DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Alhamdulillah, segala puji dan syukur sama2 kita rafakkan kepada Allah s.w.t kerna dengan izin daripadaNya, dapat kita menghirup secakir nikmat yang dikurniakan olehNya.
Pada malam 13 hari yang lepas, telah berlangsung sebuah majlis yang dinamakan Malam Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa UiTM cawangan kelantan yang bertempat di Hotel New Pasific, kalau di kelantan ni, ianya satu-satunya hotel yang bewarna pink ungu. Majlis tersebut adalah untuk meraikan para pelajar yang mendapat kecemerlangan dalam akademik (CGPA 3.5 and above) dan juga kepimpinan. Alhamdulillah, saya juga dijemput untuk ke majlis tersebut yang bertemakan baju batik..
Sepanjang program, tiada apa2 sangat yang menarik. Makananya biasa-biasa sahaja. Saya pun xtau la nak cakap sedap ke tidak.. biasa2 sahaja sebab saya makan je apa yang orang bagi.. Bersyukurlah dengan rezeki yang Allah berikan. Persembahan pada malam itu juga tidak menarik minat saya langsung. Hanya la beberapa orang menyanyi dan terkinja2 dihadapan sahaja. Nothing special orang kelantan sebut. Saya hanya fokus kepada santapan di depan mata saja. Apa orang2 beriman cakap, erk.. jagan pandangan.. ha.begitu la..
Ketika mula2 sampai, selepas mendaftar dan mendapat no meja, kami terus ke surau untuk solat maghrib. usai solat dan mendaftar, kami terus memasuki dewan dan menuju ke meja masing-masing. Saya berada di meja bernombor 15, antara meja dibahagian hadapan. Pelajar-pelajar yang tersenarai dalam pelajar yang akan menerima anugerah diletakkan di meja hadapan. Alhamdulillah, sya juga tercalon sebagai pelajar yang akan menerima anugerah kepimpinan. Namun, apa yang lebih memeranjatkan, saya juga tercalon sebagai antara 3 orang pelajar untuk anugerah pelajar terbaik keseluruhan Diploma UiTM kelantan.. Alhamdulillah, tidak terfikir dan terniat pula untuk mendapat pencapaian sebegitu.
Alhamdulillah, pada malam itu, saya memenangi anugerah pelajar terbaik kepimpinan bagi diploma sains komputer walaupun tidak memenagi anugerah pelajar tebaik keseluruhan. Bagi saya itu sudah cukup kerana bukan itu tujuan utama saya belajar. Biarlah apa yang kita belajar dapat mampu mendekatkan diri kita pada Allah s.w.t, bisa membawa kebaikan kepada umat dan agama Islam dan lebih penting Allah redho, itu yang utama. Dan anugerah seumpama ini saya menganggapnya sebagai satu bonus sahaja. Majlis pada malam itu berakhir kira-kira jam 11.30 malam dan sampai di kampus machang pada jam 12.30.Setiap pemenang membawa pulang sebuah trofi dan RM100 dan bagi Anugerah terbaik keseluruhan Ijazah dan diploma mendapat RM500. Sesampai sahaja, terus sahaja mandi dan menyiapkan slide presentation menggunakan flash untuk pembentangan subjek multimedia keesoakan harinya. Dibawah sedikit perkongsian gambar pada malam tersebut. Wallahualam..
Pemenang Anugerah kepimpinan Course masing-masing. Dari kiri (YDP Persatuan Sains Komputer (SCiCO), YDP MPP, Ex-YDP INDYBS , YDP Jawatankuasa Perwakilan Non-Resident) ^_^
Pemenang-pemenang anugerah kecemerlangan akademik dan kepimpinan
Bersama salah seorang top-scorer diploma statistic
p/s: sekarang ini sudah melangkah ke minggu study week..sedikit bebanan assingment sudah lepas..fuh..lega.. mohon doa dari semua agar dipermudahkan oleh Allah s.w.t dalam ibadah, study dan final exam nanti insyaAllah..