Seputar ESQ 165 Angkatan 1 UTP

28 Oktober 2008

Assalamualaikum..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Allahmdulillah dengan izin Allah s.w.t, ana dapat menyertai satu program ESQ ataupun Emotional Spiritual Quotient Training 165 yang diadakan pada 25 dan 26 Oktober bertempat di dewan serbaguna UTP. Satu program yang julung kali diadakan dan program pertama yang ana dapat rasakan begitu hebat kelainannya. Tidak sama seperti program-program yang pernah disertai sebelum ini...
Bersama dengan bakal Trainer Malaysia, Faizi Abd Karim (paling kiri) dan Tariner ESQ Firdaus Djamaris (4 dari kanan)

Kenapa program ESQ 165 ni bagus? ya mungkin yang tidak pernah mengetahui tentang program ni pasti tertanya2.. ESQ merupakan satu program pembangunan spiritual dan emotional yang stabil kearah melahirkan seorang manusia yang bukan hanya mengenal diri mereka, malah dapat mengenal siapa pencipta mereka, tujuan apa mereka dihidupkan dan kemana akan mereka pergi setelah mati..

Subahanallah, bagi Ana, ESQ merupakan satu program yang amat hebat. Mungkin ana boleh berkongsi sedikit pengalaman menyertai progam ini dengan pembaca semua.
ESQ adalah program yang pertama dilakukan di UTP. dengan kos pembayaran sebanyak RM199, rasanya tidak keberatan bagi pelajar yang mendapat biasiswa Petronas mahupun MARA menyertai program ini disamping yuranya boleh dibayar ansur-ansur selama 2 kali biasiswa..


Bersama dengan bakal trainer malaysia dan ATS (Alumni Tarining Support)

Program ini lebih kepada program kesedaran diri, membina spiritual dan bagaimana cara untuk menguruskan emotional dan intelektual agar ketiga elemen-elemen ini dapat distabilkan. pada hari pertama, program berkisar lebih kepada hakikat mengenal Allah s.w.t dengan cara memaparkan kuasa Allah yang Maha Berkuasa, Maha Agung dan Maha Bijaksana menciptakan Alam yang hanya dijumpai pada abad ini sedangkan hal ini telah diterangkan di dalam Al-Quran 1400 tahun dahulu. Hal ini secara tidak langsung dapat menambahkan lagi keyakinan kita kepada Allah s.w.t.

Selain itu, ia juga menanamkan sifat cinta kepada ALlah dan Rasul melebihi cinta kepada segala-galanya. Antara perkara lain lagi yang amat menarik sepanjang program ini adalah bagaimana trainer menerangkan perlakuan sembahyang, Haji dan zakat dapat diaplikasikan dalam kehidupan. Ibadah ini bukan hanya mempunyai nilai-nilai spiritual bahkan jika diteliti dan dikaji, nilai yang ada dalam ibadah ini amat sempurna dan sesuai diimplimentsaikan dalam kehidupan harian bukan sahaja kepada umat islam, bahkan seluruh manusia.


ESQ Model

Terdapat 7 nilai yang ditekankan iaitu:
-Kejujuran
-Tanggungjawab
-Visioner
-Disiplin
-Kerjasama
-Adil
-Peduli.
Antara 170 peserta dari kalangan Pelajar UTP bersalam 'semut' sebelum pulang setelah tamat program

Antara element yang amat menarik bagi ana sepanjang program ini adalah bagaimana trainer ESQ ni menerangkan 1 konsep yang dibawa oleh Negara Jepun yang dinamakan 'Kaizen' iaitu 'Ambil yang Baik, Buang yang Buruk dan Cipta yang baru'. Konsep yang telah membangunkan kembali ketamadunan negera jepun walaupun lebih kurang 50 tahun dahulu, harapan untuk negara jepun menjadi sebuah negara maju hancur dek 2 biji bom atom yang telah digugurkan oleh US. Namun begitu, ana kekaguman ana bertambah apabila trainer ESQ menerangkan bahawa konsep yang lebih baik daripada Kaizen telah selalu kita amalkan, cuma kita sahaja yang kurang ataupun tak pernah tahu cara mengaplikasinya. Konsepnya ada terkandung dalam Ibu kepada surah-surah Al-Quran iaitu surah Al-Fatihah. ketujuh2 ayat Al-Fatihah membawa konsep yang membolehkan kita mencapai apa jua matlamat hidup kita (dengan izin Allah).. subahannallah, sebenarnya, kita sebagai seorang muslim sepatutnya lebih hebat lagi daripada negara jepun sekiranya kita betul2 mengaplikasikan konsep tersebut (konsep itu boleh diketahui melalui training ESQ atau pun bukunya-sebab panjang sangat nak terangkan huhu~~~). Selepas menyertai program ni, ana baru menyedari kehebatan surah Al-Fatihah dan dengan Izin Allah, dapat menhayatinya setiap kali solat.

secara keseluruhannya program yang dijalankan amat berkesan bagi meningkatkan emosional dan spiritual. Sebanyak 6 sesi slot muhasabah diri bagi menerangkan perkara-perkara yang terdapat dalam ESQ model yang menyebabkan suasana dewan menjadi sayu dan syahdu.. Alhamdulillah, semoga apa yang diperolehi dapat diapplikasikan kedalam kehidupan seharian ana dan ana menyarankan agar sesiapa yang masih belum pernah menyertai program ini, sertailah bagi kebahagiaan diri sendiri..
Akhir kata, semoga kita semua dilimpahi nikmat dan Rahmat dari sang Pengcipta Alam semesta Yakni ALLAH S.W.T.. wallhualam..

p/s: Untuk keterangan lanjut mengenai ESQ sila klik "SINI YE"
Jika menyertai Training ini, setiap peserta akan secara automatiknya menjadi alumni ESQ dan dapat menyertai training ESQ dimana-mana sahaja dengan bayaran percuma (minyak kete atau tiket bas je la bayar sendiri). Ana pon dah jadi alumni dan dapat satu kad alumni juga percuma (^_^)V

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum...

Buat julung kalinya dibawakan ke Malaysia!

ESQ Parenting Seminar
"Better Parenting for a Better World"

Pada 10/10/10 (Ahad)
di SACC, Shah Alam
akan dibawakan khas oleh Pengasas Model ESQ, Dr.(H.C.) Ary Ginanjar Agustian..
(Penerima pelbagai anugerah dalam bidang pembangunan dan pembentukan karakter)

Harga : RM740
Promosi : RM1180 utk suami&isteri (2 org) - terhad hanya untuk pasangan sahaja
Untuk : Ibu, bapa, bakal ibu, bakal bapa, pendidik dan mereka yang berumur 18 tahun keatas dan yang ingin mengenali dan mengeluarkan potensi fitrah manusia yang luar biasa.

Apa yang akan anda dapati dari seminar ini ialah :

(i.) Fahami peranan & tanggungjawab sebenar sebagai ibubapa yang menjadi faktor utama pembentukan dan perkembangan personaliti anak.
(ii.) Ketahui bagaimana cara untuk mendorong kecemerlangan karakter & potensi diri anak yang mungkin selama ini tanpa disedari kita telah menghalang anugerah Yang Maha Esa ini pada mereka.
(iii.) Pendidikan anak tidak cukup hanya sekadar intelektual, maka singkaplah bagaimana cara untuk mencemerlangkan sumber emosi dan spiritual anak
(iv.) Penyatuan perbezaan pasangan dalam mendidik anak.

''Berikan yang terbaik buat permata hati.. Ibubapa cemerlang dambaan setiap insan''

Untuk pendaftaran dan informasi lebih lanjut tentang training ESQ, sila hubungi ESQ di talian: (03) 7728 1650 / 7725 1651,

Terima kasih.

Wassalam..

 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Control System Engineer di sebuah Syarikat Minyak dan Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts