Marhaban ya Ramadhan

01 September 2008

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, kerana masih dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t untuk kaita sama-sama menyambut bulan yang paling diberkahi..bulan yang lebih baik daripada seribu bulan. bulan dimana turunnya ayat Al-Quran yang pertama, bulan dimana berlakunya perang yang besar dalam sejarah Islam yakni perang Badr...
Dan alhamdulilah, aku masih lagi diberikan oleh Allah s.w.t untuk terus meneruskan ibadah ataupun rukun Islam yang ketiga ini. Namun, sudah semestinya setiap tahun aku akan melalui suasana menyambut ramadhan yang berbeza. Kalu diingatkan dulu, waktu di rumah, emak yang sediakan juadah berbuka dan juga juadah bersahur. Emak juga yang akan kejutkan bangun bersahur. Tapi kini, sebagai seorang pelajar diUniversiti, semuanya dilakukan sendiri. Namun alhmdulillah, dengan adanya ikhwah-ikhwah dan sahabat-sahabat disekeliling menambahkan kecerianan puasa tahun ini.
Ramadhan tahun ini membawa warna-warni dalam hidupku dengan adanya beberpaa program yang telah dirancang seperti tilawah, mabit, iftar jam'ie, qiamulai, hafazan dan sebagainya. Tapi yang paling menarik adalah program Baksos (Bakti sosial) yang diadakan di rumah anak yatim. Dan tahun ini, tugas ku dan seorang lagi ikhwah yang perlu mengelola program ini.
Petang tadi, aku berkesempatan untuk ke sebuah rumah anak yatim yang terletak di Ipoh, perak. selepas berpusing-pusing mencari rumah tersebut, alhamdulillah jumpa juga akhinya. Disana, aku sempat berbincang-bincang sedikit dengan pihak pengurusan rumah anak yatim tersebut untuk mengadakan program sehari disana pada pertengahan ramadhan ni. Tentatif program tersebut masih lagi dalam perbincangan.
Setelah pulang dan berehat sekejap, aku ke masjid untuk iftar beramai-ramai. Sampai disana, kelihatan ramai orang, ada yang duduk, dan ada yang beratur untuk mengambil makanan. Aku hanya melihat gelagat mereka dan terus menuju ke talam yang telah dipenuhi denga makanan (ikhwah junior yang tolong ambikkan).. bile tibe je waktu berbuka, kami makan bersama-sama. disitulah letaknya tali ukhuwah..
Harapanku semoga puasa tahun ni memberikan aku lebih kesedaran, lebih banyak ibadah, lebih banyak pahala ditimba dan dosa dihapus serta lebih bersemangat untuk mengencarkan kerja-kerja dakwah yang telah diamanahkan..
wallahualm..

Tiada ulasan:

 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Control System Engineer di sebuah Syarikat Minyak dan Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts