Pembentangan Ruang Lingkup Ajaran Islam (CTU101)

30 Januari 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Assalamualaikum w.b.t
Sudah lama rasanya tak update blog. Kekangan masa serta masalah internet mumbuatkan saya dapat jarang on9. Tapi bagus juga, tak la banyak masa dihabiskan untuk membuat perkara2 yang melalaikan di internet. Masa pun banyak boleh dihabiskan dengan stdy (study pelajaran dan agama). Banyak juga idea sebelum ini mahu ditulis didalam blog, tapi ianya berlalu terbang ditiup angin kot. Herm..

Tertarik pula saya ingin menulis sedikit research saya berkenaan aqidah. Hari khamis yang lepas, saya dan 2 orang lagi coursemate saya dikehendaki untuk membentangkan berkenaan dengan skop ajaran islam yang terbahagi kepada 3 skop besar iaitu Aqidah, Syariah dan Akhlaq dalam subjet fundamental of Islamic Religion (CTU101). Dan saya telah memilih tajuk Aqidah. Alahamdulillah, dapat membuat pembentangan dengan baik walaupun pada mulanya agak terketar2 juga.. ye la, sebelum ni, kalau bagi tazkirah, biasanya depan mad’u dan ikhwah sahaja (lelaki la).. ni ada perempuan sekali + ustaz.. lagi pun dah lama xbagi tazkirah depan2 macam tu kan.. nasib baik la dalam bahasa melayu.

Sekadar untuk perkongsian bersama

Ruang Lingkup Ajaran Islam

Ruang Lingkup Ajaran Islam (Slide)

p/s: Sebenarnya, saya sertai juga pembentangan ini dengan clip video The arrival siri 3 (saya skip bahagian2 yang 'seksi' itu) dan juga clip video suicide at Golden gate bridge, Los Angeles, carlifonia.. dua2 video clip ini boleh didownload daripada youtube.
wallahualam..

Travelog aku Seorang Pelajar 2

11 Januari 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, segala puji dan puja saya panjatkan kepada Allah s.w.t atas segala nikmat dan kurnianya yang tidak terbilang banyaknya.. selawat dan salam sama-sama kita ucapkan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w atas usaha kera baginda sehingga kita dapat mencapai nikmat Iman dan islam.

Alhamdulillah, sudah masuk minggu kedua saya belajar di UiTM, dan saya sudah dapat ‘adapt’ dengan kehidupan sebgai mahaisiwa disini. Setiap aturan Allah itu, ada hikmah disebaliknya dan kitalah yang sewajarnya menimbang baik buruk sesuatu perkara itu.

Hujung minggu lepas saya tidak dapat balik kerumah. Rancangnya ingin menyiapkan semua dokumen berkenaan permohonan PTPTN yang telah diluluskan. Namun, kami perlu menghadiri Modul khas bagi pelajar diploma. Modul ini hanya dibuat di UiTM sahaja, dan tidak dibuat di mana-mana university awam. Modul yang bagi saya amat bagus terutamanya kepada pelajar-pelajar MELAYU ini.

Modul tersebut melatih siswa dan siswi UiTM untuk lebih menonjolkan diri dan membuang rasa malu (rasa malu yang bertempat). Kami diberi peluang untuk bercakap, memberi pendapat serta berkongsi idea berkenaan dengan beberapa masalah. Apa yang cukup menyentuh hati saya dalam modul tersebut adalah Part berkenaan dengan penghayatan kepada islam (tajuk sebenarnya lain, saya lupa). Pada mulanya dalam sesi awal ceramah yang diberikan oleh seorang ustaz, saya agak tidak berminat sangat dengan topic yang dibincangkan kerana banyak lawak dan mungkin boleh saya katakan sedikit kelucahan. Tapi part akhir itu cukup menyentuh, bagaimana Ustaz tadi menyeru agar siswa-siswi tidak meninggalkan solat dan mengajak untuk bersolat di Pusat Islam.

Alhamdulillah, waktu maghrib, Pusat islam dipenuhi siswa. (siswi solat di surau kolej kerana jauh dari pusat islam). Kebanyakkannya pelajar part 1. Sebelum solat maghrib, ustaz sempat memberi tazkirah yang cukup menusuk dikalbu.. sehingga saya menitiskan air mata..oh.. inilah merupakan tazkirah sebelum solat paling panjang saya pernah dengar. Usai solat, ustaz member tazkirah berkenaan pentingnya solat dan sebagainya. Ustaz juga menyeru agar setiap siswa yang berada di kolej berdekatan Pusat Islam agar turut solat berjemaah dalam setiap waktu terutamanya solat subuh.

Keesokan paginya, saya bangun seperti biasa, usai solat tahajjud, saya berjalan ke pusat islam. Suasana masih macam sebelumnya, sejuk dan agak suram kerana kelihatan hanya seorang dua sahaja yang berjalan ke Pusat islam. Kami bersolat subuh berimamkan ustaz semalam. Tidak sampai pun 10 siswa yang bersolat subuh di pusat islam. Pada hemat saya, mungkin muncul juga sedikit kekecewaan dalam diri ustaz tersebut. Beliau sanggup tidak pulang ke rumahnya di rantau panjang untuk bersolat subuh di Pusat Islam bagi melihat anak didik turut serta solat subuh bersamanya di Pusat Islam. Takpe la ustaz, moga Allah mencucuri rahmat kepada ustaz atas usaha ustaz itu. Dan subuh di Pusat Islam dilalui suram dengan bilangan jemaah yang seramai itu. Moga Allah membuka hati2 pelajar-pelajar disini dan moga Allah member kekuatan kepada diriku untuk mengajak meraka-mereka ini mengimarahkan rumah Allah..ameen insyaAllah

Travelog aku seorang pelajar

07 Januari 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam mahabbah penuh kasih kerana Allah s.w.t. SUdah lama juga aku tidak update blog ini. Seminggu dua ini agak sibuk dengan urusan kemasukan ke UiTM. Urusan boring pendaftaran, medical check-up, PTPTN dan sebagainya menyebabkan kurang masa untuk update. Alhamdulillah, Allah berikan sedikit masa kepada aku hanya untuk mencoret sedikit pengalaman hidup.

3 tahun belajar di perak cukup banyak memberi pengalaman dan mengajarkan aku erti hidup. Bersama teman-teman yang inginkan Imannya terjaga dan mengejar matlamat hidup hanya kerana Allah s.w.t cukup membahagiakan. Namun, aturan Allah itu Maha hebat. Ujian diberikaNya untuk menguji tahap keimanan hambaNya, atau mungkin sahaja Allah ingin menghapuskan dosa-dosa hambaNya. Terserahlah kepada seseorang untuk menilai kerana Allah akan mengikut kepada persangkaan hambaNya. Semua itu haruslah ditempuhi dengan sabar dan optimis. Setiap aturan Allah itu ada hikmah disebaliknya. Bukankah Allah lebih mengetahui berbanding hambaNya yang lemah ini?

“… dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” [2:216]

Kegagalan yang lalu banyak mengajarkan aku, dan aku harus bangkit untuk menebus kegagalan yang lalu. Dan kini aku memulakan perjalanan hidup menjadi seorang pelajar diploma dalam jurusan Sains Komputer. Semua itu ketentuan daripada Allah s.w.t dan aku hanya mengikut kata hati dan aku yakin dengan apa yang Allah berikan. Ramai lagi yang mungkin mendapat ujian yang lebih berat daipada aku.

Kehidupan di UiTM mungkin banyak perbezaan dengan UTP. Ye la, UTP salah satu university ‘first class’ di Malaysia. Berbeda dengan uitm, university awam yang hampir 99% melayu, mendapat banyak subsidi daripada kerajaan pusat. Namun begitu, setiap university ada kelebihan dan kekuranganya masing-masing, bergantung kepada seseorang itulah untuk menyesuaikan dirinya. Bagi diriku, tiada masalah sangat untuk menyesuaikan diri dengan tempat baru. Alhamdulillah, dengan pemahaman islam, aku dapat menerimanya dengan hati yang terbuka dan redha.

Minggu orientasi

Minggu orientasi atau di UiTM, kami menggelarkanya minggu mesra siswa cukup menyesakkan jiwa. Bukannya apa, mutabaah tidak dapat dijaga dengan baik. hanya mampu membaca mathurat dan solat tahajjud sahaja. Itu pun dalam keadaan tergesa-gesa. Quran pula aku dapat curi-curi membacanya ketika sedang menunggu masuk waktu solat. Namun, dengan izin Allah, aku masih mampu menguatkan diri untuk menjaga iman walaupun penat dan lelah kerana selalu di ‘push’ oleh faci. Semuanya berjalan dengan baik kecuali ketika waktu makan bila mana lelaki dan perempuan bersesak-sesak dalam dewan makan serta terkejar-kejar dengan masa, tersentuh sana sini, cukup menyesakkan iman yang mahu dijaga. Juga ketika bersenam aerobic. Instructornya seorang wanita dan gaya-gaya aerobiknya tak perlu la aku ceritakan. Sesetengahnya cukup ‘gedik’ sehingga siswa-siswa bersorak-sorak melihat gaya ‘gediknya’ itu. Aku hanya mampu menggelengkan kepala sambil menundukkan pandangan..astagfirullah..

Belajar

Usai menghadapai minggu orientasi, bermulalah pula minggu belajar. Mujurlah blok akademik hanya berdekatan dengan kolej kediaman. tak perlu menaiki van seperti pelajar siswi. Setiap kali naik van berulang-alik ke kelas sudah habis 50 sen. Kalau sebulan tu sudah semestinya banyak. Lagipun belajar disini tidak seperti dahulu lagi. Tiada lagi biasiswa 500 sebulan. Hanya duit pinjaman PTPTN dan juga subsidi makanan 120 sebulan. Itupun jika permohonan Berjaya. Sudah agak lama juga aku tidak belajar dalam kelas. Semester ini, pelajar CS110 (Computer science) hanya 20 orang sahaja. 12 lelaki dan 8 perempuan. Cukup sedikit dan lecturer pun boleh focus. Mujurlah rakan-rakan perempuan sekelas aku tiada yang ‘gedik’, Cuma aku berasa agak jangal untuk bergaul dengan mereka. Setiap kali mereka bercakap dengan aku, aku hanya memandang kebawah. Tak tau la, mungkin dah terbiasa bercakap dengan akhwat mcm tu kot sebelum ni. Xde kekuatan untk memandang terus ke muka. Cuma sesekali aku hanya mampu menjeling.. mungkin benda ini pelik bagi sesetengah orang. Dan aku pun berasa pelik juga awalnya, tapi demi untuk menjaga secebis iman, aku perlu biasakan. Bukankan seorang lelaki yang beriman itu perlu menjaga pandangannya? “ Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” An-Nur ayat 30

Kini, aku hanya keseorangan dicelah-celah keramaian dan kerosakan. Kerosakan yang menjiwai hampir setiap pelajar disini, termasuk diriku. Namun kekuatan iman harus aku cari demi menyelamatkan diri dari sebarang kerosakan hati, yang menjadi punca keruntuhan moral insani. Dan tidak perlu aku ragui kerana sang penyelamat yang Maha berkuasa sedang memerhati serta menolong setiap jiwa yang mahu mencintaiNya dengan sepenuh hati. Dialah Allah yang Maha pemurah, Maha penyayang, Maha pengampun dan Maha sempurna dengan 99 asmaNya yang agung. Hanya kepadaNya aku berserah dan hanya kepadanya aku memohon pertolongan serta tempat aku bergantung. Moga Iman ini terus terjaga sehingga ke akhirnya..dan semoga aku, Berjaya menggapai apa yang aku cita-citakan ameen insyaAllah

 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Eksekutif IT di sebuah syarikat Oil and Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts