Hari Al-Quds Sedunia (ROQ)? apa peranan kita?

21 Ogos 2008

pagi-pagi lagi hesetku berbunyi alarm 'birthday'..birthday sape pulak hari ni? hatiku tertanya.. "Hari Al-Quds Sedunia, 39 tahun" terpapar dalam skrinku..


Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin). Api marak dengan dasyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan. Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael ‘gila’. Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabk an atas kejadian tersebut. Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. Maka sejak itu 21 Ogos setiap tahun menjadi Hari Al-Quds sedunia. yang disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa yang dibakar. Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam terhadap masjid Al-Aqsa yang disucikan. Begitulah nasib tanah suci Umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis.

dan disebabkan hal inilah OIC (organisation of Islamic Country) ditubuhkan..dan bagi, hanya sekadar pertubuhan yang ditubuhkan tanpa semangat jihad untuk membebsakan palestin dari cengkaman zionis Yahudi Laknatullah..

dalam range masa seminggu yang lepas, ketika tengah kuliah, sehelai kertas terbang (sebenarnya di passkan oleh rakan selectureku). kelihatan teks ringkas yang menceritakan perihal palestin dan dibawahnya terdapat senarai nama dan tandatangan..

"owh, nak kutip partition rupenyer"hatiku terdetik.. selang beberapa hari selepas itu, ada satu pertubuhan yang memberi ceramah umum yang dinamakan Aman Palestin. ceramah yang sama juga telah dilakukan tahun lepas (mungkin juga tahun2 sebelum ini sebab ketika itu, aku masih lagi pelajar sekolah) yang berutujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar universiti entang permasalahan yang melanda Palestin masa kini.

Aku amat menghargai pertubuhan dan pihak universitiku yang menjalankan program tersebut. Aku tidak pasti seramai mana yang datang sbb aku mempunyai komitmen dakwah lain yang menyebabkan aku tak dapat hadir ke program tersebut. (tahun lepas sempat juga datang dan jumlahnya alhamdulillah, ok la)..

Aku juga amat tertarik apabila melihat status Yahoo Massenger sesetangah sahabatku di universiti yang memaparkan weblink Palestinkini.info...wah, sungguh bersemangat mereka ni untuk mempromote hari Al-Quds sedunia..

Namun dalam 'kemeriahan' mengadakan programseumpamanya ini, mindaku sering bertanya..
sejauhmana program ini berkesan di hati orang islam sekarang ini lebih -lebih lagi para pemuda islam?... kenapa kita hanya bersemangat mengingat hari al-Quds sedunia hanya pada 21 ogos sahaja? kenapa tak ingat hari-hari? atau tiada masa untuk kita mengingatinya sebab buku-buku engineering masih tebal diatas meja yang belum terbaca? atau asingment-asingment yang menyerabutkan kepala? walhal kita tahu Allah ada berfirman dalam kalamnya "sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara..." (Al-Hujrat ayat 10)

Junjungan besar Nabi Muhammad S.a.w juga ada bersabda "Sesungguhnya kamu tidak benar-benar beriman sehingga kamu mencintai saudaramu seperti kamu menyintai dirimu sendiri"-Hadith Riwayat Bukhori dan Muslim dan "orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana banggunan yang sebahagianna memperkuatkan sebahagian yang lain" ayat quran dan hadith yang kita biasa dengan berkaitan hubungan kita dengan sesama muslim.. namun sejauh mana kita praktikkan?

semalam masa lecture ISlamic studies, ada satu grup yang membentangkan tentang OIC. banyak soalan yang diraise up kepada grup pembentang (kesian grup yang bentang pasala ajaran sesat ayah pin, orang xberminat sangat).. dan dalam banyak2 soalan yang diutarakan, aku tertarik pasal soalan sejauh mana boikot itu mampu untuk melawan israel!

perbincangan menjadi semakin rancak. aku yakin, majoriti pelajar diuniversitiku tahu perihal memboikot barang keluaran yahudi seperti Maggi, Nestle dan beberapa lagi barang boikot lain. namun begitu, seringkali aku lihat tin-tin pepsi dan coca cola, air milo dsb menyinggah mulut-mulut yang tahu akan hal boikot ini. barangan kebersihan diri, perfume dan seumpamanya masih lagi barang keluaran musuh islam menyinggah ditubuh-tubuh kita selepas ketika dan selepas mandi, bahkan ketika ingin ke masjid.. bagaimana hal ini nak membantu melumpuhkan ekonomi negara-negara yang membantai orang islam? sedangkan orang yang memperjuangkan hal ini juga seringkali membeli barang-barang boikot. kalau tiada alternatif lain dan amat terdesak untuk menggunakanya boleh juga consider tapi aku yakin, di malaysia ini masih banyak alternatif lain untuk menggantikan barang-barang boikot. aku tertarik dengan apa yang dikatakan ustaz masa lecture islamic studies tu yang mneyeru agar kita umat islam yang menyediakan alternatif dan sekali gus memantapkan lagi ekonomi umat islam.

oleh yang demikian, marilah kita sama-sama reflect kepada diri kita balik. sejauhmana kita concern terhadap isu ini dan sejauh mana kita berusaha untuk membantu saudara-saudara kita disana..dan hal ini juga merupakan peringatan kepada diriku yang lemah ini supaya terus sama-sama dengan orang-orang islam yang lain memperjuangkan agama ISlam yang amat-amat dicintai. janganlah kita terlalu bersikap infiradiyah (individualistik)..sama-samalah kita memperjuangkanya!!! semoga Allah merahmati orang-orang yang memperjuangkan agamanya.. Allahukabar!!

p/s: article bewarna merah dipetik dari http://21-8.blogspot.com
sebenarnya panjang lagi boleh diceritakan tapi cukuplah sekadar ini sahaja..

Tiada ulasan:

 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Control System Engineer di sebuah Syarikat Minyak dan Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts