DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Assalamualaikum w.b.t
Satu SMS daripada seorang ikhwah yg disayangi (semua ikhwah ana sayang) masuk kedalam peti inbox. Menjemput ke mukhayyam nasional. Tanpa berlengah, saya membalas mesej tersebut, bersetuju. Emel dihantar sela beberapa masa kemudian.
“Wah, banyak juga benda-benda yang nak disettlekan” hati saya bermonolog. Maklum la, mukhayyam memang macam tu. Kena jogging 3 kali seminggu, sit up, skipping..persediaan fizikal memang diperlukan. Namun, ketika itu, kecederaan di kaki saya masih belum pulih spenuhnya, persediaan fizikal tidak dapat dijalankan secara sempurna. Oh! lupa, Mukhayyam kali ini diadakan di Gunung Brinchang, Cameron Highland.
Alhamdulillah, segala persiapan dapat dijalankan dengan baik dan lancar walaupun menghadapai beberapa halangan, namun dengan Izin Allah, segala-galanya dipermudahkan. Perjalanan dimulakan daripada Kota Bharu bersama-sama dengan 3 orang ikhwah daripada Terengganu. Kami menggunakan highway Gua Musang. Perjalanan terhenti di Kuala Krai untuk bersama-sama 3 orang lagi ikhwah kira-kira pada jam 9.00 pagi. Kami kemudiannya bertolak menuju ke Cameron highland. 2 buah kereta terlibat, sebuah Proton Wira dan Perodua Viva yang memuatkan 7 orang (termasuk saya). Sesampainya di Gua Musang, kami berhenti solat dhuha dan berehat seketika di sebuah Masjid di Gua Musang. Masjidnya agak besar. Usai solat dhuha, kami teruskan perjalanan ke Cameron highland.
Lebih kurang Jam 1.45 Petang, kami tiba di Tanah Rata, Cameron highland. Perjalanan dari Kelantan itu mengambil masa hanya kira-kira 5 jam (termasuk makan dan berhenti berehat, dhuha dll). Tiba di sana, kelihatan beberapa buah kereta ikhwah yang sudah sampai. Kami bersalam-salaman, bergurau senda, maklumlah, saya sudah hampir 7 bulan tidak ketemu ikhwah, berjauhan serorang diri dipinggir pantai timur ini. Terubat sedikit kerinduan itu melihat senyum tawa ikhwah-ikhwah. Sebentar kemudian, tiba la ikhwah-ikhwah dari seluruh pelosok Malaysia. Kenderaan-kenderaan itu adanya dari Pahang, KL, Penang, Johor dll. Seronok juga masa itu, bertemu dengan ikhwah-ikhwah yang belum pernah ketemu (sesetengah itu, hanya bertemu di blog atau facebook sahaja).
Lebih kurang jam 3 petang, kami semua diminta berkumpul. Taklimat kemudiannya diberikan oleh pihak urus setia berkenaan pendaftaran dan tracking yang akan kami tempuhi sebentar nanti. Semua barang-barang kumpulan dikumpulkan. Kami kemudiannya diarahkan untuk menukar daripada pakaian yang ‘smart’ dan ‘stylo’ kepada pakaian riadah. Ye la, takkan nak mendaki pakai jeans dan kemeja kot? Huhu..
Usai segala urusan, kami memulakan perjalanan dari Tanah Rata menuju pekan Brinchang dengan hanya berjalan kaki dengan membawa barang-barang keperluan. Jarak antara Tanah Rata dengan Brinchang adalah kira-kira 8 KM (jarak berdasarkan google map). Perjalanan dimulakan pada jam 5.00 ptg diketuai oleh seorang ranjer. Perjalanan tersebut mengambil masa kira-kira satu jam lebih sebelum kami berhenti solat asar secara qasar dan jama’ takhir (sesetengah daripada kami dalam perjalanan ketika waktu solat Jumaat) di sebuah masjid di pekan brichang. Usai solat, kami meneruskan perjalanan menuju ke kaki bukit brichang yang terletak tidak jauh daripada kaki gunung, merentasi pasar malam yang kelihatan amat sibuk dengan orang yang membeli-belah. Maklumlah, sekarang cuti sekolah dan ramai orang membawa keluarga mereka untuk bercuti di sana. Kami tiba di kaki gunung brinchang kira-kira jam 6.30 petang.
peta perjalanan dari tanah rata ke pekan brinchang-7.8KM (sumber: google map)
Sebelum memulakan pendakian, kami diminta menyediakan lampu suluh (headlamp) kerana pendakian akan dibuat pada waktu malam. Kesejukan suhu amat terasa di situ dan kepenatan jelas terpancar disetiap wajah ikhwah-ikhwah ku tersayang..hehe. Akh saiful usm kemudiannya mengetuai bacaan doa agar Allah melindungi dan menjaga keselamatan kami semua agar tiba di puncak tanpa sebarang masalah.
Dengan semangat juang yang tinggi, kami meneruskan pendakian gunung brinchang. Namun mungkin disebabkan persediaan yang kurang dan kepenatan berjalan tadi, saya dan 2 orang lagi ikhwah (termasuk imam yg membaca doa tadi) ketinggalan paling belakang sekali berserta dengan seorang ranjer. Kami berjalan dan berhenti, berjalan dan berhenti sehingga puluhan kali. Berhenti minum sedikit dan makan coklat cloud 9 sebagai penambah tenaga. Suasana semasa itu cukup gelap dan sejuk. Hanya headlamp yang menerangi alur-alur pendakian berserta zikir yang tidak kering dalam hati. Di sinilah saya mengambil kesempatan untuk memuhasabah diri sendiri. Betapa kerdil, lemah dan hinanya diri ini. Melihat kehebatan Allah ini saya teringat lagu ‘Open your Eyes’ yang dinyanyikan oleh Maher Zain. Sungguh, manusia itu sangat banyak lupa dan alpa daripada tuhanya. Teringat firman Allah yang selalu saya paparkan dalam blog ini.
Surah Ali-Imrah ayat 190-191
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal ;( Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.
Dan Allah juga ada berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 72
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan.
peta keseluruhan perjalanan
Dalam perjalanan, 2 orang ikhwah bersama saya terjatuh. Akh saiful terjatuh ke gaung, namun, dengan izin Allah pokok menghalangnya daripada jatuh lebih jauh lagi. Akh nik azhar pula jatuh tersadung akar pokok yang berselerak. Alhamdulillah, tiada kecederaan yang serius dan kami meneruskan perjalanan. Walaupun rasa penat dan putus asa, kami meneruskan perjalanan ke puncak. Kami tiba agak lewat sedikit iaitu kira-kira jam 10.30 malam manakala ikhwah-ikhwah lain sudah tiba lebih awal daripada itu. Alhamdulillah, sesampainya di base camp, ikhwah-ikhwah satu group sudah siap memasang khemah dan memasak nasi. Saya terus mencapai jaket dan sarung tangan yang tersedia didalam beg kerana suhu di puncak bukit teramat sejuk. Dibimbangi penyakit asthma saya muncul pula disebabkan kesejukan itu. Kemudian, kami makan bersama-sama dalam kumpulan. Sungguh nikmat rasanya ketika itu. Walaupun makananya hanyalah berlaukkan sardine sahaja, namun makan bersama ikhwah-ikhwah dalam satu bekas cukup seronok. (sudah lama juga tak makan seperti itu dengan ikhwah). Usai makan dan solat jama’, kami meneruskan aktiviti LDK sebelum masuk tidur. Saya tidak dapat tidur dengan lena akibat menggigil kesejukan. Kemudian, kami dikejutkan pada jam 5 pagi untuk solat tahjud dan subuh.
Antara wajah-wajah peserta kesejukan
p/s: Gambar dan video akan diupload nanti dan sambungan post ini akan diterbitkan nanti
Tiada sambungan untuk post ini..hehe..untuk sambungan, jemputlah ke blog sahabat saya ni ye <<Sini>>
Tiada sambungan untuk post ini..hehe..untuk sambungan, jemputlah ke blog sahabat saya ni ye <<Sini>>