Seputar ESQ 165 Angkatan 1 UTP

28 Oktober 2008

Assalamualaikum..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Allahmdulillah dengan izin Allah s.w.t, ana dapat menyertai satu program ESQ ataupun Emotional Spiritual Quotient Training 165 yang diadakan pada 25 dan 26 Oktober bertempat di dewan serbaguna UTP. Satu program yang julung kali diadakan dan program pertama yang ana dapat rasakan begitu hebat kelainannya. Tidak sama seperti program-program yang pernah disertai sebelum ini...
Bersama dengan bakal Trainer Malaysia, Faizi Abd Karim (paling kiri) dan Tariner ESQ Firdaus Djamaris (4 dari kanan)

Kenapa program ESQ 165 ni bagus? ya mungkin yang tidak pernah mengetahui tentang program ni pasti tertanya2.. ESQ merupakan satu program pembangunan spiritual dan emotional yang stabil kearah melahirkan seorang manusia yang bukan hanya mengenal diri mereka, malah dapat mengenal siapa pencipta mereka, tujuan apa mereka dihidupkan dan kemana akan mereka pergi setelah mati..

Subahanallah, bagi Ana, ESQ merupakan satu program yang amat hebat. Mungkin ana boleh berkongsi sedikit pengalaman menyertai progam ini dengan pembaca semua.
ESQ adalah program yang pertama dilakukan di UTP. dengan kos pembayaran sebanyak RM199, rasanya tidak keberatan bagi pelajar yang mendapat biasiswa Petronas mahupun MARA menyertai program ini disamping yuranya boleh dibayar ansur-ansur selama 2 kali biasiswa..


Bersama dengan bakal trainer malaysia dan ATS (Alumni Tarining Support)

Program ini lebih kepada program kesedaran diri, membina spiritual dan bagaimana cara untuk menguruskan emotional dan intelektual agar ketiga elemen-elemen ini dapat distabilkan. pada hari pertama, program berkisar lebih kepada hakikat mengenal Allah s.w.t dengan cara memaparkan kuasa Allah yang Maha Berkuasa, Maha Agung dan Maha Bijaksana menciptakan Alam yang hanya dijumpai pada abad ini sedangkan hal ini telah diterangkan di dalam Al-Quran 1400 tahun dahulu. Hal ini secara tidak langsung dapat menambahkan lagi keyakinan kita kepada Allah s.w.t.

Selain itu, ia juga menanamkan sifat cinta kepada ALlah dan Rasul melebihi cinta kepada segala-galanya. Antara perkara lain lagi yang amat menarik sepanjang program ini adalah bagaimana trainer menerangkan perlakuan sembahyang, Haji dan zakat dapat diaplikasikan dalam kehidupan. Ibadah ini bukan hanya mempunyai nilai-nilai spiritual bahkan jika diteliti dan dikaji, nilai yang ada dalam ibadah ini amat sempurna dan sesuai diimplimentsaikan dalam kehidupan harian bukan sahaja kepada umat islam, bahkan seluruh manusia.


ESQ Model

Terdapat 7 nilai yang ditekankan iaitu:
-Kejujuran
-Tanggungjawab
-Visioner
-Disiplin
-Kerjasama
-Adil
-Peduli.
Antara 170 peserta dari kalangan Pelajar UTP bersalam 'semut' sebelum pulang setelah tamat program

Antara element yang amat menarik bagi ana sepanjang program ini adalah bagaimana trainer ESQ ni menerangkan 1 konsep yang dibawa oleh Negara Jepun yang dinamakan 'Kaizen' iaitu 'Ambil yang Baik, Buang yang Buruk dan Cipta yang baru'. Konsep yang telah membangunkan kembali ketamadunan negera jepun walaupun lebih kurang 50 tahun dahulu, harapan untuk negara jepun menjadi sebuah negara maju hancur dek 2 biji bom atom yang telah digugurkan oleh US. Namun begitu, ana kekaguman ana bertambah apabila trainer ESQ menerangkan bahawa konsep yang lebih baik daripada Kaizen telah selalu kita amalkan, cuma kita sahaja yang kurang ataupun tak pernah tahu cara mengaplikasinya. Konsepnya ada terkandung dalam Ibu kepada surah-surah Al-Quran iaitu surah Al-Fatihah. ketujuh2 ayat Al-Fatihah membawa konsep yang membolehkan kita mencapai apa jua matlamat hidup kita (dengan izin Allah).. subahannallah, sebenarnya, kita sebagai seorang muslim sepatutnya lebih hebat lagi daripada negara jepun sekiranya kita betul2 mengaplikasikan konsep tersebut (konsep itu boleh diketahui melalui training ESQ atau pun bukunya-sebab panjang sangat nak terangkan huhu~~~). Selepas menyertai program ni, ana baru menyedari kehebatan surah Al-Fatihah dan dengan Izin Allah, dapat menhayatinya setiap kali solat.

secara keseluruhannya program yang dijalankan amat berkesan bagi meningkatkan emosional dan spiritual. Sebanyak 6 sesi slot muhasabah diri bagi menerangkan perkara-perkara yang terdapat dalam ESQ model yang menyebabkan suasana dewan menjadi sayu dan syahdu.. Alhamdulillah, semoga apa yang diperolehi dapat diapplikasikan kedalam kehidupan seharian ana dan ana menyarankan agar sesiapa yang masih belum pernah menyertai program ini, sertailah bagi kebahagiaan diri sendiri..
Akhir kata, semoga kita semua dilimpahi nikmat dan Rahmat dari sang Pengcipta Alam semesta Yakni ALLAH S.W.T.. wallhualam..

p/s: Untuk keterangan lanjut mengenai ESQ sila klik "SINI YE"
Jika menyertai Training ini, setiap peserta akan secara automatiknya menjadi alumni ESQ dan dapat menyertai training ESQ dimana-mana sahaja dengan bayaran percuma (minyak kete atau tiket bas je la bayar sendiri). Ana pon dah jadi alumni dan dapat satu kad alumni juga percuma (^_^)V

Hedonism lagi ke?

24 Oktober 2008

Assalamualikum w.b.t
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi Maha Mengasihani..

Pagi tadi seusai mandi dan solat tahjud, ana menuruni anak tangga dari bilik yang terletak ditingkat paling atas blok asrama untuk solat subuh disurau berdekatan. bila tiba di anak tangga kalo xsilap ana anak tangga di aras 2 kot, ada satu kertas yang tertampal didinding. Anak xingat apa yang ditulis cuma dibawahnya tertulis "XPDC Dakwah".. em, ni mesti berkenaan event yang dijalankan malam ni. Ya, event yang pada pendapat ana tidak menepati apa yang telah disyariatkan dalam islam, yakni melanggar hukum-hukam islam. Iaitu event berkaitan hedonism dan realiti (tp malam ni buakan realiti tV tapi mmg realiti la..xpaham?emm..).

abviously bagi ana, event tersebut perlu ditentang dengan sekeras-kerasnya, namun perlulah dengan cara yang berhemah yakni tidak menimbulkan huru-hara, dan sebagainya. Teringat lagi satu event hedonism yang diadakan sem lepas, ada satu grup yang menentang secara terbuka juga dilakuakan pada hari jumaat. Ya, ana menyokong mereka yang menentang ni 100%, tapi pada hemat ana, ianya perlulah dibuat secara profesional dan matang, yakni tidak menimbulkan sebarang kekecohan sebab kita sekarang berada dalam kampus universiti, bukan di luar universiti, jadi adab dan tatasusila perlu juga dijaga sebagai orang yang membawa islam dan menjadi figure di universiti. (semoga Allah terus merahmati grup yang menentang ni dan memberi kejayaan kepada Islam ameen..)

Afwan ana katakan, umat sekarang amat sukar dibentuk. Sekiranya kita menentang dengan keras, nescaya keras la juga lawannya. Bagi ana, bagi mengurangkan bilangan pengunjung ke event tersebut, kesedaran perlulah ditanam lebih awal, yakni seminggu atau lebih bagi menanamkan kefahaman kepada pelajar. Kita bagi nasihat dari bilik ke bilik. Bg flyers dan penerangan melalui majlis-majlis kecil seperti bacaan Al-Mulk dan tazkirah berkenaan pengharaman hedonism yang berlebih-lebihan.InsyaAllah, sekiranya kita bekerja keras, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk menolong agama Allah, insyaAllah dengan Izin Allah, Dia akan memberikan kemenangan kepada islam.

"Wahai orang-orang yang beriaman, sekiranya kamu menolong (dijalan Allah), nescaya Allah akan meolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu"
(Muhammad 47:7)

kepada yang teringin atau berminat atau terlintas fikiranya untuk menyertai event tersebut, ana nasihatkan agar muhasabah balik. Jangan biarkan diri kita terjerumus kepada perkara-perkara maksiat .

"Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama Dengan setengahnya Yang lain; mereka masing-masing menyuruh Dengan perbuatan Yang jahat, dan melarang dari perbuatan Yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang Yang fasik. " [At-Taubah:67]

Waah..Music Memang best tapi..

22 Oktober 2008


Assalamualikum w.b.t

salam mahabbah buat semua umat Islam yang insyaAllah akan sentiasa berada dibawah lindungan Allah s.w.t selalu.. InsyaAllah, post saya pada kali ni akan membincangkan berkenaan hiburan..

ya, hiburan, saya yakin semua amat gemarkan hiburan. tak kira la anda berada di mana-mana hireraki umur. Walhal bayi didalam perut juga gemarkan hiburan kerana mengikut satu kajian, bayi di dalam kandunga akan bertindak balas apabila lagu didekatkan pada bahagian luar perut ibu (takkan nk letak dalam kot..hi3)..

Manusia secara fitrahnya amat sukakan kegembiraan dan kesenangan. Hal ini tidak boleh dinafikan lagi kerana ada satu ketika Rasullulah berdoa kepada kekasihnya
"Ya Allah! Ya tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung diri kepadaMu daripada sifat duka dan sedih" (Riwayat Abu Daud).
Hati Boleh Menjadi Bosan

Hal ini kita boleh lihat daripada sahabat-sahabat Rasullulah s.a.w yang mempunyai hati yang bersih dan suci. Mereka sentiasa bergurau, dan ketawa ria, selalu bermain-main dan suka keluar bersuka ria. Mereka kenal tentang apa yang diperlukan oleh jiwanya, pandai memenuhi tuntutan fitrahnya, sentiasa memberi peluang bagi hatinya untukmendapatkan haknya dalam kerehatan dan kegembiraan yang bersih dari dosa, supaya jiwa itu berkuasa dan bertenaga dalam menghadapi hari-hari yang panjang.

Saidina Ali Karamallahu wajhah pernah berkata "Sesungguhnya hati itu boleh menjadi bosan, seperti dirasakan kebosanannya oleh tubuh badan. sebab itu hendaklah carikan buatnya bicara-bicara hikmah yang menyenangkan. Dia berkata lahi: "Rehakkanlah hati itu suatu masa sesudah suatu masa, kerana sesungguhnya hati itu apabila dipaksa secara terus menerus, nescaya butala ia".

Jadi jelas menunjujkkan manusia memang perlukan hiburan sebagai wadah untuk merembeskan hormon-hormon kegembiraan agar badan akan sentiasa berada dalam keadaan yang sihat bagi meneruskan kelangsungan hidup. Namun begitu, sebagai umat Islam yang berakal, sudah semestinya kita perlu menyedari jenis-jenis hiburan yang benar berlandaskan syariat yang ditetapkan oleh islam agar setiap perlakuan kita itu akan ditimbang sebagai amal dan mencapai keredhaan Allah.

Antara jenis-jenis hiburan yang dibenarkan dalam islam adalah seperti berikut:-
-Berlumba Lari
-Bergusti
-Memanah
-Bermain Pedang (bukan pistol mainan)
-Berkuda
-Mendengar Musik
-Menonton Filem

Namun, disini, saya berminat untuk mengupas hiburan berkaitan dengan Muzik dan Nyanyian. (Hiburan-hiburan lain Boleh dirujuk melalui buku HALAL DAN HARAM [edisi baru] yang ditulis oleh Dr.YUSUF QARDAWI agar anda semua tidak KELIRU dan SALAH FAHAM.

Muzik dan Nyayian



Muszik dan nyanyian semamangnya amat enak jika dijadikan halwa telinga, dapat melapangkan dada dan memberikan nikmat kepada pendengar. Namu begitu, islam hanya membenarkan lagu-lagu yang tidak mempunyai kata-kata yang kotor, cabul dang menghasut kepada perbuatan dosa dan maksiat (terutamanya lagu-lagu cinta dalam dan luar negara). Sekiranya menggunakan alat muzik, ia dibolehkan asalkan tidak membangkitkan nafsu.

Ketika di zaman Rasullulah s.a.w dahulu pun terdapat unsur-unsur hiburan dengan kata lain, ianya menjadi wadah sebagai meraikan hari yang menggembirakan seperti perkahwinan dan sebagainya. (Terdapat nas-nas hadith yang sahih yang terdapat dalam Sahih Bukhori dan Muslim-Imam Ghazali). Namu begitu, ianya tidaklah sehingga melibihi had2 yang telah dinyatakan diatas.

Namu begitu, apabila terdapat nyanyian dan muzik yang diadakan dalam majlis minum arak, duduk bermalam-malam dengan perbuatan yang haram (bercampur lelaki dan perempuan), kebanyakan ulama mengharamkan nyanyian dan muzik itu. Sesetengah ulama mengatakan bahawa nyanyian itu termasuk dalam lahwatul-hadith, yakni hiburan yang sia-sia yang disebut dalam al-Quran:

"Dan ada di antara manusia: orang Yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan Yang melalaikan; Yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang Yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang Yang akan beroleh azab Yang menghinakan"[Luqman:6]

Berkata Ibnu Hazm: Sesungguhnya yant ini menyebut tentang suatu sifat yang barangsiapa melakukannya menjadilah dia KAFIR tanpa ada khilaf lagi, yakni apabila dia menganggap jalan kepada Allah itu sebagai permainan atau hiburan. Tegasnya, sesiapa yang mendengan lagu-lagu yang dapat membantunya membuat DOSA dan MAKSIAT, maka jelaslah dia seorang yang FASIK.

Kesimpulan ringkas berkenaan Muzik:


1. Hendaklah topik atau lirik lagu yang dinyanyikan itu tidak melanggar dan bertengtangan dnegan adab susial dan hukum-hukumnya. Tetapi sekiranya nyanyian itu mendewa-dewakan perkara-perkara maksiat seperti CINTA (sebelum nikah), arak dan sebagainya, maka ianya dikategorikan sebagai haram.

2.Demikian pula disepakati oleh oleh semua ulama bahawa nyanyian itu akan menjadi haram apabila disertai dengan perkara-perkara yang haram padanya seperti nyanyian yang diadakan dalam majlis minum-minuman kera atau yang disertai dengan tarian dan perbuatan-perbuatan lucah dan maksiat. Hal inilah yang diancam oleh Rasullulah s.a.w kepada orang-orang yang menyertainya dan mendengarnya dengan siksaan yang berat sebagaimana sabdanya:

"Akan datang masanya dimana orang-orang dari kaumku akan meminum arak, yang kemudian dinamakannya dengan nama-nama yang lain. diri mereka akan dihiburkan dengan rentak-rentak dan nyanyian-nyanyian para wanita, nanti Allah akan tenggelamkan mereka ke dalam bumi dan akan menjadiakan mereka itu monyet-monyet dan babi-babi." (Riwayat Ibnu Majah)

tidak semestinya mereka itu akan disumpah menjadi benar-benar monyet dan babi dalam rupa dan gambaranya namu yang disumpah itu lebih tepat sekali jiwa dan roh orang itu, yang kendatipun ia masih kelihatan dalam rupa mannusia, tetapi jiwanya adalah jiwa monyet dan roh babi.

Jadi jelasla sahabat sekalian tentang pengharaman muzik yang tidak mengikut dan memenuhi etika yang ditetapkan oleh Islam. Jadi sekiranya kita pernah, akan dan ingin terlibat dengan hal-hal buruk yang diterangkan diatas, cepat-cepatlah anda semua bertaubat sebelum siksa Allah itu datang kerana Sesungguhnya, siksa Allah itu teramat berat. Semoga Anda semua sentiasa dibawah lindungan rahmat dan Hidayah Allah senantiasa. Wallahualam~~

Sumber Rujukan: Halal dan Haram dalam Islam oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi

Kerna Aku Insan Lemah

19 Oktober 2008

Assalamualikum w.b.t


Jam skrang menunjukkan kol 1:12 a.m. Rasa cam nk menulis ja.. haha..nanti aku stdy..
kebosana malam ni membuatkan ku terus rasa nk menulis. maklumlah, dah lama xmeluahkan idea. em, suasana malam ni agak sejuk dan hujan renyai-renyai diluar membuatkan setiap mata lena tekatup dibuai mimpi2 indah. Aku masih lagi d
i meja mengadap laptop. Rumateku ke KL untuk survey tempat program motivasi dan mengadakan usrah sekolah. Nasib baik ada sorang sahabat dan seniorku yang dh grad datang menemaniku dibilik ni (hehehe..buka takut eh). Sbb, orang kata bile dok ngan orang beriaman ni, kita gak akan jadi orang beriman..(betol..betol..betol--gaya upin ipin). Alhamdulilah, Allah mengurniakan aku berada bersama-sama lingkugan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang mendambakan cinta-Nya.


Pemandangan yang dapat terlihat dari jendela bilikku


Aku slalu jugak bermuhasabah diri, sekiranya tak diberi hidayah, kat mane ek aku skrang? mungkin sahaja berdua-duaan di taman-taman dalam universiti aku ni (tgk wayang pon ok gak ngan awek) atau pon berpeleseran dengan kawan-kawan, pergi minum-minum, disko ke atau sbgnya. (Nauzubillah, moga Allah terus memelihara aku dari kemaksiatan). Haha..nampaknya peneman ku dibilik ni dah tido dua-dua..aku je masih segar, nk stdy plak pasni..haih..

(sambung balik)Ku cuba mencari ketenangan
dengan mengabiskan setengah Juz Al-Quran (ops, baru teringat, ari ni belum baca quran ali..haih) sbb Allah ada cakap dalam surah Ar-Rad Ayat ke 28


"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan mengingati Allah". ketahuilah dengan mengingati Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia."[13:28]

Aku lihat pemandangan diluar-kelam dan sejuk. beberapa buah kereta berulang-alik masuk. Suasana dikafe juga agak bising (biliku berdekatan dengan kafe). Manusia tengah tengok bola. ya, tengok bola sampai pagi. Dan itu menjadi perkara biasa bagi manusia biasa. Manusia biasa yang kurang tahu atau mungkin tidak tahu langsung keberadaan mereka diatas muka bumi ini. Kenapa ya?

Mungkin kita biasa saja menghabiskan masa beberapa jam menonton bola atau movie dsb sehingga menjelang waktu pagi, tetapi kita lupa, kita jarang atau kita alpa daripada mengingati Allah.

Alamak, nak spend sket masa untuk solat tahjud bleh x? haih. itulah manusia. kadang kala beralasan, kadangkala memekakan telinga. walhal, nanti, itulah yang akan dibawa ke mati dan dipersoalkan. Takkan masa disana nanti nak bawak Bola, TV menghadap Allah. Dan bila Allah tanya apa bekal yang kamu bawa?-Tunjuk la bola dan TV yang kamu gila-gilakan itu. atau Bawak awek yang kamu berjalan berdua-duaan tu dulu, ataupun tanyangan movie yang kamu tonton bersama teman-teman mu itu. nescaya, ia tidak akan dapat ,menolongmu.

Ku teliti lagi jalan yang kutempuh, kapankan aku bertahan? Ya, kadangkala maksiat masih lagi ku perlakukan, dan masa itu la Iman akan kecundang dan syaitan mula mendaji teman. Susup-susup sayup kedengaran menggugah iman. Ya syaitan kan mengalir menyusup disetiap pelusuk hati. Bisakah aku menghindarinya?

Dan bagiku, penawarnya adalah satu, ingatlah Allah ketika kamu inginkan kemaksiatan dan segeralah bertaubat.

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [39:53, Az-Zumar]

Dan begitulah kitaran hidup sebagai insan biasa. Kita takkan terlepas dek cengkaman dan hasutan syaitan. Namun, kitalah yang bisa mengawalnya sebab roh didalam jasad, syaitan takkan bisa mengawalnya selagi iman kita utuh dengan pencipta-Nya.

-Tengah Malam-

New blog title and new Banner

Assalamualikum..
Maybe this is the first time I'm posting in English. It's quite interesting writing in english since studying and learning in English just applicable in my study field only (for me laa). em, it doesn't main things that I want to describe here just wanna telling a story, maybe it's not hot as an artist story but it's about my new blog title, banner and it's features.

haha.. I guess this is the third time i'am changing my blog. first from its domain name and now the title of the blog itself. The Idea come when I think myblog is not fully used to giving and sharing about Islam (actually this is the main purpose of this blog--> online da'wa), sharing about mylife torward betterment finding the 'true love' of my Creator (which is Allah s.w.t). The title'Destinasi Cinta' was taken from one of my favarouite nasyid song which was singing by Group named Mestica. It's such a beautiful song especiallt the lyric. Obiviously, if I'm really concentrated the lyric in a 'syahdu' enviroment, it's can make me cry. You know why? because it remind me about the sins that i have made, and strugguling toward Allah faith. It's not easy to be a human as we have a lot of responsibility especially to our creator. which Allah had mentioned in the Quran Surah Az-Zariyyat ayah 56 which telling us about the main purpose why are we created which is to do 'ibadah' just only for the sake of Allah...

Em too long describing about this. just enjoy my blog because next InsyaAllah, I will be writing more about my journey, sharing knowledge about Islam from the book that i Bought recently (it cost me Rm 150 something, and I don't mind about it. Hopefully, I can buy much more than that next because it is worth than my money..heheh~~) therefore, I end this post with wassalam.

p/s: Need to stdy since Vector Calculus's test is just Aroud the corner, tommorow i need to prepare for 'Usrah sekolah'
-Late at night-

Raya tahun ni?

15 Oktober 2008

Assalamualikum..
Dah lama daa saya xmenulis..em..mungkin sebab sibuk sket menyebabkan saya kurang masa untuk menulis..tah la.. macam2 benda ada nk kene buat termasuk menguruskan satu program motivasi untuk akhir tahun ni... well just nak cite about raya this year..
walaupun ari pengeposan entri ini dah masuk hari raya yang ke 15, tp bleh je rasanya nk cite lagi berkenaan hari raya sebab saya perhatikan di radio dan tV masih lagi berkumandang hari raya. ada orang kata "Kita puasa sebulan, raya pun sebulan la" hahaha.. tah ape-ape la diaorang ni. Puasa mungkin xcukup, raya nk lebih.. esh..ish..ish..

adik ayih berbaju melayu..mmg cute (tp suka sangat ambik gambar)

Anyway, raya ku tahun ni hanyalah di berkisar dikwawasan rumah ku dan umah atok n nenekku. Nk pg jalan rumah kawan-kawan tak tahu sangat (huhu~~) all maklum la jalan di kelantan teramat la sibuk. kalo nk pegi beraya umah kawan-kawan yang berada di daerah lain minta untuk pergi ari raya pertama sbb jalan lengang. So, raya pertama saya just beraya bersama saudara-saudara dikampung. Umah ngan kampung dekat je, xsampai 1/2 jam. dulu kalo nk balik kg ambik masa 5 jam (masa dok terengganu dulu la).

Addikku yang ketiga bergambar di Umah mak sedara

Alhamdulillah, ni merupakan raya pertama di negeri Asal (walaupun sblm ni dh penah balik beraya di kelantan) sbb mmg akan beraya dirumah sendiri di kelantan (xpaham ayat ni abaikan).. em, raya tahun ni cuma kurang abang saya yang sulung sebab terpaksa bekerja di Bilik Gerakan IPK alor Star, Kedah. (Hahaha, sian dia xleh raya kat umah)..beraya seorang je kat sana.. anyway, sy merancang ke ruamhnya deepavali ni (bukan nk sambut deepavali) raya kedua dan ketiga tetap sama.. berada dirumah menghabiskan segala makanan raya yang dimasak untuk tetamu (sebab xde tetamu yang datang, cuma jiran2 sebelah je) raya keempat pulak ada kenduri di rumah bapa saudara..so, semua family ke sana kecuali diriku (xsuke sangat kenduri2 neh kecuali makan di kenduri) dan hari-hari berikutnya tetap sama mcam biasa sehinggala ari raya ke-7 sy dan kawan-kawan satu universiti berangkat pulang ke Universiti..itulah perjalanan raya tahun ni.. xde yang menarik sangat kecuali mendapat duit raya daripada pak sedara sebanyak 4 inggit dan dari abang 10 minggit (haha,,besar-besar nk duit agi)
 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Control System Engineer di sebuah Syarikat Minyak dan Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts