Bakti sosial (Baksos) PBTC

22 April 2009

Assalamualikum w.b.t
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Alhamdulillah wa syukurlillah kerana masih dipanjangkan umur, diberikan ruang kesihatan dan masa bagiku untuk terus menjalankan amanah serta tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah, pencinta dakwah, seorang anak, pelajar dan sebagainya lagi. 

Untuk post kali ni, ana just nk menceritakan sedikit program hujung minggu yg lalu. Program ini dianjurkan oleh sebuat syarikat motivasi terkenal iaitu Purebase Training center. Program yang dinamakan BAKSOS (singkatan daripada BAKti SOSial) ini diadakan di Kampung Sg. Kroh, Perak. Program ini disertai oleh mahasiswa-mahasiwa daripada universiti. Objektif bagi program ini adalah mahasiswa-masyarakat selain merapatkan ukhuwah diantara peserta selaku ahli kepada syarikat motivasi tersebut.

Pada program kali ini, beberapa aktiviti dijalankan antaranya bengkel solat untuk pelajar sekolah rendah, ceramah, ziarah kerumah, gotong-royong dan sebagainya.

banner program

Antara Peserta yang menjayakan program ini

Bengkel solat untuk pelajar sekolah rendah

Jamuan makan selepas ceramah

Alhamdulillah, pengurusan program tersebut berjalan dengan baik walaupun beberapa masalah timbul. diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan untuk masa mendatang. wallahualam

sedikit info berkenaan dengan Purebase Training Center
-Syarikat motivasi yang menjalankan program motivasi, kem waja diri, Hufaz dan bakti sosial
-Sebelum ini PBTC banyak melakukan program bakti sosial di rumah-rumah anak yatim sekitar perak.


 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Control System Engineer di sebuah Syarikat Minyak dan Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts