Di Gunung Brinchang, Ukhuwah Bertaut-Mukhayyam nasional 2010 (bhg I)

15 Jun 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Assalamualaikum w.b.t







Satu SMS daripada seorang ikhwah yg disayangi (semua ikhwah ana sayang) masuk kedalam peti inbox. Menjemput ke mukhayyam nasional. Tanpa berlengah, saya membalas mesej tersebut, bersetuju. Emel  dihantar sela beberapa masa kemudian.

“Wah, banyak juga benda-benda yang nak disettlekan” hati saya bermonolog. Maklum la, mukhayyam memang macam tu. Kena jogging 3 kali seminggu, sit up, skipping..persediaan fizikal memang diperlukan. Namun, ketika itu, kecederaan di kaki saya masih belum pulih spenuhnya, persediaan fizikal tidak dapat dijalankan secara sempurna. Oh!  lupa, Mukhayyam kali ini diadakan di Gunung Brinchang, Cameron Highland.

Alhamdulillah, segala persiapan dapat dijalankan dengan baik dan lancar walaupun menghadapai beberapa halangan, namun dengan Izin Allah, segala-galanya dipermudahkan. Perjalanan dimulakan daripada Kota Bharu bersama-sama dengan 3 orang ikhwah daripada Terengganu. Kami menggunakan highway Gua Musang. Perjalanan terhenti di Kuala Krai untuk bersama-sama 3 orang lagi ikhwah kira-kira pada jam 9.00 pagi. Kami kemudiannya bertolak menuju ke Cameron highland. 2 buah kereta terlibat, sebuah Proton Wira dan Perodua Viva yang memuatkan 7 orang (termasuk saya). Sesampainya di Gua Musang, kami berhenti solat dhuha dan berehat seketika di sebuah Masjid di Gua Musang. Masjidnya agak besar. Usai solat dhuha, kami teruskan perjalanan ke Cameron highland.

Lebih kurang Jam 1.45 Petang, kami tiba di Tanah Rata, Cameron highland. Perjalanan dari Kelantan itu mengambil masa hanya kira-kira 5 jam (termasuk makan dan berhenti berehat, dhuha dll). Tiba di sana, kelihatan beberapa buah kereta ikhwah yang sudah sampai. Kami bersalam-salaman, bergurau senda, maklumlah, saya sudah hampir 7 bulan tidak ketemu ikhwah, berjauhan serorang diri dipinggir pantai timur ini. Terubat sedikit kerinduan itu melihat senyum tawa ikhwah-ikhwah. Sebentar kemudian, tiba la ikhwah-ikhwah dari seluruh pelosok Malaysia. Kenderaan-kenderaan itu adanya dari Pahang, KL, Penang, Johor dll. Seronok juga masa itu, bertemu dengan ikhwah-ikhwah yang belum pernah ketemu (sesetengah itu, hanya bertemu di blog atau facebook sahaja).

Lebih kurang jam 3 petang, kami semua diminta berkumpul. Taklimat kemudiannya diberikan oleh pihak urus setia berkenaan pendaftaran dan tracking yang akan kami tempuhi sebentar nanti. Semua barang-barang kumpulan dikumpulkan. Kami kemudiannya diarahkan untuk menukar daripada pakaian yang ‘smart’ dan ‘stylo’ kepada pakaian riadah. Ye la, takkan nak mendaki pakai jeans dan kemeja kot? Huhu..

Usai segala urusan, kami memulakan perjalanan dari Tanah Rata menuju pekan Brinchang dengan hanya berjalan kaki dengan membawa barang-barang keperluan. Jarak antara Tanah Rata dengan Brinchang adalah kira-kira 8 KM (jarak berdasarkan google map). Perjalanan dimulakan pada jam 5.00 ptg diketuai oleh seorang ranjer. Perjalanan tersebut mengambil masa kira-kira satu jam lebih sebelum kami berhenti solat asar secara qasar dan jama’ takhir (sesetengah daripada kami dalam perjalanan ketika waktu solat Jumaat) di sebuah masjid di pekan brichang. Usai solat, kami meneruskan perjalanan menuju ke kaki bukit brichang yang terletak tidak jauh daripada kaki gunung, merentasi pasar malam yang kelihatan amat sibuk dengan orang yang membeli-belah. Maklumlah, sekarang cuti sekolah dan ramai orang membawa keluarga mereka untuk bercuti di sana. Kami tiba di kaki gunung brinchang kira-kira jam 6.30 petang.








peta perjalanan dari tanah rata ke pekan brinchang-7.8KM (sumber: google map)

Sebelum memulakan pendakian, kami diminta menyediakan lampu suluh (headlamp) kerana pendakian akan dibuat pada waktu malam. Kesejukan suhu amat terasa di situ dan kepenatan jelas terpancar disetiap wajah ikhwah-ikhwah ku tersayang..hehe. Akh saiful usm kemudiannya mengetuai bacaan doa agar Allah melindungi dan menjaga keselamatan kami semua agar tiba di puncak tanpa sebarang masalah.

Dengan semangat juang yang tinggi, kami meneruskan pendakian gunung brinchang. Namun mungkin disebabkan persediaan yang kurang dan kepenatan berjalan tadi, saya dan 2 orang lagi ikhwah (termasuk imam yg membaca doa tadi) ketinggalan paling belakang sekali berserta dengan seorang ranjer. Kami berjalan dan berhenti, berjalan dan berhenti sehingga puluhan kali. Berhenti minum sedikit dan makan coklat cloud 9 sebagai penambah tenaga. Suasana semasa itu cukup gelap dan sejuk. Hanya headlamp yang menerangi alur-alur pendakian berserta zikir yang tidak kering dalam hati. Di sinilah saya mengambil kesempatan untuk memuhasabah diri sendiri. Betapa kerdil, lemah dan hinanya diri ini. Melihat kehebatan Allah ini saya teringat lagu ‘Open your Eyes’ yang dinyanyikan oleh Maher Zain. Sungguh, manusia itu sangat banyak lupa dan alpa daripada tuhanya. Teringat firman Allah yang selalu saya paparkan dalam blog ini.

Surah Ali-Imrah ayat 190-191

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal ;( Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.

Dan Allah juga ada berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 72

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan.
peta keseluruhan perjalanan

Dalam perjalanan, 2 orang ikhwah bersama saya terjatuh. Akh saiful terjatuh ke gaung, namun, dengan  izin Allah pokok menghalangnya daripada jatuh lebih jauh lagi. Akh nik azhar pula jatuh tersadung akar pokok yang berselerak. Alhamdulillah, tiada kecederaan yang serius dan kami meneruskan perjalanan. Walaupun rasa penat dan putus asa, kami meneruskan perjalanan ke puncak. Kami tiba agak lewat sedikit iaitu kira-kira jam 10.30 malam manakala ikhwah-ikhwah lain sudah tiba lebih awal daripada itu. Alhamdulillah, sesampainya di base camp, ikhwah-ikhwah satu group sudah siap memasang khemah dan memasak nasi. Saya terus mencapai jaket dan sarung tangan yang tersedia didalam beg kerana suhu di puncak bukit teramat sejuk. Dibimbangi penyakit asthma saya muncul pula disebabkan kesejukan itu. Kemudian, kami makan bersama-sama dalam kumpulan. Sungguh nikmat rasanya ketika itu. Walaupun makananya hanyalah berlaukkan sardine sahaja, namun makan bersama ikhwah-ikhwah dalam satu bekas cukup seronok. (sudah lama juga tak makan seperti itu dengan ikhwah). Usai makan dan solat jama’, kami meneruskan aktiviti LDK sebelum masuk tidur. Saya tidak dapat tidur dengan lena akibat menggigil kesejukan. Kemudian, kami dikejutkan pada jam 5 pagi untuk solat tahjud dan subuh.


Antara wajah-wajah peserta kesejukan







p/s: Gambar dan video akan diupload nanti dan sambungan post ini akan diterbitkan nanti
Tiada sambungan untuk post ini..hehe..untuk sambungan, jemputlah ke blog sahabat saya ni ye <<Sini>>

Result? oh..

14 Jun 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran sama-sama kita rafakkan kepada Allah s.w.t atas kurniaan limpah Rahmat dan kasih sayangnya kepada kita. Selawat dan salam juga sama-sama kita panjatkan kepada Qudwah Hasanah, murrobi agung sepanjang zaman iaitu Muhammad Bin Abdullah, Rasullulah s.a.w yang dimuliakan..

Huh, hari ini, saya baru sahaja sampai kerumah daripada mukhayyam nasional yang diadakan di Puncak gunung Brincang, Cameron Highland. Kepenatannya masih terasa. (post berkenaannya akan saya terbitkan). cuma disini, mahu bercerita dan berkongsi berkenaan dengan result final exam ku yg lepas. Pulang dari program, teringin pula melihat result (walalupun dah tgk traskrip yg xrasmi) Ini dia yg rasmi.....


erkk..nampak ke? hehe.. Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah s.w.t.. benarlah apa yang difirmankan kepada Allah s.w.t
"Seseorang manusia itu, tidak akan mendapat selain apa yang diusahakannya" An-Najm ayat 39
Segala sesuatu yang diingini itu, perlulah disertakan dengan usaha, doa dan tawakkal kepada Allah s.w.t kerana Dialah yang memberikan rezeki kepada kita. Andaikata Allah belum memakbulkan permintaan itu, mungkin Dia ingin menguji kesabaran kita, atau mungkin sahaja menghapus dosa kita, atau mungkin sahaja Dia ingin memberinya di lain masa ataupun mungkin sahaja Dia mempunyai perancangan yang baik kepada kita. Ingatlah, selalulah bersangka baik kepada Allah s.w.t kerana Dia maha mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui (Al-Baqarah ayat 2:216).

p/s: Hari result diumumkan, student portal UiTM mengalami kesesakan traffik yang sungguh dahsyat walaupun ada 3 server. Maklumlah, studentnya ramai. ini juga ujian kepda kita (saya terutamanya) agar bersabar dan tenang sahaja. ^_^v

Perkongsian SKI

05 Jun 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Assalamualaikum w.b.t
Isnin, 31 Mei 2010, dengan izin Allah, saya berpeluang untuk menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh UiTM Kelantan, seminar keintelektualan Islam, Legasi Ulama' Kelantan Di Nusantara yang berlangsung di Hotal Gran Riverview, Kota Bharu.

Saya tertarik untuk berkongsi sedikit ilmu yg diperolehi dalam ucaptama ke-3 di seminar ini. Ucaptama ke-3 ini disampaikan Oleh Dato Paduka Prof. Dr. Mahood Zuhdi Abdul Majid

Khoira ummah

Seperti yang sudah sedia maklum, Allah s.w.t ada berfirman dalam surah Ali-Imran ayat ke 110 yang bermaksud
“Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). ...”
Dan panggilan lain bagi khoira ummah adalah ummata wasatta (umat pertengahan) seperti mana yang difirmankan dalam surah AL-Baqarah ayat ke 143

“Dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu..”.

Mengapa sebenarnya orang-orang islam ini degelar sebagai khaira ummah? Ada 3 ciri-ciri utama yang menonjolkan umat Islam sebagai umat terbaik iaitu
1.    -  Menyuruh kepada makruf
2.    -  Mencegah kepada yang mungkar
3.     - Beriman kepada Allah s.w.t.

Terdapat 2 konsep dalam amar makruf dan nahi mungkar iaitu konsep suruh serta larang dan dapat melakukan perubahan. Kedua-dua hal ini haruslah saling terkait bagi menjayakan konsep amar makruf dan nahi mungkar. Bagaimana kita mahu menganggap sesuatu itu sebagai amar makruf dan nahi mungkar tetapi outputnya masih sama, bahkan mungkin lebih teruk lagi.

***Tambahan***
Tentu kita pernah dengar hadith ini, bahkan ramai yang menghafalnya. Saya juga pernah mendengarnya sewaktu di sekolah lagi, cuma waktu itu, masih belum tahu/faham.
“Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya(kuasanya). Jika sekiranya ia tidak berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Dan jika ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman”. (HR Muslim)"
Mungkin sebelum ini, kita sering kali mendengar apabila orang-orang yang melihat sesuatu perbuatan maksiat, mereka akan berkata " Ah, iman aku lemah, hanya mampu membenci dengan hati" ataupun "Oh, aku tak ada badan yang tough, nanti orang tu tumbuk, mati aku, so, aku benci dengan hati je la" (mungkin termasuk saya juga). Inilah yang selalu keluar daripada pemikiran kita, betul tak?

Baiklah, semasa ucaptama tersebut, Dato Paduka Prof. Dr. Mahmood Zuhdi cuba merubah pola pemikiran yang saya rasa hampir semua orang dalam seminar itu berkenaan konsep amar makruf dan nahi mungkar. Sepertimana yang saya nyatakan tadi, ramai orang terus terjun kepada cara ketiga iaiu hanya membenci dengan hati. Saya amat tertarik dengan penerangan daripada beliau. beliau menyatakan, cuba kita terbalikkan konsep hadith diatas. Iaitu mengubah (membenci) dengan hati, mengubah dengan kata-kata dan jika tiada sebarang perbuahan lagi, ubahlah dnegan kuasa. bagaimana?

Couple LRT
Saya ingin berkongsi satu cerita yang telah diceritakan oleh seorang akhwat dalam forum Halaqah-Online berkenaan dengan pengalamannya sendiri mencegah perkara maksiat. Semasa dalam perjalanan ke suatu tempat (mungkin balik rumah @ ke program), si akhwat tadi ternampak seorang gadis yang tengah syok duduk diatas ribaan si jejaka. Andaikata kita mempunyai hati yang bersih, sudah tentu perasaan meluat dan marah timbul di hati,( terkadang rasa nak bagi flying kick terus je)- jadi ini telah terpenuhi konsep Mengubah/membenci dengan hati. Kemudian, disebabkan mempunyai nilai iman dan sensitiviti yang tinggi, si akhwat tadi memberikan nasihat dan teguran supaya si gadis tadi duduk di tempat yang kosong dalam LRT agar tidak duduk diatas ribaan jantannya si jejaka. Si gadis hanya tersenyum-senyum, mungkin berasa malu si jantan jejaka juga sama- jadi si akhwat ini telah memenuhi konsep mengubah dengan kata-kata. Melihat si gadis masih belum berganjak, si akhwat terus menarik si gadis yang duduk di atas ribaan jejakanya supaya duduk di sebelahnya dan mungkin terus me'lecture' menasihati gadis tersebut- jadi sudah terpenuh konsep yang ketiga iaitu mengubah dengan kuasa (keyakinan dan keberanian yang diberikan oleh Allah s.w.t, walaupun akhwat tersebut berasa takut juga). Jadi kita lihat jika ketiga-tiga konsep ini terpenuhi, outputnya adalah berhasil. Namun bukanlah semua konsep ini perlu terpenuhi, asalkan 2 atau 1 drp konsep ini dipenuhi dan outputnya berhasil, ianya juga turut dikira sebagai amar makruf dan nahi mungkar yang berkesan.
***********

Ulama
Maksud ulama adalah pewaris kepada nabi dalam bidang keilmuan dan gandingan para pemimpin dalam bidang kepimpinan. Ianya juga bermaksud mereka yang berilmu dan yang memimpin.

Saya tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh beliau berkenaan dengan salah faham masyarat zaman sekarang berkenaan dengan ulama’. Bagaimana ulama’ ini hanya dilihat dari satu sisi yang terlalu jumud iaitu orang hanya berpakaian jubah, serba, berjanggut sahaja digelar sebagai ulama’ sedangkan orang yang tidak berpakain seperti ini, namun tetap mempunyai PhD dalam bidang agama tidak digelar sebagai ulama’.

Antara lebai dan ulama’
Sebenarnya dalam masyarakat kita, memang ramai lebai? Kerana apa? Seseorang digelar sebagai lebai kerana pakaiannya yang berjubah, serban dan berjanggut..subahanallah, pahala kerana mengikut sunnah nabi tetap ada. Cuma, jarang sekali untuk mencari ulama’ kerana antara lebai dan ulama’ terdapat begitu jauh perbezaannya. Selain cara berpakaian, seseorang layak digelar sebagai ulama’ apabila dia mempunyai ilmu dalam sesuatu bidang. Dan bukan semua orang mampu memilikinya.

Orang melayu terkongkong dengan konsep pemikiran yang nostalgic.
Hal ini juga cukup menarik minat saya untuk terus mendegar ucaptama yang beliau sampaikan.
Antara dulu dan kini, kejayaan ulama’ dulu yang nostalgic dan kegagalan ulama’ yang tragic.
Hal ini diterangkan oleh beliau bagaimana, ulama’-ulama’ zaman dahulu cukup disegani dan masih diingati sehingga sekarang.. lihat sahaja siapa yang tidak kenal Hamka? Ulama’ terkenal di nusantara melayu. Tok Janggut dikelantan, Imam Hassan Al-Banna? Mereka-mereka ini adalah antara paraulama’ yang terkenal kerana sumbangannya kepada ummat sehinnga sekarang, umphnya masih terasa. Pemikiran-pemikiran mereka cukup mempengaruh sehingga ke hari ini..

“Islam sekarang tersepit diantara kelemahan ulama dan kejahilan ummat”-Abd Qadir Andah

Dan akhir sekali berkenaan dengan keperluan antara Islah dan Tajdid
Antara Aspek tajdid:
-Fikri (metaliti)
-Fiqhi (kefahaman)
-Thaqofi (Intelektual)
-Amali (Method Kerja)

“Malang sekali, umat sekarang meremehkan yang penting dan mementingkan yang remeh”- Malik Bin Nabi

Seminar ini berlangsung selama 2 hari. Hari kedua, saya tidak dapat menhadikan diri atas sebab2 tertentu. Namun, hari ke-2 ini lebih menarik dengan mperbentangan 34 kertas kerja berkenaan dengan legasi ulama di negeri kelantan. Tajuk-tajuk pembentangan cukup menarik.

p/s: sudah lama tidak menyertai seminar seperti ini yang berlangsung dihotel. saya dan seorang lagi kawan saya berpakaian corporat (baju kemeja + tie-seperti yang diminta dalam sms). Namun apabila sampai disana, kelihatan pakcik-pakcik yang diantaranya hanya berpakaian jubah, kain pelikat + seliapar jepun sahaja..oh..

Yeah..aku sokong judi

04 Jun 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Assalamualaikum w.b.t
Baru-baru ini, kita digemparkan dengan kes dimana seseorang yang berstatus YB bersetuju untuk memberi lesen kepada penjudi-penjudi di Malaysia agar mereka dapat berjudi secara "HALAL". Banyak reaksi daripada pelbagai pihak berkenaan isu ini. ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju. Masing-masing mempunyai kepentingan yang tersendiri. Ada yang berjuang untuk mempertahankan agama Islam, yakni Aqidah umat islam.. ada pula yang menyokong kerana boleh menambahkan lagi isi poketnya. Baiklah, sebelum itu, apa kata kita lihat gambar dibawah...

Gambar: Kanvas rentang yang menunjukkan sebuah entiti politik yang menyokong hal ini

Dalam hal ini, saya bukanlah mahu membawa isu politik (saya kurang gemar dengan pola politik dimalaysia sebenarnya, namun perlu ambil tahu juga), namun persoalan aqidah dalam kalangan umat islam dimalaysia. Ianya seolah-olah menjadi satu permainan pihak-pihak tertentu untuk mengaut keuntungan tanpa mepedulikan apa yang telah ditetapkan oleh syariat. Sedangkan dalam Al-Quran, telah jelas Allah terangkan berkenaan hal ini.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 219
“Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya..."
 Dan surah Al-Maidah ayat 90
 “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan."
 Jadi disini, telah jelas keharaman judi. Tidak kiralah judi yang 'Halal' atau pun 'Haram', asalakan namanya 'JUDI' tiada yang boleh dikatakan halal melainkan haram semuanya.
Bagi mereka-mereka yang masih mempunyai akal fikiran yang waras serta mengaku sebagai seorang Islam, sama-samalah kita merenungkan apa yang difirmankan Allah s.w.t. Janganlah biarkan nafsu dan kepentingan diri menguasai diri. bertindaklah dengan akal fikiran anda kerana masyarakat sekeliling tidak bodoh, tetapi andalah yang kelihatan bodoh sebenarnya..
wallahualam..

p/s: gambar tersebut diambil daripada facebook..
dan saya menentang dengan SEKERAS-KERASNYA hal ini.. tajuk entry ini hanyalah satu bentuk sindiran sahaja.. ^_^
 

Kami tidak redho sebagaimana engkau jua..

02 Jun 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.



Assalamualaikum w.b.t
Dunia digemparkan dengan kekejaman zionis yahudi laknatullah, menyekat dan membunuh 19 aktivis keamanan dan mencederakan 60 lagi aktivis lain dalam rangka talian hayat untuk gaza bagi menyampaikan bahan makanan, pembinaan dan perubatan kepada penduduk palestin  di Gaza yang sekarang ini menderita disebabkan sekatan yang dilakukan negara-negara jiran termasuk mesir yang juga SAUDARA SEAQIDAH mereka.

Kebanyakan penduduk dunia mengadakan demonstrasi membantah tindakan kejam yang dilakukan oleh Rejim zionis itu. sebagaimana yang kita sedia maklum, penanahan dan pembunuhan yang dilakukan oleh rejim laknatullah itu dilakukan di perairan antarabangsa dan mereka mendakwa bahawa konvoi yang disertai lebih 600  orang aktivis keamanan itu membawa senjata kepada penduduk di Gaza.

Namun disebalik semua itu, ada hikmahnya tersendiri. Semua mata dunia terbuka melihat siapa sebenarnya pengganas. Adakah orang Islam atau mereka? SAUDARA SEAQIDAH, MESIR pula mula membuka sekatan dan membenarkan rakyat palestin di Gaza mendapatkan bekalan makanan dan perubatan sejak sekatan yang dimulakan pada tahun 2003 sebaik sahaja HAMAS menguasai Gaza. Beberapa buah kapal lagi dari TUrki dan Malaysia sendiri sedang menghampiri Gaza untuk menghantar bantuan kepada mereka disana.

Apa yang penting sekarang ini, sama-samalah kita doakan kesejahteraan peserta-peserta konvoi agar mereka selamat dan tidak diapa-apakan oleh rejim zionis yang zalim ini. Dan semoga penduduk-penduduk dipalastin tabah dan sabar meghadapi ujian dan dugaan ini.

Dan marilah kita semua, sama-sama membuat solat hajat serta membaca doa Qunut Nazilah dalam setiap solat kita agar Allah meruntuhkan, melemahkan dan mengkucar-kacirkan rejim yang zalim dan kejam ini.


Dan kami tidak Redho kepada engkau sebagaimana engkau tidak redho kepada kami..
 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Eksekutif IT di sebuah syarikat Oil and Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts