SEIC III: Penjana semangat, motivasi dan ukhuwah.

08 Januari 2009

Assalamualikum w.b.t

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Smart Education induction camp (SEIC) atau nama lainnya ‘Penjana’ merupakan salah satu program tahunan yang dianjurkan oleh syarikat motivasi Purebase Training Center dan kelab syarikat tersebut iaitu purebase club. Acara tahunan ini disertai oleh hampir 100 orang peserta Tingkatan 5 yang baru sahaja menamatkan pengajian mereka di Sekolah.


Program SEIC atau penjana ini adalah berorientsikan motivasi berdasarkan Al-Quran atau ‘Quranic Living Skill’, dimana setiap peserta akan ditekankan dengan prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai asas dan landasan kepada mereka untuk Berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.


Banner Program


singboard Tapak kem


Objektif program ini antara lainnya, memberi pendedahan kepada Pelajar-pelajar berkenaan kehidupan social mereka di IPT dan matrik. Pendedahan-pendedahan ini adalah amat penting bagi kelangsungan hidup mereka di IPT atau matrik daripada terjebak kepada mana-mana gejala social yang amat membimbangkan pada masa kini. Selain itu, mereka juga diterapkan dengan motivasi serta mempertingkatkan lagi hubungan ukhuwah sesama akidah dimana, peserta-peserta program ini adalah terdiri daripada Pelajar-pelajar Sekolah diseluruh Malaysia. Facilitator-facilitator program ini adalah terdiri daripada Pelajar-pelajar IPTS dan IPTA tersohor seperti Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Perlis (UniMap) dan sebagainya.



Pada tahun ini (2008), program SEIC telah masuk siri ke-3 dan berlangsung di Kem D’Congkak Forest, Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor darul Ehsan. Kem ini dijalankan selama 4 hari iaitu bermula pada 18 Disember 2008 hingga 21 Disember 2008. Rata-rata peserta memberikan komen yang positif dan ianya terbukti Berjaya meningkatkan lagi kefahaman dan motivasi Pelajar dalam menghadapi cabaran hidup di institut Pengajian tinggi yang akan mereka langkahi sebaik sahaja keputusan SPM dikeluarkan. Dengan hanya bayaran sebanyak RM 50 seorang, para peserta dihidangkan dengan berbagai


-bagai aktiviti menarik seperti Jungle Trekking, Nightwalk dan berbagai-bagai aktiviti outdoor dan LDK yang menarik disamping berkongsi pengalaman bagaimana menyesuaikan diri dengan kehidupan dan persekitaran Universiti dengan barisan facilitator-facilitator yang berkaliber. Selain itu, mereka juga dapat berkongsi dan berbincang dengan facilitator bagaimana caranya untuk menghadapi temuduga, mendapatkan scholarship dan sebagainya memandangkan kebanyakan facilitator-facilitator merupakan Pelajar-pelajar yang ditaja oleh Petronas, MARA, JPA dan lain-lain lagi. Jangan lepaskan peluang ini sekirannya anda berlepuang menyertai program kami.


Para peserta dan Urusetia


Peserta dan urusetia


Trekking di sekitar hutan Sungai Congkak


Fakta berkenaan SEIC dan Purebase:


-Syarikat Purebase telah menjalankan motivasi ke hampir 100 buah Sekolah di seluruh Malaysia yang terdiri daripada Sekolah-sekolah berasrama penuh, MRSM, Sekolah agama, Maahad, Sekolah teknik dan juga Sekolah-sekolah harian.


-Penyertaan kem ini hanya terbuka kepada Pelajar yang pernah mengikuti program motivasi dengan syarikat ini dan beberapa Sekolah terpilih sahaja.


-setiap Pelajar yang mengikuti program purebase sepanjang tahun akan menjadi ahli purebase club secara automatic dan akan menerima 1 keping kad keahlian.


-Facilitator-facilitator purebase juga ada menjalankan program motivasi secara individu dan berkumpulan di Sekolah, IPT dan Matrik.

1 ulasan:

Unknown berkata...

alhamdulillah.....SEIC 08 mmg besT!!

 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Control System Engineer di sebuah Syarikat Minyak dan Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts