Dia lebih menyayaginya...

22 November 2008

Assalamualikum w.b.t
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Pertama-tamanya, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat seorang sahabat Hasnur Haziq Bin Mior Termizi, atas pemergianya menemui Sang Pencipta, Al Khalid yakni Allah s.w.t..-Al FATIHAH-

Semalam, seusai solat subuh, seperti hari-hari yang biasa, ana akan surf internet untuk membaca berita-berita akhbar malaysia secara online. Dalam tengah membaca tu, roomate ana dengan nada yang agak cemas meberitakan bahawa, sahabat ana ni accident dan lebih memeranjatkan lagi, dia telah pulang menemui penciptanya. "Inalillah hiwainna ilaihirajiun.." itu je yang ana mampu lafazkan. seketika kemudia, seorang ikhwah datang dan mengajak kami ziarah jenazah beliau dan melihat seorang lagi sahabat kami yang juga accident bersama arwah.

kami tiba di Hospital Batu Gajah, perak lebih kurang jam 7.30 lebih.. masa tu, student2 satu batch dengan ana (Januari 07) telah ramai berkumpul di depan pintu bahg. kecemasan. lebih kurang setegh jam, kami diminta untuk ke bilik forensik kerana jenazah allahyarham telah berada disana usai proses posmotem. Ana sempat juga masuk ke bilik tersebut dan menatap kali terakhir wajah allahyarham. terasa sebak didada, ana sedekahkan al-fatihah buat allahyarham semoga dengan sedikit sedekah itu, memberi kebaikan rohnya.

Ana mungkin bukan teman rapat arwah, tetapi kami saling mengenali dan saling tegur menegur. mungkin bukan rezeki ana untuk berukhuwah lebih rapat dengannya walaupun kami sama-sama ditarbiyyah. Mungkin disebabkan arwah masih baru dalam tarbiyyah dan kami juga jarang bertemu. Namun, hubungan sebagai seorang saudara seakidah masih lagi kukuh..

Diceritakan oleh sahabat-sahabat lain, arwah accident dalam perjalanan pulang membonceng motosikal bersama seorang lagi sahabat ana (budak satu course dgn ana). arwah berada dibelakang dan sahabat ana yang masih lagi dipanjangkan umur itu pula yang membawa moto tersebut. mereka baru pulang dari kedai makan. ketika melalui satu kawasan yang gelap, hanya dengan cahaya motosikal mungkin menyebabkan sahabat ana yang bawa moto tu tak nampak kerbau dihadapan. Mungkin arwah yang membonceng dibelakang tercampak ketika kemalangan tersebut dan cedera parah dikepala... diceritakan sahabat ana yang lain, badan arwah tidak mempunyai luka-luka yang teruk kecuali kepalanya sahaja.. mungkin ajalnya sebegitu..

Alhamdulillah, ana dan beberapa orang ikhwah lain sempat menzirahi rumahnya di taiping, cuma, kami sampai agak lambat sedikit. ketika kami sampai, solat jenazah telah usai dan jasad arwah juga telah dikebumikan. Kami hanya membuat sembahyang jenazah ghaib sahaja di masjid yang berdekatan..

Buat peringatan untuk sahabat-sahabat yang masih hidup, jadikan peristiwa tersebut ssebagai ikhtibar kepada kita. walau dimana kita berada, ajal pasti akan menjemput kita. penentunya baik buruk kita disana nanti adalah berdasarkan amal kita serta ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. sehebat mana pun kita, sekaya mana pun kita didunia, ianya tidak sama sekali berguna di sana nanti.. sedikit firman Allah yang boleh kita sama-sama renungkan

"Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya"- Ali Imran ayat 185

Sama-samalah kita muhasabah diri kita sejauh mana tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya kerana kita juga akan mengikut jejak langkahnya, cuma waktu yang membezakan kita.. wallhualam..

-Allahyarham Hasnur Haziq telah meninggal pada jam 6.00 di hospital Batu Gajah pada Hari Jumaat.
-Alhamdulillah, proses pengkebumian jenazah juga dapat dilakukan dengan baik dan cepat. Mungkin ini tanda-tanda orang yang dimuliakan Allah s.w.t
-Pelajar tahun pertama semester kedua dalam Jurusan Mehenical Engineering, UTP batch January 2007

Barakhallah yang akhi..


Tiada ulasan:

 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Eksekutif IT di sebuah syarikat Oil and Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts