Travelog Musafir Timur

Facebook

"demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh,dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Al-'Asr (130:1-3)

28 Mei 2008

seusai bermain futsal pada jam 12.00 tgh mlm, ana dan sahabat2 lain pulang ke bilik..tp sblm pulang, ada sorang sahabat ana yg mengajak pergi menziarahi kubur!? "hah.. ziarah kubur mlm2 neh?".. tak penah ana buat dalam seumur hidup...nk pg siang hari pun takut apatah lagi mlm hari.. err.. mungkin bagi yg tidak faham atau tidak pernah berpengalaman menganggap ni satu pekerjaan yg 'gila'..hurm..ana tanpa banyak berfikir terus bersetuju untuk ikut sekali...kami berpakat 4 orang..tepat jam 1.30 pagi, kami bergerak ke kubur yang berdekatan dengan universiti..

em..sebelum tu biar ana jelaskan dahulu tujuan ziarah kubur pada waktu malam ni..sebenarnya ia bertujuan untuk memuhasabah diri dan mengigatkan kita kepada kematian..(bkn buat benda2 kurafat seperti meminta no. ekor dan sebagainya)..

kami tiba di kubur tersebut lbh kurng 15 minit kemudian...keadaan di kubur tersebut sudah semestinya gelap tanpa disinari lampu jalan sekali pun..cuma, seorang sahabat ana yg membawa torchlight.. perasaan ana pada waktu itu agak seram..ye la, mentaliti kita telah disetkan dari kecil lagi bahawa kubur ni penuh dengan hantu walhal tempat itu la yang akan kita tuju suatu hari nanti dan itu semamangnya pasti...

kami telah memilih sebuah kubur (mungkin agak baru lagi) yang hanya mempunyai 2 buah batu nesan tanpa hiasan kotak batu...tanpa berlengah masa, ana terus membaca Al-Fatihah sebagai sedekah kepada arwah2 yang ditanam di kawasan tersebut...kemudian kami beristighfar sebanyak-banyaknya memohon keampunan Allah dari segala dosa..seterusnya seorang sahabat ana memberi tazkirah kepada kami semua..disaat itu, perasaan sedih menyelubungi jiwa..mengenagkan segala dosa dan maksiat yang telah dilakukan.. mana mungkin seorang manusia biasa dan hina seperti ana tidak melakukan dosa..dan sesungguhnya ampunan dan taubat kepada Allah sahajalah yang mampu menghapuskan dosa2 kita..



Dalam tazkirah yang agak panjang itu, sahabat ana menceritakan azab kubur. cuba bayangkan malam pertama kita di alam barzakh nanti? adakah ianya merupaka malam pertama yang indah sehingga dimasukkan ke syurga kelak atau malam pertama yang diazab oleh binatang dari kubur dan malaikat Munkar dan Nakir? dan bagaimana keadaan kita pabila berada di neraka? sahabat ana ada menceritakan tentang neraka SAQAR (pembakar kulit) seperti firman Allah dalam surah Al-Muddatstir ayat 26-30 "Aku akan massukkannya ke dalam neraka saqar. Tahukah kamu apa neraka saqar itu? saqar itu tidak meninggalkan dan tidak membiarkan. (neraka saqar) adalah pembakar kulit manusia. diatasnya ada sembilan belas (malaikat penjaga)"..subahanallah..betapa seksanya azab itu...

musahabah diri itu berlangsung selama lebih kurang 40 minit...selepas itu, kami terus pulang ke universiti. lbh kuran jam 2.30 pagi, kami sampai di asrama..

Alhamdullilah, dengan ziarah ke kubur itu, ana rasa tiada apa yang perlu ditakutkan..kenapa kita perlu takut sedangkan kita akan bersendirian disana..dalam keadaan gelap gelita..dan alhamdulillah juga, dengan ziarah itu cukup menginsafkan diri yang lemah dan hina ini daripada teus melakukan dosa... harap pada masa yang mendatang, aktiviti seperti ini dapat terus dilakukan agar kita selalu ingat akan kematian yang kita tidak tahu bila kunjung tibanya..cuma yang perlu kita lakukan adalah bersedia dengan segala bekal untuk akhirat sana..

wallahualam..

p/s: semoga dapat sama2 kita memuhasabah diri kita yang lemah dan hina ini..
-InsyaAllah next entry mungkin ana akan postkan tentang neraka dan syurga..
Assalamualaikum...
Ni myb second time kot ana bermain futsal dimlm hari..(huh..xpenah main mlm2..kecuali maen bunga api time2 raye.. he3 :D)..ada seorng sahabat yg ajak melalui YM..so, sbb xnak menghampakan ajakan sahabat ana neh, turun je la demi sahabat.. (walaupon xberapa minat sngat maen futsal hehe..)..em, ramai gak la sahabat2 ana yg lain turun skali. dalam seploh (10) orng sume..ni mungkin futsal @ riadah kami bersama yg terakhir kot untuk sem ni memandangkan ada beberapa orang sahabat ana yang akan grad dan akan ke intern.. tujuannya tidak lain dan tidak bukan la first untuk merapatkan ukhuwah antara kami, then untuk memenuhi waktu malam yang agak lapang disambil menyihatkan badan.. rasa sedih gak bile sem depan beberapa orng sahabat yg tdak akan berada di utp (Grad @ intern).. harap walaupun kita berjauhan, namun hubungan ukhuwah antara kita tetap sama, keterikatan hati kita akan tetap utuh untuk terus sama-sama berjuang di dunia yang sementara ni.. bagi ana hubungan ukhuwah antara kita semua ada satu harta yg paling berharga..walau dibayar dengan emas skali pun, ia tidak akan sama..dan kerana ukhuwah itu sendiri yg membawa ana terus tetap di atas jalan ini...dan di kesempatan ini, ana dedicate sebuah lagu buat antum semua..
Sahabat Sejati
UNIC
Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi
Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini
Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku
C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya
Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah dikau kesali
Mungkin ada rahmat yang
tersembunyi
Uhibukafillah buat semua sahabatku...
InsyaAllah, Allah bersama kita.. T_T

27 Mei 2008

Langkahan demi langkahan,
Aku aturkan dalam layaran hidupku,
Meneliti penjuru tapak yang dampak agung,
Melangkah megah di bumi-Mu tuhan,
Laksana pahlawan yang gagah,
Mendabik dada, lagaknya agah,

Namun langkahanku pincang,
Perilakuku songsang,
Imanku gersang,
Hanyut dalam keramaian,
Lalai dalam ketandusan,
Jiwa yang penuh kehampaan,

Dunia yang melalaikan ini,
Seringkali langkah dicemari,
Dosa dan nista memenuhi hati,
Langkahan yang diatur pincang kembali,
KepadaMu Tuhan aku berserah diri,

Ku cuba titipkan jiwaku dalam ayatMu,
Ku cuba langkahi dengan hatiku,
Ku cuba menggapai CintaMu,
Mencari sisa Iman termampu,
Merubah corak langkah gerakanku,

Pencarian langkahan ku tak pernah jemu,
Cubaan dan dugaan seringkali kutemu,
Dihiasi bisikan syaitan dan hawa nafsu,
Menghalangi jalan yang menjadi penentu,
Namun, pilihan ku hanyalah Dia yang satu,

Apabila aku tersedar dari lamunan duniawi,
Lantas ku corakkan pentas lakonan ini,
Dengan langkahan pejuang Ilahi,
Melangkah menerobos hati jiwa insani,
Mengagungkan zat yang di Imani,


Dan pasti langkah itu tidakkan terhenti,
Sehingga ke akhir nanti,
Berbekalkan risalah yang suci,
Akan aku gegarkan nanti,
Hati dan jiwa yang dipengaruhi,
Kemaksiatan yang digilai,

Ku pohon pertolongan-Mu ya Allah,
Perkukuhkanlah langkahan ku,
Tegarkanlah langkahan itu,
Langkahan Menyeru kepada Mu
Agar langkahan itu kan bertemu,
Di Syurga-Mu yang tiada jemu.

Buatmu wahai pejuang Allah,
Teruskanlah langkahanmu,
Langkahan penegakan yang haq,
Dan langkahan menghancurkan yang batil,
Agar agama Islam dicintai,
Terus bersemadi disetiap inci
Hati suci nurani.


p/s: Pernah tersiar dalam Risman Edisi 2

26 Mei 2008

Assalamualikum..
just wanna to sharing my photo..edited by myself during my free time..just want to improve my skills. don't know la wheter it's improve or not..huhu.. actually, nak ade blog photo sndiri but then xde mase plak nk buat..so upload kat sini je la...-->enjoy it







*sedikit kesilapan dalam gambar atas neh..sepatutnya surah Ar-Rad ayat 28 bkn 38..afwan (baru terperasan)




25 Mei 2008

Assalamualaikum..
salam mahabbah, salam ukhuwah...
Izinkan ana menceritakan sedikit sebanyak axtviti ngan perkara2 yang menarik berlaku sepanjang sem ni. Bagi ana, semester 2008 ni banyak benda yang ana belajar, suka dan duka dalam menjadi seorang pelajar Universiti disamping menyambung sedikit kerja2 para Anbiya..
Mungkin sedikit perkongsian aktiviti yang dilakukan bersama2 sahabat2 ana pada hujung minggu.
Biasa la, bila dah jadi student U, macm2 benda yg perlu dilakukan untuk coursework mark. Presentation la, projek la, mcm2 lagi la yang sudah semsetinya membuatkan otak yang kecil ini mengalami stress..so untuk menghilangkan stress ngan tension neh, kami akan sama2 melakukan axtiviti outgate utp..(heh cam pelik je bunyi outgate)...selain melepas kan tension, ia gak bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara kami..huh..cam karangan BM sekolah dulu je...ok la. tanpa merapu2 dan melalut-lalut terlalu panjang ikutilah kisah2 tersebut..--->
1.0 Rehlah (Rehat + Lelah)

Axtiviti pertama yang kami lakukan adalah perkhemahan Rehlah..kenapa dinamakan rehlah? (bleh baca heading dia)..
Axtvt ni kami lakukan di teluk segadeh, pangkor.. tujuan nya nak rehat kan minda tapi kenapa ada lelah? hurm..err..sebenarnya masa on da way ke teluk segadeh tersebut, kami hanya berjalan kaki dari jeti Pulau Pangkor ke Teluk segadeh yang jaraknya lebih kurang 4KM..hui..jauh tu..kalu kaki saja yang berjalan takpe gak..tapi ni disertai beg2 yg berat tahap gajah dan barang2 perkhemahan yg berat tahap badak (melampau betol hiperbola)jadi bertambah lelah la jawabnya..kami berkhemah 3 ari je..mcm2 la axtviti yg dibuat..dan paling menarik, perkhemahan ni berobjektifkan Survival and Endurance..hui..mmg betol2 survival la..rasenyer bleh tgk kot gmbr2 dibwh neh betpa survivalnya kami..hehe

Ni la khemah kami..dari dedaun dan plastik je..masa tu hujan..so..paham2 le..


Disebabkan bekalan makanan yang diberikan limited, kami hanya makan nasi berlaukkan gula..
nasib baik tak campur air laut..huh..

memasak nasi tanpa menggunakan gas..kayu api je..(mmg le dah nama pon berkehmah (-_-")

Terpaksa bersesak2 ketika nak makan...(time ni la yg paling best sbb walau tak sedap dan makanan tak bnyak, tapi still boleh berkongsi tanpa ada yang lebam mukanya berebut makanan..).


Suasana dalam khemah..mmg mcm tido dalam hutan walaupon kat tepi pantai...




2.0 Lawatan sambil belajar ke Cameron Highland..


kira2 beberapa kurun selepas ke Pulau Pangkor, kami berkesempatan ke Cameron..ni pon sama, untuk menghilangkan stress sambil memakan strawberi yang fresh dan menghirup udara yang sejuk..maklum la..masa tu baru lepas Test (bukan test kereta tp test blaja la)..perkara yang amat menarik bagi ana sepanjang lawatan ke cameron adalah ketika melalui ladang Teh untuk ke Kilang Tea Boh...subahanallah, semu terpegun melihat kecantikan dan keindahan alam ciptaan Allah.. hati kami tidak lekang dari berzikir melihat kekuasaan Allah..

sesampainya disana, kami terus ke kilang membuat teh.. tapi malangnya, kila itu bru je lepas beroperasi..kami hanya singgah di kedai yang menjual beraneka jenis teh..semuanya jenama Teh Boh dan xboikot..so buleh diminum seisi keluarga dan romate2 di universiti..


kesejukan di cameron

beberapa pemandangan di ladang Teh yang menguja diri kami..

Ni la kilang teh tersebut..walaupon nampak cam buruk tp kilang ni la yang memproses teh2 boh yg kita minum tu..

Mungkin ni je kot ana sempat coretkan..nanti kalu ada masa lagi boleh kongsi lagi benda2 yag menarik..wallahualam..

Salam..
em.. pasti ramai yg tertanya2 bile melihat status YM yang terpapar "In Progress::Designing card::.." ada yang tertnya2 kad ape?
jawapan biasa: Kad kawin...(jawapan orng yang belum nikah dan ..... nak nikah)..
err.. sebenarnya ana ngah design kad dedication utk junior yg akan start pekse esk..(-_-")..
mungkin bleh bagi semangat kot kat diorang bila senior2 bag kad...
ni cadagn dari shabat ana utk dinyer junior..(bleh gak bagi kat junior ana skali..hehe..)-->


memandangkan ana pon dh abes pekse..so boleh la buat benda2 camni sekadar memenuhi masa lapang sebelum balik ari khamis neh..(haii..lambat lagi ari khamis..huhu~~)
Em..
sebenarnya bkn ana nk berniaga baju mcm kat pasar Siti khadijah (kat kelate)..kui3..sebenarnya, ana ditugaskan untuk mendesign baju oleh sahabat ana sebagai sumber ekonomi (maklum la budak U kan)..so ada la beberapa baju yang ana dh designkan..
don't know la wheter beautiful or no mesy or simple..
sebenarnya ni first time design mengdesing baju..(sebelum ni design wallpaper sendiri..edit2 gamabr je)..first start design baju mase nk masuk pertandingan E3Ss..electrical and electronic nyer student society kat UTP neh.. em.. xmenang pon..hehe..tp kata nk bagi sijil..tak bagi2 gak (-_-") ai..lantak la.. erm...design baju ni pon dalam proses agi..(bile la nk print atas baju betol ni-->xsabar plak nk tgk hasil tngan sendiri..hehe..)..mungkin bleh evaluate sendiri kot..kat bawah neh >>>
Bahagian Depan design 1
Bahagian belakang design 1

dah jadi macam blog jual baju pulak..ngeh3 (gelak gaya zubair)

Ziarah merupakan satu amalan yang amat dituntut oleh agama Islam. Merujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat (mukasurat 1518), ziarah bermaksud mengunjungi atau melawat. Ziarah secara umumnya dapat merapatkan ukuhwah antara sesama muslim. Namun begitu, amalan ini amat jarang berlaku pada zaman sekarang, lebih-lebih lagi di kawasan bandar yang majoriti penduduknya bekerja. Alasan mereka kerana kurang berziarah hanya satu, terlalu sibuk dengan urusan dunia semata-mata tanpa mengambil berat akan hal yang menimpa saudara se Islam mereka. Sikap seperti ini la perlu ditangkis oleh setiap muslim agar persaudaraan dan kecintaan sesama kita dapat sentiasa dipupuk. Firman Allah dalam surah Al-Hujraat “Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara..”[1]. Rasullulah s.a.w juga ada bersabda dalam sebuah hadith yang bermaksud “Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam yang lain maka ia bukanlah dari golongan mereka (Islam). Dalam hadith ini, sudah jelas menunjukkan bahawa ukhuwah dan mahabbah adalah amat penting dan salah satu cara untuk merapatkan ukhuwah dan mahabbah ini adalah dengan melakukan ziarah.

Sebelum melangkah dengan lebih lanjut dan terperinci tentang bagaimana ziarah berkesan dalam kehidupan masyarakat Islam, eloklah kita bincangkan dahulu beberapa bentuk ziarah yang telah di ajarkan oleh Rasullulah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud, “ Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam: jika bertemu memberi salam, jika tidak kelihatan maka cari tahulah, jika sakit, maka jenguklah, jika mengundang, maka penuhilah, jika bersin dan mengucapkan hamdalah maka jawablah (dengan mengucapkan ‘yarhamukallah’), dan jika meninggal dunia, maka hantarkanlah (ke permakaman)”[2]. Dalam hadith diatas, Rasullulah telah menganjurkan kita beberapa bentuk ziarah yang boleh diamalkan antaranya menziarahi orang yang sakit, berziarah ketika ada sesuatu majlis dan berziarah ketika ada kematian. Setiap bentuk ziarah mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam kehidupan orang islam.

Seperti yang telah kita sedia maklum, amalan berziarah ini dapat merapatkan ukhuwah dan mahabbah (rasa cinta) antara sesama mukmin. Disamping itu jika kita kaji dengan lebih terperinci, amalan ziarah juga dapat menginsafi diri kita. Contohnya, ketika melawat orang yang sakit, secara tidak langsung is akan memberi peringatan kepada kita bahawa kita tidaklah sentiasa sihat sepanjang masa. Rasullulah juga ada bersabda tentang kebaikan melawat orang yang sakit- “ Barang siapa menjeguk orang sakit atau mengunjungi saudaranya sesama muslim kerana Allah, maka malaikat akan berseru kepadanya, ‘Kamu dalam keadaan baik dan baik pula tempat tujuanmu, kamu pun akan ditempatkan di syurga”[3]. Begitu juga bila kita menziarahi ketika berlaku kematian dan mengiringi jenazah ke kubur. Hal ini akan mengingatkan kita bahawa ajal maut boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Kitalah yang perlu bersedia dengan bekalan-bekalan iman dan taqwa untuk kehidupan selepas mati. Kita perlulah mengambil pengajaran dan merenungkanya. Hal ini juga merupakan sunnah Rasullulah. Dari Abu Hurairah ra. Rasullulah s.a.w bersabda “ barang siapa menghadiri hingga mengsolatkannya, maka baginya pahala satu qirath. Barangsiapa menyaksikan hingga di makamkan, maka baginya dua qirath.” Seorang sahabat bertanya, ‘ Apakah qirath itu, wahai Rasulullah?” Rasullulah menjawab “ seperti dua gunung yang besar”.[4] Selain itu, ketika melakukan kedua-dua jenis ziarah ini, kita akan mendapat kesempatan untuk berkenal-kenalan dengan orang yang turut menziarahi orang yang sedang sakit atau orang yang meninggal tadi. Hal ini secara tidak langsung dapat menambahkan kenalan disamping mengikat tali ukhuwah dan mahabbah antara satu sama lain.

Sebagai seorang pelajar atau pekerja, kita seringkali terlupa akan tanggungjawab kita terhadap saudara muslim yang lain dek terlalu sibuk dengan pelajaran, pekerjaan, hal-hal dunia bahkan kerja dakwah juga kadangkala memerlukan pengorbanan masa. Oleh yang demikian, masa yang diperuntukan untuk saudara kita tersebut adalah singkat dan mungkin tiada masa langsung. Dengan itu, amalan ziarah ke rumah atau ke bilik saudara kita itu akan dapat menemukan hati-hati yang berjauhan dan sekaligus merapatkan mahabbah kerana Allah ta’ala. Selain itu, kejauhan dengan saudara muslim kita kadang-kadang akan menyebabkannya terleka dengan keindahan dunia dan tipu daya syaitan. Oleh itu, tugas kita lah untuk memberi nasihat dan membimbing saudara kita tersebut dan dengan ziarahlah kita berkesempatan untuk bertemu dengannya. Firman Allah dalam surah Al-Maidah “Bertolong-menolonglah kamu dalam urusan kebaikan dan jangan kamu bertolong-menolong dalam dosa dan permusuhan.”[5]

Undangan ke sesuatu majlis sering kali diabaikan oleh sesetengah masyarakat Islam. Perlu ditegaskan disini bahawa sekiranya kita diundang ke sesuatu majlis, adalah wajib kita menghadirinya sekiranya tiada alasan yang syari’e. Sesuai dengan sabda Rasullulah “Sesiapa yang tidak menghadiri undangan, dia telah menentang Allah dan Rasul-Nya”[6]. akan tetapi, perlu diingatkan juga bahawa majlis yang diundang itu mestilah berpatutan dengan syariaat Islam dan tidak berlaku sebarang perkara yang boleh menyebabkan kita lalai daripada mengigati Allah s.w.t serta bebas daripada sebarang kemaksiatan. Tidak kira lah undangan Majlis perkahwinan, majlis ‘reunion’, majlis bercukur dan sebagainya.

Sebagai seorang muslim yang mengamalkan ajaran Islam yang syumul, sudah semestinya setiap amalan itu perlu adanya adab dan tatasusila bagi menjaga kemashlahatan Islam. Ini adalah amat penting kerana ia mencerminkan keperibadian dan kesempurnan seseorang yang berpegang teguh dengan ajaran Islam yang suci ini. Sebelum datang untuk berziarah, seelok-eloknya, seseorang tersebut mestilah mendapatkan kebenaran daripada saudara muslim yang ingin diziarahinya. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah An-nur
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat.
Jika kamu tidak menemui seorangpun didalamnya, Maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. dan jika dikatakan kepadamu: "Kembali (saja)lah, Maka hendaklah kamu kembali. itu bersih bagimu dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Tidak ada dosa atasmu memasuki rumah yang tidak disediakan untuk didiami, yang di dalamnya ada keperluanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan.”[7]. Sebelum memasuki rumah atau bilik saudara muslim kita itu, kita diminta untuk memberi salam dan membunyikan loceng atau mengetuk pintu sebanyak tiga kali sahaja dan bukan secara berturut-turut tetapi secarang berselang. Ini bagi memastikan tuan rumah ada di rumah dan memebri sedikit ruang masa kerana mungkin si empunya rumah mempunyai kerja atau masalah. Begitu juga sekiranya si empunya rumah tidak membenarkan kita menziarahinya pada masa tersebut, perlulah kita pulang segera tanpa membantah dengan perkataan dan juga perbuatan. Tentunya si empunya rumah mempunyai masalah dan dia lebih mengetahui aurat rumahnya. Dan janganlah kita menyimpan prasangka atau dendam kepadanya.

Selain daripada itu, ketika berziarah juga, kita amat digalakkan untuk membawa buah tangan ataupun hadiah kepada orang yang diziarahi. Dengan memberi buah tangan atau hadiah, ia akan meningkatkan lagi mahabbah antara satu sama lain. Rasullululah ada bersabda dalam satu hadith yang bermaksud “ Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu akan menjadikan kalian saling mencintai”[8] Mengapa sebenarnya apabila memebri hadiah, rasa mahabbah antara satu sama lain akan bertambah? Hal ini adalah kerana orang yang diziarahi itu berasa dirinya dihargai dan disanyangi sekiranya pemberian atau hadiah itu adalah sesuatu yang ikhlas, yakni tiada unsur mengampu, rahsuah dan sebagainya.

Ketika berziarah, jagalah juga pandangan mata dan juga percakapan kita agar segala tingkah laku kita itu terjaga daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t seperti mengumpat dan mencaci. Ingatlah juga agar tidak berbicara dengan suara yang kuat atau kasar dikhuatiri akan menggangu isi rumah yang lain dan beredarlah daripada rumah saudara kita itu selepas beberapa ketika kerana mungkin dia mempunyai tugas yang lain atau perkara penting yang perlu dilakukan. Yang terakhir sekali, sebelum beredar pergi, ucaplah terima kasih kepada oarng yang diziarahi atas segala layanan baik yang diberikan. Bersalaman dan ucapkanlah kata-kata yang baik serta menggembirakan tuan rumah. Selain itu, jagalah rahsia rumah, tuan rumah atau isi rumah yang lain agar ikatan persaudaraan yang dijalin akan terus kekal mekar kerana Allah ta’ala dan segala permasalahan dapat dielakkan.

Secara konklusinya, memang jelaslah bahawa amalan ziarah dapat membawa kepada peningkatan tali ukhuwah dan mahabbah antara sesama mukmin. Oleh yang demikian, kita seharusnya meningkatkan lagi amalan ziarah-menziarahi bagi memperkukuhkan lagi tali cinta dan kesatuan yang dibina kerana Allah s.a.w ini. Janganlah biarkan amalan ini hanya hidup pada waktu-waktu yang tertentu seperti pada Hari Raya atau majlis kenduri sahaja. Jadikanlah amalan ziarah ini sebahagian daripada cara hidup kita dalam mencari redha dan cinta Illahi. Ingatlah juga, hanya dengan kesepaduan dan kesepakatan umat Islam sahaja lah yang dapat menangkis segala ancaman dan keganasan yang dilakukan oleh golongan kafir laknatullah dalam menghancurkan umat Islam. Wallahualam.
[1] Surah Al-Hujurat ayat ke 10 (49:10)
[2] Diriwayatkan oleh Imam Muslim
[3] Hadith Riwayat Muslim
[4] Muttafaqun ‘Alaih
[5] Surah Al Maidah Ayat ke 2 (5:2)
[6] Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah
[7] Surah An-Nur ayat ke 27-29 (24:27-29)
[8] Hadith Riwayat Malik dalam “ Al-Muwatha”
p/s: Assingnment cuti sem lepas..
Assalamualaikum w.b.t..

Salam mahabah..salam ukhuwah bt sume..
nampaknya ana terpaksa menukar sekali lagi domain name ngan nama blog ni.. sebb2 yg tertentu...afwan..
hurm.. rasenye.. time utk berblog dah tibe (hehe..exam dah abes)..jelez plak tgk blog kwn2 yg lain selalu terupdate.. mungkin sedikit perkongsian cerita2 menari sepanjang sem ini untuk semua sahabat2..sebagai renungan atau kenangan kita bersama..kerana ukhuwah itu satu nikmat yang amat besar sekali buat kita semua..
insayAllah...sama2 kita doakan agar Allah selalu melindungi, merahmati, mencintai, dan memberi kesabaran serta kekuatan kepada kita dalam menempuh dunia yang semakin ''gila'' ni dek penghuni2nya yang sudah jauh terpesong dari islam...

15 Mei 2008

Assalamualaikum...
salam ukuhwah, salam mahabbah..
hurm... wah..wah..wah..dah berapa kurun ana meninggalkan blog ni sendirian..terasa rindu plak nk tulis blog..tapi masa xmengizinkan (ni pon curi2 masa study)..skrng dah masuk EXAM week..paper TAPAW ngan Differential Equation dah abih [yey..walaupun riasau gak (-_-'') sebenarnya]..tinggal lagi 3 paper sebelum abih xam..huh..namun, tamatnya xam bukan bererti merdeka buatku.. banyak lagi tanggungjawab yang perlu dipikul..kerana tanggungjawab kita bukan hanya setakat belajar..tapi tanggungjawab dan amanah dari Allah kepada setiap orang Muslim juga patut kita laksanakan (sepatut nya lebih baik dari study)..tapi ramai diantara orang Islam tidak sanggup memikulnya..mohon agar Allah memperkukuhkan hati2 kita di atas JalanNya ini..sekian saja buat sesi ni..(xde idea la nk tulis ape..) InsyaAllah kalu ada kesempatan, ana akan mencoretkan beberpa cerita sepanjang sem Jan 2008 ni..(doakkan ana supaya lulus semua subjek) (^_^)..