HDR Photo

24 November 2009

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Alhamdulillah, segala puji dan puja sama-sama kita abadikan kepada Allah s.w.t sang pencipta alam..
Saya sekarang berada dirumah, hujan amat lebat dikelantan menyebabkan beberapa perkara tergendala.. Hanya 'terperuk' didalam rumah, menonton discovery channel dan cuba untuk menghabiskan bacaan buku-buku dakwah dan agama. Bosan, seperti biasa, saya akan menemani 'bini' saya, lappy Acer Aspire 4710, sama2 berhibur dengan software favorite, Adobe Photoshop.. kali ni, saya nak belajar cara2 untuk generate HDR photo.. Ape itu HDR photo? Ha..yang itu kita tak tahu....kalo nk tahu, boleh klik disini... sini... sini
Ini dia hasilnya yang saya ingin kongsi sedikit dengan anda..kalo ada permintaan nanti baru saya buat tutorialnya..xsusah..boleh cari kat internet..enjoy...

Gambar Asal
Gambar HDR (Masjid Al-Mukharamah, Damansara)

Gambar Asal
Gambar HDR (Semasa Jaulah ke Pangkor)

Gambar asli

Gambar HDR (menara masjid Al-Mukharamah)

Gambar Asli

Gambar HDR (Graduasi Fiver MRSM Kuala Krai 2006)

Generated guna software Photomatix pro 3.2..boleh donlod kat internet..search kat pak cik google

p/s: saya budak baru belajar..kalo salah, tolong ajarkan..jangan tunjuk je..hehe ^_^v

Hari Ihtifal tadika PINTAS

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Alhamdulillah wa syukurlillah kerana masih diberi kekuatan dan kesempatan kepada kita untuk sama-sama bernafas, serta meneruskan perjuangan hidup sebagai hamba Allah s.w.t di atas muka bumi milikNya ini. Subahanallah..

Pada hari sabtu yang lepas, tadika PINTAS atau nama penuhnya tadika pintar anak soleh telah mengadakan hari ihtifalnya kali yang ke-2. Alhamdulillah, program berjalan dengan baik sekali dengan izin Allah s.w.t, serta hasil usaha teacher-teacher tadika, bantuan ikhwah wal akhwat serta kerjasama daripada Ibubapa serta adik2 tadika pintas sendiri. Tadika PINTAS ini telah dibuka sejak 2 tahun yang lalu dan ini merupakan generasi Rabbani ke-2 lahir daripada tadika ini sesuai dengan motto tadika PINTAS iaitu Speeding toward Rabbani Generation. Program bermula pada awal pagi lagi. Taklimat diberikan kepada semua urusetia ikhwah wal akhwat pada jam 8 pagi usai bersarapan. Ramai juga ikhwah wal akhwat yang hadir untuk membantu melancarkan perjalanan program. Walaupun program ini dilihat kecil sahaja, namun, ia tetap meriah dengan suasana anak-anak pintas yang comel-comel dan ‘nakal’ itu. Ini merupakan program tadika pertama yang pernah saya sertai setelah keluar daripada Tadika Pasti kira-kira 14 tahun dahulu..walaupun hanya menjadi salah seorang AJK membantu technician dan cameraman, ia tetap seronok dan menghiburkan apabila melihat adik-adik pintas membuat persembahan. Gambar-gambar dibawah menceritakan hampir semuanya..



Pelajar Tadika Pintas yang 'grad' memasuki dewan

Tilawah Al-Quran oleh pelajar tadika pintas (Adk Ar-Rayyan)

Ibu bapa yang hadir



Pementasan Muzikal drama-Sumayyah


Pementasa drama-keluarga sumayyah diseksa

Choral Speaking

Rehearsal Hari Ihtifal-sehari sebelum


Ibu bapa melihat hasil kreativiti anak-anak mereka di bahagian pameran

Subahanallah...apa2 pon, hari ihtifal ni cukup menarik dan menghiburkan apabila melihat telatah anak-anak pintas membuat persembahan mereka. Tahniah kepada semua yang terlibat. Moga Tadika pintas terus maju di masa akan datang, melahirkan lebih ramai lagi Anak-anak yang soleh2..wallhualam

p/s: dialog diatas hanyalah rekaan semata-mata..huhu..ape2 pon, teacher2 PINTAS memang garang-garang..eii..takutnyer..haha

Link Ke tadika PINTAS

Infaq

21 November 2009


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Alhamdulillah, masih diberikan oleh Allah s.w.t kesihatan yang baik dan sempuran..segala puji dan yukur aku sembahkan padaMu ya Allah.. Hari rabu yang khamis yang lepas, saya berkesempatan untuk membuat sedikit pahala dihospital. Saya tiada apa2 skarang untuk diinfaqkan..duit pon xcukup utk makan, al maklum la, tanam anggur sekarang..(sbrnya, itu bukan alasan..huhu).. jadi saya dan seorang lagi ikhwah bercadang untuk menderma darah..darah ye, jgn tertinggal H pula, nanti jadi lain plak, mcm samy vellu pernah sebut kat TV dulu..saya dan sahabat (baca: ikhwah) ni masih teruna lagi. Usai menghantar seorang ikhwah ke stesen KTM kerana beliau perlu ke Kajang, kami berdua merempit ke Hospital besar Ipoh.. dah lama juga xderma darah neh..dah lebih 5 bulan dah..sepatutnya 3 bulan sekali. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan, usai menjawab beberapa soalan dalam kertas (soalan yang sampai kiamat pon xakan kuar dalam SPM) dan menimbang berat badan, proses mencucuk pun bermula.. Amir senang sahaja Nurse cari urat lengan dia, saya pula, agak sukar..mungkin bisep terlalu besar kot..haha..lepas jarum dicucuk, bermula lah operasi menyedut lemak..ops, menyedut darah..


Berehat seberntar selepas mengeluarkan darah dari lengan


saya pon berehat juga..xlama pon derma ni, dalam 1/2 jam je


xsakit pon. ala, bak kata orang-orang tu dulu, macam kene 'ketik' (gigit) semut je

Jangan beli barangan ini dengan sengaja. Kalo dapat free, layan

Usai menderma darah, kami pun diberi minum milo kotak dan biskut tiger yang jelas-jelas patut diboikot kan.. tapi takpe la, rezeki kami..tapi kalo dibeli secara sengaja, saya tak akan sesekali lakukan..serius!! Alhamdulillah..dapat juga menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang manusia.. diharapkan agar darah yang saya derma itu, dapat kepada orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah, mana la tahu, bila dapat darah saya tu, orang tersebut dapat menjadi sihat, dapat beribadah kepada Allah dengan tekun dan baik, dapat berdakwah lagi ataupun paling kurang berjihad hingga syahid, insyaAllah, ada rezeki, pahalanya pon saya akan dapt.. so, pada sesiapa yg masih ragu2 untuk menderma darah, tak perlu ragu-ragu la ye..n lelaki-lelaki yang takut untuk menderma darah, mungkin bleh cek balik kejantanan anda..haha..wallhualam..

p/s: afwan, entry kali ni sempoi2 saje.. nk rush sebb kejap lagi saya akan naik bas ke kelate..Moga Allah menyelamatkan dan permudahkan saya, ameen..ops, ada orang acccident moto kat jalan depan asrama saya..astagfirullah..

Smart Education Induction Camp IV (SEIC 4)

20 November 2009

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Alhamdulillah, saya dalam proses menyudahkan kerja-kerja Pra Penjana. program tahunan yang diadakan oleh Purebase Training center, sebuah syarikat motivasi terkenal di perak. Walaupun pada mulanya banyak berlaku masalah, namun, dengan izin Allah, semuanya kembali ok. Segala puji bagiMu ya Allah. Manusia hanya mampu merancang, namun Allah yang Maha Kuasa menentukannya.

Pada program SEIC 3 tahun lepas, saya menjadi urusetia pendaftaran dan juga team Media. Namun begitu, pada program kali ini, saya tidak dapat turut serta disebabkan perlu menguruskan kemasukan ke universiti. Hanya doa yang saya mampu panjatkan agar program ini berjalan dengan baik dan diberikan kekuatan oleh Allah kepada ikhwah-ikhwahku untuk menjayakan program ini. Ameen.

Link ke SEIC III
Link ke Video SEIC III

Travelog seorang hamba- 2

18 November 2009

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Alhamdulillah..saya selamat sampai di kepala batas. Singgah sebentar bertemu ikhwah tercinta yg bekerja sementara disana menanti panggilan daripada UiTM.. sempat juga saya bermalam sehari disana, sekadar memenuhi jemputan ikhwah dan menemaninya yg keseorangan. Haritu dia ajak juga saya bekerja bersamanya, namun, beberapa komitmen dakwah perlu saya siapkan di perak ni. Malam tersebut, amir belanja makan.. fuh, superb ar.. mee goreng udang + udang tepung. Memang best sbb xpernah makan. Alhamdulillah..rezeki Allah berikan. Jazakumullah ye akh..nanti ana belanja antum pula ^_^. Usai menghabiskan sesi makan, kami pulang kerumah. Amir plak membantu saya mengiklankan kamera yang saya nk jualkan. komisyen, saya akan bagi sket..haha.. bosan, saya mula surfing internet. Layan Facebook. melayan karenah ikhwah2 secara maya. haha.. subahanallah, saya cukup gembira sekali melayan ikhwah2 ni. walaupun secara maya, tp ukhuwah itu tetap terasa. Terutama skali ikhwah-ikhwah dari sabah. ikhwah yang jarang dan ada juga xpernah ketemu, hanya mengenali melalui blognya sahaja. Begitu indah sekali nikmat ukhuwah yang Allah berikan. Macam-macam perangai ikhwah ni, dan inilah yang menyuburkan nilai ukhuwah tu. Apa yang penting, kita seharusnya berlapang dada dalam menghadapi sikap sesetengah orang, dan kita tidak boleh agar sikap seseorang mesti sama dengan apa yang kita mahukan.

keesokan paginya, usai solat dhuha, saya terus bertolak ke Alor star, menunggang Honda Wave 100 KCD 5*** yang banyak berjasa tu. Meninggalkan amir dirumahnya. InysaAllah, dia pun akan menamatkan kerjanya disitu 2,3 hari lagi dan akan pulang ke Melaka. Sepanjang perjalanan, tiada apa yang menarik. Saya hanya melayan lagu-lagu 'Favorite' seperti damai bersamaMu nyanyian hadah Alwi, Negri yang terluka-Izzatul islam n beberapa lagi nasyid2 dari penyanyi kegemaran saya seperti Opick, Raihan, Shoutul Harakah n etc. Nasyid-nasyid yang cukup untuk mengingatkan saya selaku seorang hamba kepada Tuhan pencipta alam, Allah s.w.t. Perjalanan ke alor star tidak mengambil masa yang lama. kira-kira 1 jam lebih daripada kepala batas, pulau pinang. Sebelum keluar daripada Exit Alor star (U), sy ditahan polis, masa itu ada sekatan. Alhamdulillah, tiada apa yang berlaku. polis sekadar memeriksa IC, Lesen dan 'Roadtax' sahaja. Pejalanan diteruskan, masuk ke bandar alor star. Kelihatan Menara Alor star tersergam di tengah-tengah bandar. Menara ini boleh dilihat semasa berada di 'highway' lagi. Tak de la tinggi sangat, tp dalam alor star, barangkali menara inilah yang paling tinggi.Alhamdulillah, saya selamat sampai di rumah abang. Pada mulanya, saya ingin tunggu dia mnegambil saya di pejabat dia bekerja sebab saya tak tahu sangat jalan. Tapi saya tekad untuk mencari sendiri berpandukan ingatan saya yang pernah berjalan2 di sekitar bandar 2 kali sebelum ini bersama abang. Subahanallah, dengan izin Allah, saya berjaya.

Menara Alor Star, kedah.
2,3 hari tinggal disana, biasa-biasa sahaja. sekadar menemani abang saya, berbual-bual dengannya dan cuba untuk menasihatinya dalam beberapa perkara. Bab nikah pun ada, tp tak taulah..mungkin adiknya ni dulu kot yang akan nikah dulu..semasa ketiadaan abg saya bekerja, sempat juga layan cerita KCB (Ketika Cinta bertasbih). Cerita ni layaknya lagi bagus daripada Ayat-ayat cinta. Lebih terjaga. Mungkin dalam entri lain saya boleh ceritakan.

3 hari disana, saya bercadang untuk pulang. beberapa kerja dakwah perlu disiapkan. Pertama kali menaiki tren dari alor star pulang ke batu gajah. Perjalanan yang sangat panjang saya rasakan. Kebiasaannya, jika menaiki bas, ianya hanya mengambil masa kira-kira 3 jam sahaja, tetapi dengan train, ianya 3 kali ganda lebih lama. saya pulak, xperasan masa perjalanan. Saya bertolak jam 6 petang dan sampai di batu gajah jam 3 pagi, lebih kurang 9 jam. Bosan juga diatas train, mujurlah Al-Quran, Buku dan MP3 kesanyangan saya menjadi peneman. Bosan dengar MP3, buku yang saya layan, habis baca buku, saya baca Quran dan mentaddaburnya. begitula sehingga sampai. Cuba juga untuk tidur tetapi xlena. Sampainya disana, rumate saya sedang menunggu, bersama seorang lagi ikhwah yang kelihatan penat setelah pulang dari program dakwahnya. Moga kalian semua dirahmati Allah atas usaha dakwah kalian, sungguh, aku mencintaimu kerana Allah ya ikhwahku. Alhamdulillah, kami sampai diuniversiti. Alhamdulillah. lengkaplah jaulah seorang hambaNya.

Quran kesanyangan saya. sempat juga snap atas train

Maha suci Allah yang menciptakan seluruh alam, bumi langit dan seluruh isinya. Melalui jaulah tersebut, saya dapat merasakan iman ini bertambah. melihat kebesaran Allah s.w.t cukup untuk menaikkan iman. Ditambah lagi dengan berukhuwah dengan ikhwah. Subahanallah, terima kasih ya Allah atas nikmat kurniaan rahmatMu.. tiada terucap oleh kata-kata. Hanya padaMu aku berserah dan hanya padaMu sahajalah aku bertawakal. tunjukkanlah aku kejalanMu yang lurus, jalan yang diredhaiMu dan bukan jalan orang-orang yang dibenci olehMu ya Allah..ameen..

wallahualm

Travelog seorang hamba-1

14 November 2009

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Alhamdulillah..Allah masih berikan kepadaku peluang untuk terus bernyawa..melihat, menilai dan mentafsir alam ciptaanNya yang Maha Hebat ini..subahanallah..segala puji-pujian itu, sama-sama kita kembalikan kepada sang Pencipta alam..

Sudah hampir seminggu saya merancang untuk ke kedah.. alhamdulillah, pg tadi, Allah izinkan saya memulakan perjalanan. Saya bangun awal pagi untuk bersolat tahjud dan hajat, moga Allah selamatkan dan permudahkan urusan perjalanan saya pada hari ini. Tujuannya adalah ingin menghantar pulang motorsikal yang saya pinjam daripada abang saya yang sekarang bekerja di Alor star, kedah. Moga-moga motosikal yang dipinjamkan oleh abg saya tu, memberikan kembali pulangan pahala kepadanya kerana banyak digunakan utuk tujuan dakwah insyaAllah..

Alhamdulillah, perjalanan pagi tadi berjalan lancar dengan izin Allah s.w.t.. dan saya selamat sampai di kepala batas.singgah di rumah seorang ikhwah, dan insyaAllah saya akan sambung kembali perjalanan ke Alor star pagi esok yang mungkin mengambil masa 1 jam lagi.

Kali ini, saya hanya ber'jaulah' seorang diri, menunggang motor Honda Wave 100 bernombor plat KCD 5***, meluncur 90-100 KM/jam menelusuri lebuhraya Utara selatan. MP3 menjadi peneman sepanjang perjalanan. Memperdengarkan alunan nasyid yang begitu menyentuh jiwa yg banyak berdosa ini, mengingatkan saya yang banyak melakukan khilaf dan lalai ini kepada Allah s.w.t.. seperti biasa, saya terusakan sesi muhasabah diri kerana masa inilah antara masa yang paling saya sukai untuk bermuhasabah. Saya pandang ke kiri dan kanan, memerhatikan alam ciptaan Allah s.w.t. terdetik dihati beberapa ayat dalam kitab suci yang paling saya sayangi.



190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;
191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. Ali-Imran ayat 190-191
Subahanallah..hati ini memuji-muji kebesaran Allah..kagum dan takjub melihat bukit-bukit dan gunung-gunung yang tersergam kukuh mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Terdetik juga dihatiku..bagaimana bisa sebuah bukit dan gunung yang sebegitu kukuh ini hancur berkecai sekiranya ianya memegang sesuatu amanah seperti diperkatakan oleh Allah s.w.t dalam Quran

72. Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan.-Al-Ahzab ayat 72

Maha suci Allah, sungguh berat sesuatu amanah itu untuk dipikul. Namun, masih ramai orang yang bermain-main dengan amanah. Amanah digunakan untuk mendapat keuntungan dunia, amanah diabaikan dek kepentingan diri. Moga saya tidak tergolong dalam golongan yang bermain-main dengan amanah walaupun terkadang saya juga tidak mampu menjalankan amanah dengan baik, lebih-lebih lagi amanah dalam satu-satu posisi saff dakwah..astagfirullah...

Perjalanan diteruskan, memerhati sawah yang terbentang menghijau, menghiasi jalanan sehingga ke ufuk timur dan barat. Indah dan mendamaikan. Sejuk mata memandang, subahanallah, indah sungguh alam ciptaan Mu, alam ditadabur dengan penuh rasa syukur. Sesampainya di exit ke jambatan Pulai pinang, kelihatan banyak bagunan-bangunan. kenderaan juga penuh sesak. saya memberhentikan motosikal, meter tolok minyak hampir melepasi garisan merah E menandakan minyak sudah hendak habis. Nasib baik bawa minyak 'spare' dalam botol, xpayah nk pg cari stesen minyak.

Usai mengisi minyak, saya meneruskan perjanalan sehingga sampai di exit Kepala batas. saya Terus menyelusuri exit highway dan terus menuju dimasjid berdekatan. Saya dah berjanji dengan amir untuk mengambil saya kerumah dia bekerja sekarang, Andalus Islamic media. Singgah sehari sekadar untuk bertemu dengan ikhwah, sambil merapatkan ukhuwah. InysaAllah, perjalanan diteruskan pagi esok ke Alor star..


Rehlah jalinan kasih sayang

02 November 2009

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, semalam, saya dan kawan-kawan (ikhwah-ikhwah) berpergian ke Teluk Nipah di pulau pangkor.. program rehlah pada kali ini yang diberi nama Rehlah Jalinan kasih sayang cukup terpaku di hati.. kami berkumpul di sebuah surau di tronoh pada sebelah malam sabtu untuk satu pengisian berkenaan dengan persediaan-persediaan menghadapi final exam oleh seorang lecturer UTP yang juga sedang mengambil master dalam bidang Petroleum engineering di UTP. Pengisian yang bagus, berinformasi dan penuh dengan gelak ketawa bilamana pengisi menceritakan bagaimana pelajar-pelajar yang ambik master ni menghadapi final exam mereka..usai pengisian, hampir semua diantara kami singgah ke restoran mamak kegemaran di tronoh..usai 'supper', kami pun pulang ke surau dan tidur..

Tepat jam 4.15 pagi, kami semua bangun untk bersolat tahjud, hajat, taubat dan sebagainya lagi..alhamdulilah.. solat malam memberikan ketenangan hakiki kepada jiwa-jiwa yang inginkan cintaNya.. Selepas solat subuh, kami mula bertolak ke Lumut untuk menaiki feri ke pulau pangkor.

sepanjang perjalanan, beberapa masalah kecil berlaku. alahmdulillah, ianya dapat diselesaikan dengan izin Allah s.w.t. Kami sampai disana agak terlewat daripada tentatif. Namun begitu, kami sempat bersarapan dahulu di tempat letak kenderaan dalam kawasan masjid di Jeti lumut..usai sarapan, kami terus bergerak ke jeti utk ke pulau pangkor dan seterusnya menaiki teksi van utk ke teluk nipah. Biarlah gamabr2 dibawah sahaja menceritakan segala-galanya..^_^


Marwan mengisi angin dalam tayar

Amir, datang jauh dari penang

Atas ferry Mesra ape tah..

Atas ferry juga

Zuber, ditanam dalam salah satu game

Syafiq pula ditanam (tanam serentak dengan zubair)

Memasak dipulau setelah penat ber'snorkeling'


Istana kumpulan orange

Istana kumpulan Hitam

Snorkeling di sebuah pulau kecil

Peserta di'iqob' setelah kalah..huhu

Ikhwah-ikhwah yang ku sayangi dan cintai

Bangunan manusia, top of the world..haha..kami menang!! o_0

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan baik sekali..syukran wa jazakumullah kepada ikhwah-ikhwahku sekalian.. salah satu program yang cukup best dengan temanya 'santai tapi bahaya'..memang bahaya..sepanjang program ini, setiap kumpulan diberikan barang amanah dan seorang dalam group kami diminta untuk menjaga barang amanah tersebut..namu begitu, kedua-dua kumpulan tidak berjaya menjaga amanahnya dengan baik sehingga dua serigala hensem iaitu saya dan roomate saya berjaya mencuri barang amanah daripada group lawan masing-masing (mmg kami diamahkan oleh urusetia utk mencuri barang amanah tersebut..hehe)..Apa-apa poun, program kali ini berjaya merapatkan ukhuwah antara kami dengan izin Allah s.w.t dan kami cukup enjoy dan relax memandangkan minggu depan adalah minggu final exam.. doakan agar kami terus tsabat dalam jalan dakwah ini dan juga sukses dalam pelajaran masing-masing..wallahualam.. moga Allah memberkati usaha kami mencari redhanya.

 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Eksekutif IT di sebuah syarikat Oil and Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts