Kembali =)

23 Disember 2011

Asslamualaikum .w.b.t..
sudah hampir 6 Bulan xupdate blog.. huhu.. insyaAllah, saya akan kembali untuk menulis.. cuma perlukan sedikit momentum Iman yang semakin menurun.. dalam usaha2 meningkatkan lagi tazkiyatun nafs dan tarbiyyah dzatiyyah..insyaAllah.. mohon doanya



Dimana pemuda?

11 Jun 2011

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Saya melangkah perlahan menaiki anak tangga. Langkah terhenti di depan pintu masjid. Kaki dilap supaya debu-debu yang terpaut pada kaki dihilangkan sebelum melangkah masuk ke rumah suci. Berjalan perlahan-lahan memasuki saf solat. Mata ditoleh kekanan dan kekiri. Wajah-wajah berusia, berkedut dan berkerut memenuhi saf. Bilangan saf? Tak usah ditanya. Anda sendiri boleh menekanya dengan tepat. Imam mengalunkan al-fatihah, lembut dan terkadang terbatuk-batuk. Mungkin usia senja membataskan kesempurnaan bacaan dengan lancar.

Usai solat, pandangan saya kembali tertoleh kekiri dan kekanan. Masih sama. Wajah-wajah berusia dengan urat-urat yang sudah tidak setegang dulu lagi, kedut-kedut muka yang menghiasi setiap inci wajah suci dan bersih. Hati ini tertanya-tanya... mana pemuda? Bukankah pemuda-pemuda yang masih gagah ini sepatutunya memenuhi saf-saf dimasjid? buakankah pemuda-pemuda ini yang sepatutnya menggantikan imam yang sudah berusia? bukankah pemuda-pemuda yang sepatutnya melaungkan azan dengan lantang di corong-corong speaker masjid? dimanakah pemuda-pemuda ini? dimana?

Hati ini hanya mampu diam. Persoalan-persoalan tadi hanya berlalu sepi, sesepi 97% saf-saf dimasjid. Namun seringkali saya persoalkan pada diri sendiri. Teringat sebelum melangkah keluar dari rumah sewa tadi. Sudah berbuih mulut mengajak pemuda-pemuda ke masjid. Sudah puas adegan sindir -menyindir dilakukan. Namun keadaanya masih sama. Ada yang bermain dota, online facebook, menonton movie, menghisap rokok sehingga asap berkepul-kepul keluar dri mulut tanda bangga menjadi seorang lelaki macho. Saya hanya diam. Berjalan sendirian dengan menaiki motor ke masjid. Apabila diam katanya tidak diajak ke masjid sekali. Tetapi bila diajak, "gi la dulu..pah aku sapa la" (engkau pegi dulu, nanti aku sampai). Aku hanya diam. Keseroangan ke rumah Allah yang suci..dan wajah-wajah pemuda itu tidak kelihatan melainkan pada hari jumaat. Entah sampai bila? aku hanya mampu berdoa dan cuba memberikan contoh yang terbaik~~

Makan di MAKM

15 April 2011

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Alhamdulillah, segala puji dan syukur sama2 kita rafakkan kepada Allah s.w.t kerna dengan izin daripadaNya, dapat kita menghirup secakir nikmat yang dikurniakan olehNya.

Pada malam 13 hari yang lepas, telah berlangsung sebuah majlis yang dinamakan Malam Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa UiTM cawangan kelantan yang bertempat di Hotel New Pasific, kalau di kelantan ni, ianya satu-satunya hotel yang bewarna pink ungu. Majlis tersebut adalah untuk meraikan para pelajar yang mendapat kecemerlangan dalam akademik (CGPA 3.5 and above) dan juga kepimpinan. Alhamdulillah, saya juga dijemput untuk ke majlis tersebut yang bertemakan baju batik..

Sepanjang program, tiada apa2 sangat yang menarik. Makananya biasa-biasa sahaja. Saya pun xtau la nak cakap sedap ke tidak.. biasa2 sahaja sebab saya makan je apa yang orang bagi.. Bersyukurlah dengan rezeki yang Allah berikan. Persembahan pada malam itu juga tidak menarik minat saya langsung. Hanya la beberapa orang menyanyi dan terkinja2 dihadapan sahaja. Nothing special orang kelantan sebut. Saya hanya fokus kepada santapan di depan mata saja. Apa orang2 beriman cakap, erk.. jagan pandangan.. ha.begitu la..

Ketika mula2 sampai, selepas mendaftar dan mendapat no meja, kami terus ke surau untuk solat maghrib. usai solat dan mendaftar, kami terus memasuki dewan dan menuju ke meja masing-masing. Saya berada di meja bernombor 15, antara meja dibahagian hadapan. Pelajar-pelajar yang tersenarai dalam pelajar yang akan menerima anugerah diletakkan di meja hadapan. Alhamdulillah, sya juga tercalon sebagai pelajar yang akan menerima anugerah kepimpinan. Namun, apa yang lebih memeranjatkan, saya juga tercalon sebagai antara 3 orang pelajar untuk anugerah pelajar terbaik keseluruhan Diploma UiTM kelantan.. Alhamdulillah, tidak terfikir dan terniat pula untuk mendapat pencapaian sebegitu. 

Alhamdulillah, pada malam itu, saya memenangi anugerah pelajar terbaik kepimpinan bagi diploma sains komputer walaupun tidak memenagi anugerah pelajar tebaik keseluruhan. Bagi saya itu sudah cukup kerana bukan itu tujuan utama saya belajar. Biarlah apa yang kita belajar dapat mampu mendekatkan diri kita pada Allah s.w.t, bisa membawa kebaikan kepada umat dan agama Islam dan lebih penting Allah redho, itu yang utama. Dan anugerah seumpama ini saya menganggapnya sebagai satu bonus sahaja. Majlis pada malam itu berakhir kira-kira jam 11.30 malam dan sampai di kampus machang pada jam 12.30.Setiap pemenang membawa pulang sebuah trofi dan RM100 dan bagi Anugerah terbaik keseluruhan Ijazah dan diploma mendapat RM500. Sesampai sahaja, terus sahaja mandi dan menyiapkan slide presentation menggunakan flash untuk pembentangan subjek multimedia keesoakan harinya. Dibawah sedikit perkongsian gambar pada malam tersebut. Wallahualam..


Pemenang Anugerah kepimpinan Course masing-masing. Dari kiri (YDP Persatuan Sains Komputer (SCiCO), YDP MPP, Ex-YDP INDYBS , YDP Jawatankuasa Perwakilan Non-Resident) ^_^

Pemenang-pemenang anugerah kecemerlangan akademik dan kepimpinan

Bersama salah seorang top-scorer diploma statistic

p/s: sekarang ini sudah melangkah ke minggu study week..sedikit bebanan assingment sudah lepas..fuh..lega.. mohon doa dari semua agar dipermudahkan oleh Allah s.w.t dalam ibadah, study dan final exam nanti insyaAllah..

Coretan dalam masa terluang

06 April 2011

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Alhamdulillah wa syukurlillah kerana kita masih lagi dikurniakan nikmat Iman dan Islam, diberikan kekutan untuk terus menjalani hidup sebagai seorang muslim. 

Syukur juga pada Allah s.w.t kerana memberi ruang dan sedikit masa untuk saya update blog ini yang sudah hampir 5 bulan tidak diupdate atas beberapa sebab. Seperti yang saya jangka juga bahawa semester ini merupakan semester yang sangat sibuk. Sibuk denga belajar, aktiviti persatuan dan juga aktiviti dakwah insyaAllah..

alhamdulillah, pg tadi usai solat tahjud dan subuh, terfikir nak update blog. Habis sahaja 1/2 juz' bacaan quran pagi ini, saya warm up laptop yang sememangnya jarang di shut down, hanya dalam mode sleep sahaja bagi mempercepatkan saya menggunakan laptop. Banyak pula kerja-kerja yang dirancang untuk disiapkan hari ini. Design, proposal assignment programming.. programming sistem.. mini project multimedia menggunakan flash, Dreamweaver, dan perisian2 lain.. meeting persatuan, proposal program sem depan. pembangunan website KRIM dan persatuan sains komputer (scico), database KRIM dan scico.. ditambah lagi beberapa test akan hadir diminggu2 terkahir ni cukup memenatkan. Terkadang tiada masa untuk berehat2.. masa yang senggang dipenuhi dengan menyiapkan assingment dan sebagainya. Sehingga terkadang terlupa untuk menyentuh Quran.. astagfirullah..

Sesibuk mana pun kita sebenarnya, janganlah sesekali lupa akan tanggungjawab kita pada Allah s.w.t. Solat berjemaah atau solat diawal waktu, bacaan quran, istigfar dan sebagainya. Terkadang dalam sibuk2 membuat kerja, kita lupa pada Allah s.w.t. Sudah semestinya apabila lupa pada Allah, akhlak kita juga akan berubah. Mudah berputus asa, cepat marah, kurang sabar dan sebagainya. Oleh yang demikian, ambil la sediki masa bermuhasabah diri, bersihkan semula segala niat2 yang tidak baik, sucikan hati-hati kita ini dengan bacaan Quran dan istigfar insyaAllah hati kita ini akan menjadi tenang. Bukankah Allah telah berfirman dalam Surah Ar-Rad ayat ke 28 mafhumNya

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram" [13:28]
Dan pesanan saya pada mahasiswa2 yang sedang menunggu beberapa minggu lagi sebelum menduduki exam.Tenang-tenangkan fikiran walaupun sibuk dengan pelbagai kerja dan tekanan. Serta banyak-banyaklah berdoa kerana hanya pada Allah s.w.t sahajalah tempat kita bergantung, tempat kita memohon pertolongan, tempat kita meluahkan masalah kita. InsyaAllah Allah akan membantu kita dan yakinlah dengan sepenuh hati. selamat beramal buat semua.


p/s: Ana amat-amat merindui ikhwah2 yang sudah lama xketemu. kalau on9 di facebook tu, msg2 la ana. Ana nak PM antum, tkut mengganggu antum je. ye la, masing2 kan sibuk dengan study, program dan sebagainya. Sekadar ingin medapatkan sedikit nasihat drp ikhwah2.. kawan2 ana kat sini xpenah memberi nasihat membina dan nasihat yang berteraskan iman. huhu~~ sedih T_T..hehe..

pada akhi Nukman, barakallahu lakuma.. moga Allah merahmati dan mempermudahkan segala urusan antum dalam pernikahan 1 Mei ni. InsyaAllah kalau xde masalah, ana akan hadirkan diri.. Ana Uhibukafilla ^_^..
 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Control System Engineer di sebuah Syarikat Minyak dan Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts