Waah..Music Memang best tapi..

22 Oktober 2008


Assalamualikum w.b.t

salam mahabbah buat semua umat Islam yang insyaAllah akan sentiasa berada dibawah lindungan Allah s.w.t selalu.. InsyaAllah, post saya pada kali ni akan membincangkan berkenaan hiburan..

ya, hiburan, saya yakin semua amat gemarkan hiburan. tak kira la anda berada di mana-mana hireraki umur. Walhal bayi didalam perut juga gemarkan hiburan kerana mengikut satu kajian, bayi di dalam kandunga akan bertindak balas apabila lagu didekatkan pada bahagian luar perut ibu (takkan nk letak dalam kot..hi3)..

Manusia secara fitrahnya amat sukakan kegembiraan dan kesenangan. Hal ini tidak boleh dinafikan lagi kerana ada satu ketika Rasullulah berdoa kepada kekasihnya
"Ya Allah! Ya tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung diri kepadaMu daripada sifat duka dan sedih" (Riwayat Abu Daud).
Hati Boleh Menjadi Bosan

Hal ini kita boleh lihat daripada sahabat-sahabat Rasullulah s.a.w yang mempunyai hati yang bersih dan suci. Mereka sentiasa bergurau, dan ketawa ria, selalu bermain-main dan suka keluar bersuka ria. Mereka kenal tentang apa yang diperlukan oleh jiwanya, pandai memenuhi tuntutan fitrahnya, sentiasa memberi peluang bagi hatinya untukmendapatkan haknya dalam kerehatan dan kegembiraan yang bersih dari dosa, supaya jiwa itu berkuasa dan bertenaga dalam menghadapi hari-hari yang panjang.

Saidina Ali Karamallahu wajhah pernah berkata "Sesungguhnya hati itu boleh menjadi bosan, seperti dirasakan kebosanannya oleh tubuh badan. sebab itu hendaklah carikan buatnya bicara-bicara hikmah yang menyenangkan. Dia berkata lahi: "Rehakkanlah hati itu suatu masa sesudah suatu masa, kerana sesungguhnya hati itu apabila dipaksa secara terus menerus, nescaya butala ia".

Jadi jelas menunjujkkan manusia memang perlukan hiburan sebagai wadah untuk merembeskan hormon-hormon kegembiraan agar badan akan sentiasa berada dalam keadaan yang sihat bagi meneruskan kelangsungan hidup. Namun begitu, sebagai umat Islam yang berakal, sudah semestinya kita perlu menyedari jenis-jenis hiburan yang benar berlandaskan syariat yang ditetapkan oleh islam agar setiap perlakuan kita itu akan ditimbang sebagai amal dan mencapai keredhaan Allah.

Antara jenis-jenis hiburan yang dibenarkan dalam islam adalah seperti berikut:-
-Berlumba Lari
-Bergusti
-Memanah
-Bermain Pedang (bukan pistol mainan)
-Berkuda
-Mendengar Musik
-Menonton Filem

Namun, disini, saya berminat untuk mengupas hiburan berkaitan dengan Muzik dan Nyanyian. (Hiburan-hiburan lain Boleh dirujuk melalui buku HALAL DAN HARAM [edisi baru] yang ditulis oleh Dr.YUSUF QARDAWI agar anda semua tidak KELIRU dan SALAH FAHAM.

Muzik dan Nyayian



Muszik dan nyanyian semamangnya amat enak jika dijadikan halwa telinga, dapat melapangkan dada dan memberikan nikmat kepada pendengar. Namu begitu, islam hanya membenarkan lagu-lagu yang tidak mempunyai kata-kata yang kotor, cabul dang menghasut kepada perbuatan dosa dan maksiat (terutamanya lagu-lagu cinta dalam dan luar negara). Sekiranya menggunakan alat muzik, ia dibolehkan asalkan tidak membangkitkan nafsu.

Ketika di zaman Rasullulah s.a.w dahulu pun terdapat unsur-unsur hiburan dengan kata lain, ianya menjadi wadah sebagai meraikan hari yang menggembirakan seperti perkahwinan dan sebagainya. (Terdapat nas-nas hadith yang sahih yang terdapat dalam Sahih Bukhori dan Muslim-Imam Ghazali). Namu begitu, ianya tidaklah sehingga melibihi had2 yang telah dinyatakan diatas.

Namu begitu, apabila terdapat nyanyian dan muzik yang diadakan dalam majlis minum arak, duduk bermalam-malam dengan perbuatan yang haram (bercampur lelaki dan perempuan), kebanyakan ulama mengharamkan nyanyian dan muzik itu. Sesetengah ulama mengatakan bahawa nyanyian itu termasuk dalam lahwatul-hadith, yakni hiburan yang sia-sia yang disebut dalam al-Quran:

"Dan ada di antara manusia: orang Yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan Yang melalaikan; Yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang Yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang Yang akan beroleh azab Yang menghinakan"[Luqman:6]

Berkata Ibnu Hazm: Sesungguhnya yant ini menyebut tentang suatu sifat yang barangsiapa melakukannya menjadilah dia KAFIR tanpa ada khilaf lagi, yakni apabila dia menganggap jalan kepada Allah itu sebagai permainan atau hiburan. Tegasnya, sesiapa yang mendengan lagu-lagu yang dapat membantunya membuat DOSA dan MAKSIAT, maka jelaslah dia seorang yang FASIK.

Kesimpulan ringkas berkenaan Muzik:


1. Hendaklah topik atau lirik lagu yang dinyanyikan itu tidak melanggar dan bertengtangan dnegan adab susial dan hukum-hukumnya. Tetapi sekiranya nyanyian itu mendewa-dewakan perkara-perkara maksiat seperti CINTA (sebelum nikah), arak dan sebagainya, maka ianya dikategorikan sebagai haram.

2.Demikian pula disepakati oleh oleh semua ulama bahawa nyanyian itu akan menjadi haram apabila disertai dengan perkara-perkara yang haram padanya seperti nyanyian yang diadakan dalam majlis minum-minuman kera atau yang disertai dengan tarian dan perbuatan-perbuatan lucah dan maksiat. Hal inilah yang diancam oleh Rasullulah s.a.w kepada orang-orang yang menyertainya dan mendengarnya dengan siksaan yang berat sebagaimana sabdanya:

"Akan datang masanya dimana orang-orang dari kaumku akan meminum arak, yang kemudian dinamakannya dengan nama-nama yang lain. diri mereka akan dihiburkan dengan rentak-rentak dan nyanyian-nyanyian para wanita, nanti Allah akan tenggelamkan mereka ke dalam bumi dan akan menjadiakan mereka itu monyet-monyet dan babi-babi." (Riwayat Ibnu Majah)

tidak semestinya mereka itu akan disumpah menjadi benar-benar monyet dan babi dalam rupa dan gambaranya namu yang disumpah itu lebih tepat sekali jiwa dan roh orang itu, yang kendatipun ia masih kelihatan dalam rupa mannusia, tetapi jiwanya adalah jiwa monyet dan roh babi.

Jadi jelasla sahabat sekalian tentang pengharaman muzik yang tidak mengikut dan memenuhi etika yang ditetapkan oleh Islam. Jadi sekiranya kita pernah, akan dan ingin terlibat dengan hal-hal buruk yang diterangkan diatas, cepat-cepatlah anda semua bertaubat sebelum siksa Allah itu datang kerana Sesungguhnya, siksa Allah itu teramat berat. Semoga Anda semua sentiasa dibawah lindungan rahmat dan Hidayah Allah senantiasa. Wallahualam~~

Sumber Rujukan: Halal dan Haram dalam Islam oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi

1 ulasan:

naziha abdullah berkata...

lemeq..nk tanye..even though kita just layan je lagu2 yg ade lyrics bab2 cinta nih, salah gak ea..? cm aku, aku tgk da music first n dun really care about the lyrics..hrm gak ea?

 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Eksekutif IT di sebuah syarikat Oil and Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts