Tilawah Al-Quran

14 Julai 2009

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualikum..

beberapa hari seblum pulang ke universiti lagi, di corong-corong radio promote berkenaan tilawah al-quran peringkat kebangsaan kali ke-52 di universiti saya..bertempat di dewan chansellor yang indah nian itu..persiapan kebanyakan dilakukan oleh orang2 luar (orang drp jakim, jaip dsb dan bukan dri UTP sendiri)..
maka hari ni bermula lah majlis tersebut..
majlis dirasmikan kira-kira selepas waktu maghrib..
sebelum itu, ramai hadirin yang datang awal dan bersolat maghrib di masjid An-Nuur utp. dengar kata, mufti perak juga turut solat disana..saya juga turut berkesempatan solat di masjid an-nuur. masa tiba di masjid tu, agak terkejut juga sebab kelihatan deretan bas diparking tepi jalan..pak guard dan polis pula yang mengawal lalulintas sebab terlalu sesak..solat maghrib hari ni pon tak seperti biasa, sebab biasanya kalau time biasa hanya ada dalam 4-5 saf sahaja tapi tadi penuh sehingga luar daripada dewan solat utama yang ber air-cond..
cuma yang saya kesalkan sedikit td, ada juga wanita2 yang masuk ke bahagian lelaki mneyebabkan ikhtilat dan adab dalam majid kurang terjaga..rasa tak selesa pon ada..sepatutnya pak guard juga kawal hal tersebut drp berlaku..ye la..takut juga kalau2 tersentuh, nanti terbatal pula air sembahyang..dan menghindari sebarang fitnah..
usai solat, semua berpusu-pusu ke dewan chansellor sebab majlis perasmian akan dimulakan. majlis dirasmikan oleh timbalan perdana menteri sebab kalau tak silap saya, perdana menteri kita masih di luar negara.
pada mulanya saya nak pegi juga tengok, tapi kelihatan terlalu ramai orang yang pergi, tapi takpe la, majlis tu 5 hari, jadi boleh la saya pergi di hari-hari yang lain. tadi saya hanya mampu melihat siaran langsung di kaca TV sahaja..
moga-moga kita semua dapat mnafaat daripada program tilawah yang dilaksanakan ini..
wallhualam

Ujian Itu Tarbiyyah Langsung daripada Allah

12 Julai 2009

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

salam..
dua ke tiga hari ni, emosi saya kurang stabil. Banyak juga idea untuk dijadikan post dalam blog ni tapi semuanya terganggu. Result exam bru je keluar dan ianya cukup2 menguji kesabaran dan keimanan saya.. tapi saya yakin mungkin ada hikmah disebalik apa yang telah Allah kurniakan. mungkin tiada rezeki saya kali ini.. mungkin saja apa yang saya tak suka itu tapi baik untuk saya [2:216].. moga Allah berikan yang terbaik buat saya dan saya redha dengan ketentuaNya.. mohon juga doa daripada sahabt2 semua..
 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Control System Engineer di sebuah Syarikat Minyak dan Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts