Nak berjaya?

09 November 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan masa kepada saya untuk mengupdate blog ini. Pada masa ini, pasti ramai orang yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi di mana-mana university sedang bertungkus lumus belajar bagi menghadapi peperiksaan. Tidak kiralah samaada dah bermula atau akan bermula. Perpusatakaan sudah mula dibanjiri pelajar (mungkin juga air - di kedah dan perlis..huhu) bagi mengulang kaji pelajaran. Belum dikira lagi couple-couple yg bercanda mesra dengan pasangan masing-masing mengulangkaji maksiat yang sedang dibuat. Orang lain tengah sibuk mengulangkaji pelajaran, mereka sibuk mengulangkaji kononnya pelajaran juga. Pelajaran lain kot. Entahlah..opss, bersangka baik..bersangka baik..

Studyholic?

Owh..biasanya pharse2  “holic” ni memang sinonim dengan obses kepada sesuatu. Ada yang shopaholic, workaholic, alcoholic, dan tidak kurang juga air holic beng di kedai Nasi Rm2 depan UiTM kelantan yang sangat murah, RM1.20 segelas. Memang best. Tetapi disini saya ingin membahasakan berkenaan dengan “Studyholic” sahaja. Biasalah di musim exam, pelajar2 mula menunjukkan simptom-simptom studyholic yang cukup serius. Nota dan meja study yang berhabuk lebih kurang 1 sem mula dibersihkan. Jadual peperiksaan mula ditampal di soft board yg mana sebelum ini dihiasi muka-muka artis yg diminati. Tidak kurang juga yang menghiasinya dengan perempuan-perempuan seksi..astagfirullah. Kemudainya, bermulalah adegan studyholic. Masing-masing begitu serius mengulangkaji pelajaran. 5 minit kemudian, akan muncul pula simptom stydurholic (tidur) yang mana andaikata tidak mampu melawan, ianya akan menyerang 4-5 jam sehari bukan diwaktu biasa (waktu pagi atau petang biasanya). Namun, itu bukanlah sesuatu yang lebih parah. Apa yang lebih parah disini adalah mereka-mereka yang studyholic sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim iaitu solat!!!.

Daripada pemerhatian saya, ya memang ramai mahasiswa mahupun mahaisiwi seperti ini. Ramai yang mengabaikan solat. Ada yang terlalu ‘kuat’ study (kononnya) sehingga melewat-lewatkan sembahyang. Pernah kawan saya menceritakan ketika radio di masjid memulakan bacaan al-Quran sebelum masuk waktu solat seterusnya, mereka baru bersiap-siap untuk bersolat waktu tersebut. Ada juga yang study sehingga terlupa waktu solat sudah menghampiri waktu solat yang lain. Dan yang lebih teruk, ada juga yang meninggalkan solat terus… nauzubillahi minzalik..

Bagaimana mahu Berjaya macam tu?

Bukankah seruan-seruan menuju kepada kejayaan seringkali kita dengar saban hari? Seruan-seruan menuju kejayaan “Haiyya ala falah” yg bergema di corong-corong speaker menara masjid, laptop mahupun handphone kita? Sudah jelas, kuncinya adalah SOLAT itu sendiri. Allah s.w.t juga ada berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 158

“Wahai orang-orang yang beriman, mintalah PERTOLONGAN kepada ALLAH dengan sabar dan SOLAT. Sesungguhnya, Allah beserta (menolong) orang-orang yang sabar.” [2:158]

Jadi, bukankah jelas disitu, andaikata kita mahukan sesuatu, mintalah pada Allah, bukannya mengeluh kesah. Andaikata semasa kita belajar dan tidak memahami sesuatu pelajaran, mohonlah pada Allah agar diberi kefahaman, kesabaran dan kemudahan dalam belajar. Dan semasa menghadapi peperiksaan juga, mohonlah pada Allah agar diberi ingatan yang kuat agar apa yang sudah diulangkaji itu dapat dikeluarkan kembali. Banyakkan beristigfar dan berselawat agar fikiran jadi tenang dan bersih bagi menjawab soalan. Bukannya mengeluarkan kata-kata kesat menyumpah seranah diri sendiri kerana tidak melakukan persediaan yang cukup atau menyupah seranah pensyarah yang menyediakan soalan yang sukar.

Faktor kejayaan ada 3???

Saya masih ingat lagi semas belajar subjek “Health Safety and Environment” bab “Fire Harzard” dulu, bagaimana untuk Sesuatu pembakaran itu berlaku, perlu ada 3 elemen yang penting  iaitu “Fuel” (bahan bakar), “Oxygen” (oksigen) dan “Heat (ignition)” (Haba atau lainnya pemulaan pembakaran-api). Setiap elemen ini saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Andaikata salah satu tiada, maka pembakaran tidak akan dapat dialakukan. Ataupun andikata salah satu elemen tidak cukup, maka pembakaran tidak sempurna akan berlaku. Jadi, ketiga-tiga elemen ini perlu hadir serentak dalam kuantiti yang hampir sama.

Fire triangle

Begitulah juga kita sebagai mahasiswa/wi muslim. Untuk mendapat sesuatu kejayaan yang disertakan dengan keredhoan Allah s.w.t, perlu ada 3 elemen penting dalam penentu jalan menuju kejayaan. Elemen-elemen tersebut adalah Berusaha, berdoa, dan bertawakal. Ketiga-tiga perkara ini perlu hadir serentak dan dalam kuantiti yang sama agar kejayaan yang diperoleh bukanlah kejayaan sampah, tetapi kejayaan dengan diiringi keredhoan Allah s.w.t.

Success triangle

Allah s.w.t telah berfirman dalam surah An-Rad’ ayat 11 dan surah An-Najm ayat 39

 “….Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri….” [13:11]

“dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.” [53:39]

Dalam kedua-dua ayat diatas, perlu seseorang itu berusaha sekuat tenagannya dalam mengapai sesuatu pekerjaannya yang tidak bertentangan dengan syariat. Dalam konteks seorang mahasiswa/wi, perlu untuk kita berlajar bersungguh-sungguh selagimana ianya tidak melanggar syariat (meninggalkan/melewat-lewatkan solat, meniru dalam exam, bermaksiat sambil belajar (faham-faham sendiri la ye) dan sebagainya). Sesuatu kejayaan itu sudah pastinya tidak akan datang bergolek begitu sahaja, ianya memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit.

Seiring dengan berusaha, seseorang muslim itu juga perlu berdoa. Makna doa disini bukan hanya merangkumi permintaan (secara khusus) kepada Allah s.w.t sahaja, malah juga merangkumi ibadah-ibadah khusus dan ibadah-ibadah umum. Solat berjemaah dimasjid/solat awal waktu bagi perempuan, berinfak, berzikir, membaca Al-Quran dan sebaginya.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Naml ayat 62

“Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati (Nya).” [27:62].

Akhir sekali, bertwakal lah kepada Allah s.w.t. FirmanNya dalam surah At-Taubah ayat 51

“Katakanlah: "Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal."[9:51]

dan surah Al-Ankabut ayat 58-59

“Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi di dalam surga, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal, (yaitu) yang bersabar dan bertawakal kepada Tuhannya.” [29:58-59]

Setelah berusaha dan berdoa, maka bertawakkal lah kepada Allah s.w.t kerana hanya pada Dialah kita berserah diri dan bergantung harap. Hanya Allah s.w.t lah yang berhak memberi atau menangguhkan pemberian atau menggantikan dengan perkara yang lebih baik kepada kita kerana Dialah yang lebih mengetahui apa yang terbaik kepada diri kita ini.

“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [2:216]

Selamat menduduki peperiksaan untuk semua. Maa taufiq wannajah fil imtihan buat semua ikhwah wal akhwat, kawan-kawan dan semua pembaca blog ini. Ingat, peperiksaan ini hanyalah kecil sahaja jika dibandingkan dengan ‘peperiksaan’ kehidupan yang kita perlu hadapi sepanjang roh dikandung badan.. selamat beramal buat semua. Moga semuanya mendapat keredhoan dan pertolongan daripada Allah s.w.t senantiasa..
Wallahualam..

5 ulasan:

Hariz Khair Ad-Deen berkata...

Salam akh..

Subhanallah, perkongsian yg mengupaskn topik dgn agk menyeluruh. Jzkk

Akh, maattaufiq wannajah filimtihan buat nta jga.. :)
(apa mksud dia ea, ana sbenanya xtahu.. huhu)

AhMiEzZ berkata...

wslm.. waiyyakum~~
jazakallahu khoir akh..
maksudnya -bersama (maa) taufiq (taufiq) dan (wa) keberhasilan (najjah) dalam menghadapi(fil) ujian (imtihan)..
lbh kurang mcm ni la..

Ibnu Jamaluddin berkata...

Terima kasih kerna mengingatkan ya akhi...^^

Hariz Khair Ad-Deen berkata...

Owh.. jzkk

AhMiEzZ berkata...

Ibnu Jamaluddin n Hariz: waiyyakum..moga Allah permudahkan exam antum semua ye ^_^

 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Eksekutif IT di sebuah syarikat Oil and Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts