Ukhuwah fillah abadan abada (siri I)

24 Januari 2008

Suasana pagi begitu hening ditambah lagi dengan hujan yang turun dengan agak lebat. Suara katak bersahut-sahutan memuji Penciptanya yang telah menurunkan rahmat di pagi itu. Bulan mengambang memancarkan sinar cahayanya yang terang menyinari suasana pagi menunjukkan betapa Hebatnya ciptaan Allah S.W.T. Namun, kebanyakan hamba-hambaNya masih lena diulit mimpi indah yang mungkin juga dilakonkan oleh syaitan-syaitan laknatullah.

“ wal asr, innal insa nalafi khurz...” alunan surah al-Asr’ kedengaran memecah hening pagi. Naufal tangkas bangun. Dibiarkan alunan surah al-Asr’ yang kedengaran daripada handphonenya itu habis dialunkan. Surah al-Asr’ sudah sebati dengan handphonenya sebagai “alarm tone”. Dengan cara ini, dia akan selalu ingat akan pentingnya setiap detik masa. Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Dia terus bangkit dari katilnya dan mengejut Aqwa, roommate yang satu negeri asal dengannya. Dalam kedinginan pagi ditambah lagi hujan yang masih belum reda sejak smalam, sudah pasti akan membuatkannya terus lena dibuai mimpi. Naufal tak berputus asa. Digapainya sebotol air yang sudah separuh penuh di atas meja studynya dan direnjiskan sedikit ke atas muka Aqwa. Aqwa bangun terpinga-pinga.

“Akh, bagun, dah pukul 4.35 ni, jom kita solat tahjud sama-sama, lepas tu kita pergi masjid, solat subuh” tungkas Naufal.
Dalam keadaan yang masih ‘kemamai’, Aqwa sempat bersuara, “kita pergi masjid terus la, tahjud kat sana”.

“Em, bagus jugak cadangan antum tu, dah…dah, pergi mandi dulu..kita ke masjid pukul 4.50” tambah Aqwa.
“Hek eleh, dia muka pun macam nenek kebayan lagi tu suh kita pegi mandi pulak..jom kita pegi mandi sama-sama..” gelak ketawa mereka memecah keheningan pagi itu.
Begitulah Susana yang sering berlaku di pagi hari antara mereka berdua. Sekiranya Naufal tak mengejutkan Aqwa, Aqwa pula yang akan mengejutkan Naufal. Solat sunat tahjud telah menjadi satu kewajiban keatas diri mereka. Bukan sekadar memenuhi Mutabaah, tetapi menjadi satu method untuk medekatkan diri kepada Allah s.w.t di samping menjadi kekuatan utama diri mereka dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang Da’i.
************************************************************************************
Selesai solat subuh, Naufal dan Aqwa beserta jemaah yang solat subuh ke belakang masjid dan membentuk liqo’. Mereka bersama-sama membaca Al-Ma’surat secara berjemaah yang sudah menjadi amalan harian di Masjid Al-Hidayah. Ini juga merupakan Sunnah Rasullulah S.A.W. Selesai mebaca Al Ma’surat, Naufal dan Aqwa terus pulang ke bilik.

Sesampainya di bilik, Naufal terus ‘on’ laptopnya. Sudah kebiasaan pagi-pagi begini, dia akan membaca surat khabar harian online. Selain itu dia juga gemar membuka laman web Islamic lain seperti Era Muslim, Palestine Info, Saiful Islam dan banyak lagi. Walaupun sibuk dengan buku-buku ‘engineering’nya, namun hal ehwal semasa berkaitan Negara dan Islam yang tercinta tidak pernah diketepikan olehnya.

“ Akh, antum sibuk tak? Ana tak berapa faham la nak buat Macro ni, bleh antum ajar kejap? Pukul 11 pasni ana kena hantar. Satu ni je lagi yang belum siap” Aqwa memecah kesunyian antara mereka berdua sejak tadi. Dia begitu tekun sekali cuba menyelesaikan masalah assingment microsoft accessnya.

“ kejap, 5 minit je lagi, ana nak habiskan baca berita terbaru dari palestinekini.info” tunghkas Naufal.

Aqwa hanya berdiam, dia cuba memanipulasikan laptopnya. Sambil menyiapkan assingmentnya, dia memainkan lagu nasyid dari beberapa kumpulan nasyid terkenal Negara dan dari Indonesia. Dia mengambil semula ‘lecture note’ dan buku Learning Microsoft Access in 21 Days yang ditatapinya di atas katil sejak malam tadi. Assignment database ini amat sukar kerana Setiap pelajar dekehendaki untuk ‘explore’ sendiri software Microsoft Access.

“ akh, mari ana ajarkan” dengan lembut Naufal menyentuh bahu Aqwa.

“ ana dah try beberapa kali. Macam mana nak buat ada 3 column ni? Tak jumpa. Macam mana nak buat macro name ni pulak?” Aqwa menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal

“ Macam ni, antum ‘right click’ pada task bar ni lepas tu ambil la ‘macro name’. Haa dah jadi kan tu.” Jawab Naufal dengan senang.

“ Ler, macam ni je ke, pandai la antum ni. Semua tahu” puji Aqwa.

“ Segala puji ana kembalikan kepada Allah. Dia la yang berhak menerima pujian, ana belajar ni masa form 4 lagi, masa tu ana kene buat system untuk pertandingan Sains Komputer peringkat negeri” Jawab Naufal dengan rendah diri.

“oh, jadi mesti banyak ilmu antum dalam hal ni kan. Boleh la antum ajar ana”

“InsyaAllah, Ilmu yang ada kena la berkongsi, baru la diberkati dan Allah akan tambahkan Ilmu kita” Kedua-dua mereka tersenyum.

“ Jazakallah akh. Eh, antum takde kelas ke pagi ni? Setahu ana antum ada Lab Digital Electronic kan?” Aqwa bertanya Naufal. Begitulah amalan hidup mereka sehari-hari. Mengambil berat serta Saling ingat mengingati antara satu sama lain.

“ A’ah, pukul 9.00 pagi ni. Skarang baru pukul 7.50” balas Naufal.

“ oh, kalau macam tu, kita pegi breakfast sama-sama nak?” Aqwa mengajak Naufal bersarapan di cafĂ© berdekatan dengan blok apartment mereka.

“ Boleh jugak. Jom, dah seminggu tak makan nasi lemak mak cik bedah tu. Hari-hari makan roti muak jugak.” Tungkas Naufal.

“ Kita pergi pukul 8.30 la. Ana nak siapkan assignment ni skit lagi and lepas siap-siap kita pegi la. Lepas tu pegi lecture terus.” Aqwa merenung jam laptopnya sambil menyiapkan assingmentnya itu.

“Ok bos” tabik Naufal diiringi tawa..
********************************************************************************

Sebaik sahaja habis Lab Digital Electronic, handphone Sony Ericson W500i Naufal bergetar dan berbunyi.

‘1 Message Receive’ terpapar di skrin handphonenya. Tanpa berlengah, Naufal membacanya. Mesej tersebut daripada Akh Taqif.
JARKOM,
Assalamualaikum.
Kpd Ikhwan2 sekalian, mlm ni, mabit akn diadakn di Msjd Unvrsti pd jam 11.15, bawa sekali tugasan yg diberikan. Sila tepati masa. Wallaualam. Assalamualaikum

‘ Em, lupa pulak mabit malam ni. Tugasan tu tak siap skit lagi, skarang baru pukul 11.10, kelas ada pukul 12. Sempat lagi siapkan assignment tu. Boleh smayang dhuha skali.’ Naufal bermonolog sendirian sambil berjalan pulang ke bilik.

“Assalamualaikum” Naufal menguak pintu bilik. Namun salamnya tidak disahut. Ternyata teman sebiliknya tiada. Kemudian dia terus ke tandas untuk mengambil wudhuk dan bersolat dhuha. Usai melakaukan solat sunat dhuha, dia terus ‘warm boot’ laptopnya yang berada dalam keadaan ‘standby’. Dia terus mencari file tugasan dalam folder halaqah yang berada didalam hardisknya. Tanpa berlengah, dia terus menyiapkan semua tugasan tersebut. Assiangment yang tergendala itu siap dalam masa 15 minit. Selepas itu, dia merehatkan badan dan terus ke kelas tepat jam 11.50 pagi.

Selesai lecture Differentiation equation dan Structured programming yang mengambil masa 2 jam, dia terus ke surau untuk bersolat zohor. Seusai solat zohor, dia terus pulang kebilik. Sambil memberi salam, dia menguak pintu bilik. Seperti tadi, salamnya tidak terjawab. Kelihatan Aqwa sedang terbaring lena di atas katilnya bersama dengan pocket Al-Qurannya. ‘Em, mesti kuat menghafal al-Quran ni sampai tertidur, aku pun banyak lagi tak hafal. Aku mesti tandigi dia’ bisik hati Naufal. Sambil tersenyum, dia mengejutkan Aqwa.

“ akh, bagun, dah solat ke? Bukan ke antum ada kelas lepas ni?”.

Sambil memisat-misat matanya, Aqwa melihat ‘lecture schedule’ yang ditampal di lockernya. “ ana dah solat tadi lagi. Kelas petang ni cancel la. Antum baru balik ke?

“A’ah, baru je. Tak pe la, antum sambung la tido, ana pun nak rehat jap. Eh, petang ni pegi pasar malam nak? Dah lama ana mengidam nak makan kuih buah tanjung dengan jala mas” Naufal mengajak ‘roomatenya’ itu ke pasar malam yang berdekatan dengan Wakaf Bahru untuk membeli kuih kegemaranya itu yang hanya terdapat di Kelantan.

“ InysaAllah, kalau diizinkan Allah. Tapi antum yag belanja la”

“ Ok bos, blanja karipap boleh la” Naufal membalas sambil diiringi dengan gelak tawa mereka.
.... Bersambung....
 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Control System Engineer di sebuah Syarikat Minyak dan Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts