29 Mac 2009

Assalamualaikum
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam alaik'..suday lama ana xonline.. alham
dulillah kerana dengan Izin yang Maha Esa, kita masih lagi diberi peluang dan ruang untuk terus melangkah dibumi Allah sebagi hambaNya yang sepatutnya tidak leka dan lupa daripada sujud sembah mengiganti Allah s.w.t

Em..tetiba plak teringin nak bercerita masa kat sekolah-sekolah dulu.. bukan ape..tiba2 teringat waktu sekolah2 dulu bila seorang sahabat ana hantar msg yang dia nk fly esk (30-Mac-09) ..ishk2..terasa sedih pon ada gak la..buka sedeh xleh fly (O_0)..tp sedih memandangkan akan jarang bertemu (walapun masa kat malaysia ni pon jarang juga bertemu)..termasuk dia, sudah dua orang rumateku masa form 5 dulu yang fly.. dua2 plak tu fly kat jepun.. anyway, ana perlu teruskan juga kehidupan di universiti idaman ku sejak form 3 ini...juga bersama-sama dengan ex-rumate di mrsm dulu juga (dia berada di batch bawah ana sebab ana masuk dulu)..so kami satu bilek adalah antara pelajar-pelajar yang cemerlang la kat maktab (ehe..walaupun ana bukan cemerlang sangat pon).. so much memorable moment thare..

Ana masih teringat masa pindah ke MRSM Kuala Krai ni, masa tu form 2..sebelum ni dok kat MRSM YTD. kami pindah satu batch memandangkan maktab lama kene tutup (bcoz of political matter--> tah ape2 pemimpin masa tu, kami juga yang menjadi mangsa).. jadi belajarlah kami disana.. walaupun pada mulanya, kedatangan kami terkadang membuatkan sesetengah warga maktab baru ni kurang menyenangi kami..bese la perangai budak2 macam2..apa yang nak diexpect? haih.. tibe la time PMR..tup2 MRSM ana ni yang dpaat 8A kalo xsilap ada la 150 orang jugak (kalo silap la). yang kene keluar maktab pon ramai juga (dalam 52 orang-ni ya
ng dapat 5A dan kebawah termasuk math dan sains dapat C)..maklum la, maktab kami masa tu emmpunyai 10 kelas dan jumlah pelajar bagi batch kami masa tu around 350++..bagi mrsm yang ada form 1 till form 5 mmg xdpt menampung dari segi manpower cikgu (cikgu tak dapat fokus)..

bile masuk f4, ana sangat berhasrat dapt ke MRSM PKP (baca: Bitara). masa tu ada 4, Jasin (Tun Gafar Baba skarang), Taiping, Langkawi dan PC..tp Allah menetapkan ana stay di KKrai ni.. tp takpe.. mungkin apa Allah berikan ini, ana kurang suka tp baik untuk ana (rujuk Al-Baqarah ayat 216).. belajar la di kkrai.. masa f4, resultku tak la excellent sangat (same je la macam f5 -_-").... dan ana tergolong dalam golongan biasa.. tup2 masuk form 5 dapat masuk kelas kawalan yang ke-2 (macam kelas elit la..tp yang kedua..aku ape peduli yang pertama @ yang kedua..yang penting SPM..haha)..belajr la sampai SPM..dan Alhamdulillah, rezeki daripada Allah, Dia berikan ana masuk U dengan result trial.. (walaupon resultku masa tu hanya lepas2 je utk apply)..dan alhamdulillah juga, dengan result SPM yang agak ok, ana stay di U skrang ni walaupun berkelayakan untuk fly dan teringin jugak, namun family ana kurang bersetuju..jadi stay la disini (ada hikmah disebaliknya-kalo ana fly, mungkin tak jumpe tarbiyyah ini..hehe ^_^ ).. dan blajar la disini sampai sekrang..


Tunas Saintis 2006 kat MRSM Beseri

Sahabat2 di sekolah dulu-kini membawa haluan masing2

Ana dan rumate2ku dulu.. (ditgh2 tu je bukan rumateku) Nazih dan jero (baju melayu kuning dan putih) kini berada dijepun, zhafri (ditgh2-medic kat rusia) n da rest, ana n jeme di UTP

Graduasi-12 Oktober 2009

Classmate2ku di MRSM


Em kalo nk cite pengalaman di maktab dulu, memang banyak..antaranya:

1-kene tido kat ampaian sebab berbual2 masa light off

2-kene tunggu budak2 yang tak sembahyang subuh di surau di surau maktab sehingga habis 1 waktu belajar (cuba fahami ayat ni-tiada pengulangan perkataan yang tidak disengajakan). bukan sekali, tapi berkali-kali juga.

3-kene rotan sebab tak pegi prep petang (adei, masa tu bulan pose, n ada mock interview f5, kami penat sangat sampai tertido) hal ini menyebabkan salah seorang rumate ana patah jari kelingkingnya.

4-Lepak-lepak di bangunan akademik sambil makan meggi dan sosej yang direbus dalam water heater (best la waktu ni--masa ni cuti ape tah, kami pelajar2 yang tak balik menjadikan maktab ini hak milik kami. memang amat best sangat2-> kami menggelar diri kami penunggu setia maktab. baisanya muka2 yang sama je yang tak balik..sebab rumah jauh)..

5-pernah menyertai pertandingan tunas saintis peringkat kebangsaan (mrsm se-malaysia) dua tahun berturut2..buat sistem guna access..tp hampeh, maktab lain buat lagi gempak (diaorang ada yang tipu-guna projek budak u..ces)..juga menang tempat kedua forum remaja dalam minggu bahasa peringkat zon timur (mmg gembira gile time nih)..

6-kenangan terindah (masa itu la) bersama kawan-kawan sekelas (lelaki) menyakat dan 'mapuh' budak pompuan kelas kami dan juga kelas-kelas lain.

7-membawa enset secara illegal dan tak penah kantoi dek warden..haha..kata warden: pandai makan pandai basuh..eh..pandai simpan..

tah la..banyak lagi la kalo nk cite.. just sharing..apa yang baik jadikan teladan dan buruk jadikan sempadan..
dan selepas masuk U, kami semua membawa haluan masing-masing..walaupon duduk U yang sama, tapi ana jarang jumpe kawan-kawan lama..kalo jumpe pon hanya menyapa sahaja..
Apa-apa pun, hidup perlu diteruskan. Tanggaungjawab perlu dilaksanakan..sebab hidup ini hanya sementara..gunakanlah ianya dengan sebaik yang mungkin.. buat semua sahabat-sahabatku..semoga terus bermuhajadah sebagai hamba Allah di muka bumi ni..
sekian..wasallam..

 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Control System Engineer di sebuah Syarikat Minyak dan Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts