Wajarkan diri dengan kekuatan fizikal dan ruhiyah..

24 April 2009

Assalamualaikum w.b.t
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Alhamdulillah, Allah telah mengejutkan ana pg2 lagi..usai solat subuh, sempat melayari online newspaper..sebagai seorang pelajar dan juga daie, hal-ehwal semasa juga tidak boleh tidak ambil tahu juga..

Pagi ini insyaAllah ana akan bertolak ke satu program yang dianjurkan oleh syarikat motivasi terkenal Purebase Training Center. Kem yang dinamakan 'KEM WAJA DIRI' ini telah memasuki edisi yang kedua. kem ini khas untuk pelajar lepasan matrikulasi sebagai persediaan kepada mereka untuk menghadapi cabaran kehidupan di universiti. Maklumlah, hidup di matrikulasi adalah jauh berbeda dengan kehidupan IPT walaupun mungkin cara belajar adalah sama.

Ana ke kem sana bukanlah sebagai peserta atau facilitator tetapi sebagai urusetia yang mengendalikan media. (keje-keje shoot gambar dan video disamping membuat montaj untk program. Alhamdulillah, beberapa kerja persediaan untuk montaj telah disediakan awal-awal lagi supaya ketika di kem nanti, hanya shoot video dan edit je. mungkin bagi sesetengan orang melihat kerja ini simple dan mudah sahaja namun ia memerlukan kekuatan fizikal dan ruhiyah.

Yup..betul..xpercaya? sebnarnya bago org yang pebah mengahandle video cam ni mungkin faham.. terpaksa berkejar-kejar dengan peserta to shoot a good and nice video..hurm..mungkin orng lagi pakar lebih memahami (ana ni taraf begainner je)..kenapa kekuatan ruhiyah juga perlu? haa.. memang tugas ni amat berat sket.. seandainya kita tak pandai control disebabkan penat dsb, kemungkinan solat lewat, tak bangun tahjud, dhuha, mathurat dan sebagainya akan berlaku. kerana itu la ia juga memerlukan kekuatan ruhiyah. Alahmdulillah, pada program kali ini, pengarah prog memberi arahan agar kami di pihak urusetia mneghabiskan al-Quran sebanyak 3 juz sebelum program tamat dan ianya akan dipantau..bukan sekadar melengkapkan mutabaah sahaja tetapi agar memberi kekuatan kepada kami untuk terus ikhlas menguruskan program ini dengan sebaik yang mungkin. bagi ana, Al-Quran adalah treatment terbaik bagi menenagkan jiwa, menghilangkan stress dan dalam masa yang sama dapat menghilangkan penat..

Untuk itu, mohon doa daripada semua agar Allah mempermudahkan perjalanan program kali ini agar berjalan dengan baik dan lancar.. sesungguhnya, manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan..wallhualam..

2 ulasan:

Abu Dzar Al-Ghifari berkata...

semoga program berjalan lancar

Amin Baek berkata...

salam akh..huhu..sayangnya ana tlepas p kwd tu..ada maslh ksihatan ckit..huhu..

 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Eksekutif IT di sebuah syarikat Oil and Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts