial
-Sebelum ini PBTC banyak melakukan program bakti sosial di rumah-rumah anak yatim sekitar perak.


Bermusafir-pengalaman dan kepuasan

05 April 2009

Assalamualikum w.b.t

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Alhamdulillah, segala puji bagi Rabb yang menciptakan segala kebaikan, nikmat di dunia buat hamba-hambaNya. segala sembah sujud dan syukur hanya kepada Allah. Selawat dan salam keatas junjungan besar, Qudwah wa uswah pautan semua umat Islam hingga ke akhir zaman, Muhammad Bin Abdullah, Rasullulah s.a.w yang kita selalu ingat-ingat dalam selawat yang menitir dibibir..

untuk post kali ini, suka skali ana ingin berkongsi pengalaman2 ana dalam bermusafir @ berjaulah di seluruh pelusuk malaysia...alhamdulillah, setiap negeri di malaysia, ana pernah singgahi (walaupun sekejap-kecuali di borneo-harap2 dpt pg juga suatu hari nanti).. sesungguhnya, pengalaman bermusafir banyak mengajar ana..bak kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan (macam tu la bunyi dia..xingat ayat tu).. semenjak bergiat dalam jalan dakwah ni, hampir setiap minggu ana akan bermusafir samada untuk ke program, meeting atau membuat halaqah..apa yg ana nk cite disini, bukanlah tujuan ana bermusafir tetapi peristiwa2 menarik semasa bermusafir...

biasanya ana akan bermusafir dengan sahabat2 seperjuangan. samada menaiki bas, kereta mahupun motosikal.. tapi antara kenderaan yang ana suka adalah bermusafir dengan motosikal (walaupun ianya agak berbahaya jika dibawa laju2 dan sudah banyak sahabt2 ana eksiden)... kenapa ye? haha..mungkin setiap orang ada perspepsi sendiri.. bg ana, ketika menaiki moto la antara masa yang paling sesuai (mungkin org lain leh try jgk) untuk bermuhasabah diri sehingga mampu mengalirkan air mata. err..bukan kerana masuk habuk @ angin tetapi mengenagkan dosa2 yang dilakukan ataupun terlalu takjub melihat alam sekeliling ciptaan Allah lantas mengenagkan diri yang amat kerdil, lemah dan hina ini..(at least dapt top up iman sebelum mengisi halaqah).. dan kalo naik bas pun sama..tp dalam bas ni biasanya time balik ke rumah la..jrg sangat ke program naik bas, biasa naik keta..

semasa bermusafir ni la berbagai2 peristiwa menarik yang berlaku..kadang2 dpt tgk orang eksiden, dapat lihat pemandangan yang cantik dan dapt juga berukhuwah..teringat kata-kata seorang sahabat di zaman Rasullulah s.a.w (xingat sapa, tp kalo xsilap ana Umar Bin Khattab), antara cara untuk merapatkan ukhuwah adalah makan bersama, tidur bersama dan bermusafir bersama..

kalo bejaulah bersama2 dalam kereta dengan sahabat2 seperjuangan memang best..masa ni la kita dapat sharing bersama2..part yang ana suka bile menyanyikan lagu nasyid..haha..mesti bleh tgk gaya2 masing2..dalam kereta juga la sharing masalah..dapt sharing bermacam2 pengalaman berdakwah..juga dapat sharing kesusahan dan kesakitan bersama bile eksinden (nauzubillah..ahlamulillah, ana belum pernah eksiden lagi dan moga dijauhkan).. benarla..semasa bermusafir lah kita dapat mengenal seseorang itu dengan lebih rapat dan jelas lagi..duit minyak sama-sama tanggung dan pembelanjaan 'junk food' supaya xmengantuk juga dishare2..

Ni pengalaman bersama-sama dengan sahabt seperjuangan..time dalam bas plak.,scene lain plak boleh tgk..dalam bas juga la kita boleh perangai umat kita sakrang..ada yang couple, berpeluk2 sambil melakukan maksiat..kalo ikutkan nk hentam je..tp xde kemampuan iman..time yg crucial masa solat subuh (ana biasa travel malam n akan sampai pg).. dalam bas tu, bleh tgk la beberapa kerap je orang yang turun solat subuh..agak sedih la..ramai yg masih tido walaupun ana yakin pemandu bas dah menjerit memberitahu utk solat subuh..agak sedih la melihatkan keadaan tersebut..erm..

tp apa2 pun..selalula bermusafir sbb ketika bermusafirlah, doa kita mustajab..semasa bermusafirlah kebergantungak diri kita kepada Allah akan meningkat, dan semasa bermussafirlah kita dapat berukhuwah..sbb kita bukan hanya mendapat pengalaman bahkan mendapat kepuasan hati, jiwa dan iman kita seandainya kita bermusafir untuk mencari redha Allah serta ikhlas berbuat kerananya..mungkin setakat tu je..wallahualam..

p/s: semasa ana menulis post ni, ana sedang bermusafir menghadiri satu prog..

satu malam..

02 April 2009

Assalamualaikum w.b.t
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Alhamdulillah, Allah masih memberikanku ruang masa dan nyawa untuk terus kukuh bergantung harap serta mencari keredhaanNya...

Mungkin minggu ni agak sibuk juga la.. banyak assingment2 yang perlu dihantar..dan banyak juga yang belum siap sepenuhnya.. mungkin dari kelemahan diri ini dalam mengatur masa..dan satu perkara lagi--> suka tangguhkan kerja...tp insyaAllah ana akan cuba usahakan untuk perbaiki kelemahan ini..

semalam sempat juga ana menemani sahabat dan seorang sahabiah ke sekolah di Ipoh untuk menghantar proposal program motivasi kami yang dijangkan berlangsung hujung minggu ini seandainya mendapat persetujuan pengetuanya. walaupun petang tu usrah habis agak lambat dan hujan lebat, namun, Allah masih mempermudahkan urusan kami kesana demi untuk mencari keredhaanNya.. ana ke sana bersama dengan seorang sahabat (teman yang sentiasa besama-samaku) dengn menaiki kereta (takut-takut hujan lagi kan) dan sahabiah tu dari rumahnya. setelah mengadakan sedikit perbincangan dengan PK HEM sekolah, proposal akan insyaAllah diterima dan kata PK Hem pun, pengetua insyaAllah xde masalah..Alhamdulillah.. selesai urusan etrsebut, kami pun terus balik..

dalam perjalana pulang, kami berdua sempat berbual2 dalam kereta.. dan satu benda yang menarik perhatian ana, dia menegur ana tentang sikap ana yang selalu berfikiran negatif.. ana terdiam sebentar.. ye ke aku ni berfikiran negatif dan tak optimis..hurm.. ana cuba membantah (ye la sape suka diri mereka ditegur-maksud ana membantah tu, ana cuba menjawab dengan alasan2 kenapa ana begitu)..mungkin sebab terdidik dalam kondisi yang sebegitu, menyebabkan ana selalu memikirkan konsenkunsinya lebih daripada kejayaan yang berhasil dalam setiap apa yang ana lakukan.. ana cuba mendengar, menarik nafas dalam-dalam dan menelan segala nasihat yang diberikan..betul la kalo seingat ana, ada satu hadith "seorang mukmin itu adalah cerminan kepada mukmin yang lain"..ana cuba berlapang dada..mungkin ada benarnya.. apa2 pun, syukran atas teguran itu..sememangnya diriku ini seorang hamba yang amat lemah dan hina, dan mempunyai banyak kekurangan diri..semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kami.. dan itulah juga salah satu hikmah bersaudara dan berjauhlah (bermusafir) bersama..hehe..tq sahabatku.. insyaAllah, nanti ana ceritakan pengalaman2 semasa bermusafir.. benarlah seandainya kita bermusafir, banyak benda dan pengalaman yang kita dapat belajar..wallahualam..


 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Control System Engineer di sebuah Syarikat Minyak dan Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts