Tajdid Iman:
Hidayah ayat suci datang dengan pakej lengkap diterjemah ke pelbagai bahasa
JIKA anda membaca al-Quran, ke mana arah pemikiran dan di manakah hati anda hinggap? Antara punca kita tidak mendapat hidayah al-Quran adalah akal dan hati yang tidak fokus kepada makna bacaan. Ada yang membaca hanya untuk mengejar matlamat mengkhatamkan saja. Ada pula yang memberatkan hukum tajwid hingga melalaikan daripada memahami makna. Paling menyedihkan, wujud segelintir orang Islam membaca al-Quran untuk dibayar bagi mengirimkan pahala kepada orang yang sudah mati. Penyalahgunaan al-Quran memang kerap dilakukan, hingga menyelewengkan manusia daripada matlamat sebenar untuk menjadikan al-Quran sebagai petunjuk kehidupan. Praktik sebegini dilakukan orientalis yang belajar al-Quran untuk mencari kelemahan Islam dengan cara membuat penafsiran yang jauh melencong daripada disiplin ilmu Islam sebenar.
Seperti Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia, sudah melebarkan fahaman Islam yang menghalalkan apa diharamkan al-Quran sehingga Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengharamkan pertubuhan itu serta merta. Antara fahaman mereka, sesiapa saja boleh menafsirkan al-Quran hingga orang awam yang tidak mengerti bahasa Arab dan disiplin ilmu al-Quran dan hadis pun boleh menafsirkan al-Quran mengikut pandangan akal, adat budaya serta keperluan semasa. Di Amerika Syarikat, Amina Wadud menulis buku mengenai tafsir al-Quran menurut perspektif feminisme yang menolak ketentuan hukum hakam al-Quran mengenai poligami, talak, harta warisan dan isu seumpamanya yang menyangkut hal ehwal kewanitaan.
Beliau menganggap tafsir yang ditulis ulama dulu perlu disemak dan disesuaikan menurut peredaran zaman serta kedudukan wanita ketika ini. Kemuncaknya, beliau mengimamkan golongan lelaki dalam satu solat Jumaat. Namun demikian, Allah masih menjaga agama ini daripada anasir yang menggugat keasliannya. Dipeliharanya ilmu ulama dan sarjana Islam yang komited lagi beriman daripada terpesong dan disuburkan ladang ilmu di serata dunia dengan kelahiran generasi Islam yang istiqamah berpegang kepada kekuatan ilmu bersumberkan al-Quran dan al-Hadis. Semakin rancak dan canggih musuh Islam mahu menodai kesucian al-Quran, semakin berani umat Islam yang maju ke hadapan membela dan mempertahankan kemurnian Islam. Semakin dicabar umat Islam, semakin kuat dan ramai yang sedar kefahaman mengenai al-Quran harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Jika dulu kita hanya belajar membaca al-Quran tanpa tahu apa isi kandungannya, kini ramai orang mula mengkaji al-Quran, mempelajari tafsirnya dan berusaha menghafalnya seperti mana mereka mencintai hadis Rasulullah SAW dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Tidak ada alasan untuk kita mengatakan kepada Allah saat bertemu pada hari pembalasan, bahawa kita tidak tahu apa-apa mengenai agama ini kerana semuanya sudah tersedia dengan mudah. Hidayah Allah datang dalam satu pakej lengkap melalui santapan Qurani yang kini diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Permasalahan utama dalam memahami al-Quran adalah bahasa, tetapi Said Hawwa dalam kitabnya al-Mustakhlas fi Tazkiyatin Nafs menyatakan: “Antara kelemahan umat Islam memahami al-Quran selain jurang bahasa ada satu punca yang ramai orang awam tidak memerhatikannya iaitu ‘tidak mampu merenung (mentaddaburkan) al-Quran’. Beliau merumuskan cara merenung al-Quran antaranya ialah:
Fahami tujuan membaca:
Bukan hanya pahala saja yang diharapkan, tetapi hendaknya al-Quran itu tertegak dalam keperibadian, seterusnya menggerakkan kita menjadi pembela yang memperjuangkan nilai al-Quran dalam masyarakat. Pendeta Zwimmer dalam ucapannya pada Persidangan Mubaligh Antarabangsa di Jerussalem Palestin, berkata: "Mubaligh sudah berhasil mempengaruhi generasi Islam di pelbagai negara dan mereka lahir sebagai manusia yang tidak mengenal Tuhannya dan asing daripada kitab sucinya, walaupun kalian belum berhasil memurtadkan mereka ke dalam agama kita, tidak mengapa, bukankah mereka sudah lahir sebagai generasi yang tidak memiliki idealisme dalam kehidupan?" Sesungguhnya ancaman bagi musuh Islam bukan kerana senjatanya, bukan kerana kekayaannya dan ramai bilangannya tetapi kerana jiwa Qurani yang terpacak kukuh di serata dunia. Untuk itu, mereka memerangi al-Quran supaya ia tidak tertegak di hati generasi Islam.
Merenung suatu proses membersihkan hati:
Segala sesuatu yang berasal daripada keikhlasan hati akan terpancar keindahan dan kebaikan di dalamnya. Semua ibadat dalam Islam dimulakan dengan niat dalam hati. Ketika membaca al-Quran, sebenarnya kita seolah-olah sedang menyelongkar ke dalam diri untuk menilai siapakah kita sebenarnya. Ramai orang yang mengambil berat mengenai suci daripada hadas kecil dan besar ketika memegang al-Quran tetapi berapa ramai yang mementingkan kesucian hati daripada angan-angan dunia yang menyibukkannya sehingga fikirannya tidak mampu terfokus kepada ayat dibaca. Adakah kita mampu merehatkan hati daripada lintasan dengki, riak, dendam dan kebencian kepada sesama insan ketika memegang al-Quran?
Membaca dengan harapan mendapat hidayah Allah.
Sebelum membaca al-Quran pernahkah kita berdoa: "Ya Allah berilah petunjuk dengan bacaanku ini." Sesungguhnya orang yang mahu petunjuk memerhatikan setiap ayat dilafaz dan mendengarkan dengan penghayatan sambil mencari apakah sudah aku kerjakan suruhan al-Quran ini. Dan apa pula perbuatan yang kerap dilakukan padahal ditegah al-Quran. Jangan bekukan al-Quran dalam ruangan sempit pemikiran kita. Ayat yang turun mencela golongan munafik dan kafir, itu sebenarnya untuk diri kita juga yang kadang-kadang tersalah jalan lagi alpa.
Ulangi bacaan dalam sembahyang:
Merenung juga boleh dilakukan dengan cara mengulangi bacaan sambil menghayati maknanya. Diriwayatkan daripada Abu Zar, beliau berkata: Rasulullah SAW mengerjakan sembahyang malam bersama kami lalu Baginda berdiri dan membaca sebuah ayat, Baginda mengulang-ulang ayat itu yang bermaksud: "Jikalau Engkau (Ya Allah) menyeksa mereka maka sesungguhnya mereka itu adalah hamba-hamba-Mu juga dan jikalau Engkau mengampuni mereka maka sesungguhnya Engkau adalah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." - (Surah Al-Maidah, ayat 118) Sesungguhnya pengulangan ayat dengan maksud meresapkan ke dalam hati dan seterusnya sebati di dalam darah dan daging adalah proses pembersihan jiwa yang diajarkan Rasulullah SAW. Betapa nikmatnya tadabbur yang menjadi kesukaan baginda dan sahabatnya.
"Sumber dipetik oleh penulis daripada ruangan agama, berita harian"