Lempang satu..eh..lempeng

20 Jun 2009

Masa menghadiri liqo’ negeri minggu lepas, kami diminta untuk belajar 1 resipi daripada emak masing-masing..saya pun terfikir juga la ape yang nk belajar ape kan, pizza ke, nasi goring bantal peluk ke, mee panggang kari berais ke..ape2 la.. then, mlm smlm saya rasa agak lapar (walaupun ptg tu dah makan..hehe), tetibe terfikir pulak nk makan lempeng, ha, ape lagi, saya terus Tanya mak saya macam mana nak buat dan terus pegi kedai untuk beli barang-barangnya.. sampai dirumah saya terus buat..ni ha resepinya..jangan bagitau orang lain tau..

Lempeng Santan Secret Recipe

2 biji telur

300gm gandum

1/2 bungkus Mauripan (serbuk penaik)

5 sudu gula (ikut selera @ secukup rasa)

1/2 kotak kecil santan segera (lagi best kalo guna santan fresh)

3 gelas air

(*semua sukatan yang saya nyatakan disini hanya anggaran sahaja sebab mak saya main pakai letak je-orng professional la katakan..em..)

Cara nak buat (senang je)

1-campurkan semua bahan-bahan tadi dalam satu mangkuk

2-kacau sehingga semuanya sebati, kalo rasa bahan2 td xcukup, boleh la tambah2 sendiri

3-biarkan selama 30 minit supaya adunan tadi kembang (naik sendiri tanpa disuruh)

4- bila adunan dah naik, boleh la mula menggoreng lempang..eh lempeng tersebut dalam kuali tidak melekat..

5-kalo guna sudu, boleh ambil dalam 4 sudu adunan tersebut, tapi kalo guna senduk, ambil

dalam 2 senduk dah cukup (nanti kalo ambik lebih jadi kek plak..)

6-selepas masak, boleh la diangkat dan dihidangkan dengan air minuman dan kuih-muih yang dibeli di pasar malam (orang bujang la katakan..hehe)..




1.Adunan lempeng tersebut setelah di kuca (digaul) sebati


2. Lempang..eh..lempeng digoreng setelah naik sendiri tanpa disuruh

3.Lempeng yang sudah siap dimasak dan sedia untuk dilantak (dimakan)

Jadi boleh la anda semua mencubanya. Ha, bagi pelajar university, boleh la dijadikan sebagai sarapan di pagi hari. Dan bagi yang pertama kali nk cuba buat tu, bolehlah bangun diawal pagi (sebelum solat tahjud), buat adunan, lepas sembahyang tahjud dan subuh, boleh terus goring dan makan sebelum ke lecture… juga boleh dimakan dengan sahabat2 tercinta.. (buat housemate saya, kita makan lempeng je la buka sem ni, jimat duit. Makan dalam talam ramai-ramai..haha..memang best..) boleh juga dibawa semasa ziarah junior..mesti diaorg tersentuh-ohh..hehe..ok cuba la ye..wasallam.



2 ulasan:

beliamuda berkata...

mmg sedak makan lempeng.. ri tu baru makan.. tapi cam lambat time nak masak tu.. habis satu, tunggu yang dalam periuk.. habis satu, tunggu lagi..

AhMiEzZ berkata...

haha..benar2..kat umah pon gitu gok..masak satu-makan..tunggu masak lagi..kadng2 xsempat yang tgh masak tu masak, dah abis dah yang dah masak ni..huhu

 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Eksekutif IT di sebuah syarikat Oil and Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts