Ujian satu bentuk tarbiyah

31 Julai 2008

Setegar-tegar kita berdiri, suatu hari nanti kita kan jatuh jua sekiranya iman kita tak dijaga. Kerna iman itu bukan selalu diatas, tapi akan juga berada dibawah. Namun, kebijaksanaan akallah yang akan berfungsi waktu ini untuk cuba mengawalnya agar ianya tidak terus jatuh kecundang di tertawai syaitan. Dan begitulah rutin hidup Setiap manusia yang ‘hidup’ dengan iman. Kita seringkali diuji, sama ada dengan kepayahan atau Kesenangan. Allah ada menyebut hal ini dalam firmannya

214. Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” (Al-Baqarah ayat 214)

Dan begitulah jua kehidupan hari-hariku..kadangkala, diriku yang lemah ini hampir saja tersungkur oleh ujian2 yang mendatang. Namun Allhamdulillah dengan perkenalan aku dengan Al-Quran, ayat-ayat cinta Allah kepada hambanya yang beriman, aku masih lagi mampu untuk berdiri walaupun terkadang aku kurang berdaya menghadapinya. Bagi sem ni, gerak kerja aku terpaksa dikurangkan dan hanya terpaksa terfokus kepada satu kerja. Pada mulanya aku agak kecewa, tapi bila difikir-fikarkan balik mungkin ada baiknya padaku.

“…… dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” [Al-Baqarah ayat 216]

Alhamdulillah, mungkin dengan ujian yang Allah turunkan ini, ada hikmah yang tersirat didalamnya. Mungkin sebelum ini, aku kurang serius dalam sesuatu perkara, kurang memberi konsentrasi untuk menjadikannya Berjaya menyebabkan Allah mengujiku dengan kegagalan. kerana aku yakin, suatu hari nanti apa yang aku pohon kepada Allah akan dimakbulkannya.. sesungguhnya, Allah menyayangi hambanya yang berusaha dan membenci hambanya yang berputus asa kerana putus asa itu hanyalah sikap orang-orang sesat

“Nabi Ibrahim berkata: "Dan tiadalah sesiapa Yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang Yang sesat". [Al-Hijr ayat 56]

Apabila sesuatu ujian yang Allah turunkan kepada hambanya itu, pasti ada ubat yang diberi bagi menyelamatkannya hambanya daripada terus berasa lemah. Dan bagi diriku, ubat kesabaran adalah yang paling berkesan bagi menghadapi ujian ini. semoga Allah memperkukuhkan langkahanku..

Tiada ulasan:

 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Eksekutif IT di sebuah syarikat Oil and Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts