Perkongsian SKI

05 Jun 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Assalamualaikum w.b.t
Isnin, 31 Mei 2010, dengan izin Allah, saya berpeluang untuk menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh UiTM Kelantan, seminar keintelektualan Islam, Legasi Ulama' Kelantan Di Nusantara yang berlangsung di Hotal Gran Riverview, Kota Bharu.

Saya tertarik untuk berkongsi sedikit ilmu yg diperolehi dalam ucaptama ke-3 di seminar ini. Ucaptama ke-3 ini disampaikan Oleh Dato Paduka Prof. Dr. Mahood Zuhdi Abdul Majid

Khoira ummah

Seperti yang sudah sedia maklum, Allah s.w.t ada berfirman dalam surah Ali-Imran ayat ke 110 yang bermaksud
“Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). ...”
Dan panggilan lain bagi khoira ummah adalah ummata wasatta (umat pertengahan) seperti mana yang difirmankan dalam surah AL-Baqarah ayat ke 143

“Dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu..”.

Mengapa sebenarnya orang-orang islam ini degelar sebagai khaira ummah? Ada 3 ciri-ciri utama yang menonjolkan umat Islam sebagai umat terbaik iaitu
1.    -  Menyuruh kepada makruf
2.    -  Mencegah kepada yang mungkar
3.     - Beriman kepada Allah s.w.t.

Terdapat 2 konsep dalam amar makruf dan nahi mungkar iaitu konsep suruh serta larang dan dapat melakukan perubahan. Kedua-dua hal ini haruslah saling terkait bagi menjayakan konsep amar makruf dan nahi mungkar. Bagaimana kita mahu menganggap sesuatu itu sebagai amar makruf dan nahi mungkar tetapi outputnya masih sama, bahkan mungkin lebih teruk lagi.

***Tambahan***
Tentu kita pernah dengar hadith ini, bahkan ramai yang menghafalnya. Saya juga pernah mendengarnya sewaktu di sekolah lagi, cuma waktu itu, masih belum tahu/faham.
“Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya(kuasanya). Jika sekiranya ia tidak berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Dan jika ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman”. (HR Muslim)"
Mungkin sebelum ini, kita sering kali mendengar apabila orang-orang yang melihat sesuatu perbuatan maksiat, mereka akan berkata " Ah, iman aku lemah, hanya mampu membenci dengan hati" ataupun "Oh, aku tak ada badan yang tough, nanti orang tu tumbuk, mati aku, so, aku benci dengan hati je la" (mungkin termasuk saya juga). Inilah yang selalu keluar daripada pemikiran kita, betul tak?

Baiklah, semasa ucaptama tersebut, Dato Paduka Prof. Dr. Mahmood Zuhdi cuba merubah pola pemikiran yang saya rasa hampir semua orang dalam seminar itu berkenaan konsep amar makruf dan nahi mungkar. Sepertimana yang saya nyatakan tadi, ramai orang terus terjun kepada cara ketiga iaiu hanya membenci dengan hati. Saya amat tertarik dengan penerangan daripada beliau. beliau menyatakan, cuba kita terbalikkan konsep hadith diatas. Iaitu mengubah (membenci) dengan hati, mengubah dengan kata-kata dan jika tiada sebarang perbuahan lagi, ubahlah dnegan kuasa. bagaimana?

Couple LRT
Saya ingin berkongsi satu cerita yang telah diceritakan oleh seorang akhwat dalam forum Halaqah-Online berkenaan dengan pengalamannya sendiri mencegah perkara maksiat. Semasa dalam perjalanan ke suatu tempat (mungkin balik rumah @ ke program), si akhwat tadi ternampak seorang gadis yang tengah syok duduk diatas ribaan si jejaka. Andaikata kita mempunyai hati yang bersih, sudah tentu perasaan meluat dan marah timbul di hati,( terkadang rasa nak bagi flying kick terus je)- jadi ini telah terpenuhi konsep Mengubah/membenci dengan hati. Kemudian, disebabkan mempunyai nilai iman dan sensitiviti yang tinggi, si akhwat tadi memberikan nasihat dan teguran supaya si gadis tadi duduk di tempat yang kosong dalam LRT agar tidak duduk diatas ribaan jantannya si jejaka. Si gadis hanya tersenyum-senyum, mungkin berasa malu si jantan jejaka juga sama- jadi si akhwat ini telah memenuhi konsep mengubah dengan kata-kata. Melihat si gadis masih belum berganjak, si akhwat terus menarik si gadis yang duduk di atas ribaan jejakanya supaya duduk di sebelahnya dan mungkin terus me'lecture' menasihati gadis tersebut- jadi sudah terpenuh konsep yang ketiga iaitu mengubah dengan kuasa (keyakinan dan keberanian yang diberikan oleh Allah s.w.t, walaupun akhwat tersebut berasa takut juga). Jadi kita lihat jika ketiga-tiga konsep ini terpenuhi, outputnya adalah berhasil. Namun bukanlah semua konsep ini perlu terpenuhi, asalkan 2 atau 1 drp konsep ini dipenuhi dan outputnya berhasil, ianya juga turut dikira sebagai amar makruf dan nahi mungkar yang berkesan.
***********

Ulama
Maksud ulama adalah pewaris kepada nabi dalam bidang keilmuan dan gandingan para pemimpin dalam bidang kepimpinan. Ianya juga bermaksud mereka yang berilmu dan yang memimpin.

Saya tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh beliau berkenaan dengan salah faham masyarat zaman sekarang berkenaan dengan ulama’. Bagaimana ulama’ ini hanya dilihat dari satu sisi yang terlalu jumud iaitu orang hanya berpakaian jubah, serba, berjanggut sahaja digelar sebagai ulama’ sedangkan orang yang tidak berpakain seperti ini, namun tetap mempunyai PhD dalam bidang agama tidak digelar sebagai ulama’.

Antara lebai dan ulama’
Sebenarnya dalam masyarakat kita, memang ramai lebai? Kerana apa? Seseorang digelar sebagai lebai kerana pakaiannya yang berjubah, serban dan berjanggut..subahanallah, pahala kerana mengikut sunnah nabi tetap ada. Cuma, jarang sekali untuk mencari ulama’ kerana antara lebai dan ulama’ terdapat begitu jauh perbezaannya. Selain cara berpakaian, seseorang layak digelar sebagai ulama’ apabila dia mempunyai ilmu dalam sesuatu bidang. Dan bukan semua orang mampu memilikinya.

Orang melayu terkongkong dengan konsep pemikiran yang nostalgic.
Hal ini juga cukup menarik minat saya untuk terus mendegar ucaptama yang beliau sampaikan.
Antara dulu dan kini, kejayaan ulama’ dulu yang nostalgic dan kegagalan ulama’ yang tragic.
Hal ini diterangkan oleh beliau bagaimana, ulama’-ulama’ zaman dahulu cukup disegani dan masih diingati sehingga sekarang.. lihat sahaja siapa yang tidak kenal Hamka? Ulama’ terkenal di nusantara melayu. Tok Janggut dikelantan, Imam Hassan Al-Banna? Mereka-mereka ini adalah antara paraulama’ yang terkenal kerana sumbangannya kepada ummat sehinnga sekarang, umphnya masih terasa. Pemikiran-pemikiran mereka cukup mempengaruh sehingga ke hari ini..

“Islam sekarang tersepit diantara kelemahan ulama dan kejahilan ummat”-Abd Qadir Andah

Dan akhir sekali berkenaan dengan keperluan antara Islah dan Tajdid
Antara Aspek tajdid:
-Fikri (metaliti)
-Fiqhi (kefahaman)
-Thaqofi (Intelektual)
-Amali (Method Kerja)

“Malang sekali, umat sekarang meremehkan yang penting dan mementingkan yang remeh”- Malik Bin Nabi

Seminar ini berlangsung selama 2 hari. Hari kedua, saya tidak dapat menhadikan diri atas sebab2 tertentu. Namun, hari ke-2 ini lebih menarik dengan mperbentangan 34 kertas kerja berkenaan dengan legasi ulama di negeri kelantan. Tajuk-tajuk pembentangan cukup menarik.

p/s: sudah lama tidak menyertai seminar seperti ini yang berlangsung dihotel. saya dan seorang lagi kawan saya berpakaian corporat (baju kemeja + tie-seperti yang diminta dalam sms). Namun apabila sampai disana, kelihatan pakcik-pakcik yang diantaranya hanya berpakaian jubah, kain pelikat + seliapar jepun sahaja..oh..

4 ulasan:

salju berkata...

saya pun ada disana...salah seorang penyambut tetamu yang berbaju ungu...dipintu masuk..

hormat dengan org kelantan... identiti diri tak hilang walaupun masuk ke dlm hotel..

suka dgn seorang pakcik yang rupa fizikal macam cina..dia stay dengan program seminar kedua-dua hari samapi habis..menurut beliau, beliau dari pondok pasir tumbuh..dia datang naik motor jer...dengan kain sarung...

semoga seminra ini lebih banyak..

nanti ada seminar dari USM tentan sains dan Al-Quran..kalau tak silap 18/6/2010

AhMiEzZ berkata...

saya xperasan pula..yg nampaknya ustaz miqdad, ustaz che bakar n lecturer2 saya yg lain..

owh, dengarnya, orang2 pondok pasir tumboh hebat2..rancgnya cuti sem ni nk belajar disana, tetapi ada beberapa hal pula yg mneghalang..

yup, flyers yg diberi masa SKI..seminar tu pun xmahal sangat, RM30 je..bukan ke 18/7/2010? hari ahad..sayangnya, ada lecture pula walaupun teringin nk pg..

adeq berkata...

Subhanallah perkongsian yang bermanfaat..
moga cuti ini lebih terisi..ayuh pertingkatkan tsaqofah..

AhMiEzZ berkata...

adeq: InsyaAllah, seruah kepada ikhwah wal akhwat juga agar pergunakan masa free untuk mencedok sebanyak mungkin ilmu, kerana sebagai org yg bergelar dai'e, skop ilmu itu tidak hanya terbatas dalam aliran agama sahaja, ianya perlu ditambah dengan isu semasa, politik, teknologi dan sebagainya, barulah sesuatu pengisian menjagkaui setiap lapisan masyarakat dan tidak terlalu jumud.

 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Eksekutif IT di sebuah syarikat Oil and Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts