Promosi Jirim

17 Disember 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI



Trailer Jirim 2010 by Ahmiez studio

Promosi terakhir program Jambori Remaja Muslim Nasional 2010. Ayuh remaja-remaja sekalian, tonjolkan potensi diri anda.. jom sertai JIRIM 2010 edisi ke-2 yang akan berlangsung pada 24-26 Disember ini (seminggu je lagi)..khas untuk pelajar berusia 15-17 tahun sahaja.. maklumat lanjut, sila layari www.jirim.net

Nak berjaya?

09 November 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan masa kepada saya untuk mengupdate blog ini. Pada masa ini, pasti ramai orang yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi di mana-mana university sedang bertungkus lumus belajar bagi menghadapi peperiksaan. Tidak kiralah samaada dah bermula atau akan bermula. Perpusatakaan sudah mula dibanjiri pelajar (mungkin juga air - di kedah dan perlis..huhu) bagi mengulang kaji pelajaran. Belum dikira lagi couple-couple yg bercanda mesra dengan pasangan masing-masing mengulangkaji maksiat yang sedang dibuat. Orang lain tengah sibuk mengulangkaji pelajaran, mereka sibuk mengulangkaji kononnya pelajaran juga. Pelajaran lain kot. Entahlah..opss, bersangka baik..bersangka baik..

Studyholic?

Owh..biasanya pharse2  “holic” ni memang sinonim dengan obses kepada sesuatu. Ada yang shopaholic, workaholic, alcoholic, dan tidak kurang juga air holic beng di kedai Nasi Rm2 depan UiTM kelantan yang sangat murah, RM1.20 segelas. Memang best. Tetapi disini saya ingin membahasakan berkenaan dengan “Studyholic” sahaja. Biasalah di musim exam, pelajar2 mula menunjukkan simptom-simptom studyholic yang cukup serius. Nota dan meja study yang berhabuk lebih kurang 1 sem mula dibersihkan. Jadual peperiksaan mula ditampal di soft board yg mana sebelum ini dihiasi muka-muka artis yg diminati. Tidak kurang juga yang menghiasinya dengan perempuan-perempuan seksi..astagfirullah. Kemudainya, bermulalah adegan studyholic. Masing-masing begitu serius mengulangkaji pelajaran. 5 minit kemudian, akan muncul pula simptom stydurholic (tidur) yang mana andaikata tidak mampu melawan, ianya akan menyerang 4-5 jam sehari bukan diwaktu biasa (waktu pagi atau petang biasanya). Namun, itu bukanlah sesuatu yang lebih parah. Apa yang lebih parah disini adalah mereka-mereka yang studyholic sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim iaitu solat!!!.

Daripada pemerhatian saya, ya memang ramai mahasiswa mahupun mahaisiwi seperti ini. Ramai yang mengabaikan solat. Ada yang terlalu ‘kuat’ study (kononnya) sehingga melewat-lewatkan sembahyang. Pernah kawan saya menceritakan ketika radio di masjid memulakan bacaan al-Quran sebelum masuk waktu solat seterusnya, mereka baru bersiap-siap untuk bersolat waktu tersebut. Ada juga yang study sehingga terlupa waktu solat sudah menghampiri waktu solat yang lain. Dan yang lebih teruk, ada juga yang meninggalkan solat terus… nauzubillahi minzalik..

Bagaimana mahu Berjaya macam tu?

Bukankah seruan-seruan menuju kepada kejayaan seringkali kita dengar saban hari? Seruan-seruan menuju kejayaan “Haiyya ala falah” yg bergema di corong-corong speaker menara masjid, laptop mahupun handphone kita? Sudah jelas, kuncinya adalah SOLAT itu sendiri. Allah s.w.t juga ada berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 158

“Wahai orang-orang yang beriman, mintalah PERTOLONGAN kepada ALLAH dengan sabar dan SOLAT. Sesungguhnya, Allah beserta (menolong) orang-orang yang sabar.” [2:158]

Jadi, bukankah jelas disitu, andaikata kita mahukan sesuatu, mintalah pada Allah, bukannya mengeluh kesah. Andaikata semasa kita belajar dan tidak memahami sesuatu pelajaran, mohonlah pada Allah agar diberi kefahaman, kesabaran dan kemudahan dalam belajar. Dan semasa menghadapi peperiksaan juga, mohonlah pada Allah agar diberi ingatan yang kuat agar apa yang sudah diulangkaji itu dapat dikeluarkan kembali. Banyakkan beristigfar dan berselawat agar fikiran jadi tenang dan bersih bagi menjawab soalan. Bukannya mengeluarkan kata-kata kesat menyumpah seranah diri sendiri kerana tidak melakukan persediaan yang cukup atau menyupah seranah pensyarah yang menyediakan soalan yang sukar.

Faktor kejayaan ada 3???

Saya masih ingat lagi semas belajar subjek “Health Safety and Environment” bab “Fire Harzard” dulu, bagaimana untuk Sesuatu pembakaran itu berlaku, perlu ada 3 elemen yang penting  iaitu “Fuel” (bahan bakar), “Oxygen” (oksigen) dan “Heat (ignition)” (Haba atau lainnya pemulaan pembakaran-api). Setiap elemen ini saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Andaikata salah satu tiada, maka pembakaran tidak akan dapat dialakukan. Ataupun andikata salah satu elemen tidak cukup, maka pembakaran tidak sempurna akan berlaku. Jadi, ketiga-tiga elemen ini perlu hadir serentak dalam kuantiti yang hampir sama.

Fire triangle

Begitulah juga kita sebagai mahasiswa/wi muslim. Untuk mendapat sesuatu kejayaan yang disertakan dengan keredhoan Allah s.w.t, perlu ada 3 elemen penting dalam penentu jalan menuju kejayaan. Elemen-elemen tersebut adalah Berusaha, berdoa, dan bertawakal. Ketiga-tiga perkara ini perlu hadir serentak dan dalam kuantiti yang sama agar kejayaan yang diperoleh bukanlah kejayaan sampah, tetapi kejayaan dengan diiringi keredhoan Allah s.w.t.

Success triangle

Allah s.w.t telah berfirman dalam surah An-Rad’ ayat 11 dan surah An-Najm ayat 39

 “….Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri….” [13:11]

“dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.” [53:39]

Dalam kedua-dua ayat diatas, perlu seseorang itu berusaha sekuat tenagannya dalam mengapai sesuatu pekerjaannya yang tidak bertentangan dengan syariat. Dalam konteks seorang mahasiswa/wi, perlu untuk kita berlajar bersungguh-sungguh selagimana ianya tidak melanggar syariat (meninggalkan/melewat-lewatkan solat, meniru dalam exam, bermaksiat sambil belajar (faham-faham sendiri la ye) dan sebagainya). Sesuatu kejayaan itu sudah pastinya tidak akan datang bergolek begitu sahaja, ianya memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit.

Seiring dengan berusaha, seseorang muslim itu juga perlu berdoa. Makna doa disini bukan hanya merangkumi permintaan (secara khusus) kepada Allah s.w.t sahaja, malah juga merangkumi ibadah-ibadah khusus dan ibadah-ibadah umum. Solat berjemaah dimasjid/solat awal waktu bagi perempuan, berinfak, berzikir, membaca Al-Quran dan sebaginya.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Naml ayat 62

“Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati (Nya).” [27:62].

Akhir sekali, bertwakal lah kepada Allah s.w.t. FirmanNya dalam surah At-Taubah ayat 51

“Katakanlah: "Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal."[9:51]

dan surah Al-Ankabut ayat 58-59

“Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi di dalam surga, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal, (yaitu) yang bersabar dan bertawakal kepada Tuhannya.” [29:58-59]

Setelah berusaha dan berdoa, maka bertawakkal lah kepada Allah s.w.t kerana hanya pada Dialah kita berserah diri dan bergantung harap. Hanya Allah s.w.t lah yang berhak memberi atau menangguhkan pemberian atau menggantikan dengan perkara yang lebih baik kepada kita kerana Dialah yang lebih mengetahui apa yang terbaik kepada diri kita ini.

“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [2:216]

Selamat menduduki peperiksaan untuk semua. Maa taufiq wannajah fil imtihan buat semua ikhwah wal akhwat, kawan-kawan dan semua pembaca blog ini. Ingat, peperiksaan ini hanyalah kecil sahaja jika dibandingkan dengan ‘peperiksaan’ kehidupan yang kita perlu hadapi sepanjang roh dikandung badan.. selamat beramal buat semua. Moga semuanya mendapat keredhoan dan pertolongan daripada Allah s.w.t senantiasa..
Wallahualam..

catatan ringkas...

02 November 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Assalamualaikum w.b.t buat ikhwah wal akhwat dan juga rakan-rakan yang senantiasa berada dalam keteguhan iman. Alhamdulillah, segala puji dan puja sama-sama kita rafakkan sepenuh hati dan ikhlas kehadrat Allah s.w.t kerna sehingga kini, Dia masih lagi menyempurnakan berbagai nikmat kepada kita semua, lebih-lebih lagi nikmat Iman dan Islam yang insyaAllah masih tergengam utuh dalam hati kita.

Sudah agak lama saya tak mengupdate blog ini. walaupun sebelum ini, saya sudah merancangnya beberapa kali atas beberapa faktor. Salah satunya 'down'nya iman. dan saya tidak akan menulis andaikata iman saya berada ditahap minimum kerna satu-satu penulisan itu, biarlah mempunyai 'ruh' agar dapat menyentuh hati dan memberi manfaat kepada insan-insan yang masih merasakan pentingnya iman dalam diri mereka. Biasa la, bilamana berada keseorangan, jauh daripada orang-orang yang ingin agar imanya sentiasa terjaga, sudah pasti agak sukar untuk menjaga iman itu, dan pastinya Allahlah tempat kita bergantung. Namun akibat kelemahan dan kelalaian diri ini, tekadang menyebabkan tersungkur ditengah jalan. Tetapi yang penting, janganlah terus membiarkan keadaan seperti itu, seorang dai'e itu harus bangkit dan terus melangkah. Jangan sesekali pernah mengalah.

Faktor keduanya, keadaan kesihatan yang kurang baik. Moga ujian kesihatan itu biasa menjadi salah satu kafarah kepada dosa yang diri ini pernah lakukan dan moga Allah mempertingkatkan lagi iman dan taqwa dalam diri ini. Memang tiada 'mood' untuk menulis dalam keadaan sakit..

InsyaAllah, saya akan cuba terus mengupdate blog ini. sekarang sudah masuk minggu kedua peperiksaan dan 3 paper sudah diselesaikan. Hanya tinggal 3 paper saje lagi iaitu programming, math linear algebra dan computer organisation. Mohon doa agar Allah permudahkan segalanya dan memberikan result exam yang baik. Hujung minggu ini juga saya akan ke KL untuk membentangkan database yang saya bina untuk kegunaan KRIM (kelab remaja ISMA) di seluruh cawangan di malaysia. Mohon doa juga agar Allah mempermudahkan segala urusan walaupun terpaksa rushing pulang ke machang pada malam 6 november ini kerana ada paper final exam programming. petang 7 nov tersebut. Moga-moga semua amal yang kita lakukan ini hanyalah semata-mata untuk mendapat keredhoan Allah s.w.t semata tanpa mengharapkan balasan dan pujian daripada manusia.. selamat beramal buat semua. Kepada ikhwah wal akhwat yang sedaang menghadapi final exam, maa taufiq wannajah fil imtihan. moga-moga exam kita ini tidak memberikan fitnah kepada dakwah dan moga dakwah semakin gencar!!! Takbir!!!.. hehe..bersemangat pula walaupon kurang sihat..

ceria-ceria selalu ye ^_^v wallahualam...

p/s: tidak kesabaran ingin ke KL, menemui ikhwah-ikhwahku tercinta..kangen baget sama antum semua.
pembentangan itu hanyalah sampingan sahaja. Yang penting sekali ingin berjumpa dengan orang-orang yang beriman dan bersekepala..hehehe..

Salam Lebaran

10 September 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Assalamualaikum w.b.t
Salam lebaran buat semua pembaca blog TMT ini. asif jiddan kerana tidak sempat update post2 terbaru.. Moga Ramadhan yang lepas memberi 1001 makna dan rahmat buat kita semua ameen..

sempat design card raya walaupun beberapa kali tertunda..

semoga amal yang dilakukan semasa bulan Ramadhan dapat kita sama-sama kekalkan insyaAllah...

p/s: teringin untuk beraya bersama ikhwah2.. T_T

Jaulah Kota Bharu

21 Ogos 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah wa syukurlillah kerna masih diberikan umur yang panjang, kesihatan yang baik untuk saya menruskan hidup, lebih-lebih lagi di bulan ramadhan yang mulia ini. saya juga mendoakan agar kalian juga senantiasa diberikan kesihatan dan kekuatan iman oleh Allah s.w.t insyaAllah.. Dengan izin Allah, sempat juga saya ambik sedikit masa untuk memgupdate blog ini yang saya tinggalkan tnpa posting terbaru hampir satu bulan..huhu, agak sibuk sedikit dengan test, pertandingan dan sebagainya, namun persiapan iman juga tidak lupa utk dititikberatkan..

semalam, saya dan kawan-kawan serumh berkesempatan untuk berjaulah ke beberapa tempat di kota bharu. Kami bertolak dirpada rumah sewa jam 11 pagi dan sampai ke destinasi yang pertama iaitu di pengkalan kubur yang bersempadan dengan thailand. kami sampai di sana kira-kira jam 12.30 dan terus ke masjid pengkalan kubur untuk menunaikan solat jumaat. usai solat, kami terus ke plaza membeli-belah di pengkalan kubor (plaza ke?).


antara barang-barang yang dijual di pengkalan kubor

saya hanya menemani kawan-kawan membeli jersi dan seluar..katanya untuk raya.. huhu.. biasalah.. saya seperti biasa, hanya window shopping sahaja, sekadar memenuhi ajakan kawan. selepas membeli belah di pengkalan kubur, kami terus bergerak ke KB mall. Tiba di KB mall, saya terus ke kedai buku popular. sekadar melihat-lihat buku disana. Namun, saya terbeli novel Bumi Cinta tulisan Habiburahman El-shirzy, novelist terkenal dengan novel-novel pembangun jiwa. haritu lagi saya bercadang untuk membelinya, namun baru tergerak untuk membelinya sebagai koleksi. dan saya cukupkan nilai RM30 dengan sebuah buku Doa Untuk Lelaki yang berharga RM4. selesai membeli buku, kami 'round-round' sekitar KB mall mencari barang-barang lain. dengan Izin Allah, saya terjumpa kawan sekolah dahulu, muadz yang sekarang ini menuntut di sebuah universiti di Rusia. sudah lama dia bercuti namun, Allah izinkan saya 'terjumpa' dengannya di sana. usai berwindow shopping buat kali kedua, kami bergerak ke Pasar siti Khadijah di bandaraya kot bharu.

adam, saya dan apih

Sebelum bersiar-siar, kami menunaikan solat asar terlebih dahulu di masjid bersebelahan dengan pasar. Kami kemudianya ke Pasar Buluh kubu untuk mencari sedikit juadah untuk dibawa berbuka dengan ikhwah-ikhwah ISMA di tadika mawaddah nanti. sebelum pembinaan KBTC (kota bharu trade centre), Pasar Buluh Kubu ini sebenarnya diadakan di Padang Bas. Kami bersesak-sesak di tengah orang ramai untuk membeli makanan. Awan dilangit begitu mendung dan titis-titis hujan mula membasahi orang ramai. selepas membeli, kami kemudianya bergegas ke kereta kerana hujan semakin lebat. Namun begitu, kami terkandas di pasar siti Khadijah selama kira-kira 30 minit menanti hujan reda utk menaiki kereta yang terletak agak jauh.

Selepas berjaya menaiki kereta walaupun dibahasi hujan, kami meneruskan perjalanan ke tadika mawaddah kota bharu untuk beretmu dengan ikhwah-ikhwah ISMA dan berbuka bersama mereka. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Berjumpa dengan ustaz Hadi dan sempat berbincang perihal dakwah di kelantan. Kami kemudiannya disajikan tazkirah perang Badr oleh seorang ustaz (terlupa namanya). Bila berada dalam lingkungan orang-orang yang beriman cukup terasa aura dan ketenangannya, berbeza bilamana bersama kawan-kawan biasa. Kami kemudianya berbuka dengan buah-buahan dan solat maghrib berjemaah. usai solat, kami menjamah sedikit nasi. Lauknya simple iaitu burung puyuh goreng dan gulai ayam bersama acar timun dan ikan kering goreng, tapi cukup menyelerakan. Selepas makan, kami kemudiannya bersurai dan saya beserta kawan-kawan bertolak pulang ke rumah sewa kami di machang.

Tazkirah badar yang disampaikan oleh ustaz sebelum berbuka


antara ikhwah-ikhwah yang hadir

kawan-kawan satu universiti

Alhamdulillah, walaupun kali ini berjaulah tidak bersama ikhwah-ikhwah, namun ada pengajaran-pengajaran yang saya perolehi. sesungguhnya, semua itu adalah tarbiah dan peringatan daripada Allah kepada diri saya dan juga rakan-rakan. begitulah sedikit coretan jaulah semalam. wallahualam..

p/s: Rindukan berbuka dengan ikhwah-ikhwah, bertadarus dengan ikhwah-ikhwah, bermabit dengan ikhwah-ikhwah.. huh, satu kenangan yang begitu menyeronokkan.. disini, semuanya saya lakukan bersendirian.. ^_^

Syafakallah ya akhi...

24 Julai 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Sudah lebih sebulan saya tidak mengemaskini blog ini. Kekangan masa ketika pembukaan sem baru (mungkin sebagai alasan sebenarnya..) dan beberapa tugasan yang perlu diuruskan mungkin menyebabkan rasa tiada 'mood' untuk mengemaskini dengan post terbaru.

kira-kira seminggu yang lepas, ketika saya sedang berkuliah subjek calculus, satu SMS menerpa masuk. Nama ikhwah daripada UniMas terpapar di skrin handphone.. ikhwah yang sudah agak lama saya tidak berjumpa dan bertanya khabar. saya buka mesej tersebut dan membaca kandungannya secara tersembunyi, ditakuti pensyarah melihat saya menggunakan handphone lebih2 lagi, saya duduk di barisan paling hadapan. Usai membaca mesej, saya beristighfar panjang. wajah akh aizam terbayang dalam fikiran. Masih teringat lagi berita berkenaan akh aizam accident beberapa bulan yang lepas bersama-sama dengan akh zainizam dan akh hisyam. kondisinya sama, patah dibahagian kaki. tetapi kali ini, beliau hanya berseorangan menaiki van. saya kemudiannya membalas mesej tersebut. Mungkin untuk menelefon akh aizam waktu ini kurang sesuai. Hanya doa mampu saya utusakan agar akh aizam selamat dan tabah menghadapi dugaan.

Berita berkenaan akh aizam saya update melalui forumm Halaqah-online dibawah bahagian pengumuman. ikhwah-ikhwah di sarawak membawakan khabar berita berkenaan dengan akh aizam kepada ikhwah wal akhwat di semenanjung. Doa diutus tidak putus-putus. terkadang terfikir juga bagaimana nasib zaujah dan 2 anak-anaknya, Najihah dan Nukman. Moga Allah juga memberikan kekuatan dan kesabaran kepada mereka. Semalam, semasa blogwalking di blog-blog ikhwah, saya singgah di blog akh Hafidz, membaca posting terbarunya. Bilamana terlihat gambar dibawah ini, tanpa dipaksa, air mata ini deras sahaja mengalir keluar. Luluh hati ini melihat keadaan ikhwah yang dicintai kerana Allah, terbaring lemah di hospital. Ya Allah, betapa hebatnya ujian Mu ini kepada aizam, moga Kau terus kukuhkan keimanannya dan ketabahannya mengharungi ujianMu. dan aku yakin, akh aizam pasti kuat megharunginya, ditambah dengan sokongan oleh ikhwah wal akhwat disarawak khususnya dan di seluruh malaysia amnya.

akh aizam terbaring di hospital Umum sarawak (sumber)

teringat saya kepada firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 26, maksudnya
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahalah) daripada kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa daripada kejahatan yang diperbuatnya...
kali terakhir saya ketemu dengan akh aizam adalah ketika mukhayyam nasional 2009 yang diadakan di tasik raban, perak. Dahulu, hampir setiap bulan bertemu dengannya atas urusan dakwah sekolah. senyumannya masih tidak lekang dalam memori ini. Dari ana di tepian pantai timur ini, hanya doa yang mampu diutuskan agar Allah terus memelihara, memberikan kesembuhan, kekuatan dan ketabahan kepada akh aizam serta keluarganya. Ana uhibukafillah ya akhi...

Link berkenaan accident akh aizam
IsmaWeb

Di Gunung Brinchang, Ukhuwah Bertaut-Mukhayyam nasional 2010 (bhg I)

15 Jun 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Assalamualaikum w.b.t







Satu SMS daripada seorang ikhwah yg disayangi (semua ikhwah ana sayang) masuk kedalam peti inbox. Menjemput ke mukhayyam nasional. Tanpa berlengah, saya membalas mesej tersebut, bersetuju. Emel  dihantar sela beberapa masa kemudian.

“Wah, banyak juga benda-benda yang nak disettlekan” hati saya bermonolog. Maklum la, mukhayyam memang macam tu. Kena jogging 3 kali seminggu, sit up, skipping..persediaan fizikal memang diperlukan. Namun, ketika itu, kecederaan di kaki saya masih belum pulih spenuhnya, persediaan fizikal tidak dapat dijalankan secara sempurna. Oh!  lupa, Mukhayyam kali ini diadakan di Gunung Brinchang, Cameron Highland.

Alhamdulillah, segala persiapan dapat dijalankan dengan baik dan lancar walaupun menghadapai beberapa halangan, namun dengan Izin Allah, segala-galanya dipermudahkan. Perjalanan dimulakan daripada Kota Bharu bersama-sama dengan 3 orang ikhwah daripada Terengganu. Kami menggunakan highway Gua Musang. Perjalanan terhenti di Kuala Krai untuk bersama-sama 3 orang lagi ikhwah kira-kira pada jam 9.00 pagi. Kami kemudiannya bertolak menuju ke Cameron highland. 2 buah kereta terlibat, sebuah Proton Wira dan Perodua Viva yang memuatkan 7 orang (termasuk saya). Sesampainya di Gua Musang, kami berhenti solat dhuha dan berehat seketika di sebuah Masjid di Gua Musang. Masjidnya agak besar. Usai solat dhuha, kami teruskan perjalanan ke Cameron highland.

Lebih kurang Jam 1.45 Petang, kami tiba di Tanah Rata, Cameron highland. Perjalanan dari Kelantan itu mengambil masa hanya kira-kira 5 jam (termasuk makan dan berhenti berehat, dhuha dll). Tiba di sana, kelihatan beberapa buah kereta ikhwah yang sudah sampai. Kami bersalam-salaman, bergurau senda, maklumlah, saya sudah hampir 7 bulan tidak ketemu ikhwah, berjauhan serorang diri dipinggir pantai timur ini. Terubat sedikit kerinduan itu melihat senyum tawa ikhwah-ikhwah. Sebentar kemudian, tiba la ikhwah-ikhwah dari seluruh pelosok Malaysia. Kenderaan-kenderaan itu adanya dari Pahang, KL, Penang, Johor dll. Seronok juga masa itu, bertemu dengan ikhwah-ikhwah yang belum pernah ketemu (sesetengah itu, hanya bertemu di blog atau facebook sahaja).

Lebih kurang jam 3 petang, kami semua diminta berkumpul. Taklimat kemudiannya diberikan oleh pihak urus setia berkenaan pendaftaran dan tracking yang akan kami tempuhi sebentar nanti. Semua barang-barang kumpulan dikumpulkan. Kami kemudiannya diarahkan untuk menukar daripada pakaian yang ‘smart’ dan ‘stylo’ kepada pakaian riadah. Ye la, takkan nak mendaki pakai jeans dan kemeja kot? Huhu..

Usai segala urusan, kami memulakan perjalanan dari Tanah Rata menuju pekan Brinchang dengan hanya berjalan kaki dengan membawa barang-barang keperluan. Jarak antara Tanah Rata dengan Brinchang adalah kira-kira 8 KM (jarak berdasarkan google map). Perjalanan dimulakan pada jam 5.00 ptg diketuai oleh seorang ranjer. Perjalanan tersebut mengambil masa kira-kira satu jam lebih sebelum kami berhenti solat asar secara qasar dan jama’ takhir (sesetengah daripada kami dalam perjalanan ketika waktu solat Jumaat) di sebuah masjid di pekan brichang. Usai solat, kami meneruskan perjalanan menuju ke kaki bukit brichang yang terletak tidak jauh daripada kaki gunung, merentasi pasar malam yang kelihatan amat sibuk dengan orang yang membeli-belah. Maklumlah, sekarang cuti sekolah dan ramai orang membawa keluarga mereka untuk bercuti di sana. Kami tiba di kaki gunung brinchang kira-kira jam 6.30 petang.








peta perjalanan dari tanah rata ke pekan brinchang-7.8KM (sumber: google map)

Sebelum memulakan pendakian, kami diminta menyediakan lampu suluh (headlamp) kerana pendakian akan dibuat pada waktu malam. Kesejukan suhu amat terasa di situ dan kepenatan jelas terpancar disetiap wajah ikhwah-ikhwah ku tersayang..hehe. Akh saiful usm kemudiannya mengetuai bacaan doa agar Allah melindungi dan menjaga keselamatan kami semua agar tiba di puncak tanpa sebarang masalah.

Dengan semangat juang yang tinggi, kami meneruskan pendakian gunung brinchang. Namun mungkin disebabkan persediaan yang kurang dan kepenatan berjalan tadi, saya dan 2 orang lagi ikhwah (termasuk imam yg membaca doa tadi) ketinggalan paling belakang sekali berserta dengan seorang ranjer. Kami berjalan dan berhenti, berjalan dan berhenti sehingga puluhan kali. Berhenti minum sedikit dan makan coklat cloud 9 sebagai penambah tenaga. Suasana semasa itu cukup gelap dan sejuk. Hanya headlamp yang menerangi alur-alur pendakian berserta zikir yang tidak kering dalam hati. Di sinilah saya mengambil kesempatan untuk memuhasabah diri sendiri. Betapa kerdil, lemah dan hinanya diri ini. Melihat kehebatan Allah ini saya teringat lagu ‘Open your Eyes’ yang dinyanyikan oleh Maher Zain. Sungguh, manusia itu sangat banyak lupa dan alpa daripada tuhanya. Teringat firman Allah yang selalu saya paparkan dalam blog ini.

Surah Ali-Imrah ayat 190-191

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal ;( Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.

Dan Allah juga ada berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 72

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan.
peta keseluruhan perjalanan

Dalam perjalanan, 2 orang ikhwah bersama saya terjatuh. Akh saiful terjatuh ke gaung, namun, dengan  izin Allah pokok menghalangnya daripada jatuh lebih jauh lagi. Akh nik azhar pula jatuh tersadung akar pokok yang berselerak. Alhamdulillah, tiada kecederaan yang serius dan kami meneruskan perjalanan. Walaupun rasa penat dan putus asa, kami meneruskan perjalanan ke puncak. Kami tiba agak lewat sedikit iaitu kira-kira jam 10.30 malam manakala ikhwah-ikhwah lain sudah tiba lebih awal daripada itu. Alhamdulillah, sesampainya di base camp, ikhwah-ikhwah satu group sudah siap memasang khemah dan memasak nasi. Saya terus mencapai jaket dan sarung tangan yang tersedia didalam beg kerana suhu di puncak bukit teramat sejuk. Dibimbangi penyakit asthma saya muncul pula disebabkan kesejukan itu. Kemudian, kami makan bersama-sama dalam kumpulan. Sungguh nikmat rasanya ketika itu. Walaupun makananya hanyalah berlaukkan sardine sahaja, namun makan bersama ikhwah-ikhwah dalam satu bekas cukup seronok. (sudah lama juga tak makan seperti itu dengan ikhwah). Usai makan dan solat jama’, kami meneruskan aktiviti LDK sebelum masuk tidur. Saya tidak dapat tidur dengan lena akibat menggigil kesejukan. Kemudian, kami dikejutkan pada jam 5 pagi untuk solat tahjud dan subuh.


Antara wajah-wajah peserta kesejukan







p/s: Gambar dan video akan diupload nanti dan sambungan post ini akan diterbitkan nanti
Tiada sambungan untuk post ini..hehe..untuk sambungan, jemputlah ke blog sahabat saya ni ye <<Sini>>

Result? oh..

14 Jun 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran sama-sama kita rafakkan kepada Allah s.w.t atas kurniaan limpah Rahmat dan kasih sayangnya kepada kita. Selawat dan salam juga sama-sama kita panjatkan kepada Qudwah Hasanah, murrobi agung sepanjang zaman iaitu Muhammad Bin Abdullah, Rasullulah s.a.w yang dimuliakan..

Huh, hari ini, saya baru sahaja sampai kerumah daripada mukhayyam nasional yang diadakan di Puncak gunung Brincang, Cameron Highland. Kepenatannya masih terasa. (post berkenaannya akan saya terbitkan). cuma disini, mahu bercerita dan berkongsi berkenaan dengan result final exam ku yg lepas. Pulang dari program, teringin pula melihat result (walalupun dah tgk traskrip yg xrasmi) Ini dia yg rasmi.....


erkk..nampak ke? hehe.. Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah s.w.t.. benarlah apa yang difirmankan kepada Allah s.w.t
"Seseorang manusia itu, tidak akan mendapat selain apa yang diusahakannya" An-Najm ayat 39
Segala sesuatu yang diingini itu, perlulah disertakan dengan usaha, doa dan tawakkal kepada Allah s.w.t kerana Dialah yang memberikan rezeki kepada kita. Andaikata Allah belum memakbulkan permintaan itu, mungkin Dia ingin menguji kesabaran kita, atau mungkin sahaja menghapus dosa kita, atau mungkin sahaja Dia ingin memberinya di lain masa ataupun mungkin sahaja Dia mempunyai perancangan yang baik kepada kita. Ingatlah, selalulah bersangka baik kepada Allah s.w.t kerana Dia maha mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui (Al-Baqarah ayat 2:216).

p/s: Hari result diumumkan, student portal UiTM mengalami kesesakan traffik yang sungguh dahsyat walaupun ada 3 server. Maklumlah, studentnya ramai. ini juga ujian kepda kita (saya terutamanya) agar bersabar dan tenang sahaja. ^_^v

Perkongsian SKI

05 Jun 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Assalamualaikum w.b.t
Isnin, 31 Mei 2010, dengan izin Allah, saya berpeluang untuk menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh UiTM Kelantan, seminar keintelektualan Islam, Legasi Ulama' Kelantan Di Nusantara yang berlangsung di Hotal Gran Riverview, Kota Bharu.

Saya tertarik untuk berkongsi sedikit ilmu yg diperolehi dalam ucaptama ke-3 di seminar ini. Ucaptama ke-3 ini disampaikan Oleh Dato Paduka Prof. Dr. Mahood Zuhdi Abdul Majid

Khoira ummah

Seperti yang sudah sedia maklum, Allah s.w.t ada berfirman dalam surah Ali-Imran ayat ke 110 yang bermaksud
“Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). ...”
Dan panggilan lain bagi khoira ummah adalah ummata wasatta (umat pertengahan) seperti mana yang difirmankan dalam surah AL-Baqarah ayat ke 143

“Dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu..”.

Mengapa sebenarnya orang-orang islam ini degelar sebagai khaira ummah? Ada 3 ciri-ciri utama yang menonjolkan umat Islam sebagai umat terbaik iaitu
1.    -  Menyuruh kepada makruf
2.    -  Mencegah kepada yang mungkar
3.     - Beriman kepada Allah s.w.t.

Terdapat 2 konsep dalam amar makruf dan nahi mungkar iaitu konsep suruh serta larang dan dapat melakukan perubahan. Kedua-dua hal ini haruslah saling terkait bagi menjayakan konsep amar makruf dan nahi mungkar. Bagaimana kita mahu menganggap sesuatu itu sebagai amar makruf dan nahi mungkar tetapi outputnya masih sama, bahkan mungkin lebih teruk lagi.

***Tambahan***
Tentu kita pernah dengar hadith ini, bahkan ramai yang menghafalnya. Saya juga pernah mendengarnya sewaktu di sekolah lagi, cuma waktu itu, masih belum tahu/faham.
“Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya(kuasanya). Jika sekiranya ia tidak berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Dan jika ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman”. (HR Muslim)"
Mungkin sebelum ini, kita sering kali mendengar apabila orang-orang yang melihat sesuatu perbuatan maksiat, mereka akan berkata " Ah, iman aku lemah, hanya mampu membenci dengan hati" ataupun "Oh, aku tak ada badan yang tough, nanti orang tu tumbuk, mati aku, so, aku benci dengan hati je la" (mungkin termasuk saya juga). Inilah yang selalu keluar daripada pemikiran kita, betul tak?

Baiklah, semasa ucaptama tersebut, Dato Paduka Prof. Dr. Mahmood Zuhdi cuba merubah pola pemikiran yang saya rasa hampir semua orang dalam seminar itu berkenaan konsep amar makruf dan nahi mungkar. Sepertimana yang saya nyatakan tadi, ramai orang terus terjun kepada cara ketiga iaiu hanya membenci dengan hati. Saya amat tertarik dengan penerangan daripada beliau. beliau menyatakan, cuba kita terbalikkan konsep hadith diatas. Iaitu mengubah (membenci) dengan hati, mengubah dengan kata-kata dan jika tiada sebarang perbuahan lagi, ubahlah dnegan kuasa. bagaimana?

Couple LRT
Saya ingin berkongsi satu cerita yang telah diceritakan oleh seorang akhwat dalam forum Halaqah-Online berkenaan dengan pengalamannya sendiri mencegah perkara maksiat. Semasa dalam perjalanan ke suatu tempat (mungkin balik rumah @ ke program), si akhwat tadi ternampak seorang gadis yang tengah syok duduk diatas ribaan si jejaka. Andaikata kita mempunyai hati yang bersih, sudah tentu perasaan meluat dan marah timbul di hati,( terkadang rasa nak bagi flying kick terus je)- jadi ini telah terpenuhi konsep Mengubah/membenci dengan hati. Kemudian, disebabkan mempunyai nilai iman dan sensitiviti yang tinggi, si akhwat tadi memberikan nasihat dan teguran supaya si gadis tadi duduk di tempat yang kosong dalam LRT agar tidak duduk diatas ribaan jantannya si jejaka. Si gadis hanya tersenyum-senyum, mungkin berasa malu si jantan jejaka juga sama- jadi si akhwat ini telah memenuhi konsep mengubah dengan kata-kata. Melihat si gadis masih belum berganjak, si akhwat terus menarik si gadis yang duduk di atas ribaan jejakanya supaya duduk di sebelahnya dan mungkin terus me'lecture' menasihati gadis tersebut- jadi sudah terpenuh konsep yang ketiga iaitu mengubah dengan kuasa (keyakinan dan keberanian yang diberikan oleh Allah s.w.t, walaupun akhwat tersebut berasa takut juga). Jadi kita lihat jika ketiga-tiga konsep ini terpenuhi, outputnya adalah berhasil. Namun bukanlah semua konsep ini perlu terpenuhi, asalkan 2 atau 1 drp konsep ini dipenuhi dan outputnya berhasil, ianya juga turut dikira sebagai amar makruf dan nahi mungkar yang berkesan.
***********

Ulama
Maksud ulama adalah pewaris kepada nabi dalam bidang keilmuan dan gandingan para pemimpin dalam bidang kepimpinan. Ianya juga bermaksud mereka yang berilmu dan yang memimpin.

Saya tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh beliau berkenaan dengan salah faham masyarat zaman sekarang berkenaan dengan ulama’. Bagaimana ulama’ ini hanya dilihat dari satu sisi yang terlalu jumud iaitu orang hanya berpakaian jubah, serba, berjanggut sahaja digelar sebagai ulama’ sedangkan orang yang tidak berpakain seperti ini, namun tetap mempunyai PhD dalam bidang agama tidak digelar sebagai ulama’.

Antara lebai dan ulama’
Sebenarnya dalam masyarakat kita, memang ramai lebai? Kerana apa? Seseorang digelar sebagai lebai kerana pakaiannya yang berjubah, serban dan berjanggut..subahanallah, pahala kerana mengikut sunnah nabi tetap ada. Cuma, jarang sekali untuk mencari ulama’ kerana antara lebai dan ulama’ terdapat begitu jauh perbezaannya. Selain cara berpakaian, seseorang layak digelar sebagai ulama’ apabila dia mempunyai ilmu dalam sesuatu bidang. Dan bukan semua orang mampu memilikinya.

Orang melayu terkongkong dengan konsep pemikiran yang nostalgic.
Hal ini juga cukup menarik minat saya untuk terus mendegar ucaptama yang beliau sampaikan.
Antara dulu dan kini, kejayaan ulama’ dulu yang nostalgic dan kegagalan ulama’ yang tragic.
Hal ini diterangkan oleh beliau bagaimana, ulama’-ulama’ zaman dahulu cukup disegani dan masih diingati sehingga sekarang.. lihat sahaja siapa yang tidak kenal Hamka? Ulama’ terkenal di nusantara melayu. Tok Janggut dikelantan, Imam Hassan Al-Banna? Mereka-mereka ini adalah antara paraulama’ yang terkenal kerana sumbangannya kepada ummat sehinnga sekarang, umphnya masih terasa. Pemikiran-pemikiran mereka cukup mempengaruh sehingga ke hari ini..

“Islam sekarang tersepit diantara kelemahan ulama dan kejahilan ummat”-Abd Qadir Andah

Dan akhir sekali berkenaan dengan keperluan antara Islah dan Tajdid
Antara Aspek tajdid:
-Fikri (metaliti)
-Fiqhi (kefahaman)
-Thaqofi (Intelektual)
-Amali (Method Kerja)

“Malang sekali, umat sekarang meremehkan yang penting dan mementingkan yang remeh”- Malik Bin Nabi

Seminar ini berlangsung selama 2 hari. Hari kedua, saya tidak dapat menhadikan diri atas sebab2 tertentu. Namun, hari ke-2 ini lebih menarik dengan mperbentangan 34 kertas kerja berkenaan dengan legasi ulama di negeri kelantan. Tajuk-tajuk pembentangan cukup menarik.

p/s: sudah lama tidak menyertai seminar seperti ini yang berlangsung dihotel. saya dan seorang lagi kawan saya berpakaian corporat (baju kemeja + tie-seperti yang diminta dalam sms). Namun apabila sampai disana, kelihatan pakcik-pakcik yang diantaranya hanya berpakaian jubah, kain pelikat + seliapar jepun sahaja..oh..

Yeah..aku sokong judi

04 Jun 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Assalamualaikum w.b.t
Baru-baru ini, kita digemparkan dengan kes dimana seseorang yang berstatus YB bersetuju untuk memberi lesen kepada penjudi-penjudi di Malaysia agar mereka dapat berjudi secara "HALAL". Banyak reaksi daripada pelbagai pihak berkenaan isu ini. ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju. Masing-masing mempunyai kepentingan yang tersendiri. Ada yang berjuang untuk mempertahankan agama Islam, yakni Aqidah umat islam.. ada pula yang menyokong kerana boleh menambahkan lagi isi poketnya. Baiklah, sebelum itu, apa kata kita lihat gambar dibawah...

Gambar: Kanvas rentang yang menunjukkan sebuah entiti politik yang menyokong hal ini

Dalam hal ini, saya bukanlah mahu membawa isu politik (saya kurang gemar dengan pola politik dimalaysia sebenarnya, namun perlu ambil tahu juga), namun persoalan aqidah dalam kalangan umat islam dimalaysia. Ianya seolah-olah menjadi satu permainan pihak-pihak tertentu untuk mengaut keuntungan tanpa mepedulikan apa yang telah ditetapkan oleh syariat. Sedangkan dalam Al-Quran, telah jelas Allah terangkan berkenaan hal ini.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 219
“Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya..."
 Dan surah Al-Maidah ayat 90
 “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan."
 Jadi disini, telah jelas keharaman judi. Tidak kiralah judi yang 'Halal' atau pun 'Haram', asalakan namanya 'JUDI' tiada yang boleh dikatakan halal melainkan haram semuanya.
Bagi mereka-mereka yang masih mempunyai akal fikiran yang waras serta mengaku sebagai seorang Islam, sama-samalah kita merenungkan apa yang difirmankan Allah s.w.t. Janganlah biarkan nafsu dan kepentingan diri menguasai diri. bertindaklah dengan akal fikiran anda kerana masyarakat sekeliling tidak bodoh, tetapi andalah yang kelihatan bodoh sebenarnya..
wallahualam..

p/s: gambar tersebut diambil daripada facebook..
dan saya menentang dengan SEKERAS-KERASNYA hal ini.. tajuk entry ini hanyalah satu bentuk sindiran sahaja.. ^_^
 

Kami tidak redho sebagaimana engkau jua..

02 Jun 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.



Assalamualaikum w.b.t
Dunia digemparkan dengan kekejaman zionis yahudi laknatullah, menyekat dan membunuh 19 aktivis keamanan dan mencederakan 60 lagi aktivis lain dalam rangka talian hayat untuk gaza bagi menyampaikan bahan makanan, pembinaan dan perubatan kepada penduduk palestin  di Gaza yang sekarang ini menderita disebabkan sekatan yang dilakukan negara-negara jiran termasuk mesir yang juga SAUDARA SEAQIDAH mereka.

Kebanyakan penduduk dunia mengadakan demonstrasi membantah tindakan kejam yang dilakukan oleh Rejim zionis itu. sebagaimana yang kita sedia maklum, penanahan dan pembunuhan yang dilakukan oleh rejim laknatullah itu dilakukan di perairan antarabangsa dan mereka mendakwa bahawa konvoi yang disertai lebih 600  orang aktivis keamanan itu membawa senjata kepada penduduk di Gaza.

Namun disebalik semua itu, ada hikmahnya tersendiri. Semua mata dunia terbuka melihat siapa sebenarnya pengganas. Adakah orang Islam atau mereka? SAUDARA SEAQIDAH, MESIR pula mula membuka sekatan dan membenarkan rakyat palestin di Gaza mendapatkan bekalan makanan dan perubatan sejak sekatan yang dimulakan pada tahun 2003 sebaik sahaja HAMAS menguasai Gaza. Beberapa buah kapal lagi dari TUrki dan Malaysia sendiri sedang menghampiri Gaza untuk menghantar bantuan kepada mereka disana.

Apa yang penting sekarang ini, sama-samalah kita doakan kesejahteraan peserta-peserta konvoi agar mereka selamat dan tidak diapa-apakan oleh rejim zionis yang zalim ini. Dan semoga penduduk-penduduk dipalastin tabah dan sabar meghadapi ujian dan dugaan ini.

Dan marilah kita semua, sama-sama membuat solat hajat serta membaca doa Qunut Nazilah dalam setiap solat kita agar Allah meruntuhkan, melemahkan dan mengkucar-kacirkan rejim yang zalim dan kejam ini.


Dan kami tidak Redho kepada engkau sebagaimana engkau tidak redho kepada kami..

Pencerahan 2

29 Mei 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHAN

Assalamualaikum w.b.t
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini..
saya tahu, ramai yang singgah utk membaca post 'Slipa Boyo' kerana isu ini amat hangat di facebook dan laman2 blog..sehinggakan traffic blog ini meningkat kira-kira 1000 orang dalam masa 2 hari..
tahniah kepada individu-individu yang cukup prihatin terhadap isu ini. ini menunjukkan bahawa, anda memang benar-benar cintakan Allah..subahanallah, alhamdulillah..

Terima kasih juga kepada mereka-mereka yang memberi komen-komen yang membina..sebenarnya, saya dapat belajar banyak benda daripada anda semua.. cuma, sedikit 'pencerahan' yang ingin saya nyatakan disini. Post berkenaan dengan 'slipa boyo' ini sebenarnya hanyalah pandangan peribadi saya sendiri daripada fakta-fakta serta pengalaman-pengalaman saya yang lepas. saya lebih cenderung untuk mengatakan hal ini tidak benar berdasakan apa yang saya perhatikan. terpulanglah kepada individu untuk mempercayainya atau tidak.. Andai kata ianya benar seperti apa yang didakwa, tunjukkan bukti dan fakta yang membenarkan ianya benar dan kita sama-sama menyebarkannya.. dan dengan itu, saya tidak mahu lagi mengeluarkan sebarang komentar berkenaan isu ini..cukuplah apa yang telah saya tulis dan komen sebelum ini.. Moga kita semua  dipandu oleh Hidayah daripada Allah s.w.t.
wallahualam..

Slipa boyo?

26 Mei 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Assalamualaikum w.b.t buat pembaca budiman sekalian..
agak lama juga tak update blog ni. baiklah, pada kali ini saya ingin berbicara berkenaan dengan 'Slipa boyo' yang tengah hot skarang..





Selipar (selepas ini, dieja ‘slipar’) croc merupakan slipar yang amat mahal. Hanya golongan yang berpendapatan tinggi sahaja biasa memilikinya. Namun kebelakangan ini, slipar croc telah dijual dengan harga yang agak murah (mungkin tiruan).

Namun halnya di sini, saya bukanlah nak membahasakan berkenaan dengan harga, kualiti slipa croc ( slipar boyo-bahasa Kelantan) dan buaya2 yang memakainya (opss..), namun berkenaan dengan sesetengah pihak yang mengclaimkan bahawa logo rasmi selipar tersebut mengsimbolkan kalimah ‘Allah’ hal ini telah tersebar luas di blog2 dan juga mukabuku..berbagai persepsi yang telah diutarkan oleh orang ramai....sebelum itu, kita lihat gambar di bawah.

Logo Rasmi Croc



yang dikatakan terkandung kalimah 'Allah'

gambar yang lebih 'jelas' lagi

Baiklah itu yang dikatakan oleh ‘mereka’ dan ini pula yang dikatakan oleh saya:

ianya boleh jadi 'Ali'

atau 'Ain'

atau 'Awi'

ataupun 'Ahmiez'..opss..(bleh ke? haha)

Baiklah, jom kita lihat gmbar dibawah dengan teliti..jelas tidak sama dengan apa yang dinyatakan


bagaimana bahagian atas mulut buaya itu dikatakan membentuk huruf 'Alif' dan 'Lam'??? mengarut bukan?
kalau pun nak jadi kalimah 'Allah' sepatutnya macam ini:


buaya ini patut ada mulut extra dibahagian atasnya..dan ini tidak logik..haha (telah diedit)

Pesanan saya:
Buat semua yang mempercayai benda ini, beristighfarlah.. mungkin ada sesetengah pihak yang sengaja bermain dengan isu-isu sensetif seperti ini. bukalah mata dan fikiran anda. usah terima sesuatu itu dengan bulat-bulat. Dalam isu ini, sekali pandang sahaja saya sudah dapat membaca ianya tidak benar dan mengarut. Bukan lah saya mahu menyokong produk ini atau segala berkaitan dengannya kerana saya sendiri tidak memiliki ataupun mendapat apa2 saham daripada produk croc ini.
Terkadang kita terlalu obses dan membuta tuli metafsir sesuatu. memang saya tidak nafikan dalam persekitaran kita, 'benda-benda' seumpama ini memang ada, namun, terserahlah kepada akal fikiran kita untuk melihatnya. Andaikata pencipta/pemilik croc ini tidak berniat pun untuk mensimbolkan kalimah 'Allah' ini pada produknya, bukankah itu satu fitnah dan kita telah menzalimi mereka walaupun mereka ini kafir? sama-samalah renung-renung dan fikir-fikirkan..

Banyak lagi benda yang kita patut fikirkan.. aurat kita dah sempurna ke ditutup? banyak mana kita beristighfar hari ini? dah solat kebelum? berapa kali sudah aku katam al-Quran? dan sebagainya..benda-benda ini yang lebih utama dan patut kita tekankan.. tak gitu?

satu ayat Al-Quran buat renungan bersama

"190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;

191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.."
Ali-Imran ayat 190-191

Wallahualam... ^_^ chill up Iman anda dengan Al-Quran


p/s: usah tonjolkan kedangkalan dan kebodohkan kita ^_^v

Belajar mewarna

04 Mei 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Post ringkas..sekadar perkongsian..
Gambar dibawah ini edit dengan photoshop..sekadar melepaskan bosan study dikala final exam melanda..

Gambar asal, dilukis oleh Hafiz, bdk business

Diedit dan diwarna oleh saya sendiri (budak bru belajar la katakan)

p/s: my last final exam paper is on this sunday, 9 May 2010..pray for our seccess..
Target sem ni: InsyaAllah 4.0 ^_^

Evaluasi semester: Semuanya sebab Allah

23 April 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal; (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka."

subahanallah, teramat indah sekali ungkapan bait-bait firman Allah s.w.t seperti yang dinukilkanNya dalam surah Ali-Imran ayat ke 190-191. Sungguh, ayat-ayat inilah yang seringkali terngiang-ngiang dalam kota fikiran dan senantiasa melekat dihatiku.

Sudah menjadi rutin buat diriku, setiap kali habis semester, aku akan mengevaluasi diri dan perjalanan hidup sepanjang semester. dan semester kali ini, ckup memberi kelainan dalam diriku, belajar di sebuah tempat yang baru, dalam lingkungan yang baru dan suasana persekitaran pemikiran-pemikiran yang baru, sudah tentu memberiku satu cabaran lebih-lebih lagi dari segi pembinaan iman. dan sesungguhnya, aku dapati dalam setiaa aturan perjalanan yang ditentukan oleh Allah itu, pasti ada hikmah disebaliknya. Dan ingin aku kongsikan dalam bait madah dibawah..

Aku tersenyum dan berfikir..
Terkadang, ada masanya, Allah uji kita dengan kegagalan,
agar suatu hari nanti, apabila Allah berikan kejayaan, kita tidak akan berasa riya' dan bangga,
dan akan senantiasa bersyukur denganNya,
kerna, kejayaan itu adalah hak milik Allah, begitu juga kegagalan yang diberikanNya.
Bagaikan sebuah pepatah melayu "Ular menyusur akar, takkan hilang bisanya.

Terkadang, ada masanya, Allah uji kita dengan kesusahan menjaga iman,
agar suatu hari nanti, kita akan mampu berfikir dan menilai, betapa bernilainya sebuah nilai keimanan.
kerna keimana itulah yang bisa membentuk dan memandu kita kearah kebaikan
dalam rangka mencari cinta dan redhaNya, melangkah mencari husnul Khatimah,

Terkadang, ada masanya Allah uji kita dengan kesukaran berukhuwah,
agar suatu hari nanti, apabila Allah berikan nikmat berukhuwah itu,
kita bisa memegangnya dengan kuat dan utuh,
laksana rantain tasbih yang tiada berhujung,
kerna nilai seorang ikhwah itu takkan sama harga sejongkokg emas.

dan terkadang, akan ada masanya Allah uji kita dengan nikmat tarbiyyah,
agar suatu hari nanti, apabila kita mentarbiyyah insan lain,
kita akan bisa merasai, betapa beruntungnya dikurniakan nikmat tarbiyyah,
kerna bukan semua orang dapat memahaminya, jauh sekali merasai nikmatnya..

Apa yang penting, bersangka baiklah dengan Allah s.w.t atas ujian yang diberikannya kerna demi Allah, aturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t tu teramat cantik dan indah sekali. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216:


"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."


Alhamdulillah, sekrang dalam meniti hari-hari stdy and exam week..mohon doa daripada semua agar dipermudahkan olehNya.. juga buat ikhwah-ikhwah dan akhwat-akhwat, jangan dibiarkan study menjadi fitnah kepada dakwahmu atas kegagalannya..Maa taufq wan najjah fil imtihan buat semua ikhwah wal akhwat yang disayangi kerana Allah, juga buat sahabat-sahabat ku.. moga Allah permudahkan urusan kalian semua ya..^_^ salam imtihan daripadaku..



p/s: currently tengah study account and programming.~~

 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Eksekutif IT di sebuah syarikat Oil and Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts