Slipa boyo?

26 Mei 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Assalamualaikum w.b.t buat pembaca budiman sekalian..
agak lama juga tak update blog ni. baiklah, pada kali ini saya ingin berbicara berkenaan dengan 'Slipa boyo' yang tengah hot skarang..





Selipar (selepas ini, dieja ‘slipar’) croc merupakan slipar yang amat mahal. Hanya golongan yang berpendapatan tinggi sahaja biasa memilikinya. Namun kebelakangan ini, slipar croc telah dijual dengan harga yang agak murah (mungkin tiruan).

Namun halnya di sini, saya bukanlah nak membahasakan berkenaan dengan harga, kualiti slipa croc ( slipar boyo-bahasa Kelantan) dan buaya2 yang memakainya (opss..), namun berkenaan dengan sesetengah pihak yang mengclaimkan bahawa logo rasmi selipar tersebut mengsimbolkan kalimah ‘Allah’ hal ini telah tersebar luas di blog2 dan juga mukabuku..berbagai persepsi yang telah diutarkan oleh orang ramai....sebelum itu, kita lihat gambar di bawah.

Logo Rasmi Croc



yang dikatakan terkandung kalimah 'Allah'

gambar yang lebih 'jelas' lagi

Baiklah itu yang dikatakan oleh ‘mereka’ dan ini pula yang dikatakan oleh saya:

ianya boleh jadi 'Ali'

atau 'Ain'

atau 'Awi'

ataupun 'Ahmiez'..opss..(bleh ke? haha)

Baiklah, jom kita lihat gmbar dibawah dengan teliti..jelas tidak sama dengan apa yang dinyatakan


bagaimana bahagian atas mulut buaya itu dikatakan membentuk huruf 'Alif' dan 'Lam'??? mengarut bukan?
kalau pun nak jadi kalimah 'Allah' sepatutnya macam ini:


buaya ini patut ada mulut extra dibahagian atasnya..dan ini tidak logik..haha (telah diedit)

Pesanan saya:
Buat semua yang mempercayai benda ini, beristighfarlah.. mungkin ada sesetengah pihak yang sengaja bermain dengan isu-isu sensetif seperti ini. bukalah mata dan fikiran anda. usah terima sesuatu itu dengan bulat-bulat. Dalam isu ini, sekali pandang sahaja saya sudah dapat membaca ianya tidak benar dan mengarut. Bukan lah saya mahu menyokong produk ini atau segala berkaitan dengannya kerana saya sendiri tidak memiliki ataupun mendapat apa2 saham daripada produk croc ini.
Terkadang kita terlalu obses dan membuta tuli metafsir sesuatu. memang saya tidak nafikan dalam persekitaran kita, 'benda-benda' seumpama ini memang ada, namun, terserahlah kepada akal fikiran kita untuk melihatnya. Andaikata pencipta/pemilik croc ini tidak berniat pun untuk mensimbolkan kalimah 'Allah' ini pada produknya, bukankah itu satu fitnah dan kita telah menzalimi mereka walaupun mereka ini kafir? sama-samalah renung-renung dan fikir-fikirkan..

Banyak lagi benda yang kita patut fikirkan.. aurat kita dah sempurna ke ditutup? banyak mana kita beristighfar hari ini? dah solat kebelum? berapa kali sudah aku katam al-Quran? dan sebagainya..benda-benda ini yang lebih utama dan patut kita tekankan.. tak gitu?

satu ayat Al-Quran buat renungan bersama

"190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;

191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.."
Ali-Imran ayat 190-191

Wallahualam... ^_^ chill up Iman anda dengan Al-Quran


p/s: usah tonjolkan kedangkalan dan kebodohkan kita ^_^v

32 ulasan:

Amin Baek berkata...

salam akh..

nice one..penjelasan yg dtail..siap ada ahmiez atas crocs lagi..haha

jzkk

AhMiEzZ berkata...

wslm..
hehe..waiyyakum ^_^

fiQ berkata...

Salam Ziarah.

Like this post!
Quite funny, especially at Ahmiez part. ^_^

One fact, dalam bab ni, memang mata orang kita ni sensitif sangat dengan tulisan-tulisan ini.
Kadang-kadang melucukan.

AhMiEzZ berkata...

wslm fiq..
hehe..saje je tu..

yup..ana cukup setuju.. ana ada terbaca pasal perfect melancholic kat blog akh hafizul.. ana rasa, orang2 jenis perfect melancholic la yg 'jumpe' bnda.. tp ni dah ditahap hyper melancolic dh ni, sampai bnda2 yg xde kena-mengena pun dijumpanya..haih..

xAr berkata...

thanks 4 sharing.. :)

ibnu ghazali berkata...

oh.. abu dzar alghifari tu hafizul hanis ke??

ana masih lagi tidak mengenal siapa empunya blog mentadak kaki kidal... haha..

btw, lucu betul anda..
boleh masuk akademi fantasia pasni..

ehem~

AhMiEzZ berkata...

xar: ur welcome..xyah pening2 lagi.. use ur rational thinking..

ibnu ghazali: yup, mentadakkakikidal itulah akh hafizul hanis punye.. erkk..ape kaitannya dgn akademi fantasia? ana cukup xsuka (baca:benci) dgn program tuh, dari dulu2 lagi...huhu ^_^

Tanpa Nama berkata...

stop making fun out of it,bro.

dah terang lagi bersuluh.
penah tengok awan/sarang lebah/sisik ikan yang membentuk kalimah Allah...tetapi hanya mempunyai tertera lam lam ha. tanpa alif. tapi masih kita umat Islam kagum melihatnya. dan anda, cuba mentafsirkan kalimah Allah pada slipar boyo dengan perkataan2 lain.....?!

siapa yang tidak sensitif sekarang ini? berhati2 lah saudara dengan kata2 saudara.

AhMiEzZ berkata...

kepada tanpa nama: tq kasih atas keperihatinan saudara/i.. ye memang benar.. tp semua tu dengan kehendak Allah s.w.t.. Allah tunjukkan bnda2 tu kepada manusia agar manusia berfikir tentang kebesarannya.. dan Allah aturkan benda2 itu supaya jadi begitu..

tetapi kita manusia, diberi akal fikiran oleh Allah untuk berfikir dan membuat pilihan..

yg saya letak2 nama tu bukan yg dibuat oleh Allah mcm Sarang lebah, awan..bnda itu dibuat oleh manusia..justeru, sebagai manusia (insan=lemah), kita mungkin bisa melakukan kesilapan..

baiklah..cukupkan setakat kita kagum dengan sarang lebah/ikan/pokok yang melambangkan kalimah 'Allah', kemudianya, Quran kita xbaca setiap hari? waktu solat kita lambat2kan? kebergantungan kepada makhluk lebih diutamakan kepada Allah? sama2 fikirkan..usahlah besar2kn isu mcm ni.. wallahualam.. ^_^

AhMiEzZ berkata...

untuk pembaca sekalian yg kagum dengan kalimah Allah pada awan/lembu/sarang lebah/pokok dan sebagainya..

anda semua kagum? ye..saya jua kagum..subahanallah.. Maha hebat Allah..

tetapi saya mahu utarkan satu persoalan..

pernah tak kita rasa kagum dengan diri kita? maksud saya dengan penciptaan diri kita? bagaimana mata kita berfungi? bagaimana jantung mengepam darah? berapa banyak kita rasa kagum lalu memuji2 Allah dengan apa yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita? yang paling dekat dgn kita, tangan, kaki hidung, dan sebaginya? "sesungguhnya manusia itu ingkar tidak berterima kasih kepada tuhannya(Allah)" Al-Adiyyat ayat 6

anon berkata...

thanks for the info...sgt2 berguna n sgt2 menyedarkan....mintak izin sharekan link artikel ni dlm fb...thanks..

AhMiEzZ berkata...

anon: ye sila2.. subahanallah..yang menyedarkan itu Allah s.w.t..sy hanya manusia biasa yg xpunya apa2 ^_^..moga bermanfaat..

- nick_sieq - berkata...

salam... akh, mintak kebenaran copy link ye...

AhMiEzZ berkata...

nick_seiq:wslm.. ye akhi..sila2 moga bermanfaat..

Tanpa Nama berkata...

trima kasih atas info yang sgt bguna bg saya...manusia skarang memang suka mencari kesalahan orang lain...diorang memang x pernah fikirkan kesan-kesan yg bley memecahblahkan masyarakat sekeliling...saya mintak maaf sgt2 kalau pe yg saya katakan ni menyinggung aty mane2 pihak k...wassalam.....

Tanpa Nama berkata...

cume nak tnye,,so klu orng yg heboh draw gmbr Nabi Muhammad tuu,,kte xyah nak bising2 la?? sb kte bleh gak buat adndaian yg gambar dorng lukis tuu sekadar gambar orng arab or sesape je??sb bukan gmbr sbnr nabi muhammad pun?? tp xke tuu da slah??cume nak cakap akhir zaman nie orng bleh buat pape je nak kutuk agama kita..so klu sume nak fikir positif xbleh jugak kan??

AhMiEzZ berkata...

tanpanama: begini tanpa nama..dalam kes selipar crocs, saya yakin orang2 kita (islam) sendiri yang 'terjumpa'.. jadi dia buat kesimpulan bahawa crocs tu mengsimbolkan kalimah 'Allah' padahal mungkin toada sebarang niat pun melainkan hanya logo kepada crocs..

bagi kes kariaktur nabi, orang-orang kafir/yahudi n etc yang sengaja (maksudnya mereka berniat) melukis gambar Nabi..dan sewajarnya kita tentang.. anda bleh dpt bezakan?

saya bimbang, utk kes crocs ni, andaikata syarikatnya xberniat pun untuk mensimbolkan crocs tu sebagai kalimah Allah, menyebabkan kita telah menfitnah mereka...

jadi dua perkara ini adalah berbeza..
kes crocs-with no intention
kes lukisan nabi- with intention utk menghina..

harap penerangan saya ni memuaskan anda ^_^

Tanpa Nama berkata...

salam.terima kasih atas artikel yang menyedarkan tu. tapi..saya agal=k musykil, salahkah muslim untuk sensitif berkenaan nama Allah ini...
tambahan..mengapa tidak mereka elak dari perkara yang mereka ragu..wallahu'alam..hanay berniat untuk bertanya dan menambah ilmu...
~insan biasa~

AhMiEzZ berkata...

tanpanama: wslm..pendapat sya, xsalah kita mempertahankan isu kalimah 'Allah' sbb kita semua cinta dan sayangkn Allah..cuma, biarlah bertempat.. saya berpendapat, bukan mereka yg membuat keraguan, tetapi kitalah yang menimbulkan keraguan itu..sepatutnya benda yg xperlu kita cari, tapi kita cari..lepas tu timbul berbagai2 isu seperti ini..

nk share satu link http://ummsyuhada.blogspot.com/2010/05/isu-kasut-crocs.html
bleh tgk disana juga..wallahualam..

p/s: sy juga insan biasa yang juga dahagakan ilmu..sama-samalah kita berkongsi ^_^

Tanpa Nama berkata...

tp,,kalau syarikat croc mmg berniat nak bermain dgn kalimah itu dan ade orng nak tolong sebarkan kebenaran n saudari pulak cube nak memperkecilkan usaha mereka nak membongkarkan kebenaran pulak bagaimana??

AhMiEzZ berkata...

tanpanama: maaf, sy seorg lelaki..
saya rasa tak usahlah kita bersangka dengan sangkaan begitu..kalau benar, tunjukkan bukti dan faktanya.. tapi, andaikata tiada, cukuplah kita bersangka baik.. bukankah Allah ada berpesan dalam surah Al-Hujrat ayat ke 6

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."

dan ayat ke 12
"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain...."

jadi, akhlak kita sebagai seorang islam yang beriman dan cintakan Allah, cuba jauhi prasangka2 seperti ini sehingga ada bukti dan fakta yang kukuh dan jelas bagi membuktikan hal ini..

kalau saudara/i mahu penjelasan yang lebih lagi, cubalah tanya para ustaz/ah.. saya tidak mempunyai ilmu yang mendalam mengenai hal2 seperti ini..wallahualam..

Tanpa Nama berkata...

tp bukankah klu saudara berkata demikian,,seperti saudara sndiri bersangka buruk kepada yg berkata croc seakan akan kalimah Allah??
kan lebih baik saudara diam sahaja dan tidak membuat blog sebegini daripada saudara menyalahkan orng yg membuat tuduhan terhadap croc?? kadang2 diam itu lagi baik

AhMiEzZ berkata...

bolehkah saudara/i tanpa nama nyatakan bagaimana sy bersangka buruk dengan orng2 yang mengatakan hal ini benar? kenapa saya perlu bersangka buruk?

sbnrnya, saya memang mahu mendiamkan diri sahaja sbb sy tahu benda ini tidak benar..cuma, saya lihat masyarakat kita terlalu obses sehingga membuat flyers dan sebagainya.. andaikata hal ini fitnah, ianya bukan sahaja memberikan imej buruk kepada syarikat crocs, malahan, memberikan kerugian kepada orang2 yang menjualnya juga..

saya rasa, saya sudah malas nak membahaskan hal ini.. kalau saudara/i mahu tnya lagi, add facebook saya, hilmi_002[at]yahoo.com kita bincang disana..

Tanpa Nama berkata...

syukran kepada saudara atas komen2 di atas...
sedikit sebnyak membuka fikiran masyarakat untuk memilih sendiri apa yang mereka hendak pegangkan..
terima kasih..
semoga segala yang syubhah dijauhi..
yang jelas diikut,,
sama2lah kita mencari jawapan yang sebenar.,jangan hanya berdiam diri dan jangan ikut sahaja kata orang,..
selidik dahulu..
wallahu'alam..
syukran ya akh
~insan biasa~

AhMiEzZ berkata...

afwan..moga dijauhkan oleh Allah kepada kita daripada sikap-sikap yg tidak baik.. moga segalanya terang dan jelas..wallahualam..
^_^v

tangisan darah melayuku berkata...

salam kepada penulis blog ini...
saudara,sebagai manusia yg bijak berfikir,kite perlu menyiasat perkara ini betul atau tidak.saudara sendiri pun tidak boleh menyatakan isu ini benar mahupun tidak.apa salahnya kita berhati dgn sume ini.sye juge pernah melihat kasut buatan israel yg bercorakkan seakan-akan kalimah Allah.saudara juga tidak boleh mengaibkan pandangan org lain.tak salah kita berkongsi pendapat.tp dari apa yg saya tenungkan,saudara nmpk ingin menyatakan kebenaran saudara.saya juga tidak bersetuju dengan "tanpa nama" yg amat aggresive dalam melontarkan ideanya.renung2 kanlah.sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang dilangit & dibumi.

AhMiEzZ berkata...

tangisan darah melayuku: terima kasih atas teguran yang membina itu..insyaAllah, utk kedepan, sy akan lebih berhati2.. cuma, dlm post ini, saya sbnarnya lebih kepada memberi peringatan agar kita tidak terlalu terburu-buru dalam menyebarkan sesuatu.. ya, mmg sy xnafikan dari awal lagi, mungkin hal ini boleh jadi benar dan boleh jadi salah.. cuma, post ini lebih kepada pandangan saya mengatakan ianya tidak benar.. terpulanglah kepada individu mahu mempercayainya atau tidak.. wallahualam..

musafir lalu.. berkata...

salam barokatillah 'alaik.

isu yg sgt hangat.

"Manusia diciptakn (b'sifat t'gesa2). Kelak akan aku p'lihatkn kpdmu tnda (kkuasaan) Ku. Maka janganlah kamu mminta Aku menyegeraknnya." (21:37)

Sbr....jgn t'lalu cpat mlatah. ya, wajib bg umat islam b'sikp sensitif dgn agama. tp, jgn smpai mngada2kn kesisitivitian itu.. btul x? mksudnya, jgn t'lalu mudh b'prasangka.

silakan...jika nta/nti b'pegang bhw kasut CROC tu memg sngaja mncipta logo seakan2 kalimah Allah.. nah, boikot saja..

tp, bg ssiapa yg mrasakn tidak.. t'puang dong.. dia mgkin punya pndgn yg b'beda.

melainkan..seandainya tlh nyata, diakui olh si pengeluar...mhpn ulama'.. bhw ia disengajakn.. nah, wajib kita tentangi..

tp, skrg.. itu hanya andaian kok.. ana yakin, ahmiez tidak sesekali b'niat utk mmp'mainkn isu ini.

tp, apa yg cuba dismpaiknnya hnyalh utk mngajak umat mnusia utk tidak t'lalu mudh melatah. stiap p'tuduhan itu p'lu ada asas dan bukti yg kukuh. bukankh bgitu islam mngajar kita?

dan, bukankh islam mngajar kita tntg sikap hikmah? sabar dong... doakanlah, moga Allah beri ptunjuk.. ya, doa.. bunyinya remeh bukan. lantas, mengapa dikatakn doa adlh snjata umat islam?

afwan, fikir2kn... smoga Allah mmberkati kita smua dan mmberikn ptunjukNya agr kita bisa mmbuat kputusn b'dsrkn iman dan ilmu.

skrg ni, pakai je selipar jepun tu.. kalu x pn, yg x ori pn blh kn.. xde logo? he~

allahua'lam wa asif jiddan.
jd, tutup isu ni kot kn?

AhMiEzZ berkata...

subahanallah.. jazakumullahu khoir kpd musafir lalu.. (ana nggak bisa tau samaada antum ni lelaki or perempuan).. yup, memang jelas sekali ya apa yang dikatakan oleh akhi/ukht.. ana pun udah mau tutup hal ini.. senang skali dgn komen antum ^_^

Tanpa Nama berkata...

kalau betul crocs nk mnyesatkan Islam xkan dier nk letak betul2 kalimah Allah...kalau kita boleh perhatikan yg sebelah kanan tu lebih besar dari sblah kiri..dan hidung ada dua..mata ada dua..tak nmpk kah itu mcm dua huruf??mcm mana pun, saya memang was-was dgn bnda ni..jadi sy bt keputusan untuk toreh logo dier dgn pisau supaya tidak berbntuk apa2..

pemerhatiygdiperhati berkata...

berlapang dadalah ~

dudimoi berkata...

salam...sudah2 lah....tak usah saling mempertikai kan...kalau ada yang tak bersetuju dengan sdr ahmiez,pergilah tanya dengan ustaz or ustazah,atau arif ulama' yang boleh mengutarakan hal ini dengan terang dan jelas.....sbb bg saya yang neutral nih,pandangan sdr ahmiez tak sedikit pun nak berpihak ke sebelah sana or sinun...ingat...jadilah umat nabi yang saling menguatkan..bukan seperti buih...pertikaian sebegini eloklah di jauhkan....apa salahnya yang tidak bersetuju tu terus utarakan hal ini kepada yang tahu pasal hukum..sbb dah banyak kali jugak sdr ahmiez nih mengutarakan bahawa isu ini adalah pandangan,tapi dia bukan menyokong pun crocs tuh...pesan saya..bila kita nak membidas..bidaslah menggunakan akal n fakta,jauhkan emosi dan bahasa yang keras n agressive...sbb walaupun ada yang bersetuju,tapi anda akan dapati yang mengikuti anda pun tak ramai..kalau betul2 sayang nabi...belajar la pertuturan hikmah seperti nabi...

perkara yang sdr ahmiez utarakan sangat luas skopnya,sedangkan yang membidas cuma bercakap sekitar isu croc n tulisan.....sdr ahmiez mengutarakan isu solat,isu penciptaan Allah,isu diri kita n sekeliling..dll...belajar lah dari sdr ahmiez, yang bg saya tak mudah melatah dgn komen yang bisa dari pembidas,...

 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Eksekutif IT di sebuah syarikat Oil and Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts